Saturday, October 11, 2008

"Allah sedang berbicara denganmu tentang SABAR dan IKHLAS..."

Bismillahirrahmaanirraheem…

Sebagai muqaddimah entry kali ini, suka ana memetik satu petikan di antara semua babak yang dimuatkan dalam Filem Ayat-Ayat Cinta….Mohon maaf kepada Bapak Hanung Bramantyo kerana ana mengambil sebahagian daripada skrip nukilan Bapak untuk kali ini…Terima kasih kerana ilham yang cukup baik (yang hakikatnya kurniaan daripada Allah jua).







Babak ini adalah menjadi pilihan ana kerana ia membawa erti yang cukup mendalam buat diri ana sendiri…MashaAllah, ianya satu peringatan dan nasihat penuh makna…cukup terkesan di hati…meskipun secara peribadi ana lebih menggemari novel karangan Kang Abik berbanding tayangan ini, namun filem AAC tetap berhak mendapat “credit”…Allahu a’laam…

“Allah sedang berbicara denganmu Fahri….Allah sedang mengingatkanmu untuk tidak sombong.”

“Apa salah saya pada Allah?!”

“Istighfar Indonesia....istighfar...”

“Ingat lagi apa yang kamu lakukan selama ini? Tidakkah kau sombong, Fahri? Kau merasa paling benar....kau merasa paling suci...bahkan di hadapan isterimu sendiri...”

“Ingat...kisah Yusuf a.s. dan Zulaikha...Zulaikha menuduh Yusuf telah memperkosanya...padahal dia sendiri yang tidak tahan dengan ketampanan Yusuf...”

“Fitnah! Itu semua Fitnah, Fahri.”

“Zulaikha memfitnah Yusuf memperkosa dia hingga Yusuf dipenjara.”

“Yusuf tahu Allah sedang berbicara kepadanya.”

“Kau mahu tahu apa yang dikatakan Yusuf?”

“Kau mahu tahu apa yang dikatakan Yusuf?!”

Kata Yusuf: “Ya Allah! Jika memang kehidupan di penjara lebih bererti bagiku daripada dunia luar, maka aku lebih memilih tinggal di penjara tapi dekat denganMU...daripada aku hidup bersama manusia pendusta!”

“ALLAH SEDANG BERBICARA KEPADAMU TENTANG SABAR DAN IKHLAS...”

“SABAR DAN IKHLAS...”

Seringkali ana menggunakan “quotation” ini sebagai status di YM ana...bilamana status ini ditulis dan mungkin dibaca oleh sebahagian daripada sahabat-sahabat YM ana, ada yang dapat meneka dengan tepat...ianya dipetik daripada AAC...tidak kurang juga ada yang me-label-kan ana dengan “jiwang”....Wallahu ta’ala a’laam...ana biarkan sahaja mereka dengan pandangan masing-masing....yang pasti, pernyataan yang mengandungi lapan patah kata ini cukup membuat ana memuhasabah diri sendiri terutama di saat Allah menghujani diri ini dengan lambakan ujian serta dugaan....La quwwata illa biLLAH...

Bukan meletakkan diri ana sebagai orang yang setanding dengan Mas Fahri (watak utama AAC) mahupun mengakui bahawa siri-siri ujian hidup yang pernah atau sedang Allah berikan kepada ana sedahsyat dan sehebat ujian-ujian berupa fitnah yang dialami Mas Fahri...tidak layak dan tidak pantas untuk itu sama sekali...namun begitu, insan kerdil dan faqir ini sememangnya tidak sunyi daripada mehnah dan tribulasi yang cukup menguji kekentalan iman serta keyakinan tawakkal padaNYA...hampir saja diri ini rebah tersungkur di pertengahan jalan...namun Alhamdulillah, sekalung ucapan terima kasih kepada Yang Maha Berkuasa kerana masih lagi peduli akan hambaNYA yang dhoif ini.... yang takkan mampu mengharungi sebuah kehidupan kalau bukan dengan izinNYA...Terima kasih Allah kerana masih sudi memandang hambaMU ini dengan pandangan rahmat dan kasih sayangMU...sekalipun hambaMU ini acapkali terbuai oleh kelazatan dunia dan pesona isinya...Allah jua yang lebih tahu...

Benarlah kata-kata tadi...kadangkala di saat kehidupan kita berada di puncak kebahagiaan....di kala hidup mengalir seperti lagu...dihiasi dengan pelangi indah....kita lebih mudah untuk leka dan alpa...kita terlalu memandang ke langit tinggi tanpa menghiraukan kerikil-kerikil jalanan di bawah...bukankah fitrah manusia itu pelupa? Mudah hanyut dengan kesenangan yang hanya sementara...mudah bangga diri dengan kejayaan yang baru sedikit jika dibandingkan dengan insan lain....mudah angkuh dengan kemewahan hidup yang hakikatnya adalah pinjaman semata dari Allah...bila-bila masa sahaja Allah mampu menarik semua nikmat itu sekelip mata tanpa kita bersedia untuknya....boleh saja Allah mengambil semuanya daripada kita....hati-hati wahai insan yang sering lalai...kesenangan adalah juga satu bentuk ujian....jangan hanya menanti diri dilanda musibah baru ingin bersegera menghampar sejadah dan bermunajat kepadaNYA....budaya “musiman” ini tidak sewajarnya menjadi sebahagian daripada peribadi kita sebagai hamba-hamba Allah yang beriman....

Ujian berbentuk fitnah bukanlah berbentuk khusus...malah, semakin kita menghampiri pengakhiran zaman, semakin banyak fitnah yang akan timbul....ia bisa saja menimpa orang-orang yang beriman (apatah lagi orang-orang yang tidak mengimani Allah!)....mungkin sebagai teguran terus dari Allah seandainya ada sisi-sisi yang kurang pada diri mereka...seperti yang ditimpakan ke atas Mas Fahri....siri-siri ujian yang maha hebat ke atasnya bukanlah kerana dia melakukan dosa atau kezaliman...tapi barangkali Allah terlalu menyayanginya sehingga tidak merelakannya untuk beralih niat kepada tidak ikhlas...Dia mungkin telah begitu sabar dan tabah hati sehingga jatuh sakit dan hampir di-operate gara-gara heat stroke sewaktu mahu ke kuliah agama....dan banyak lagi contoh kebaikan daripada watak Mas Fahri ini...namun, Allah tidak membiarkan terus hamba kesayanganNYA ini...tiba saatnya, akan ada halangan yang mendatang sebagai bukti cinta dan kasih sayang Allah....atau juga sebagai penghapus dosa-dosa yang mungkin tidak disedari atau atas sebab ketidakpekaan diri sendiri....Allahu a’laam...ini hanyalah pandangan dhoif ana dan bagaimana ana cuba melihat babak ini dari sudut pandang yang mungkin berbeza daripada maksud asalnya...apapun, yang paling utama adalah keberkesanan babak kecil ini sebagai tazkirah buat diri ana...

Aku merasa puas dengan Tuhanku sebagai pengganti, dan penghibur dari segala sesuatu yang tidak aku inginkan selain Dia

Betapa rindu hati ini kepada Penguasa yang selalu melihatku dalam semua gerak-geriku sedang aku tidak dapat melihatNYA

Jika aku bertaubat, itu atas anugerahNYA kepadaku

Dan jika aku berbuat dosa, Dia adalah harapanku

Jika aku berpaling, Dia menyeruku

Dan jika aku menghadap, Dia mendekatkanku (kepadaNYA)

Jika aku mencintaiNYA, Dia memeliharaku

Dan jika aku ikhlas, Dia membisikiku

Jika aku berbuat lalai, Dia memaafkanku

Dan jika aku berbuat baik, Dia membalasku

Wahai kekasihku, Engkau Maha Pemurah kepadaku

Maka singkirkanlah semua kesedihanku

Hanya kepada Engkaulah kerinduanku

Dengan segenap hatiku, lahir dan batinku

Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah

Dan yang paling diharapkan (kemurahanNYA)

Wahai Yang Maha dahulu kebaikanNYA kepadaku

Kerananya tidaklah layak bagiMU melupakanku

Wahai Tuhan semua manusia baik di dunia mahupun di akhirat

Atas semua perbuatan yang kulakukan

Maha Suci Tuhan yang mempunyai keagungan

Dan yang mempunyai pembalasan

Maha Perkasa kedudukanNYA

Lagi Maha Terpuji semua perbuatanNYA

Kegembiraanku dengan pertanyaan (hisab)

Adalah kerana aku akan dapat melihatNYA

Maka bagaimanakah aku tidak gembira denganNYA

Bila Dia menganugerahiku

Wahai Yang Mempunyai kemuliaan

Wahai yang mempunyai kemurahan

Anugerahilah aku

Dan ubahlah apa yang Engkau lihat

Dari keburukan keadaanku

Aku mengadu kepadaMU

tentang dosa-dosa yang tidak dapat kuingkari

Sesungguhnya aku selalu berharap kepadaMU

Wahai Yang Maha Pemberi anugerah

Untuk mengampuninya

Sebelum hisabMU kepadaku di Padang Mahsyar

Wahai Tuhan tumpuan harapanku pada hari pembalasan

Hari yang penuh dengan ketakutan

Saat Engkau menyebutkannya

Aku memohon Engkau mengampuninya di Padang Mahsyar

Sebagaimana Engkau menutupinya ketika di dunia

Wahai Tuhan tumpuan harapanku

Kerana Engkaulah yang akan menghisabku....

[Petikan dari Cambuk Hati, karya Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni]

Jazakumullahu khayran katsiran kepada yang sudi membacakan entry “comot” kali ini...ana asifati jiddan andai ianya bukan karangan yang baik...tapi ianya adalah lebih kepada peringatan kepada diri sendiri....dan ana akan lebih bersyukur serta berterima kasih andai ada di antara kalian yang sudi mengambil benih daripadanya dan menumbuhkannya di dalam hati-hati kalian....Semoga Allah sentiasa memelihara kita semua...Amin, Ya Rabb!

Saturday, October 04, 2008

Makluman tentang penubuhan IMAM Australia...

Salamun'alaikum wbt buat semua...inshaAllah, ana mengambil kesempatan untuk mengucapkan Eid Mubarak buat seluruh ummat Islam di mana sahaja kalian berada...semoga Ramadhan yang telah berlalu bakal menjadi pemangkin untuk kita semua terus-menerus beramal kepada Allah...dan mudah-mudahan tarbiyah Ramadhan memberikan kekuatan untuk kita terus mujahadah berpanjangan dalam melewati perjalanan menuju Tuhan...Amin...(",)

InshaAllah...entry kali ini adalah sebagai menunaikan amanah yang tertunda (ana asifati jiddan atas kelemahan diri) daripada senior ana di Monash tempoh hari....berikut adalah sebahagian daripada maklumat yang dimuatkan di salah satu entry blog beliau...

IMAM Australia Student Chapter (terdahulu IHYAA)

Beberapa pelajar perubatan yang menuntut di Australia menyuarakan hasrat untuk aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Untuk tujuan itu, usaha menubuhkan IMAM Australia Student Chapter dianggap perlu. Memandangkan cuti musim panas Australia dan New Zealand hampir sama (sekitar November hingga Februari), program akan melibatkan pelajar-pelajar dua buah negara Australasia ini (masih dalam perbicangan). Walau pun IMAM merupakan singkatan kepada Islamic Medical Association Malaysia, program kemasyarakatan ini juga terbuka kepada pelajar-pelajar jurusan lain yang mempunyai masa luang sekitar bulan November-Februari sewaktu aktiviti dijalankan.

Prof Latiff dan beberapa orang doktor di bawah IMAM bersetuju untuk memberi latihan dan bimbingan dalam usaha mengerakkan program kemasyarakatan ini. Program perintis akan dimulakan seawal hujung tahun ini (Disember 2008/Januari 2009) jika cukup keahlian. Oleh itu, bantuan anda diperlukan! (Termasuk menyebarluaskan risalah ini).

Untuk memperluaskan peluang kepada sesiapa yang berminat, saya menjemput sesiapa sahaja yang menuntut di dalam atau luar negara tanpa mengira kursus pengajian untuk turut sama dalam usaha membantu mereka yang kurang bernasib baik ini. Berminat atau sebarang pertanyaan panjangkan ke: hafeziftiqar@gmail.com.

Baca lanjut di sini

Jazakumullahu khayran katsiran kepada yang sudi meluangkan masa untuk membaca entries di blog ini...tak berani nak janji andai akan ada entry terbaru...tapi inshaAllah...jika diizinkanNYA...mungkin blog ini akan di-update...Wallahu ta'ala a'laam...

Thursday, September 11, 2008

Kiriman yang membakar semangat...(edited version)

salam alaik adikku yusrina yang ku kasihi senantiasa kerana Allah....

syukur alhamdulillah.....itu yang pertama dan selama2nya.....
pertemuan kita, niatkan,..kerana Allah kita bertemu, kerana Allah kita berpisah ....

suara yus seolah2 di dalam mimpi memori kak lin yang panjang...
kenangan indah kita bersama.....suka duka...pahit getir cabaran dalam belajar membuat keputusan..."decision making" process...kita lalui bersama...

yus ke hospital menjengah adik ipar kak lin....terasa ringan beban yang digalas...
terasa ada yang memahami suara hati kecil ini yang sentiasa berdoa dan berharap hanya padaNYA...

jua kenangan indah kita menaiki PERSOna ke kuala krai untuk khidmat kesihatan...
Maha Suci Allah perancangan Allah ini yang membawa kita kepada suatu perkara yang kita tidak pernah impikan...


wahai adikku sayang,
ingatlah selalu pesan kakakmu ini yang dikejauhan....
kutiplah mutiara ilmu di bumi aussie...
kerana itu milik orang mukmin yang telah lama hilang...
kembalikan maruah umat Islam yang terpinggir ini dengan membawa pulang..
suatu kejayaan yang bermakna buat agama, diri, keluarga dan masyarakat....

seandainya dirimu terasa keseorang menghadapi dugaan ini...
yakinlah bahawa Allah itu sentiasa bersamamu...
lebih dekat dari urat merihmu...
ujian datang dalam bentuk nikmat dan cabaran...
hanya dengan kekentalan iman dapat menempuh segala dugaan sebagai pelajar...

tidak kak lin katakan jalan yus untuk hadapi semua itu di QLD adalah senang..
tentu ada ranjau berdurinya...
kerana syurga itu ada harganya wahai adikku sayang....
kerana kembara musafir seorang pelajar adalah kembara jihad menuju syurga yang abadi...
sentiasalah perbetulkan niat untuk menuntut ilmu hanya kerana seruanNYA...
nescaya, pertolongan akan datang dalam pelbagai bentuk yang tidak disangka2...

kadang-kadang...kita mencari yang tiada...
tapi kita terlupa untuk mensyukuri apa yang telah kita kecapi...
peringatan itu untuk diri ku jua sebagai bekal menempuh kehidupan yang sementara ini...

andai diri mu sedih di sana,
ingatlah wahai adikku bahawa,
hidup ini terlalu singkat untuk kita ratapi.....
esok lusa belum menjanjikan hari untuk kita panjang angan-angan...

sesungguhnya amat jelas terzahir perancangan Allah pada pertemuan dan perpisahan kita...
kita tidak selalunya berjumpa...
tapi hati kita sentiasa bertemu di alam roh kerana kita punya suatu matlamat yang sama...
perjuangan menegakkan agamaNYA...

hanya sekadar itu coretan ringkas dari kakakmu ini wahai adikku...

la takhaf wa la tahzan.....innallaha ma'ana...

ana uhibbuki fillah.....

salam ramadhan kareem al mubarak.....

"rebut lah peluang ramadhan kali ini, kerana kita takut ramadhan ini adalah yang terakhir buat kita"

ramadhan adalah madrasah jiwa....gunakan peluang keemasan dalam ramadhan untuk banyakkan berdoa dan bermunajat ...bertadarus...dan berqiamullail...agar jiwa kita hidup...rapat..intim ..dan sangat dekat dengan Robbul Jalil Yang Maha Agung......

sekian dulu, hingga ke temu lagi...

Assalam alaika ya habibi ya ukhti......


kak lin sayang....
6.12 pm / 12 ramadhan 1429

Sunday, August 31, 2008

Khutbah Rasulullah SAW Ketika Menyambut Ramadhan...

Nasihat ini disampaikan oleh Baginda SAW saat berakhirnya bulan Sya’ban dan menjelang masuknya bulan Ramadhan.

Wahai manusia !
Sungguh telah datang pada kalian bulan ALLAH dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi ALLAH.
Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakanNya. Dibulan ini nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima, dan do’a-do’amu diijabahi.
Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyyam dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini.

Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fukara dan masakin. Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, sambunglah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia, anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdo’a pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yag paling utama ketika Allah Azza Wajalla memandang hamba-hambanya dengan penuh kasih. Dia menjawab mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia !
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalanmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat kerana beban(dosa)mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.

Ketahuilah !
Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka, pada hari manusia berdiri dihadapan Rabb Al-‘Alamin.

Wahai Manusia !
Barangsiapa diantaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka disisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.

Kemudian Sahabat-sahabat bertanya :
Ya Rasulullah ! tidakkah kami semua mampu berbuat demikian ?
Rasulullah meneruskan : jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia !
Siapa yang membaguskan akhlaqnya di bulan ini dia akan berhasil melewati sirath pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.

Barangsiapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan- Nya di hari kiamat.

Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa yan memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa yang menyambungkan tali persaudaraan atau silaturahim di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa yang melakukan solat sunnat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.

Barangsiapa melakukan solat fardhu baginya adalah ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu di bulan yang lain.

Barangsiapa yang memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangan-Nya pada hari ketika timbangan meringan.

Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al Qur’an, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al Qur’an pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia !
Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupnya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabb-mu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelengu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.

Amirul mukminin berkata : aku berdiri dan berkata : “Ya Rasulullah ! apa amal yang paling utama di bulan ini ?
Jawab Rasulullah, “ Ya Abal Hasan ! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah SWT”.
(Hadits yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Baihaqi dalam buku Nahzul Balaghoh).

==========================

Keistimewaan Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan memiliki keutamaan dan keistimewaan yang besar. Semua amal soleh yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat balasan lebih banyak dan lebih baik. Oleh kerana itu kita sangat dianjurkan untuk memperbanyak amal kebajikan dan meninggalkan kemaksiatan. Diantara keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan tersebut, disebutkan dalam beberapa riwayat:

1. Ramadhan adalah bulan penuh berkah, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan setan-setan pun dibelenggu. Pada bulan Ramadhan terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Rasulullah SAW bersabda:

قَدْ جَاءَكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌمُبَارَكٌ افْتَرَضَ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فَيْهِ أبْوَابُ الْجَنَّةِ وَيُغْلَقُ فَيْهِ أبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتُغَلًّ فَيْهَ الشَّيَاطَيْنُ فَيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ ألْفِ شَهْرٍ

Telah datang Bulan Ramadhan, bulan penuh berkah, maka Allah mewajibkan kalian untuk berpuasa pada bulan itu, saat itu pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, para setan diikat dan pada bulan itu pula terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. (HR. Ahmad)


2. Allah SWT membebaskan penghuni neraka pada setiap malam bulan Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda:

إذَا كَانَ أوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِرَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِيْنُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أبْوَابُ الجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِيْ مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ وَذَلِكَ كُلُّ لَيْلَةٍ

Jika awal Ramadhan tiba, maka setan-­setan dan jin dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Sedangkan pintu-pintu surga dibuka, dan tidak satu pintu pun yang ditutup. Lalu ada seruan (pada bulan Ramadhan); Wahai orang yang menginginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang ingin kejahatan, tahanlah dirimu. Pada setiap malam Allah SWT memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka. (HR Tirmidzi)


3. Puasa bulan Ramadhan adalah sebagai penebus dosa hingga datangnya bulan Ramadhan berikutya. Rasulullah SAW bersabda:

اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَاُن إلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاةٌ مَا بَيْنَهُنَّ إذَاجْتَنَبَ اْلكَبَائِرَ

Jarak antara shalat lima waktu, shalat jum’at dengan jum’at berikutnya dan puasa Ramadhan dengan Ramadhan berikutnya merupakan penebus dosa-­dosa yang ada diantaranya, apabila tidak melakukan dosa besar. (HR Muslim)


4. Puasa Ramadhan bisa menebus dosa-dosa yang telah lewat, dengan syarat puasanya ikhlas. Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إيْمَا نًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Barangsiapa berpuasa dibulan Ramadhan karena Iman dan mengharap pahala dari Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari dan Muslim)


5. Barangsiapa memberi buka orang yang puasa maka mendapat pahala sebanyak pahala orang puasa tersebut.

مَنْ فَطَرَ صَائِمًا كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أجْرِ الصَّا ئِمِ لَا يَنْقُصَ مِنْ أجْرِ الصَّائِمِ شَيْئٌ

Barangsiapa memberi perbukaan (makanan atau minuman) kepada orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut. (HR Ahmad)


6. Sedekah yang paling baik adalah pada bulan Ramadhan.

أيُّ الصَّدَقَةِ أفْضَلُ؟ قَالَ صَدَقَةٌ فَيْ رَمَضَانَ

Rasulullah SAW pemah ditanya; Sedekah apakah yang paling mulia? Beliau menjawab: “Yaitu sedekah dibulan Ramadhan.” (HR Tirmidzi)


7. Orang yang banyak beribadah (menghidupkan) bulan Ramadhan, maka dosa-­dosanya diampuni oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إيْمَا نًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Barangsiapa beribadah (menghidupkan) bulan Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)


8. Doa orang yang berpuasa adalah mustajab Rasulullah SAW bersabda:

ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٍ ؛دَعْوَةُ الصَّائِمِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ

Ada tiga macam doa yang mustajab, yaitu doa orang yang sedang puasa, doa musafir dan doa orang yang teraniaya. (HR Baihaqi)


9. Puasa dan ِAl-Qur’an yang dibaca pada malam Ramadhan akan memberi syafaat kepada orang yang mengerjakannya kelak dihari kiamat. Rasulullah SAW bersabda:

اَلصُّيَامُ وَاْلقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ يَقُوْلُ اَلصِّيَامُ أيْ رَبِّ مَنَعْتُهُُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتَ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِى فَيْهِ وَيَقُوْلُ اْلقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِالَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيْهِ قَالَ فَيُشَفِّعَانِ

Puasa dan Al-Qur’an akan memberikan syafaat seorang hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: “Ya Rabbi, aku mencegahnya dari makan dan minum di siang hari”, ِAl-Qur’ an juga berkata: “Aku mencegahnya dari tidur dimalam hari, maka kami mohon syafaat buat dia.” Beliau bersabda: “Maka keduanya dibolehkan memberi syafaat.” (HR Ahmad)


10. Orang yang melaksanakan Umrah pada bulan Ramadhan maka mendapat pahala seperti melakukan Haji. Rasulullah SAW bersabda:

فَإِنَّ عُمْرَةَ فِيْ رَمَضَانَ حَجَّةٌ

Sesungguhnya umrah dibulan Ramadhan sama dengan pahala haji. (HR Bukhari)

Sunday, August 24, 2008

Cetusan rasa I

Bismillahirrahmaanirraheem…

Salamun’alaikum wbt pembuka kalam bicara…mashaAllah, rasanya dah begitu lama ana tak mengetip di blog ini…pernah sebelum ini ada sahabat-sahabat yang bertanya kenapa blog ana menyepi begitu lama? Paling mudah, mereka meneka alasannya adalah kesibukan yang melanda sehingga tak berkesempatan untuk menulis di sini….la quwwata illa biLLAH….ana dengan penuh rasa rendah hati memohon rimbunan kemaafan atas keterbatasan diri…semoga masih ada keizinan daripada Allah untuk ana meninggalkan pesanan buat diri sendiri (paling tidak) dan juga buat tatapan sahabat-sahabat yang sentiasa dalam iringan doa ana, inshaAllah.

Untuk entry kali ini, to be frank…ana tiada tajuk yang khusus…sebenarnya, amat banyak yang ingin dikongsikan buat bekalan diri sendiri mahupun sesiapa sahaja andai kata pengalaman yang kita timba hampir sama atau persis…Allahu a’laam…it’s just too hard to even start a paragraph….mungkin sebab sebelum ini ana menumpukan sepenuh usaha dan tenaga untuk tugasan kuliah di UQ yang telah mengurangkan kemampuan ana untuk menulis sesuatu yang “di luar” daripada bidang ana….(supposedly, this shouldn’t be the case, but unfortunately…I just feel it that way…huhuh). Justeru, asifati jiddan andai tulisan kali ini bakal menjadi satu coretan yang “comot”…namun, kerana ingin berkongsi dengan harapan dapat menjadi iktibar buat semua, ana usahakan sekadar kemampuan dan seizinNYA…inshaAllah.

Sedar tak sedar, dah hampir sebulan ana di tempat “lama tapi baru”, di bumi Queensland yang juga dikenali dengan nama The Sunshine State...subhanallah, sukar untuk ana percaya akan hakikat ini...rupa-rupanya ana sememangnya tidak mampu akur dengan last statement ana sewaktu masih di bumi Melbourne lebih kurang 10 bulan yang lalu... “Sorry, but I’m going back for good to Malaysia and this is gonna be my last time in Australia” [kenyataan ini ana sampaikan kepada beberapa orang dalam keadaan ana sangat ‘firm’ dan nekad…tapi akhirnya, ana pulang kembali ke bumi Australia, cuma berlainan State tetapi dengan tujuan yang sama, inshaAllah]….Yang ana belajar daripada kejadian ini adalah kita sememangnya tidak tahu akan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah buat diri kita mahupun orang-orang yang dekat dengan kita….TADBIR tidak akan pernah mampu mengatasi TAKDIR! We just have to constantly believe that because Allah knows everything and His way is always the best! Allahu ta’ala a’laam…I’ll leave it there, as always….it’s something to ponder upon.

MashaAllah, selama 7 bulan ana di bumi Malaysia (sekembalinya daripada kembara ilmu ana di Monash University untuk 3 tahun)…banyak ujian yang ditimpakan, di samping pelbagai nikmat kurniaan dari Allah yang ana kira cukup membuatkan ana berfikir sejenak akan cantik dan indahnya perencanaanNYA….Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah….Terima kasih Allah kerana peduli…tiada ungkapan yang mampu menggantikan kalimah syukur padaNYA di sebalik apa yang telah ditentukan buat diri yang hina lagi faqir ini…inshaAllah, ana terima segala yang terjadi sebagai tarbiyah yang terus dari Allah…untuk menjadikan diri ini lebih bergantung harap padaNYA dan sebagai bukti kasih sayangNYA yang tak pernah pudar atau berkurang….Subhanallah, kerana keyakinan bahawa Allah itu Maha Adil…Allah itu Maha Mengetahui…Allah jua yang Maha Berkuasa….kerana itulah diri ini masih lagi mampu bertahan walaupun dihujani dengan bermacam cabaran hidup….Mungkin agak keterlaluan sekiranya ana mengatakan bahawa siri-siri ujian yang telah ana lalui sekembalinya ana di Malaysia adalah yang paling berat berbanding makhlukNYA yang lain…tapi yang mengalaminya lebih tahu…wallahu a’laam....Benarlah, ujian itu mematangkan…dugaan itu menguatkan hati kita untuk meneruskan kehidupan…takkan terasa kemanisan hidup andai tak dilambung gelora…in every cloud, there is always a silver lining...pesan pada diri…anggaplah ujian itu sebagai tetamu…yang datang bersinggah seketika dan bakal pulang pergi…inshaAllah, kemanisan di hujungnya amatlah terasa seandai diri pasrah, sabar dan redha dalam menghadapi saat-saat sukar…Allah tidak akan pernah memberatkan sesiapapun dari kalangan hamba-hambaNYA melainkan apa yang terdaya olehnya….jangan pernah ragu akan janji Allah dalam firmanNYA ini…inshaAllah, mudah-mudahan.

Nota ringkas buat insan bernama Siti Yusrina Nadihah Binti Jamaludin:

  • “Sesuatu yang diimpikan tak selalu menjadi kenyataan. Tetapi apa yang tak diduga seringkali berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tapi usah kita ketawa memanjang kerana kemenangan yang belum pasti untuk selamanya. Tiada ‘abid (hamba) yang maksum tanpa dosa. Apalagi bila berjiwa muda. Namun kegagalan bukanlah mengajar erti kekalahan...tetapi mengingatkan tentang kemenangan yang masih tertunda. Mungkin hari ini kita kuat dan selesa..tapi tak mustahil esok kita pula rebah tak berdaya...Salam mujahadah...kuatkan hati wahai pejuang Allah.” [Amirah Khairunnisa]
  • “Teruskan perjuangan...pikullah kewajipan seorang muslimah dan saintis muslim dengan penuh amanah dan ikhlas. Ingat, kewajipan kita melebihi masa. Kami doakan kejayaan dan keselamatan Along. Siru ‘ala bibarokatillah. Tiada apa yang boleh kami bantu buat masa ini, hanya Doa.” [Dr Mohd Kamil & Dr Nor Azizah]
  • “Derita perjuangan bukan satu bebanan tetapi satu latihan...gundah perjuangan bukan satu ancaman tetapi satu didikan...mehnah perjuangan bukan satu kegusaran tetapi satu kekuatan...walau perit mana perjuangan, sesukar manapun perjalanan...kita pejuang, tabahkan hati...kita mujahid, kuatkan diri...kukuhkan tekad, mara dalam perjuangan Islam dan dalam mencari ilmu.” [Aqilah Izzati]
  • “May Allah always bless you and make life easier all the time for the benefit of the ummah.” [Abi Latiff]






Jazakumullahu khayran katsiran buat semua yang tak pernah jemu mengirimkan doa dari kejauhan serta suntikan semangat buat bekalan sebuah perjalanan meniti kembara ilmu…moga Allah memberikan ganjaran yang lebih baik buat kalian…Amin, Ya Rabb!

Wallahu ta’ala a’laam…

Indooroopilly, 1702hr

Saturday, August 23, 2008

The Ramadan Knights

Salamun'alaykum wbt to my dear brothers and sisters in Faith....may this reach you in the highest state of Eemaan and health...inshaAllah...Ameen...

Just a piece of information especially to my 'old' Melburnian friends....please have a read through on the brochures here....This is a not-to-miss fiqh course and I would strongly recommend you guys to attend it if you are available at that specified time....InshaAllah, may Allah reward you all good...Ameen...Ajma'ieen...






*** Brother Aslam is quite well-known to the Queenslanders as he usually conducts Fiqh classes and Riyadhus Soliheen lessons at the University of Queensland.

Wallahu ta'ala a'laam....Jazakumullahu khayran katsiran (",)

Thursday, May 22, 2008

"Kamu Sudah Tahu, Maka Komitmenlah..."


Nota: Tulisan ini dimuatkan di sini setelah melayari website kegemaran, i.e. dakwatuna.com

MashaAllah, ana kira artikel ini sarat dengan nasihat penuh makna untuk muhasabah diri ana...Jutaan penghargaan serta jazakumullahu khayran katsiran buat penulis di ruangan "Tazkiyatun Nafs" dari team dakwatuna....semoga dapat dimanfaatkan oleh sahabat-sahabat yang ana kasihi fillah sekelian...inshaAllahu khayr :)


P/s: Penulis blog memohon izin untuk "Off" seketika daripada mengetip di sini...berikan laluan untuk menjadikan sepi sebagai teman....juga buat pencarian himmah....Allahu ta'ala a'laam...Shukran jazilan bagi yang tak jemu mengunjung...Moga Allah memberkati kalian, amin! (",)

Oleh: Ibnu Jarir, Lc

Kamu Sudah Tahu, Maka Komitmenlah


dakwatuna.com - Segala puji hanya bagi-MU ya Allah, kepada-MU segala yang ada di langit dan di bumi bertasbih dengan tidak mengenal lelah, jenuh, dan jemu, Maha Suci Engkau Ya Allah, Engkaulah yang mensucikan hati-hati hamba-Mu sesuai dengan kehendak-MU.

Wahai diriku…

Mari coba tatap dalam-dalam dan bertanyalah siapa kamu ?. Maka di sana akan terlihat seluruh kelemahan yang ada, balil insanu ‘ala nafsihi bashiroh.

Diriku…. bercermin kepada seorang sahabat, handzolah bin robi’ al usaidi ra. salah satu penulis wahyu, dengan segala kesadaran dirinya beliau mengatakan”Nafaqo handzolah” telah munafik Handzolah.

Diriku, apa yang terjadi pada diri Handzolah? Sampai-sampai ia menegur dirinya seperti itu? Padahal beliau sangat dekat dengan Rasullullah, jawabnya, tak lain adalah: kejujuran diri. Handzolah merasa iman yang dimilikinya terasa kuat ketika berada di dekat Rasulullah saw, seakan ia menatap surga dan neraka dengan kedua matanya, namun ketika ia kembali sibuk dengan keluarganya, dengan aktivitas duniawinya, ia merasakan kondisi dirinya sangat berubah.

Diriku.. dengan kata apa kau harus mengungkapkan konsdisimu? Seperti ungkapan handzolah kah? Atau lebih dari itu? Atau lebih buruk ? ya Allah ampunilah hambamu ini.

Wahai diriku….

Bukankah kamu juga telah mengenal siapa dirimu? Yang lebih banyak sibuk dengan dunia? Diri yang lemah dalam beribadah, diri yang merasa berat berkorban untuk taat? Diri yang banyak bicara sedikit kerja? Lalu apakah kamu masih terus melakukan itu, padahal Allah swt. telah menegurmu”Arodlitum bil hayatiddunya minal akhirat ? apakah kalian lebih cinta dunia dibanding akhirat ? Astagfirullah.

Diriku, jika kamu telah tahu segala kekuatan dan kelemahanmu, lalu apa yang akan kau lakukan? Memperbaikinya..? atau sebaliknya ?.

Bercerminlah wahai diriku kepada sahabat Huzaifah ra kala menjawab pertanyaan Rasul saw., Bagaimana kondisimu hari ini wahai Hudzaifah? dengan percaya diri ia menjawab”Alhamdulillah Ya rasul, saat ini aku menjadi seorang mu’min yang kuat iman, Rasul saw. bertanya kembali: “Hai Huzaifah sungguh segala sesuatu itu ada buktinya, maka apa bukti dari pernyataanmu itu? Jawab Huzaifah ra:” Ya Rasul; Tidak suatu pagi pun yang aku hidup padanya dan aku berharap untuk sampai pada sore hari, dan tiada sore pun yang aku hidup padanya dan aku berharap untuk hidup sampai pagi hari, melainkan aku melihat dengan jelas di depan mataku surga yang penduduknya bercanda ria menikmati keindahannya, dan aku melihat neraka dengan penghuninya yang berteriak menjerit histeris merasakan dasyatnya siksa.

Diriku….

Adakah kau merindukan surga sehingga gelora semangatmu membahana memenuhi ruas pori-pori jiwamu, tergerak seluruh kesadaranmu untuk bermujahadah dan berjihad meraih ridho-Nya? dan apakah kamu takut dan miris akan dasyatnya siksa neraka? Sehingga tak satupun sel tubuh ini kecuali berupaya terlindungi dari sengatannya pada hari pembalasan nanti?

Diriku…

Jika kamu telah mengetahui segala kelemahan yang ada , lalu kamu tidak segara menanggulanginya, maka ketahuilah kamu termasuk orang-orang yang merugi, begitu pula ketika kamu telah mengetahui kekuatanmu dan kamu tidak bisa mempertahankannya, maka kamu pun termasuk orang yang merugi.

Karena itu…

Perbaiki, jaga dan tumbuh suburkan kekuatan itu, agar amal shaleh, ketaatan dan da’wah tetap terjaga.

Dengarlah, tatkala Rasul saw. mendengar jawaban Huzaifah ra, Beliau saw. lalu mengatakan: “Arofta falzam, Anda sudah tahu, maka komitmenlah dengan apa yang anda tahu.” Wallahu’alam





Monday, May 12, 2008

Trailer Film: Sang Murobbi




Sedutan Trailer : Film Sang Murabbi

(Translasi oleh Akhi Qannas...Jazakumullahu khayran katsiran atas usaha-meskipun ada sedikit ralat...no worries...Great job, anyway!)

----------------------------------------------------------------

La yas tawi As habunnar wa ashabul jannah..

"Saya ingatkan ketika awal masa muassasi dimulai. Ingat, Qolallah wa Qolarrasul. Kembali pada asolah. Komitmennya itu harus dibangun di atas dasar kepada keaslian."

-----------------------------------------------------------------------

"Kalau tidak mahu jadi pegawai pemmret, lu mau jadi apa sih?"

"Rahmat ngajar ajar bu."

"Nggak lepas omongan dari dulu. Sampai sekarang pingin jadi guru aja. Ngak pingin jadi org berharta?"

"Guru itu justru hartanya banyak, Ngasi ilmu aja kerjanya."

"Ya udah, Jadi guru juga ngak apa2 sih. Bagus. Salah-satu, jangan korupsi."

-----------------------------------------------------------------

"Abi mintak maaf ya neng. Akhir-akhir ini abi sibuk bangat. jadi ngak sempat mau keluar sama kamu dan anak-anak,
neng."

"Ya,udah jadi risiko bi. Jadi isteri anggota DPR"

"Kamu senang abi jadi anggota DPR?"

"Ya saja. Tapi ummi lebih senang jadi isteri abi yg dulu."

"Kenapa?"

"Tu, rambut pada putih semua. Fikirkan negara ya?"

"Ada yg lebih berat, neng. Fikirin ummat."

--------------------------------------------------------------------------

"Saya faham. Kita memulai merintis dari awal. dari tidak punya apa-apa dan ketika perlahan-lahan kehidupan membaik.
Alhamdulillah. Tetapi saya lihat, banyak di antara pemimpin ummat ini lupa, ustaz. Apa gerangan yang membuat dunia ini menjadi lebih menarik daripada dakwah itu sendiri? Dan kita sudah lihat itu. Apakah ini, ini yg dikehendaki oleh perjuangan kita selama ini? Dengan
pengorbanan kami para ibu di belakang. Saya yakin bukan untuk itu ustaz. Pedih hati, ustaz, melihat iman kita ini dipertaruhkan itu
dikalahkan hanya oleh jabatan dan harta ustaz."

----------------------------------------------------------------

"Tapi afwan ya bi, jangan marah. Saya masih bingung besok masak apa. Wang yg abi kasi udah abis."

"Kalau wang udah abis, kita mintak aja lagi sama
Allah."

"Kan Allah kasinya lewat abi. Jadi saya mintanya sama abi."

"Ihihih.. kalau wang sudah abis,neng, itu bererti rezeki udah dtg lagi. Ayuh sumur aja. kalau sumur udah kering, bererti ujan udah mau datang."

"Abi lagi ngak punya wang ya?"

Mengenang Syaikh Tarbiyyah


Ustadz Rahmat Abdullah

1953-2005

Mencari spirit yg hilang...


(Izzatul Islam—Sang Murabbi)

~Jazakumullahu khayran katsiran kepada Akhi Nu'aym kerana sudi share mp3 ini...semoga bermanfaat buat semua, inshaAllah~

Download mp3 Sang Murabbi di sini

Thursday, May 08, 2008

Prasyarat kejayaan...

Salamun’alaikum wbt....inshaAllah, entry kali ini adalah sebagai menunaikan janji ana untuk satu perkongsian buat tatapan sahabat-sahabat ana sekalian. Asifati jiddan atas kelewatan. It indeed takes time for me to start writing on this matter, as compared to my other previous entries...wallahu musta’an. Semoga ada khayr-nya untuk ini. Amin.

3rd April 2008:

Sebaik sahaja selesai berurusan di kota Kuala Lumpur petangnya, malam hari yang sama ana dihantar oleh cousin ana ke Hentian Putra (HP) untuk berangkat pulang. Waktu berlepas 9.30 malam jelas di-print di tiket bas yang ana simpan beberapa hari sebelum ini. Alhamdulillah, tepat jam 9.30 malam, bas mula bergerak meninggalkan kekalutan dan hiruk-pikuk suasana di HP menuju ke Kelantan. Kali ini, ana memilih untuk membeli tiket terus ke Pasir Mas, bukan ke Kota Bharu seperti yang selalu dibuat sebelum ini. Kalau dibandingkan harga, memang lebih murah kalau turun di Kota Bharu...tetapi memikirkan soal keselamatan (since ana terpaksa travel bersendirian kali ini dan juga waktu ketibaan yang dijangkakan sebelum masuknya azan Subuh) membuatkan ana memilih untuk beli ‘direct ticket’ to Pasir Mas – tempat kediaman tetap ana sehingga sekarang.

Perjalanan menaiki bas adalah satu perkara yang biasa dan tidak begitu menyeronokkan, lebih-lebih lagi kalau bersendirian (despite kadang-kadang ada bus driver yang memasang apa-apa CD yang menarik untuk ditonton sepanjang perjalanan). Ditakdirkan, seat ana agak ke depan kali ini, tapi masih ada rasa risau bila memikirkan siapa yang memegang tiket seat sebelah ana? Huhuhuh...yang mampu ana buat adalah berdoa dan berharap agar perjalanan ini dilindungi dan diberkatiNYA...selamat tiba di destinasi tujuan...inshaAllah.

Sewaktu berlepas dari HP, ternyata tiada penumpang di sebelah seat ana. Alhamdulillah, jauh di sudut hati, ana berharap agar pemegang tiket tersebut sudah membatalkan niatnya atas urusan lain...(memandangkan memang bas kali ini fully-booked; menurut kata staf kaunter tiket HP). Huhuhu, rasanya kurang elok andai ana berfikir sedemikian...tapi harapnya kalau pun penumpangnya ada, biarlah seorang wanita atau yang lebih berusia dari ana. Allahu a’laam. (Seketika ana terdetik, what if Malaysia can implement a system in which we can choose whose person is going to sit next to us in the bus (particularly when traveling alone), i.e. in terms of gender? Sounds like weird, but I suppose that is somewhat necessary! Huhuhu, may it become true in the future, Ameen!)

Sepanjang perjalanan, ana memilih untuk membaca novel yang ana bawa bersama sewaktu bertolak ke KL sebelum ini. Mujurlah ana dapat seat berdekatan window, at least dapat juga meminjam cahaya-cahaya lampu di luar sana untuk membantu ana membaca (mashaAllah, dugaan juga nak membaca gara-gara lampu membaca di seat ana rosak)....unfortunately...Membaca novel itu hanyalah buat peneman diri sebelum terlena. Al-maklum, sebelum itu ana dah peningkan kepala dengan membaca bahan-bahan university yang agak ‘heavy’ bagi persediaan untuk temuduga....justeru, novel yang sedikit ‘ringan’ dapat merehatkan minda ana yang ternyata kepenatan. Allahu a’laam...mungkin cara ana berbeza dengan orang lain...tapi itulah cara ana. Noktah!

Sebaik sahaja bas yang ana naiki berhenti di Greenwood untuk mengambil penumpang lain, tiba-tiba ada orang menegur ana. Ini seat number ** (afwan, ana tak ingat seat number waktu itu). Pembacaan ana terhenti seketika kerana terkejut dengan sapaan seseorang. ‘Betul,’ jawab ana ringkas.

Penumpang tadi pun mengambil tempatnya….so, ditakdirkan Allah…kali ini memang ada penumpang di sebelah ana….huhuhu…tak mengapa, inshaAllah…everything will be ok (Tak tahu kenapa kali ini risau yang keterlaluan…mungkin kerana sudah begitu lama tak naik public transport di Malaysia…pasti canggung juga pada awalnya…Allahu a’laam…bertawakkal sepenuhnya pada Allah…Dia pasti menjaga ana).

Ana meneruskan pembacaan yang sebentar tadi terganggu. Seketika kemudian, penumpang tadi (ana gelarkan sebagai “N”) memulakan bicara.

N: Masih belajar atau dah kerja di KL?

Y: Baru habis dan dalam proses menunggu panggilan kerja (jika ada).

N: Owh ic. Saya pula dah kerja. Balik Kelantan ni pun kerana akan outstation nanti. Dulu grad dari uni mana?

**** Huhuhu....sepertinya ana tidak begitu berminat untuk teruskan perbualan. Ada baiknya ana sambung bacaan ana dan tunggu sehingga mata betul-betul mengantuk. Tapi kerana keramah-tamahan dia, ana jadi tak keruan. Akhirnya ana berusaha untuk menjawab setiap persoalan yang dia timbulkan.

Dalam banyak-banyak perkara yang kami bincangkan, ada satu isu yang amat terkesan di hati ana. Ana sempat bercerita tentang pengalaman ana di bumi Monash yang baru sahaja ditinggalkan dan juga ujian-ujian yang telah berlaku pada diri ana. Natijah daripada itu, dia berkongsi sesuatu dengan ana. Katanya:-

N: Saya percaya setiap daripada kita inginkan kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup...termasuklah juga awak, kan? Tetapi, apakah yang perlu kita buat untuk mencapainya?

Y: Betul, saya sokong. Hm...(jawapan yang begitu bersahaja…sebabnya ana menantikan jawapan dari dia)

N: Peganglah pada dua prinsip ini: Syari’atullah dan Sunnatullah. Pertolongan dan penjagaan Allah hanya akan hadir bila syariat dan sunnah selesai. Dua perkara inilah dinamakan prasyarat kejayaan. Awak tahu kan maksud syari’atullah dan sunnatullah?

Y: Subhanallah, menarik perkongsian awak kali ini. Cukup berguna. InshaAllah, kalau dari segi makna dua terms yang awak sebutkan tadi, saya inshaAllah tahu. Tapi mungkin awak boleh huraikan lagi agar saya tak silap faham nanti. Allahu a’laam.

N: Baiklah…Syari’atullah maknanya syari’at Allah. Apa yang saya maksudkan dengan prasyarat kejayaan tadi adalah… “nak berjaya dan pada masa yang sama kita nak dapat keredhaan Allah...kita kena jaga syari’atullah.”

Y: Owh, begitu. Terima kasih untuk penjelasan. Boleh awak nyatakan contoh-contoh menjaga syari’atullah? (Sekali lagi, ana bertanya dengan nada bersahaja…harapnya dia tidak jenuh melayan persoalan-persoalan ana yang agak bertubi-tubi….huhuhu…memang begini cara ana belajar…belajar dengan cara menyoal).

N: Kalau nak diperincikan lagi tentang statement saya tadi, kiranya kita jaga elok-elok...solat kita..puasa kita....basically amal-amal ibadah kita kena diperelokkan. Soal sunnatullah pula, it's basically ketetapan Allah sejak azali lagi…contohnya, kita makan dan akhirnya kita kenyang. Kalau kita mengantuk, kita akan tidur dan selepasnya kita jadi lebih bertenaga...dan seerti dengannya.

Y: So, in other words....kita kena berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang diredhai itu dengan berlandaskan syari’atNYA? Am i right?

N: Yes, sebab sunnatullah-nya...kita dapat something dengan melakukan something…. bukan dengan hanya goyang kaki..dan tunggu rezeki turun dari langit. Sama juga halnya...kalau kita ni seorang yang amat taqarrub (dekat) dengan Allah...tapi usaha kita tak seberapa...atau kita seolah-olah putus asa....itu masih belum cukup untuk melayakkan kita mendapat kejayaan yang diredhai. Allahu a’laam.

Y: MashaAllah, mantap! So, apa kesimpulan yang sesuai kat sini? (based on pendapat awak berserta justification yang awak buat tadi).

N: In a nutshell..perhatikanlah kedua-dua perkara tadi…jangan sampai ada yang diabaikan…inshaAllah...moga-moga Allah akan berikan kita kejayaan dan ianya dlm keadaan Allah redha pada kita...

Y: InshaAllah, mudah-mudahan. Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak atas perbincangan yang menarik tadi. May Allah bless you.

*** Sedar tak sedar, perbincangan kami berlanjutan sehingga jam 2 pagi...ini memang satu pengalaman yang baru buat ana....sebab selalunya ana kurang berinteraksi dengan orang lain apabila perjalanan di waktu malam. Allahu a’laam...apa yang pasti, ana bersyukur kerana berkesempatan untuk mengenali si “N” tadi. InshaAllah, moga ada sesuatu yang dapat dikutip buat bekalan daripada hasil perbualan biasa kami....-THE END-

P/s: Rasa-rasanya, siapakah gerangan si “N” tadi? Kalau berdasarkan dari cara dia memberi penjelasan dan penerangan kepada ana, apakah kesimpulan yang dapat dibuat? Does it ring a bell to anyone? If not, no worries...(“,)

Sunday, May 04, 2008

Erti Sebuah Kegagalan...



“Adalah mudah untuk bersenang hati ketika hidup kita mengalir seperti sebuah lagu. Tetapi yang patut dihargai adalah mereka yang mampu tersenyum, walaupun semuanya berjalan salah...kerana ujian hati adalah kesulitan, dan ini selalu datang sepanjang masa kehidupan. Dan senyuman yang patut diberi pujian adalah senyuman yang bersinar melalui mengalirnya air mata…”

Setiap dari kita pastinya sentiasa mengimpikan kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup…malah akan berusaha semampu mungkin untuk menghindarkan diri dari sebarang kesusahan atau bencana. Tiada siapa di dunia ini yang dengan sewenang-wenangnya meminta agar diberikan kesedihan atau kegagalan. Jika diberikan pilihan antara bahagia atau sengsara, pastinya bahagia yang menang. Inilah fitrah manusia yang lemah....yang sentiasa dalam keadaan membutuhkan (baca: berkehendakkan) sesuatu...baik sekecil-kecil perkara, mahupun sebesar-besar perkara. Perlu diingat, kesulitan tidak pernah memandang umur. Entah berumur 7, 17, atau 70 tahun, kita tidak dapat memastikan datangnya saat-saat mendung dalam kehidupan kita.

Sejenak terkenang akan kata-kata ustaz kesayangan ana semasa di alam persekolahan menengah dulu. Ustaz Mokhtar, seorang guru Bahasa Arab yang cukup disenangi oleh para pelajar tak pernah lekang daripada menaburkan kata-kata nasihat penuh makna buat kami, termasuklah diri ana. Ustaz pernah kata:

“Enti, nak senang mesti susah dulu...Ustaz dulu pun dah banyak rasa hidup susah…dah banyak makan asam-garam daripada enti…” begitulah kalimah-kalimah yang sudah tidak asing lagi buat ana...dan alhamdulillah, masih menjadi panduan hidup ana sehingga sekarang.

Suatu masa Ustaz pernah berkongsi pengalaman pahit beliau sewaktu menerima berita kematian ayahandanya kerana menderita sakit jantung. Waktu itu, beliau masih lagi belajar di Cairo, dan jauh terpisah daripada keluarga. Ana ingat-ingat lupa adakah Ustaz sempat melihat jenazah ayah sebelum dikebumikan..tapi yang ana ingat...Ustaz pernah berpesan kepada ahli-ahli keluarga beliau supaya tidak menyampaikan apa-apa berita sedih dari Malaysia selagimana beliau masih berada di Cairo...bukan apa, Ustaz tidak mahu semangatnya luntur kerana beliau telah bersusah-payah untuk melayakkan diri berada di sana...Wallahu a’laam...mungkin itu cara Ustaz ana yang ana kira sedikit ‘unik’ namun wajar. Pun begitu, bukan perkara mudah untuk menyembunyikan sebuah kesedihan, apalagi kalau ianya melibatkan mereka yang tersayang...inilah namanya manusiawi.

“Di balik kesulitan pasti ada kemudahan,” demikian firman Allah dalam QS Alam Nasyrah: ayat 6. Tidak ada mendung dan badai yang berkepanjangan, kerana hari cerah pasti datang sesudahnya.

Namun, banyak orang yang tidak bisa melalui hari-hari sulit seperti gagal dalam ujian, perceraian, bankrup dalam perniagaan, hutang keliling-pinggang, terkena penyakit berat dan sebagainya. Ketidakmampuan menghadapi kegagalan boleh membuatkan mereka mudah menyerah, malu, marah atau putus harapan. Maka, boleh jadi seluruh kehidupannya menjadi ‘badai yang tak pernah berlalu.’

Kejayaan selalu dianggap kehormatan, sedangkan kegagalan sering dianggap kehinaan. Namun, sebenarnya tidak ada kejayaan yang diperoleh tanpa melalui proses belajar dari kegagalan masa lalu. Istilah ‘berjaya dalam hanya satu malam’ sebenarnya hampir tidak pernah ada di dunia nyata.

Sejak usia kecil kita perlu diajari bahawa setiap orang pernah mengalami hari-hari susah dan kegagalan, tetapi bukan tanpa tujuan. Kegagalan dan kesulitan bisa membawa mereka ke gerbang kejayaan.






Kegagalan perlu dipandang sebagai batu loncatan, bukan sebagai lampu merah tanda berhenti. Ford, pereka kereta, boleh menjadi begitu berjaya setelah menempuh kegagalan berkali-kali dan sikap pantang menyerah untuk mencuba.

Kita harus melihat kejayaan dan kegagalan dalam perspektif yang ternyata bukan suatu hal yang mudah. Kita perlu memandang kegagalan dengan dua pandangan positif; iaitu:

  1. sebagai kesalahan yang dapat diperbaiki, dan
  2. sebagai kesempatan untuk belajar dari kesalahan dalam melangkah ke depan.

Kita perlu mengetahui bahawa kita adalah “lebih besar dari kegagalannya.”

Semakin kita mampu menerima kegagalan sebagai kesempatan untuk belajar, maka akan semakin tinggi pula motivasinya untuk menerima tentangan baru. Bahkan, kejayaan sekecil apapun akan meningkatkan rasa percaya diri kita untuk menjelajahi cakerawala kehidupan.

Dalam ertikata yang lain, terpulanglah kepada kita sendiri untuk mendefinisikan sesebuah kejayaan atau kegagalan itu. Jika kalian menyifatkan kejayaan itu dengan memiliki sejumlah wang yang banyak, maka kalian layak dikatakan berjaya jika dapat mengumpulkan harta bertimbun, atau sebaliknya. Tapi jika kalian menjadikan keredhaan Allah sebagai kejayaan, maka itulah kejayaan yang hakiki dan paling atas di antara yang teratas. Telah tertulis dalam Kitabullah bahawa redha Allah adalah anugerah yang paling berharga dan harus didambakan oleh setiap insan. Wallahu ta’ala a’laam...Semoga bermanfaat buat yang sudi membaca....Untuk kesekian kalinya, dimaklumkan bahawa ana sekadar memperingatkan dan memuhasabah diri sendiri...tanpa sebarang niat untuk menggurui, inshaAllah...tapi alangkah bersyukurnya ana sekiranya ada insan-insan lain yang dapat mengambil pengiktibaran darinya...walau sedikit cuma...Allahu a'laam...Asifati jiddan ‘ala kulli hal. Semoga Allah sentiasa memelihara kita semua. Amin...


~ Diolah daripada sebuah artikel di Buletin Tarbiah, 2006 ~