Sunday, August 24, 2008

Cetusan rasa I

Bismillahirrahmaanirraheem…

Salamun’alaikum wbt pembuka kalam bicara…mashaAllah, rasanya dah begitu lama ana tak mengetip di blog ini…pernah sebelum ini ada sahabat-sahabat yang bertanya kenapa blog ana menyepi begitu lama? Paling mudah, mereka meneka alasannya adalah kesibukan yang melanda sehingga tak berkesempatan untuk menulis di sini….la quwwata illa biLLAH….ana dengan penuh rasa rendah hati memohon rimbunan kemaafan atas keterbatasan diri…semoga masih ada keizinan daripada Allah untuk ana meninggalkan pesanan buat diri sendiri (paling tidak) dan juga buat tatapan sahabat-sahabat yang sentiasa dalam iringan doa ana, inshaAllah.

Untuk entry kali ini, to be frank…ana tiada tajuk yang khusus…sebenarnya, amat banyak yang ingin dikongsikan buat bekalan diri sendiri mahupun sesiapa sahaja andai kata pengalaman yang kita timba hampir sama atau persis…Allahu a’laam…it’s just too hard to even start a paragraph….mungkin sebab sebelum ini ana menumpukan sepenuh usaha dan tenaga untuk tugasan kuliah di UQ yang telah mengurangkan kemampuan ana untuk menulis sesuatu yang “di luar” daripada bidang ana….(supposedly, this shouldn’t be the case, but unfortunately…I just feel it that way…huhuh). Justeru, asifati jiddan andai tulisan kali ini bakal menjadi satu coretan yang “comot”…namun, kerana ingin berkongsi dengan harapan dapat menjadi iktibar buat semua, ana usahakan sekadar kemampuan dan seizinNYA…inshaAllah.

Sedar tak sedar, dah hampir sebulan ana di tempat “lama tapi baru”, di bumi Queensland yang juga dikenali dengan nama The Sunshine State...subhanallah, sukar untuk ana percaya akan hakikat ini...rupa-rupanya ana sememangnya tidak mampu akur dengan last statement ana sewaktu masih di bumi Melbourne lebih kurang 10 bulan yang lalu... “Sorry, but I’m going back for good to Malaysia and this is gonna be my last time in Australia” [kenyataan ini ana sampaikan kepada beberapa orang dalam keadaan ana sangat ‘firm’ dan nekad…tapi akhirnya, ana pulang kembali ke bumi Australia, cuma berlainan State tetapi dengan tujuan yang sama, inshaAllah]….Yang ana belajar daripada kejadian ini adalah kita sememangnya tidak tahu akan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah buat diri kita mahupun orang-orang yang dekat dengan kita….TADBIR tidak akan pernah mampu mengatasi TAKDIR! We just have to constantly believe that because Allah knows everything and His way is always the best! Allahu ta’ala a’laam…I’ll leave it there, as always….it’s something to ponder upon.

MashaAllah, selama 7 bulan ana di bumi Malaysia (sekembalinya daripada kembara ilmu ana di Monash University untuk 3 tahun)…banyak ujian yang ditimpakan, di samping pelbagai nikmat kurniaan dari Allah yang ana kira cukup membuatkan ana berfikir sejenak akan cantik dan indahnya perencanaanNYA….Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah….Terima kasih Allah kerana peduli…tiada ungkapan yang mampu menggantikan kalimah syukur padaNYA di sebalik apa yang telah ditentukan buat diri yang hina lagi faqir ini…inshaAllah, ana terima segala yang terjadi sebagai tarbiyah yang terus dari Allah…untuk menjadikan diri ini lebih bergantung harap padaNYA dan sebagai bukti kasih sayangNYA yang tak pernah pudar atau berkurang….Subhanallah, kerana keyakinan bahawa Allah itu Maha Adil…Allah itu Maha Mengetahui…Allah jua yang Maha Berkuasa….kerana itulah diri ini masih lagi mampu bertahan walaupun dihujani dengan bermacam cabaran hidup….Mungkin agak keterlaluan sekiranya ana mengatakan bahawa siri-siri ujian yang telah ana lalui sekembalinya ana di Malaysia adalah yang paling berat berbanding makhlukNYA yang lain…tapi yang mengalaminya lebih tahu…wallahu a’laam....Benarlah, ujian itu mematangkan…dugaan itu menguatkan hati kita untuk meneruskan kehidupan…takkan terasa kemanisan hidup andai tak dilambung gelora…in every cloud, there is always a silver lining...pesan pada diri…anggaplah ujian itu sebagai tetamu…yang datang bersinggah seketika dan bakal pulang pergi…inshaAllah, kemanisan di hujungnya amatlah terasa seandai diri pasrah, sabar dan redha dalam menghadapi saat-saat sukar…Allah tidak akan pernah memberatkan sesiapapun dari kalangan hamba-hambaNYA melainkan apa yang terdaya olehnya….jangan pernah ragu akan janji Allah dalam firmanNYA ini…inshaAllah, mudah-mudahan.

Nota ringkas buat insan bernama Siti Yusrina Nadihah Binti Jamaludin:

  • “Sesuatu yang diimpikan tak selalu menjadi kenyataan. Tetapi apa yang tak diduga seringkali berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tapi usah kita ketawa memanjang kerana kemenangan yang belum pasti untuk selamanya. Tiada ‘abid (hamba) yang maksum tanpa dosa. Apalagi bila berjiwa muda. Namun kegagalan bukanlah mengajar erti kekalahan...tetapi mengingatkan tentang kemenangan yang masih tertunda. Mungkin hari ini kita kuat dan selesa..tapi tak mustahil esok kita pula rebah tak berdaya...Salam mujahadah...kuatkan hati wahai pejuang Allah.” [Amirah Khairunnisa]
  • “Teruskan perjuangan...pikullah kewajipan seorang muslimah dan saintis muslim dengan penuh amanah dan ikhlas. Ingat, kewajipan kita melebihi masa. Kami doakan kejayaan dan keselamatan Along. Siru ‘ala bibarokatillah. Tiada apa yang boleh kami bantu buat masa ini, hanya Doa.” [Dr Mohd Kamil & Dr Nor Azizah]
  • “Derita perjuangan bukan satu bebanan tetapi satu latihan...gundah perjuangan bukan satu ancaman tetapi satu didikan...mehnah perjuangan bukan satu kegusaran tetapi satu kekuatan...walau perit mana perjuangan, sesukar manapun perjalanan...kita pejuang, tabahkan hati...kita mujahid, kuatkan diri...kukuhkan tekad, mara dalam perjuangan Islam dan dalam mencari ilmu.” [Aqilah Izzati]
  • “May Allah always bless you and make life easier all the time for the benefit of the ummah.” [Abi Latiff]






Jazakumullahu khayran katsiran buat semua yang tak pernah jemu mengirimkan doa dari kejauhan serta suntikan semangat buat bekalan sebuah perjalanan meniti kembara ilmu…moga Allah memberikan ganjaran yang lebih baik buat kalian…Amin, Ya Rabb!

Wallahu ta’ala a’laam…

Indooroopilly, 1702hr

2 comments:

  1. assalamualaikum along..afwan memang angah sibuk sgt sepanjang sesi 2008/09 ni..tahun yg paling sibuk dan penat.angah mcm kekosongan dr segi makanan hati..baru hari ni sempat menjenguk blog along ni.sebenarnya masa tu ada tp angah mengabiskan pd tempat or benda yg salah.setiap org sama je masa yg diberikan cuma atas diri sendiri menmanfaatkannya.
    setiap org ada kelebihan dan kekurangan msg2 dan takkan lari dr ujian hidup ini.kite kena redha dan sabar je menghadapi ujian ni.angah yakin along mampu hadapinya.ye betul..org yg memikulnya lebih tahu dr org yg memandang.tp igtkan doa merupakan senjata org mukmin.berdoala nescaya ALLAH akan memakbulkannya..angah sentiasa doakan kita semua adik beradik pulang dgn membawa kejayaan pd mak ayah terutamanya.dan menjadi org yg bersyukur atas nikmat yg ALLAH berikan ini.tak sabar nak tgk kita semua beradik pulang dgn membawa kejayaan iman dan ilmu..selamat berjuang di perantauan..

    ReplyDelete
  2. Jazakumullahu khayran katsiran angah utk kiriman kata2 penuh semangat ini....ianya cukup membuatkan hati along tersentuh sewaktu membacanya....Allahu akbar! Teruskan berusaha angah...inshaAllah, man jadda wa jada....Allah tak pernah mensia2kan usaha kita...kalaupun tidak seberapa...untaian doa menghubungkan kita...sentiasa dan selamanya...inshaAllah...miss u guys heaps (",)

    Bittaufiq wannajah dari Along buat angah, Luqman, Nabilah, Faarihah, Faari'ah dan Uzair....salam kerinduan buat Mak dan Ayah... :)

    ReplyDelete