Thursday, February 23, 2006

Kuat kita kuatlah ummah

Cuaca dan suasana amat berbeza
Susah nak pasti…
Mengikut sunnah ia memang bergilir
Silih berganti…
Bagi si mukmin yang cekal berani
Tiada putus hubungannya dengan Ilahi.

Kadang-kadang cuaca cerah dan panas
Semua ceria...
Kadang-kadang pula gelap dan hujan
Semua ‘slow’ bersahaja...
Kadang-kadang dia mendung dan gerhana
Keliru dan alpa...
Kadang-kadang dia berkabut dan ribut
Sujud dan doa saja.

Apa kesan apa amalan
Tiada yang terbaik melainkan
Sikit-sikit tapi berterusan...
Itulah nasihat Rasul
Itulah pesan.

Kekadang mukmin boleh sempat berbicara
Kekadang hanya sempat bertanya-tanya
Kekadang boleh berdoa saja
Tapi yang pasti…
Ruh ukhuwwah janganlah dipersenda.

Kekuatan kita bukan pada lahir
Dan ucapan berlirik
Hati yang hidup sentiasa dididik
Sama ada seorang diri atau sebalik
Pastikan diri tertingkat jangan asyik.

Kuat kita kuatlah ummah
Lemah kita ummah dijajah
Marilah kita tingkatkan islah,
Sama ada pada hati, akal, jasad dan ukhuwwah.

Hati rindu, cemas, sedih, segala perasaan
Maklumlah cuaca buruk dan pelbagai kesan
Kadang-kadang kita lupa...
Dunia ni memang medan ujian,
Semoga Allah tingkatkan ilmu,
Kesedaran dan amalan.

Ya Allah...
Hidupkan hati-hati kami dengan kenikmatan
Seruan dan mujahadah di atas jalanMu
Janganlah Kau matikan kami
Melainkan dalam keadaan syahadah
Dalam erti yang benar...amin.

Dipetik dari Haluan.

Renungilah firman Allah SWT:-

“Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin itu untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antaramu, mereka dapat mengalahkan seribu daripada orang-orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti.”

[QS8:65]

Tuesday, February 14, 2006

Mitos Tentang Cinta....

Assalamualaikum wbt..hal antum fi zilali Rabbuna? Ana doakan semoga shbt2 sekelian sentiasa di bawah naungan rahmat dan redha Allah SWT. Memandangkan bulan Februari sgt sinonim dgn satu hari yg digelarkan 'Hari Kekasih' atau nama glamournya 'Valentine's Day', ana cuba bawakan satu hasil tulisan oleh seorang pensyarah psikologi di UKM berkenaan isu "Mitos Tentang Cinta".

Namun begitu, pertama-tamanya ana ingin menjelaskan yg ana tdk bermaksud untuk mengguriskan hati mana2 pihak, malahan ana sebenarnya hanya sekadar melakukan perkongsian ilmiah di samping mengkoreksi diri sendiri yg kdg2 tersasar dr landasan kebenaran. Sebarang salah dan silap, ana pohon rimbunan keampunan dr semua..Ana al-faqir ilallah...

Cinta yg romantik itu adlh satu konsep yg ideal dlm budaya kita. Mitos2 yg dipercayai itu sebenarnya bnyk yg telah terhasil dan dirangsang oleh media massa terutamanya TV dan filem.

MITOS 1
````````````````````
Apabila anda jatuh cinta, anda akan ketahuinya.Org akan selalu tertanya2 sama ada mrk mengalami cinta yg sejati/hny terpengaruh semata-mata. Adlh perkara biasa org akan jd keliru tentang perasaan yg dirasai, tetapi kdg2 itu tdk bermakna anda tdk betul2 jatuh cinta. Sebaliknya anda juga mungkin hny terpengaruh/terpedaya dgn perasaan anda terutama jika anda masih muda.

MITOS 2
````````````````````
Apabila cinta telah menjelma, anda tdk dpt mengawalnya.Mitos ini mencadangkan bahawa seolah-olah cinta itu sgt kuat dan berkuasa sehinggakan individu tdk mampu utk bertindak dgn bijak dan berfikir secara rasional. Mempercayai mitos ini akan membuat individu melakukan perkara2 yg berdosa dan tdk senonoh krn mengikut hati, spt kata pepatah "ikut hati mati, ikut rasa binasa." Masalah sosial dan perlanggaran hukum syarak yg terhasil di klgn remaja bnyk bermula drp kepercayaan thdp mitos ini.

MITOS 3
`````````````````````
Cinta sejati kekal selama-lamanya.Perasaan cinta mungkin kekal selama-lamanya, tapi malangnya hubungan tdk begitu. Jika hubungan putus di tgh jalan, kita mungkin cuba mengubati hati dgn berkata bhw itu bukan cinta sejati. Dgn itu membolehkan individu mencari cinta yg lain yg dianggap blh memberi mrk kegembiraan sepenuhnya. Namun, adlh lbh realistik jika kita melihat cinta sbg satu keadaan yg kdgkala membahagiakan dan kdg2 mengecewakan.

MITOS 4
````````````````````
Cinta mampu mengatasi semua masalah.Tertipu dgn mitos inilah yg menyebabkan psgn bercerai-berai. Walaupun menghadapi bnyk masalah dlm perhubungan, psgn masih berdegil dan meneruskan juga niat utk berumahtangga krn menganggap selagi mrk mencintai antara satu sama lain, mrk mampu menyelesaikan semua mslh. Memang cinta sejati bnyk menolong menyelesaikan mslh rumahtangga, namun ia tdk menjamin kejayaannya.

Ana akhiri posting kali ini dgn satu kata2 hikmah yg ana rasa cukup sesuai utk merumuskan topik ini...semoga mendpt manfaat drnya..inshaAllah..

"Kasih dan cinta manusia hanya SETITIS jika dibandingkan dgn LAUTAN cinta Allah dan sekiranya hilang yg SETITIS itu tidak akan menjejaskan hidupmu andai yg SELAUTAN itu masih kau miliki."

Wallahu a'laam.

Sunday, February 05, 2006

Rahmat Ujian...




Bismillahirrahmaanirraheem…
Assalamualaikum wbt buat semua..

Untuk entry blog kali ini, ana tujukan buat sahabat2 ana yg diingati selalu..moga dpt menjadi penawar hati yg sering merintih dan keluh-kesah di kala ujian datang bertamu..inshaAllah

Sahabatku…

“Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan untukmu dgn sedikit ketakutan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kpd org2 yg sabar.”
[QS2:155]


Life is not but a test…do you agree with me? Ketika kita diuji dgn sebarang bentuk ujian drp Allah, bukan sedikit drp kita yang merasakan itulah ujian yg plg berat..seolah-olah dunia bukan lagi milik kita..Allah bukannya tidak mampu memberi pahala kpd org2 yg beriman tanpa mengujinya terlebih dahulu..tentu shj boleh sebab Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu..Tetapi, yg menjadi persoalan di hati ialah kenapa adanya ujian2 ini? Tahukah shbt2 sekelian, ujian yg diberikan oleh Allah kpd para hambaNya di atas muka bumi ini blh dikategorikan kepada tiga:-

1. Ujian merupakan realiti kemanusiaan

Setiap manusia, tanpa mengira usia, pangkat, keturunan dan seumpamanya pasti diuji. Justeru, kita tdk sewajarnya takut diuji kerana ujian itu pasti kita alami…sama juga bila kita bercakap mengenai kematian..Kematian itu suatu yg pasti..Cuma yg tidak pasti adalah bagaimana kita akan dimatikan, di mana dan bila…itu semua di luar jangkauan akal fikiran manusia yg sememangnya terhad..

2. Ujian merupakan realiti keimanan

Jika seorang manusia yg biasa pun pasti diuji oleh Allah, apatah lagi sebagai seorang mukmin. Pd dasarnya, harus ada ujian untuk mengetahui kebenaran keimanan seseorang mukmin. Kadang2 ada org yg merasakan keimanannya sudah benar lantaran hidupnya dipermudahkan sahaja oleh Allah tanpa pernah mengalami ujian..one word that is suitable to describe this condition is “complacency”. Org yg seperti ini seharusnya bertanya tentang kebenaran imannya..mengapa hidupnya santai dan mudah shj (smooth sailing)? Hal ini bertepatan dgn firman Allah dlm Surah Al-Ankabut ayat 2-3:

“Apakah manusia itu mengira bhw mereka akan dibiarkan shj mengatakan ‘kami telah beriman’ sdg mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan Dia mengetahui org2 yg berdusta.”

3. Ujian merupakan nilai keimanan

Apa yg dimaksudkan di sini ialah semakin tinggi tingkat keimanan seseorg, akan semakin tinggi ujian Allah dan jika lulus, maka semakin tinggi pula keimanannya..in a simple word…tahap keimanan seseorg berkadar langsung dgn ujian yg ditimpakan ke atasnya..

Oleh itu wahai sahabat2ku,

Berbahagialah org yg sering mendapat cubaan dan ujian dr Allah krn dgn hal itu, peluang untuk meningkatkan darjat keimanannya akan semakin luas..Mudah2an segala ujian yg kita terima mampu dilalui dgn sabar dan penuh tawakkal, tanpa keluh-kesah sehingga menjadikan kita sbg org yg meraih kemenangan..inshaAllah.

Ana tertarik dgn senikata lagu Rahmat Ujian..sarat dgn nilai2 keimanan buat seorang ‘abidullah yg diuji oleh Sang Pencipta..hayatilah ia dan cubalah mengambil pengajaran drpnya..ana pun mengingatkan diri ana pd masa yg sama…sbb ana pun hanyalah insan biasa yg tdk pernah terlepas dr menerima ujian Allah..baik ujian kesenangan atau kesusahan…

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi


Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Wednesday, February 01, 2006

Catatan di lembaran baru...



In the name of Allah The Entirely Merciful and The Especially Merciful...

Alhamdulillah, akhirnya dpt juga ana melangkah ke tahun Hijriah yg baru..'Aam Jadid 1427H..subhanallah, thn baru ini ana diberi peluang oleh Allah utk merasai kegembiraan yg tak pernah ana kecapi selama ini..pd hari yg penuh bersejarah ini juga..ada sejarah dan kenangan manis buat mak dan ayah...Happy 21st Anniversary buat mak dan ayah drp along...MashaAllah..all praise is due to Allah kerana memanjangkan usia mak dan ayah..tarikh 31 Januari 1985 akan sentiasa dlm ingatan along dan adik2 yg lain..kami doakan moga perkahwinan yg dibina keranaNya akan terus berkekalan dan dikurniakan rahmat olehNya..Ameen!!

Buat shbt2 ana yg dikasihi lillahi Taala..salam ma'al hijrah dr ana buat antum semua..bertambahnya usia..maka bertambahlah cabaran yg bakal dihadapi oleh kita semua..tp pastinya ia akan menjadi kenangan manis buat kita semua dlm mematangkan diri dlm apa jua yg kita lakukan..buatlah reflection atas apa yg tlh kita laksanakan sepanjang thn 1426H dan ambil iktibar drnya..inshaAllah, everything is for your own good...Selamat melangkah ke tahun baru!!

Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang
Kehidupan terpelihara

Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal abadi

Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban

Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia

Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi