Assalamualaikum wbt..hal antum fi zilali Rabbuna? Ana doakan semoga shbt2 sekelian sentiasa di bawah naungan rahmat dan redha Allah SWT. Memandangkan bulan Februari sgt sinonim dgn satu hari yg digelarkan 'Hari Kekasih' atau nama glamournya 'Valentine's Day', ana cuba bawakan satu hasil tulisan oleh seorang pensyarah psikologi di UKM berkenaan isu "Mitos Tentang Cinta".
Namun begitu, pertama-tamanya ana ingin menjelaskan yg ana tdk bermaksud untuk mengguriskan hati mana2 pihak, malahan ana sebenarnya hanya sekadar melakukan perkongsian ilmiah di samping mengkoreksi diri sendiri yg kdg2 tersasar dr landasan kebenaran. Sebarang salah dan silap, ana pohon rimbunan keampunan dr semua..Ana al-faqir ilallah...
Cinta yg romantik itu adlh satu konsep yg ideal dlm budaya kita. Mitos2 yg dipercayai itu sebenarnya bnyk yg telah terhasil dan dirangsang oleh media massa terutamanya TV dan filem.
MITOS 1
````````````````````
Apabila anda jatuh cinta, anda akan ketahuinya.Org akan selalu tertanya2 sama ada mrk mengalami cinta yg sejati/hny terpengaruh semata-mata. Adlh perkara biasa org akan jd keliru tentang perasaan yg dirasai, tetapi kdg2 itu tdk bermakna anda tdk betul2 jatuh cinta. Sebaliknya anda juga mungkin hny terpengaruh/terpedaya dgn perasaan anda terutama jika anda masih muda.
MITOS 2
````````````````````
Apabila cinta telah menjelma, anda tdk dpt mengawalnya.Mitos ini mencadangkan bahawa seolah-olah cinta itu sgt kuat dan berkuasa sehinggakan individu tdk mampu utk bertindak dgn bijak dan berfikir secara rasional. Mempercayai mitos ini akan membuat individu melakukan perkara2 yg berdosa dan tdk senonoh krn mengikut hati, spt kata pepatah "ikut hati mati, ikut rasa binasa." Masalah sosial dan perlanggaran hukum syarak yg terhasil di klgn remaja bnyk bermula drp kepercayaan thdp mitos ini.
MITOS 3
`````````````````````
Cinta sejati kekal selama-lamanya.Perasaan cinta mungkin kekal selama-lamanya, tapi malangnya hubungan tdk begitu. Jika hubungan putus di tgh jalan, kita mungkin cuba mengubati hati dgn berkata bhw itu bukan cinta sejati. Dgn itu membolehkan individu mencari cinta yg lain yg dianggap blh memberi mrk kegembiraan sepenuhnya. Namun, adlh lbh realistik jika kita melihat cinta sbg satu keadaan yg kdgkala membahagiakan dan kdg2 mengecewakan.
MITOS 4
````````````````````
Cinta mampu mengatasi semua masalah.Tertipu dgn mitos inilah yg menyebabkan psgn bercerai-berai. Walaupun menghadapi bnyk masalah dlm perhubungan, psgn masih berdegil dan meneruskan juga niat utk berumahtangga krn menganggap selagi mrk mencintai antara satu sama lain, mrk mampu menyelesaikan semua mslh. Memang cinta sejati bnyk menolong menyelesaikan mslh rumahtangga, namun ia tdk menjamin kejayaannya.
Ana akhiri posting kali ini dgn satu kata2 hikmah yg ana rasa cukup sesuai utk merumuskan topik ini...semoga mendpt manfaat drnya..inshaAllah..
"Kasih dan cinta manusia hanya SETITIS jika dibandingkan dgn LAUTAN cinta Allah dan sekiranya hilang yg SETITIS itu tidak akan menjejaskan hidupmu andai yg SELAUTAN itu masih kau miliki."
Wallahu a'laam.
salam yus,
ReplyDeleteboleh tak ana ambil post ni?
Waalaikumussalam wbt kak najwa yang ina sayangi fillah =)
ReplyDeleteNa'am..akak boleh je ambil posting ina kali ini..basically ina cuma reiterate daripada apa yang ina pernah baca dalam satu majalah khusus untuk remaja..ina rasa ianya sangat menarik untuk dikongsikan..harap akak pun akan mendapat faedah darinya..Wallahu a'laam..
Lotsa love,
Ina @>---