Thursday, November 15, 2012

Catatan Hijrah 1434

Bismillah, semoga khabar ini barakah...

Assalamualaikum wbt sebagai pembuka bicara...melihatkan entry terakhir di blog ini, ternyata sudah setahun ana 'memencilkan' diri dari arena penulisan blog...jujur, ana sendiri kurang pasti kenapa ana sedikit 'lengah' daripada memberikan sedikit ruang untuk menukilkan sesuatu di laman blog sendiri...namun ana menganggap ini adalah bagian daripada kelemahan diri ana sendiri yang harus diperbaiki...dengan rendah hati, rimbunan kemaafan ana pohonkan kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke laman ini namun harus hampa kerana tiada sebarang updates sehingga kini...moga ke depannya akan lebih baik, inshaAllah.

Sebagai 'warm-up' entry, ana sekadar ingin menyampaikan dan berkongsi rasa kesyukuran ana ke hadrat Allah SWT kerana untuk tahun 2012, ana ditakdirkan untuk menyambut ulangtahun kelahiran pada hari yang sama dengan sambutan Ma'al Hijrah (atau gelaran lainnya Awal Muharam) 1434H. Antara sedar atau tidak, kita telah melewati tahun 1433H dan baru sahaja memasuki tahun yang baru. Mungkin kebanyakan orang kurang 'bersungguh' dengan Awal Muharam kerana sambutan Tahun Baru lebih diutamakan. Namun, bagi setiap yang beragama Islam, sewajarnya Awal Muharam dianggap sebagai sambutan yang penting...moment yang significant dalam diari kehidupan...kerana pada hari inilah kita semua membuka lembaran yang baru...meninggalkan lembaran yang lepas....dan yang lebih penting, kita berdoa dan berharap agar kita dapat memulakan lembaran baru dengan perkara-perkara kebaikan...supaya nantinya kita akan dapat meneruskan 'alur cerita' kehidupan kita ke depannya dengan lebih baik...inshaAllah. Izinkan kami, Ya Allah!

InshaAllah, ana kira cukup dulu untuk entry kali ini...semoga ana diberikan kekuatan dan kudrat untuk terus menulis....menulis kehidupan untuk pedoman bersama....seizinNya.

Salam Ma'al Hijrah dari kota London :)