Sunday, May 14, 2006

Ku rindui belaian ibu...


"Jangan tinggal solat yer along."

"Jangan tension sangat..nanti dapat tension headache lagi..kan dah sakit nanti susah pulak..mak ayah dah jauh sangat dari along."

"Takper..kalau tak dapat buat Medic lagi..mungkin ada rezeki di lain masa..jangan putus asa..usaha setakat mana yang mampu.."

Itulah antara nasihat penuh makna daripada mak sebelum along meninggalkan bumi Malaysia..pada 23 Februari 2005..subhanallah, banyak sangat nasihat yang mak ayah berikan pada along..tapi kadang-kadang, along gagal untuk memenuhi setiap daripada nasihat tersebut..

Terfikirkan sewaktu along masih lagi kecil..tidak tahu apa-apa..mak ayah mesti dah banyak berkorban untuk diri along..sebab along-lah anugerah pertama buat mak ayah..terima kasih atas segala hal..

Sempena Hari Ibu ini..along cuma nak nyatakan luahan rasa along pada mak selama along menjadi anak sulung dalam keluarga..alhamdulillah, hampir 21 tahun along ditakdirkan untuk hadir dalam keluarga kita..dah banyak perkara yang berlaku yang sudah cukup mengajar along erti kehidupan..

Along teringat suatu ketika..Allah menimpakan ujian yang amat berat pada diri along dan pada keluarga kita umumnya..Tahun 2001..masa tu along di asrama..along tak tahu kenapa hari sebelumnya..bermacam-macam perasaan yang tak enak bertandang..tapi along cuba untuk tak layan perasaan tu..mungkin ianya bisikan Shaitan yang tak betul..na'uzubillahi min zaalik..

Namun, ternyata ada sesuatu yang telah berlaku..hari tu hari outing..tapi along batalkan niat along untuk keluar outing bersama sahabat-sahabat..so, along stay back kat hostel..tapi along tiba-tiba dipanggil oleh warden..ada berita dari rumah..warden cakap.."Yusrina, awak kena balik rumah hari ini..ada hal penting..tapi ayah awak tak dapat datang ambil..so, kena balik sendiri."

Masa warden cakap macam tu..along tak fikir apa-apa kecuali along assume maybe Tok Wan sakit..so along kenalah pulang menziarah..ok, fine..cuma masa tu..memang banyak betul masalah yang berlaku sebelum along sampai rumah..

Sampai di rumah, along terkejut tengok orang ramai di rumah..tak sangka pulak..along masih lagi keliru..tak tahu apa sebenarnya terjadi..then bila along first tengok mak..along tersentak seketika...muka mak lebam..dahi adik Uzair luka..ada kesan berdarah..along tak nampak ayah masa tu...along tanya kat mak.."Mana ayah, mak? kenapa muka mak lebam teruk?" Seribu satu soalan along tujukan pada mak..

Mak dengan nada perlahan menjawab.."Semalam mak, ayah dan adik Uzair accident..masa tu ayah dan adik Uzair nak hantar mak ke hospital sebab mak kerja shift malam."

Ya Allah, tak terkata...tak tergambar perasaan along masa dapat tahu perkara sebenar daripada mak..along hanya mampu menyeka air mata supaya mak tak nampak along nangis..and along cuba menahan sebak dan hiba di dada...Astaghfirullahal'azim..ya Allah, berat ujian yang aku terima kali ini..tabahkan hati kecilku ini ya Azim..

Tiba di HUSM, semua orang terdiam bila tengok keadaan ayah yang agak tenat..masa tu seingat along..adik-adik yang lain tak berani nak salam dengan ayah..sebab sebahagian daripada badan ayah ada kesan darah..and ayah baru lepas keluar dari OT..tapi, along gagahi jua..tak nangis pun waktu pertama kali tengok raut wajah ayah yang lemah tak bermaya..and along pergi juga dapatkan tangan kanan ayah..salam dan cium tangan ayah..terasa betapa bersalahnya along..kerana waktu ayah tak sakit dulu..along seolah-olah mengabaikan kewujudan ayah di sisi..astaghfirullahal'azim..Allah, ampunkan dosa hambaMu ini..mungkinkah ianya satu tamparan daripadaMu agar aku sedar akan kesilapan lalu..aku lemah Ya Rabbi..tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izinMu..

Peristiwa tu dah lama berlalu..tapi, along masih dapat rasakannya..sesungguhnya along seperti dapat meneka apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik musibah yang melanda keluarga kita..along tiada pengetahuan tentang rencana Allah yang sebenar..tapi along fikir..selepas kejadian itu..hubungan kita sesama ahli kelurga bertambah rapat..kasih sayang yang sudah lama wujud seolah-olah diberi nafas baru..kita saling menghargai dan menyayangi antara satu sama lain..subhanallah, walhamdulillah..indahnya perancangan Allah..along bersyukur sangat-sangat..Alhamdulillah 'ala kulli hal =)

Mak, sempena Hari Ibu ini, along dengan bangganya nak isytiharkan yang along bertuah dikurniakan seorang ibu yang baik seperti mak..tak mampu untuk dicari-ganti..mak dah banyak berkorban untuk along dan adik-adik..

Pernah along buat kesilapan..pertama kali dalam hidup along..along bercakap bohong pada mak..sebab along takut mak marah along..tapi mak masih lagi berlembut dengan along..cuba mengajar along perkara yang baik dengan penuh berhikmah..alhamdulillah, along dapat rasakan kesan daripada didikan mak..inshaAllah, itu akan jadi kali pertama dan terakhir untuk along cakap bohong kat mak..

Betapa sabarnya mak dengan kerenah along..dengan sikap along yang kadang-kadang kurang elok..along minta maaf mak..satu masa dulu along pernah buat mak tertunggu-tunggu panggilan dari along..mak tunggu along call selama satu jam walaupun mak tersangat penat selepas pulang dari kerja..sedangkan waktu itu along dah nyenyak tidur..along minta maaf sangat-sangat mak..along tak berniat nak susahkan mak sebegitu rupa..walau apapun mak..terima kasih atas segalanya..jasa mak tak mampu along bayar walau dengan seluruh umur hidup along..hanya Allah yang bisa melakukannya..itu adalah amat mudah bagiNya..Wallahu a'laam.

Selamat Hari Ibu buat mak..Puan Wan Azizah Ahmad..ibu yang penuh dedikasi dalam melaksanakan amanah yang dipikulkan kepadanya..ketahuilah mak..kami semua amat menyayangi mak..in fact, kami bersyukur kerana Allah mengurniakan kami dengan kedua ibu-bapa yang baik..along mewakili adik-adik yang lain nak ucapkan sekalung ucapan penghargaan kepada mak dan juga ayah..atas segalanya..moga Allah memanjangkan umur yang diberkati kepada mak dan ayah..Ameen..=)

Along jauh dari mata mak..tapi hati along sentiasa dekat dengan mak...untuk menggambarkan perasaan along pada masa ini..along hadiahkan lagu ni untuk mak.."Lagu untuk Ibu:...hayatilah mak..

*************************************************************************************

"Seorang wanita bermahkota ibu
Menggenggam jari-jari kecil
Ikatan ini tidakkan terurai
Kerna tautan ini
Tautan darah dan akidah
Dan rahmat dari Allah...

Kini ibu,
peganglah tanganku ini
biar kubawa ibu menjelajah hasil titik peluhmu
biar kubawa ke alamku
hasil ukiranmu selama ini...

Dodoianmu ibu
membina benteng pemisah
antara yang hak dan yang bathil
membakar semangat perjuangan
mengait kasih pada junjungan tercinta
tersujud lemah mengabdi diri
kepada Yang Esa..

Kini ibu,
peganglah tanganku ini
biar kubawa ibu menjelajah hasil titik peluhmu
dan biar kubawa ke alamku ini
hasil ukiranmu selama ini..

Jika belum pernah kau dengar ucapan terima kasihku
ketahuilah doaku ini
moga Tuhan menyayangimu
sepertimana kau mengasihiku
dari dulu hingga kini untuk selama-lamanya..

Kini ibu,
peganglah tanganku ini
biar kubawa ibu menjelajah hasil titik peluhmu
biar kubawa ke alamku ini
hasil ukiranmu selama ini.."


*************************************************************************************


Lotsa love @>~~~~
Along,
16 Rabiul Akhir 1427H..

3 comments:

  1. Anonymous12:35 am

    di saat kita berjauhan..rasa ingin ku berlari..mendakapimu penuh girang..bak si kecil keriangan... :)

    ReplyDelete
  2. Huhuhu~~~sedih dan sayu plak bila dengar lagu "belaian ibu"..if ana nak rate kan lagu ni..mmg ana kasi 5stars terus..hehe..bila berjauhan baru terasa rindu..it's normal right? =)

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:30 am

    kalau bila dekat pun rindu..abnormal x? :P

    ReplyDelete