Tuesday, April 18, 2006

Senyumlah di sebalik gundah...

Bismillahirrahmaanirraheem...

Alhamdulillah 'ala kulli hal..atas nikmat Iman dan Islam yang masih lagi dipelihara oleh Allah untuk diri ana dan semua..inshaAllah..

Hm, minggu lalu merupakan minggu yang banyak menyedarkan diri ana dan hakikatnya, to be more accurate..itulah tempoh ana ditarbiyah oleh Allah dengan sesuatu yang sangat bermakna...subhanallah walhamdulillah atas rahmat ujian tersebut..kadang-kadang, ana seperti hilang semangat untuk buat semua perkara, be it studying, acquring new islamic knowledge, meningkatkan hafazan, etc...ana sendiri pun terkadang tidak memahami dengan diri ana sendiri..it's just too complicated..namun begitu, Allah-lah yang paling layak dan mengetahui segala-galanya kerana Dialah Pencipta diri ana yang kerdil dan dhaif ini...

Minggu lalu, ana ditimpakan dengan sedikit musibah daripada Sang Pencipta...semestinya mehnah tersebut adalah untuk mengingatkan ana seandainya ana telah lupa sejenak pada Kuasa yang Satu dan Agung..astaghfirullahal'azim..moga Allah mengampunkan dosa-dosa ana..sama ada ana lakukannya dalam keadaan ana mengetahuinya ataupun tidak, secara sedar ataupun tidak...ana al-faqir ilallah... all of a sudden, ana merasakan diri ana ini lebih teruk berbanding dengan hamba-hambaNya yang lain..

Pun begitu, dalam ana bersedih dan berusaha 'to push myself' untuk mengumpulkan kembali semangat yang seolah-olah pudar dari dalam diri ana..subhanallah, Allah menghadirkan sahabat-sahabat seaqidah untuk menenteramkan hati ana dan mengingatkan ana...syukurlah, terasa hati ini telah mendapat sedikit santapan rohani buat bekalan di sepanjang perjalanan seorang musafir perantau di bumi Allah ini...

Kata Ukhti Ayu:

"Yus, tak mengapa..la tahzan..ana pernah terbaca dalam sebuah buku yang mengatakan seorang daie yang sukses adalah dia yang belajar daripada pengalamannya..jadikanlah kesilapan yang telah berlaku itu sebagai pengalaman untuk lebih mematangkan diri anti dalam menghadapi pancaroba kehidupan."

MashaAllah...at the same time..seorang lagi sahabiah ana yang jauh di mata tapi qarib di hati mengingatkan ana pada firman Allah di dalam Kalam Suci, Al-Quranul Karim...Syuhadah suruh ana hayati beberapa ayat dari surah Az-Zumar,surah ke-39...bermula dari ayat 49 dan ke atas...subhanallah, katanya ayat-ayat tersebut adalah peringatan buat dirinya tentang kesalahan yang telah dilakukan..tapi di situ jugalah Allah menampakkan bibit-bibit pengharapan...di mana Allah akan mengampunkan dosa-dosa hambaNya yang bertaubat...how beautiful Islam is!! ana sangat gembira dan bersyukur..terasa semangat yang hilang semakin pulih dalam diri ana..alhamdulillah atas segala hal..

Buat sahabat-sahabat ana yang sentiasa dalam ingatan, renungilah maksud ayat-ayat ini..sebagai pengubat keresahan dan penawar kedukaan..inshaAllah moga antum mendapat manfaat darinya..

"Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaranku." Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.

"Sungguh orang-orang yang sebelum mereka [juga] telah mengatakan itu pula, maka tiadalah berguna bagi mereka apa yang dahulu mereka usahakan."

"Maka mereka ditimpa oleh akibat buruk dari apa yang mereka usahakan. Dan orang-orang yang zalim di antara mereka akan ditimpa akibat buruk dari usahanya dan mereka tidak dapat melepaskan diri."

"Dan tidakkah ,mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang dikehendakiNya? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman."

"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong lagi."


Wallahu a'laamu bisshowab...harapan ana, biarlah ia akan menjadi pendorong ana untuk terus menyandarkan sepenuh cinta dan pengharapan pada Allah yang Satu..."Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan" [QS1:6]

'Many come closest to God during their lowest moment. It's pretty hard to get to that point, but when you do, Allah is there...'

11 comments:

  1. Anonymous6:28 pm

    subhanaAllah..
    Alhamdulillah..
    AllahuAkbar....

    segala puji n sebaik2 pujian utk NYA....

    yus....takde ape yg mampu syuhada katakan lg melainkan tunduk sujud ats segala pemberianNYA ini...

    hatiyg sebak mengena dosa...jiwa tak terkeruan mengenang taubat yg tak pasti...namun diri ini tersentak tatkala membaca ayat2 NYA..ia bagai nasihat direct drNYA utk insan kerdil ini..segalanya tepat..benar...bukan lg kebetulan tp satu kepastian bahawa DIA ade bersama2 kita...betapa hati mankin tersentap2 kehibaan n syukur dgn nikmat kasih syg n rahmatNYA...betapa luas keampunanNYA utk kita n betapa ujian ini nikmat yg tak di syukuri...

    "....harus ade rase bersyukur d setiap kali ujian menjelma...itu jelas membuktikan Allah mengasihi mu setiap masa...di uji tahap keimanan...sedangkan ramai terbiar dilalaikan...hanya yg terpilih shj antara berjuta mendpt rahmatNYA...
    Allah rindu mndgrkan rintihanmu berpanjangan..bersyukurlah..n tabahlah menghadapi...."

    lirik itu mengintakan kita lg ttg hakikat ujian yg hadir ini....mudah2an..kita terus bersyukur dgn nikmat ini...moga dgn nikmat ini menambahkan lg kesyukuran,keimanan n ketaqwaan kita..moga kite terus istiqamah dlm redhaNYA..

    syukran jazilan yus...n sahabat2 yg lain..kalian juga nikmat Allah yg tak terhingga nilainya..yg amat kusyukuri...

    "wardah_mujahadah"

    ReplyDelete
  2. Jazakillahu khayran katsiran atas coretan penuh makna syuhadah buat diri ini...inshaAllah mudah-mudahan ianya berguna sebagai madah pedoman buat diri kita semua..

    Hakikatnya, ana bersyukur juga dikurniakan sahabat yang amat memahami diri ana..one of them is you nursyuhadah alias..i'm so thankful...

    "sahabat, kau pimpinlah menuju cahaya Ilahi.. sahabat, aku lemah mengharungi ranjau dunia..sahabat, aku ingin sepertimu dalam ketenangan..menghadapi hidup ini.."

    may Allah grant you His mercy and countless bounty..naltaqi qariban biiznillah..maybe in melbourne..if Allah wills..=)

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:00 am

    assalamualaikum wbt..
    suka juga lirik lagu 'rahmat ujian'.."Allah rindukan mendengar rintihanmu berpanjangan.."(harap ana x salah lagu)..

    yus,keep the spirit alive ya..
    ups n downs will make life a full complete circle..

    kuatkn hati...^^

    ReplyDelete
  4. Syukran jazilan my sweet friend, Tasnim..ana memang tengah cuba mengumpulkan semula kekuatan dalam diri dan cuba menumbuhkan titip-titip pengharapan..sesungguhnya janji Allah pasti benar..Dia akan membantu hamba-hambaNya..

    Ana akui ana terkadang lemah dan hanyut..tapi ana sangat bertuah kerana dikurniakan sahabat-sahabat seperti antunna...alhamdulillah 'ala kulli shai in..=)

    InshaAllah tasnim, i'll try to gain the strengths and build them up once again..indeed, in every hardship, there is an ease...right?

    ReplyDelete
  5. asallammualaikum..
    ukhti fillah..kak yus, jangan bersedih dgn ujian yang diberikan..baru ni wani ade dengar tazkirah motivasi yang mana di antara isi kandungannya, kita tidak layak bersedih dengan ujian yang Allah timpakan kerana ada orang lain yang lebih berat ujian nye dari kita..Allah tidak akan menzalimi hamba2 yg sentiasa cuba mendekatkan diri padaNya..firman Allah dalam surah al-Baqarah "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (2:286)..Semoga kak yus akan sentiasa diberi kekuatan untuk mengharungi persinggahan dunia yang sementara ini untuk menuju ke destinasi akhirat yang kekal abadi..insya'Allah..
    salam perjuangan dari adikmu yang dhaif dan serbe kekurangan ini..
    ukhuwah fillah abadan abada insya'Allah :)

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam wbt adik wani yang akak sayangi selalu. =)mashaAllah, what a very nice advice you have given to me! inshaAllah akak akan cuba untuk mengaplikasikannya dalam meniti kehidupan yang sememangnya menagih seribu satu pengorbanan dan ketabahan hati..akak beruntung kerana masih lagi diberikan sahabat-sahabat dan adik-adik seaqidah serta seperjuangan yang tidak pernah lekang dari mengingatkan diri akak yang hina-dina ini..alhamdulillah atas segala hal...moga Allah melindungi wani di nizhny...inshaAllah semoga kita dipertemukan Allah..jika tidak di dunia ini..pastinya di kehidupan yang kekal...Ameen..sayang wani kerana Allah ;)

    ReplyDelete
  7. Anonymous1:49 am

    "bila engkau memandang sesuatu dr tuhanmu yg menciptakan segala sesuatu yg menimpakan ujian yg menjadikan sakit hatimu,yg membuat keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu,pasti akan damai hatimu krn masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segala sesuatu yg sia2..bukanlah ALLAH tidak tahu derita hidupmu,retak hatimu,,tp mungkin itu yg DIA mahu krn DIA tahu hati yg sebeginilah selalunya lebih lunak dan akrab dgnNYA".
    bersabarlah wahai kakak kesyganku..angah sendiri tak reti nak bg nasihat tp angah terigt satu firman ALLAH tp afwan..angah tak igt ayat berapa tp rasanya surah al-baqarah..yg ALLAH menyatakan "...dgn sabar dan solat"..afwan kathiran angah memang tak igt..yg tu je yg angah tau sbb angah pun al-faqir ilallah..so dlm ayat tu ALLAH tekankan dgn kesabaran dulu sebelum solat..ini menunjukkan sabar itu sgt penting sbb kita nak solat pun mesti ada kesabaran..so bersabarla dgn segala ujian yg ALLAH bg ini..anggap ini sebagai satu kredit yg ALLAH bg kpd along utk mencapai keredhaanNYA...maafkan angah sekali lagi sbb angah tak tahu samaada sedikit coretan ni related or not dgn masalah yg along hadapi..angah sendiri masih terkapai2 lagi..

    ReplyDelete
  8. Subhanallah angah sayang..satu nasihat yang penuh bermakna dari seorang adik yang jauh di mata kepada seorang kakaknya..alhamdulillah 'ala kulli hal..=)

    Along cukup tertarik dengan apa yang angah coretkan..really soothing! InshaAllah, along sekarang sudah self-recover dengan Rahman dan Rahim Allah serta kiriman doa dari semua..may Allah reward you all with His Bounty..Ameen

    Memang benar angah...sabar, sabar dan sabar..begitulah pernah suatu ketika Rasulullah SAW memberi motivasi kepada keluarga Sumayyah..ketika mereka dihujani ujian yang lebih berat dari apa yang along telah alami beberapa hari yang lalu..alhamdulillah, Allah masih lagi menyedarkan along supaya tetap meletakkan sepenuh keyakinan dan kepercayaan kepadaNya..walau seribu badai melanda..moga kita semua akan diberi ketahanan hati dalam menempuh ranjau kehidupan...

    Along teringat satu quote ni..
    "Dalam kesakitan teruji KESABARAN
    Dalam perjuangan teruji KEIKHLASAN
    Dalam ukhuwwah teruji KETULUSAN
    Dalam tawakkal teruji KEYAKINAN
    Hidup ini amat indah jika segalanya kerana ALLAH"

    Wallahu a'laam bisshowab..jaga iman dan amal angah..sekalung doa along hulurkan jauh di Australia..salam sayang along pada family..=)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah angah, along dah jumpa ayat yang angah maksudkan itu..it's Al-Baqarah, ayat 45:

    "And seek help through patience and prayer, and indeed, it is difficult except for the humbly submissive [to Allah]."

    Wallahu a'laam =)

    ReplyDelete
  10. ukhti habibati

    terasa tak besarnye nikmat islam? dan iman? walaupun sedikit dan senipis kulit bawang sekalipun , tapi kita terasa nikmatnya kan?

    sentiasalah ingat mengingatkan....

    ReplyDelete
  11. Benar akak...ina memang bersyukur sangat-sangat atas nikmat terbesar yang Allah masih lagi memeliharanya di dalam diri ina..sentiasalah kita berdoa agar kesudahan yang baik adalah milik kita semua..kerana kita masih belum mampu memastikan nasib badan kita di kehidupan abadi kelak..namun, fitrah hati manusia inginkan sesuatu yang baik, cantik, indah, sempurna walau ianya nampak seperti mustahil..itulah hati manusia..dilukiskan garisan tengah yang lurus menjangkaui kotak kehidupan ('Hadis Kotak')...ternyata impian manusia mengatasi segala-galanya..cuma harapan ina, biarlah diri ini kekal di bawah lembayung rahmatNya..dan begitu juga muslimin-muslimat amnya..Ameen..

    Wallahu a'laamu bisshowab..=)

    ReplyDelete