“Segala amal kita, tindak- tanduk kita digerakkan oleh Allah ...that’s no doubt right? And Allah gives us the qudrat to move and everything which means that if we do something or anything..amal buruk dan amal baik...all those come from ourselves and does it mean that it comes from Allah too? Like what people used to say segala yang baik dan buruk datang dari Allah..then..my question is..jadinya bukan semua perkara yang kita lakukan..comes from usaha kita sendiri..?”
Pertama-tamanya, ana nak ucapkan terima kasih kepada sahabat ana, Tasnim atas soalan yang diutarakan kepada ana..frankly speaking, ana sememangnya pointless at the moment of speaking..tapi alhamdulillah setelah berdiskusi dengan beberapa orang yang ana yakini ketinggian ilmu mereka…at last I have found the answers..Alhamdulillah =)
Rata-rata orang sering menggunakan ayat ini..terutamanya selepas selesai bagi tazkirah..be it masa di sekolah menengah hinggalah di peringkat universiti..ana bercakap berdasarkan pengalaman sebab ana dahulu pun dengan sangat “berleluasa” menggunakan statement ini sebagai concluding remarks for my speech..astaghfirullahal’azim..moga Allah masih menerima taubat ana…sesungguhnya ana dulu jahil tentang semua ni..tapi inshaAllah, Allah itu tidak pernah berlaku zalim pada setiap hambaNya..tidak dihukum hambaNya jika dosa itu dilakukan atas tiga sebab: terlupa, tidak sengaja dan tidak tahu...if I’m correct, ada hadis sahih yang membicarakan perkara ini..Wallahu a’laam..
Berbalik kepada soalan di atas..sebetulnya soalan itu ada kaitan dengan salah satu daripada Rukun Iman yang enam, i.e. Percaya kepada Qadha dan Qadar… persoalan Qadha dan Qadar adalah termasuk dalam kategori Tauhid Rububiyah Allah antara lain meyakini Allah sebagai penentu. Persoalan ini banyak yang orang keliru dan menyebabkan orang keluar dari aqidah ahlu sunnah. (eg Qadariah dan Jabariah).. kalau kita faham macam dalam soalan tadi…kita dah mengikut fahaman puak Qadariah..yang mengatakan manusia tiada pilihan langsung..sebab semuanya telah ditentukan oleh Allah..in a simple word..puak Qadariah ini didefinisikan sebagai puak Takdir..Analogi untuk menggambarkan sikap puak Qadariah ini ialah seperti kapas…ditiup ke kiri maka ke kiri-lah ia..seandainya ditiup ke kanan, maka ke kanan-lah ia..
Ada lagi satu golongan atau puak yang berfahaman yang sangat bertentangan dengan puak Qadariah..it’s called puak Jabariah…menurut puak Jabariah, manusia menentukan sepenuhnya ke atas sesuatu perkara. In other words, Allah tiada kena-mengena langsung..no intervention by Allah within humans..jadinya, keinginan untuk menjadi baik atau jahat itu terpulang serta bergantung sepenuhnya ke atas diri individu tersebut…Astaghfirullahal’azim..ana rasa antum semua boleh nampak ke “ekstremisan” kedua-dua golongan ini..
Sementara itu, puak Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) pula mengambil jalan tengah between those two extremities..dan ini adalah aqidah yang kita semua pegang, inshaAllah..apa yang cuba ditekankan dalam aqidah ASWJ ialah, Allah dah bagi petunjuk jalan yang benar sejelas-jelasnya. Lalu diberi kepada kita pilihan untuk memilih jalan yang mana satu. Dia memberi janjiNya kepada sesiapa yang memilih jalanNya akan selamat.Keputusan akhir tetap milikNya. Tapi Dia MAHA ADIL dan Dia akan menunaikan janjiNya...
Ana quote daripada komentar Ustaz Asri berkenaan isu penting ini..
“Fahaman macam ini memang fahaman aqidah puak Qadariah. Tetapi janganlah kita cepat menuduh orang itu dengan melabelkan mereka sebagai Qadariah. Barangkali, mereka berkata sedemikian dalam keadaan tidak faham atau mungkin juga mereka tidak bermaksud berfahaman aqidah tersebut..sekadar ucapan untuk merendah diri (lelaki bersama Nabi Musa yang disebut dalam al-Quran di dalam surah Al-Kahfi pun berkata dengan maksud yang sedemikian). Justeru, kita perlu selidik dulu sama ada orang yang mengucapkan pernyataan tersebut berfahaman Qadariah atau tidak.”
Generally speaking, perbahasan mengenai isu di atas boleh dilihat dari dua sudut yang utama, i.e. dari segi “Aqidah” dan juga “Adab dengan Allah”. Dari sudut aqidah, ianya seperti yang telah diulas oleh Ustaz Asri dalam komentar beliau di atas. Sementara itu, dari segi adab dengan Allah, manusia tidak boleh menisbahkan apa-apa yang buruk kepada Dia, kerana semua yang ditentukan Allah ada hikmah (ini perkara yang manusia tak boleh elak, contohnya kematian atau tersasul, terlupa etc), cuma kita tak nampak hikmah Dia sedangkan Allah lebih mengetahui akan hikmah sesuatu kejadian itu.
Ana cuba selitkan sedikit perbincangan ana dengan seorang saudara seaqidah berkenaan perkara yang tidak boleh dielakkan (rujuk perenggan di atas). For simplicity, ana diberi penerangan tentang satu situasi yang mungkin ‘common’ di kalangan kita semua..Wallahu a’laam…sebagai contoh, kalau kita tertidur dan terlepas waktu solat (mungkin applicable untuk solat Subuh), itu tidak dikira berdosa kerana ianya jatuh dalam perkara yang tidak dapat dielakkan.. however, kalau kita jaga dan malas solat, ini dikira berdosa. Dalam hal inilah berlaku kekeliruan di kalangan dua extreme yang ana mention di awal entry, i.e. Qadariah dan Jabariah..
Si Qadariah berhujah: “Kita tidak ada pilihan, justeru kita ikut sahajalah apa yang telah ditentukan. Jadi, kalau kita tinggal solat dengan sengaja, ini adalah qadar Allah dan tidak boleh dielakkan sama sekali.”
Berbeza pula dengan Si Jabariah yang claim bahawa Allah tak tahu pun apa yang akan terjadi kepada makhlukNya..so, apa yang makhluk buat adalah tiada kena-mengena sama sekali dengan penentuan Allah..walhal dia lupa bahawa tertinggal sembahyang ketika tidur itu adalah kehendak Allah, bukannya pilihan hamba tadi..astaghfirullahal’azim..moga Allah menjauhkan kita daripada tergolong dalam dua golongan ini..Ameen.
Namun begitu, ASWJ berada di tengah-tengah… “intermediate”..menurut ASWJ, manusia diberi kemampuan oleh Allah AWJ untuk memilih sama ada jalan kebaikan atau jalan keburukan..dan hakikatnya Allah telah berfirman yang berbunyi:
“maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu [jalan] kefasikan dan ketaqwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya..”
[QS91:8-10]
Selanjutnya, dalam perkara-perkara yang diberi pilihan untuk manusia memilih antara mahu solat atau tidak, tetapi kalau sudah tertidur, macam mana nak pilih lagi..Dalam keadaan itu, Allah tak zalimi makhluk Dia, tak berdosa. Dalam keadaan kita jaga, boleh pilih antara nak solat atau tak (still Allah tak zalimi makhluk Dia)…Kalau kita pilih untuk solat, dapat pahala, kalau pilih tak nak solat dapat-lah dosa. In brief, we can see that Allah tidak zalimi makhluk Dia dalam kedua-dua kes di atas. Inilah sebenarnya pegangan ASWJ…dan sebetulnya dari sini kita boleh ambil pengajaran yang membuktikan bahawa Islam itu amat mudah..tidak langsung menyusahkan atau membebankan penganutnya..namun, perlu diingat..mudah bukan bererti ianya boleh diringan-ringankan..Allahu a’laam..(peringatan untuk diri ana juga).
Pernah orang awam berkata sebegini: “jadinya, kenapa Allah perlu hukum seseorang yang dah ditakdirkan kafir sejak azali sehinggalah dia menemui ajalnya?”
Dalam hal ini, terbukti lahir dalam keluarga kafir itu adalah Qadar (pelaksanaan kepada Qadha, i.e. ketentuan Allah)..kemudian apabila sampai risalah Islam, memilih untuk menjadi kafir atau Islam itu atas kemahuan individu itu sendiri.
Ada juga orang yang kata macam ni: “nak buat macam mana, saya dah ditakdirkan Allah menjadi jahat..berubah pun tak guna…” Ish..ish..ish, sedih ana mendengar ayat default ini..gaya macam orang yang sudah putus asa dan hilang harapan..jangan begini wahai saudara seaqidahku…sesungguhnya Rahmat Allah itu teramatlah luas…Ana akan respond pada statement ini dengan jawapan seperti berikut:
“Adakah saudara tahu atau mempunyai sebarang info yang Allah memang sudah tentukan saudara sebagai jahat? In fact, saudara sebenarnya masih lagi ada peluang untuk berubah menjadi lebih baik..”
Concerning my response, I sort of leave it open..tapi, untuk elakkan daripada kekeliruan tentang konsep sebenar Qadha dan Qadar..ana direkomen untuk refute dengan approach yang berbeza..ana tinggalkan kedua-dua bentuk respond ni buat antum semua..so that you can think of it..and make your own right decision..inshaAllah..
Response: “kalau saudara beriman dengan Qadha dan Qadar, mengikut pegangan ASWJ, saudara perlu faham bahawa Allah dalam banyak firmanNya memberi pilihan untuk saudara menjadi baik atau jahat. Apabila saudara memilih untuk jadi baik, saudara akan dikurniakan pahala dan apabila memilih untuk jadi jahat, saudara akan dihukum. Dan dalam banyak firmanNya, Allah menerangkan bahawa Allah tidak menzalimi hambaNya. Jika saudara mengatakan saudara menjadi jahat kerana sudah takdir (qadha dan qadar Allah) bererti saudara sudah terkeluar dari Ahlu sunnah wal jamaah dan menjadi Qadariah dan eloklah saudara bertaubat kerana penyataan ini membawa kepada kekufuran kerana menolak banyak dalil Quran. Disebabkan itu, maka saudara boleh memilih untuk jadi jahat atau baik, dan Allah tidak menzalimi saudara. Sebarang kebaikan dibalas dengan pahala manakala kejahatan diberi dosa.”
Most importantly, setiap daripada kita harus tahu yang setiap apa yang berlaku, Allah mempunyai pengetahuan tentang perkara tersebut baik yang sudah, yang akan, dan yang sedang berlaku. Ini juga prinsip Qadha dan Qadar yang menyebabkan Jabariah terkeluar daripada Ahlu Sunnah.
Ana rasa cukup dulu setakat ini..tapi afwan, ana masih belum merujuk satu artikel yang menyentuh secara terperinci berkenaan isu ini..kalau ada masa nanti, inshaAllah ana cuba topup mana yang kurang dalam perbincangan kali ini..kalau antum free, silalah berkunjung ke link ni..inshaAllah moga bermanfaat..(http://www.almanhaj.or.id/index.php?action=view&cat_id=20)
Asifi jiddan ‘ala kulli hal..ana masih lagi baru dalam bab ini..i’m still learning though...tak lekang dari membuat sebarang kesilapan..inshaAllah, together we learn the right things about our Deen, particularly on Tawheed as it is our basis in Islam…moga Allah memudahkan urusan kita semua dan memberi kekuatan dalam meneroka ilmuNya yang Maha Luas…
Akhir kalam, ana sisipkan satu hadis ini..for you to ponder upon..=)
“Siapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, Allah akan memberikannya kefahaman dalam agama.”
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
Wallahu ta'ala a'laam...
Min,
Ukhtil Mukhlisah,
Siti Yusrina Nadihah Jamaludin.
19 RabiulAkhir 1427H.
ukhti yus..jazakillah khayran kathira.. :) ana harap dis will bring good understanding to many..thank you dear...
ReplyDeleteWa iyyaki..ukhti tasnim..ana cuba setakat mana yang mampu..dengan tahap ilmu yang masih belum mantap..inshaAllah ana harap dapat dimanfaatkan oleh orang lain juga..yang penting, teruskan usaha meningkatkan tsaqofah ye ukhti fillah..jangan malas untuk terus mencari...(nasihat untuk diri ana=)
ReplyDeleteDo take care of yourself..anything, just message me..love you for Allah's sake..@>~~~
lurve u for the sake of Allah too.. ;)
ReplyDeletea'kum ukhtil mahbuubah..afifah here.lama xcontact eachother yeh,lama xdgr cite as well.one thing to share,"khairul umuur awsatiha" the best thing is to be moderate.. sebaik2 perkara adalah bersederhana..:)sikap ni blh diapplykan dlm byk bende..okeh.
ReplyDeleteWaaalaikumussalam wbt buat ukhti tasnim and my dear friend afifah..mashaAllah, i was surprised to know that it was you..teringat plak kenangan masa ana balik malaysia tahun lepas..kita bertemu di rumah fatin dan sama-sama stay overnight kat sana..we did discuss lots of thing, didn't we?
ReplyDeleteBuat tasnim, semestinya jalinan ukhuwwah ini dibina dengan asas untuk mengejar redha Allah..moga kita dapat kekalkannya hingga ke akhirnya..
Concerning afifah' comment, na'am..perlu moderate..tak boleh terlampau berlebihan atau ambil enteng terhadap sesuatu perkara..tapi ana just nak provoke anti dengan satu soalan yang ana sendiri pun tak tahu jawapan sebenarnya..adakah balance itu selalunya 50-50? Wallahu a'laam=)