Arwah abah pernah berkata, "Sebuah perjalanan takkan lengkap tanpa berbekalkan secubit perjuangan."
"Tapi perlu ke berjuang? Perlu ke terus berjalan kalau lorong yang bakal kita tempuh tu belum pasti penghujungnya?" kata aku berbaur tanya.
"Kamu belum lalu...macam mana nak dikatakan belum pasti?" Aku masih menunggu buah jawapan dari arwah abah.
"Sesuatu yang BAKAL kamu TEMPUH kamu jadikan ia PERJUANGAN....dan sesuatu yang kamu TELAH TEMPUH kamu jadikan ia sebagai PEDOMAN sebuah perjalanan." Mata redup arwah memandang tepat pada muka aku yang terkaku-kelu.
"Dan di penghujung jalan perjuangan itu nanti...kamu akan sedar bahawa semua benda yang bersifat baru ada awal dan akhirnya. Jadi....kenapa kamu perlu takut untuk berjalan?"
28 Mac 2008:
~Kampung Chicha, Kelantan~
Notes: Petikan ini diambil dari sebuah majalah kepunyaan sepupu ana yang ana kira amat berguna buat mengubat diri yang sedang dilanda badai ujian kehidupan...pohon dikirimkan sedikit kekuatan dari Yang Maha Hebat dan Agung....Amin (T_T) Wallahu a'laam...

No comments:
Post a Comment