Salamun'alaikum wbt....semoga entry yang ringkas ini menemui antum dalam keadaan yang baik atau masih baik....imannya...kesihatannya...dan semuanya...inshaAllah...mudah-mudahan.
Subhanallah, sedar tak sedar...kita sudah tiba ke tanggal 12 Rabi'ul Awwal atau lebih sinonim lagi dengan nama bulan Maulid di kalangan masyarakat setempat. Rasanya baru sahaja kita melepasi Awal Muharam, 1429H kelmarin....mungkin kerana kesibukan dengan tugas, pelajaran, amanah atau seumpamanya menyebabkan kita 'lengah' daripada hal ini...pun begitu, ana doakan semoga kesibukan meneruskan kehidupan dan urusan masing-masing ini tidak akan membuatkan kita terlepas pandang pada tarikh azimat ini....(inshaAllah, ana yakin..ianya bukan satu gejala yang menimpa semua daripada kita...tapi cuma sebahagian, mungkin....Wallahu ta'ala a'laam)...
Sebenarnya ana secara peribadi ternanti-nantikan kedatangan 12 Rabi'ul Awwal...(for unknown reasons...huhuh)...tapi bila ana fikirkan kembali...ana sebetulnya terasa 'dekat' dengan bulan ini...barangkali sebab utamanya adalah kerana hari kelahiran ana jatuh pada 1 Rabi'ul Awwal (berdasarkan kalendar Hijri untuk tahun ana lahir)...mashaAllah, rasa bersyukur dan bertuah kerana bulan Islam ana sama dengan bulan kelahiran Baginda Rasulullah SAW...cuma yang berbeza adalah harinya dan juga tahunnya (of course)....meskipun begitu, ia bukanlah satu sebab yang sengaja ana cari supaya ana sentiasa ingat akan tarikh ini....tapi, ana berharap kesannya akan lebih mendalam...inshaAllah...
Sempena hari mulia ini, ana ingin menyeru diri ana dan sahabat-sehabat sekelian supaya menjadikan Rasulullah SAW sebagai satu 'figur' untuk kita teladani bersama...tiada ruginya andai kita mengambil Baginda sebagai role model dalam semua aspek kehidupan...bukanlah kita dikatakan 'kolot' sekiranya kita gemar menghidupkan sunnah-sunnah Baginda yang semakin dilupakan....inshaAllah, yang diutuskan Allah buat seluruh manusia adalah satu sosok yang elok...yang mulia lagi disanjung tinggi....inshaAllah, pasti akan ada kebaikannya jika kita termasuk dalam barisan orang-orang yang mengikut jejak langkah Baginda SAW...Izinkan kami, Ya Allah...meski mungkin takkan pernah sempurna...Amin.
Afwan katsiran...ana tidak berniat untuk menulis panjang (infact, it's getting a bit lengthy...huhuhuh)...ana titipkan satu video buat tatapan semua...semoga bisa mengambil istifadah daripadanya....khayr, inshaAllah....barakallahu fiikum....
~SALAM MAULIDUR RASUL~

No comments:
Post a Comment