Saturday, August 25, 2007

Perutusan khas buat Nenda...dari Cucunda tercinta...

Sewaktu tangan Along yang sedikit ‘sakit’ (gara-gara kedegilan diri sendiri….huhuhu) ini mengetip keyboard laptop….Along tahu yang Tok Wan masih lagi terlantar di hospital…menunggu masa untuk dimasukkan ke Operation Theatre (OT) untuk kali ketiga….MashaAllah, kenapa sampai tiga kali? Mak, Aicik, Che Ta, Angah….any explanation for this? Huhuhuh…



Sampai ketika, Allah datangkan ujian kepada keluarga besar kami…Mungkinkah kebahagiaan yang pernah kami kecapi dulu akan kembali? Persoalan demi persoalan menerjah kotak fikiran…Dan dalam masa yang sama, diri ini cuba memujuk lagi hati yang hampir retak lantaran ujian yang bertimpa-timpa…supaya tidak kenal berputus asa…masih ada harapan..optimis wahai diri…Allah itu kan sangat dekat? Malah lebih dekat dari urat lehermu…Rahmat Allah kan cukup luas?



Tanggal 30 Julai yang lepas, Ayah hantar sms pada Along….Ayah cakap: “Tok Wan masuk dewan bedah jam 11pagi, keluar jam 3.30pm. Semua OK. Sekarang Tok Wan ditempatkan di ICU dan bakal dipindahkan semula ke Ward 10. Mak sedang tunggu Tok Wan di hospital sampai esok.” [Message was sent by Ayah at 9.30pm, Melbourne time]



Subhanallah Walhamdulillah…kesyukuran dan kegembiraan yang tak terhingga selepas dapat berita terbaru dari kampung..Terima Kasih Allah untuk kurniaanMU….terharu sangat…sehingga tak mampu meneka air mata…waktu itu memang terasa…titisan jernih kesyukuran (hendaknya) mengalir laju….MashaAllah…pertolongan Allah datang lagi…Moga diri ini sentiasa diilhamkan untuk senang melafazkan rasa syukur padaMU dalam apa jua saat dan ketika….Amin, Ya Rabb!



Masa berlalu seperti biasa…Along pun meneruskan kuliah sebagai Pelajar Tahun Akhir Biomedical Science di Monash dengan kadar yang termampu…berbekalkan restu mak ayah dan kiriman doa serta sokongan dari semua…inshaAllah…



Three days post-operation, Ayah mesej lagi..(sebabnya Along memang sering update info tentang Tok Wan walaupun tanpa pengetahuan Tok Wan..Allahu a’laam…I’m just a bit worried…plus, Along rasa sangat terkilan sebab sewaktu cucu-cucu Tok Wan yang tinggal jauh dapat pulang menziarah….Along tiada di sisi….tapi ketahuilah, Along inshaAllah takkan putus-putus mendoakan keselamatan dan kebaikan buat diri Tok Wan…for you are such a special person to me)….Kalaupun mereka memberikan anugerah Tokoh Ibu Mithali pada Tok Wan, Along dengan berbesar hati menganugerahkan gelaran “Nenek Mithali” khas buat Tok Wan…Terima kasih untuk pengorbanan Tok Wan selama mendidik cucu kesayangan yang amat jauh berkelana..demi mengejar cita-cita….kerana DIA…pastinya…


Membacakan mesej dari Ayah:

“Tok Wan dah sedar, cuma wire yang belum dicabut lagi. Mak masih lagi jaga Tok Wan dan temankan di Ward Temenggung, Hospital Kota Bharu. Alhamdulillah, semuanya selamat.”


Nampaknya semua dah kembali reda…everything is now in place, I suppose. At that time, I felt a huge surge of relief…knowing that my beloved grandmother is now getting better after the first operation and my other family members are taking care of her. [Terkenang pada mereka semua…pastinya cukup membahagiakan kalau semua berkumpul dan saling mendoakan semoga Tok Wan kembali pulih seperti dulu…Along sangat-sangat rindukan saat itu…]




A few weeks after the first operation, Angah pula mesej Along…it was so shocking, really… ….ada complication selepas daripada episode pembedahan yang pertama…Astaghfirullah…Terkejut Along… Syukurlah dapat dikesan dengan cepat.. masa dapat berita tu, terus terang..perasaan Along jadi tak menentu…Risau yang semacam…tiba-tiba badan macam rasa nak sakit…seolah-olah Along turut sama merasai kesakitan yang Tok Wan sedang alami (and infact, Mak sangat faham dengan Along yang amat vulnerable….huhuh)…Maafkan Along sebab tak cukup kuat…Tok Wan sakit, Along pun turut sama diserang kesakitan yang pernah dialami suatu masa dulu…Tapi, Along ‘salute’ pada Tok Wan…sebab Angah bagitau yang Tok Wan masih lagi berupaya untuk senyum meskipun terpaksa menahan kesakitan…Ya Allah, kurniakanlah ketabahan dan kekuatan pada diri Tok Wan…tiada mampu untuk aku menjaganya…justeru, aku serahkan padaMU untuk melindunginya sepanjang ketiadaanku di sisi…Amin

Memandangkan complication tadi bakal membahayakan diri Tok Wan, doctor decided that she must undergo another operation…Operation memang diteruskan…dan dalam tempoh Tok Wan di hospital…Mak agak kerap menemankan Tok Wan, sehinggakan terpaksa ambil medical leave….Along dapat rasa yang Mak sedikit kepenatan kerana menemani Tok Wan…sampaikan Mak demam…Along minta maaf sangat-sangat…if I could….I would really hope to keep both of you accompany…but then again, I’m too far away…keadaan belum mengizinkan..dan rasanya kalau Along minta izin untuk pulang ke tanahair daripada Ayah…Along dah dapat agak apa jawapan Ayah…and that’s why I never ask such question….huhuuhu



Once the operation finished, Aicik (my beloved uncle, named Dr Kamil) sent me an email to explain everything that Tok Wan has just gone through…






Frankly speaking, I burst into tears while reading your email….Thanks a bunch for the updated info…even though you are so busy with your tasks…But then again….Along has only One Special Request….(i.e. Please look after Tok Wan on behalf of me)….I will pray real extra hard that Allah will bring back those meaningful moments to our family (yang mana Tok Wan masih lagi kuat dan ceria…rapat dengan anak-anak dan cucu-cucunya yang cukup banyak kerenah…termasuklah diri Along yang agak ‘attached’ dengan Tok Wan…even in reality, I spend less time with her as I went to a boarding school when I was still young)…inshaAllah, Allah sayangkan setiap dari hamba-hambaNYA..termasuklah ahli keluarga besar kita….moga masih dalam peliharaanNYA…Amin (pohon dengan sangat)



Hari ini, 25 Ogos, Angah mesej lagi…katanya Angah akan jaga Tok Wan di hospital…Isnin nanti Tok Wan harus masuk OT lagi..untuk re-suture…Pesan Along pada Angah…Again, please look after her for me…inshaAllah, I’ll never stop praying and hoping for the best…untuk Tok Wan tersayang….Allah iftah ‘alaik..Amin…



::::: Pesanan dan nasihat Tok Wan takkan dilupakan…Jujur Along katakan, ujian kesakitan yang menimpa diri Tok Wan sebenarnya ada pengiktibaran buat diri Along di kejauhan….Along belajar yang Along harus kuat…ujian ini tanda Allah masih sayangkan kita semua…Tok Wan kata Along inshaAllah berjaya nanti…berkat belajar di bumi orang…Allah pasti Bantu…Tok Wan Cuma minta Along doakan Tok Wan sihat kembali…doa Along berkat…(Allahu a’laam…Along hanya insan biasa Tok Wan…anak sulung yang masih belum cukup sempurna melaksanakan amanah kepada kedua ibu bapa…kakak yang belum cukup baik untuk diteladani oleh adik-adik…tapi tak bermakna Along tak berusaha ke arah itu…inshaAllah…Along akan teruskan berusaha mencari kesempurnaan itu walaupun kadang-kadang Along hampir jatuh rebah ke bumi…moga kekuatan itu masih ada dari sisiNYA…Amin ::::



Notes: Tak mampu nak habiskan tulisan ini…nanti lagi banyak menangis..kepala Along pula nanti sakit…dan tangan yang belum baik pastinya akan lebih sakit…Ya Allah, aku mengharapkan bantuan dariMU…anugerahkanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian-ujian yang sememangnya telah Engkau tetapkan sejak azali lagi…Tiada mampu untuk aku laluinya andai tanpa pertolongan dariMU….biarlah hati kecil ini senantiasa redha dan tsiqoh dengan segala kehendakMU….Amin, Ya Rabb…Wallahu ta'ala a'laam

6 comments:

  1. buat adik,
    Yakinilah ujian Allah buatmu adalah sebagai wasilah buatmu untuk mendekatiNya. Hati yang sering bersangka baik kepadaNya, hati yang sering mengharapkan bantuanNya,insya Allah, kan dipermudahkanNYa..

    Buat Tok Wan, kesabaranmu dan ketabahanmu cukup ku kagumi.

    Buat adikku sayang,
    ketahuilah doa kami bersama kalian, insya allah

    ReplyDelete
  2. Buat akak sayang....jazakumullahu khayran katsiran untuk kata-kata yang memberi kekuatan dan inspirasi...yus memang perlukannya ketika ini...it's so touchy-feely...moga himmah yang hilang bakal menjelma semula...Amin...

    Sayang akak...rindu akak....kerana DIA...

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:40 am

    Rasulullah saw bersabda, “Sungguh menakjubkan urusan orang-orang mukmin. Sesungguhnya semua urusan yang dimilikinya itu semuanya baik, dan tidaklah hal demikian itu dimiliki kecuali hanya oleh orang-orang mukmin saja. Jika dia mendapat kesenangan maka dia bersyukur, dan itu baik baginya; dan apabila mendapatkan kesusahan dia bersabar, dan itu baik baginya.” (HR. Muslim)

    bersabar merupakan akhlak yang terpuji yang baginda semaikan dalam jiwa mukmin..

    ReplyDelete
  4. Jazakumullahu khayran katsiran akhi utk hadis yang cukup menyejukkan hati...Frankly speaking...hadis ini memang sentiasa basah di bibir ana dan inshaAllah stick into my mind, always...tapi terkilan dan sedih kerana tak dapat nak realisasikannya dalam kehidupan seharian...susahkan nak belajar bersabar? Ana terasa kalau ada syllabus di sekolah yang ajar tentang sabar...pasti ana akan jadi pelajar yang pertama...and takkan pernah mampu untuk graduate dari "kuliah sabar" kerana ianya sesuatu yang cukup subjective....kata Rasulullah SAW: "Sabar itu di permulaan..."

    (Masih berusaha mempelajarinya dengan meneladani Baginda walaupun tak pernah bersua)...Wallahu ta'ala a'laam...

    ~ Ana al-faqirah ilaLLAH ~

    ReplyDelete
  5. akak..sorry for not always being there for you during your hard times.. tabahkanlah hati akak.. (sungguh bukan adik yg baik sy nih..) moge akak sentiasa diberikan kekuatan.. no worries, serahkanlah semuanya pada Allah, because He knows best..

    ReplyDelete
  6. It's fine hanan dearie...akak berterima kasih kerana hanan dah cukup baik sebagai seorang adik...tak tahu macam mana once dah kena berpisah nanti...apapun yang berlaku...pasti ada penerangan dan hikmahnya...tinggal dapat atau tidak untuk kita ketahui yang tersimpan...thanks a bunch...untuk kesekian kalinya...maafkan atas kelemahan diri akak....lotsa love :)

    ReplyDelete