"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu...Pasti akan damailah hatimu, kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia...Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya."
************************
"Suatu saat, kaki ini akan lemah untuk melangkah...ranjau berduri yang datang bagaikan tak tertahan..namun, keyakinan pada bantuanNYA menjadi benteng kekuatan diri..[Tabahlah wahai serikandi Islam]
*************************
No comments:
Post a Comment