"Selamat tinggal duniaku, Lambaianmu yang menipu, Jangan kau rindukan daku, oleh cintamu yang palsu" "Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, maka ia akan memperoleh kemanisan iman: Allah dan Rasulnya lebih dikasihi olehnya daripada selain keduanya. Dan dia tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah dan dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam api." [Riwayat al-Bukhari]
Saturday, March 18, 2006
Secebis tinta buat angah...
Bismillahirrahmaanirraheem…
Assalamualaikum wbt buat angah yang senantiasa hadir dalam ingatan dan doa along. Moga masih lagi berada di dalam nikmat Iman dan Islam, inshaAllah…
Kali pertama along membaca email angah, membuatkan along sangat gembira dan bersyukur kerana dengan Rahmat Allah S.W.T. angah telah menjadi lebih matang dalam melihat atau menilai sesuatu perkara, terutamanya yang berkisar tentang kehidupan angah sekarang ini. Subhanallah, I like this ‘new version’ of angah..moga perubahan yang sedikit ini akan terus berkekalan dan akhirnya membawa angah ke tahap yang lebih tinggi iaitu seorang muslimah yang solehah..Ameen!
Angah sayang,
Afwan katsiran seandainya along tidak sedikitpun membantu angah dalam mengurangkan bebanan fikiran yang seolah-olah telah mengganggu kehidupan angah. Sebenarnya angah, you are not the only one who encounters this problem. Along juga pernah mengalaminya suatu ketika dulu dan along hakikatnya masih lagi berhadapan dengan situasi yang agak menyulitkan ini. Walau apapun bentuk masalah yang melanda, yakinlah angah sayang bahawa ia adalah ujian dan mehnah daripada Allah. Allah sebetulnya amat menyayangi angah sehingga Dia menimpakan ujian ini ke atas diri angah. Cuba ingat kembali, betapa lamanya masa yang Allah gunakan untuk mengubah perwatakan angah sedikit demi sedikit sehingga angah sendiri menyedari perubahan tersebut…di mana angah sudah mengetahui hakikat sebenar penciptaan angah di muka bumi ini, iaitu sebagai seorang ‘abid (hamba) dan khalifahNya…mashaAllah, lihat betapa bijaknya dan cantiknya perancangan Allah..itu semua sesungguhnya amat mudah bagiNya. Bersyukurlah dengan sebenar-benar erti syukur kerana angah sangat beruntung. Dia memantau dan mengawal angah sepanjang masa sejak angah di alam roh sehingga angah meningkat dewasa dan mula mengenali realiti dunia yang penuh pancaroba. Oleh sebab rahmat dan kasih sayang Allah-lah angah sekarang telah menjadi seseorang yang inshaAllah akan mampu memberi manfaat serta sumbangan kepada org lain, terutamanya umat Islam.
Angah yang diingati selalu,
Angah sebenarnya boleh diibaratkan sebagai kupu-kupu kecil yang baru sahaja pandai terbang di langit biru. Kupu-kupu kecil itu seperti mahu menjelajah ke seluruh alam semesta sebaik sahaja ia boleh terbang…riang dan penuh semangat yang baru kerana merasakan kehidupannya telah bermula..setiap hari, kupu-kupu kecil itu akan terbang dengan sayapnya yang cukup menawan untuk hinggap di atas bunga-bungaan yang berwarna-warni, unik dan indah ciptaannya. Pun begitu, kupu-kupu kecil itu adakalanya tidak tahu ke mana arah tujunya supaya dapat menikmati kemanisan sang bunga yang lebih baik. Justeru, kupu-kupu kecil itu akan cenderung untuk mengekori rakan-rakan seperjuangannya untuk terbang ke tempat baru yang lebih elok. Sayangnya, kupu-kupu kecil itu tidak menyedari bahawa ada unsur-unsur yang tidak baik yang sedang mencari peluang untuk menjerat si kupu-kupu kecil itu…oleh itu, berhati-hatilah angah…along harap angah dapat memahami analogi yang along gunakan di sini…
Sememangnya fitrah hati nurani kita adalah menginginkan perkara kebaikan..tidak sedikitpun kita inginkan anasir-anasir jahat mengotorinya. Tapi, harus diingat, kebenaran yang angah ingin cari hanyalah satu. Kebenaran itu tidak berbilang-bilang dan Allah telah menegaskan yang kebenaran akan selalu menang serta mengalahkan kebatilan. Cuma, kadang-kadang manusia itu tersilap langkah…ingin keluar dari mulut singa, akhirnya terjun ke mulut buaya (maaf, along kurang arif pasal peribahasa…betulkan along jika along gunakannya tidak pada tempatnya). Niat asalnya ingin menemukan jalan kebenaran tapi malangnya jalan lain pula yang disusuri..moga Allah menyelamatkan kita semua..Ameen!
Angah mengatakan yang angah perlukan pembimbing sama seperti along yang juga sedang dibimbing. Namun ketahuilah angah…Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W. untuk menjadi rahmat kepada sekelian alam. Bagindalah pembimbing kita di dunia ini…teladanilah dan contohilah Baginda sedaya yang mampu. Baginda pernah bersabda dalam satu hadis, tapi asifi jiddan..along tidak hafal semua matan (text) hadis tu. Anyhow, hadis tu berbunyi: “Apa sahaja yang aku tegah kamu daripada melakukannya, tinggalkanlah perkara tersebut. Dan apa sahaja yang aku perintahkan kamu untuk melakukannya, maka lakukanlah ia sedaya yang kamu mampu.” Justeru, teruskan usaha angah untuk cuba mendalami dan mengetahui segala jenis ilmu yang masih belum angah kuasai setakat ini…Gunakanlah usia yang masih berbaki ini semata-mata untuk mencari keredhaanNya..inshaAllah, ianya akan menjadi saham untuk diri angah di akhirat kelak.
Angah adikku,
Janganlah angah bersedih atas kekurangan yang ada pada diri angah..setiap yang dilahirkan ke dunia ini tidak sempurna…baik dari sudut akhlaknya, peribadinya, etc. Yang Maha Sempurna hanya satu..Allah S.W.T. Memang Allah telah menetapkan yang sedemikian supaya kita senantiasa merasakan yang diri ini lemah dan perlu bergantung pada Sang Pencipta, Al-Khaliq. Walau apapun yang berlaku, pohonkanlah pertolongan dariNya sebab Dia adalah sebaik-baik Penolong dan sebaik-baik sandaran.
Sebagai pengubat kegusaran di hati angah, cuba teliti maksud hadis ini:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat pada tubuh badan kamu, dan tidak juga pada rupa paras kamu, tapi Allah lihat pada hati kamu.”
[HR Muslim]
Take home messages yang angah boleh ambil dari maksud hadis ni ialah:-
1. Sesuatu amalan itu akan diterima seandainya ia adalah amalan yang ikhlas.
2. Pandangan Allah adalah lebih utama daripada pandangan manusia.
Nasihat along buat angah, jangan bersedih dan putus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya rahmat Allah itu amat luas. Segala yang kita dapat di atas bumi ini cuma satu juzuk sahaja daripada 100 juzuk rahmat Allah…namun, yang satu itu sudah cukup untuk diri kita dan kita sebenarnya tidak akan mampu untuk menggantikannya dengan sesuatu yang lain. Betapa lemahnya kita sebagai hamba…tapi angah, hilangkanlah kedukaan itu dengan ingatan kepadaNya…Dia rindukan rintihan angah..InshaAllah mudah-mudahan akan lahir ketenangan di hati angah kelak..Ameen!
Akhir kalam, along memohon rimbunan keampunan seandainya ada kata-kata yang mengguriskan hati kecil angah. Along tidak mengharapkan apa-apa, cuma sekadar memberi peringatan dan tazkirah kepada diri sendiri. Ana al-faqir ilallah..Wallahu ta’ala a’laam.
Lotsa love,
Along
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum wbt angah..afwan katsiran, along ambil masa yang lama untuk beritahu keseluruhan hadis yang along cakap along lupa tempoh hari...ini hadisnya..inshaAllah
ReplyDelete"Biarkan aku (bertanggungjawab) di atas apa yang telah aku tinggalkan kepada kamu. Sesungguhnya telah binasa golongan-golongan yang sebelum kamu disebabkan banyak persoalan dan perselisihan mereka ke atas nabi-nabi mereka. Oleh itu, apa yang telah aku larangi kamu sekelian maka berhentilah (daripada mengerjakannya). Dan apa yang telah aku suruh kamu kerjakan maka kerjakanlah ia sekadar yang kamu mampu."
[Hadis sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
Along rasa lega sedikit sebab angah sort of dah tahu tentang apa yang angah sedang mencari..benar, angah perlu bersyukur banyak2 pada Allah kerana memancarkan nur hidayah untuk berubah/berhijrah kepada yang lebih baik..bukan semua orang mendapat peluang seperti angah..so, once the opportunity comes..grab it and seize it well...
Along harap angah sedar yang perubahan memerlukan beribu pengorbanan dan ianya satu proses yang memakan masa yang lama..bergantung pada diri seseorang sebab kita semua berbeza antara satu sama lain..it's a long-term process and on going..angah tak boleh nak expect untuk dapat semua yang angah inginkan dalam sekelip mata..be it kefahaman dalam agama or else..percayalah, perubahan yang drastik selalunya doesn't last longer..biarlah angah merasa pahit-manis dan kesusahan untuk berubah dan mencapai tahap yang tertinggi daripada angah berubah sekelip mata tapi untuk tempoh yang sekejap..jangan jadi begitu wahai adikku sayang...
Along beri satu analogy untuk angah fikirkan..suatu masa dahulu angah masih lagi bayi..along pun belum faham apa-apa pada masa angah wujud dalam keluarga kita..then, angah membesar..belajar bertatih..angah mesti pernah merasai jatuh, sakit dan menangis..so the same thing applies here..nak capai sesuatu bukan dengan cara yang mudah atau cepat...perlu banyak melalui rintangan dan batu penghalang...dari situlah lahirnya kekuatan dan yang paling penting..kebergantungan angah pada kuasa yang satu iaitu Allah SWT...take one step at a time, angah dearie..
One more thing, along nasihatkan supaya angah janganlah terlampau memikirkan pandangan orang lain pada angah..bukankah pandangan Allah itu lebih utama dan perlu kita titik-beratkan? (nasihat untuk diri along yang dhaif juga)..kita tidak akan mampu memuaskan hati setiap orang daripada makhluk Allah di muka bumi ini..sebab setiap orang ada preference masing-masing..we just can't please everyone..that's the reality..
So, last but not least, tabahkan hati angah..inshaAllah, suatu masa nanti angah akan terkenang kembali segala perit-jerih angah dalam meneroka agama Allah ini..."enjoy dalam tarbiah"...ia satu kenangan yang manis...moga Allah memberi petunjuk yang jelas pada angah...Ameen..
assalamualaikum along.alhamdulillah ALLAH masih kurniakan nikmat iman dan islam dlm dir angah.alhamdulillah gak sbb ALLAH bg peluang pada angah utk mengikuti tamrin ni dan berjaya habiskannya.let me tell d truth.angah ada bagi artikel akh hafez tu [d certain2 org.kbykannya yg memang dan commit dlm jemaah,so kbykkan mereka mcm takleh terima kot.dlm tamrin tu angah byk gak tanya ttg salafi pada ust.so kwn2 mcm pandang lain plak dan mcm mereka labelkan angah ni salafi plak.memandangkan angah dhaif dan faqir ttg salafi n jemaah ni so angah sendiri jadi keliru n tertekan bila org tny mcm2.salafi ni bukan jemaah kan.cuma gol2 manusia yg berpegang pada al-quran dan sunnah kan..angah tak tahula camne nak explain kat org lain.angah rasa mcm diorg pk angah ni duk dlm jemaah yg lain sedgkn mereka semua dlm jemaah yg sama.so kbykkan senior mcm fokuskan pada angahla..angah harap sgt mereka dpt bimbing angah pd jln yg benar.kalau angah nak tau ttg sejarah salafi or yg berkaitan dgn salafi dr dasarnya apa yg perlu angah buat...
ReplyDeleteAssalamualaikum and waalaikumussalam wbt angah..hm,i wish i can be there by your side..tapi, hakikatnya waqi'(tempat) kita berbeza..angah di malaysia dan along pula jauh di australia..bumi kuffar..pastinya dugaan kita berbeza..inshaAllah, along harap angah sentiasa tabah..fasbir sobran jameelan..innallaha ma'assobireen..
ReplyDeleteAngah yang disayangi selalu, orang yang ingin menegakkan agamaNya sememangnya 'aneh' dan ganjil..atau Ghurabaa'..i'm pretty sure that you are aware of it..aren't you? bercakap pasal dakwah ini, along cuma nak kongsi apa yang pernah along baca daripada sebuah buku ini..kata pengarang, gerakan dakwah di Nusantara, to be specific pada dasarnya tidak holistic..means to say, ada sebilangan pihak yang amat menitikberatkan isu sufisme, atau modernisme atau aqli dengan mengabaikan perkara yang paling penting yang merupakan tunjang dalam beragama, i.e. tauhid..or in other word..aqidah..bagi along, if seseorang itu belum settle masalah aqidah, how come he or she wants to preach others? apa yang mereka akan sandarkan nanti untuk preach orang lain/islahkan orang lain..anyway, i leave it for you to ponder upon..
Paling utama..angah perlu ingat yang kita diberi dua panduan yang akan menyelamatkan kita daripada kesesatan, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah..jadikanlah ia sebagai standard marker dalam angah membuat sebarang pertimbangan dalam hidup..jangan jadi seperti segelintir mukmin yang hanya turn themselves to Islamic rule in certain aspects of life by leaving some of them..meanings, enter in Islam completely...not partially..angah boleh rujuk QS2:208...
Biarlah angah seorang di sana..itulah cabaran untuk angah..you should be happy as you are 'burdened' with this trial..yang mana mungkin tak mampu ditanggung oleh along...sebab itu Allah takdirkan angah untuk merasainya..Wallahu a'laam..He always knows the best for everyone..bila along rasa lemah semangat, resah dan tiada keyakinan..along selalu ingat phrase ni..mungkin applicable untuk diri angah juga..."Allah is the best of planners, deciders and responders.."so seek and ask for His forgiveness, hopefully by doing that, you'll find a sound way and far from being astray...Ameen!
InshaAllah, jaga iman dan amal angah..biarlah orang nak label angah dengan apa-apa nama yang mereka sukai..yang penting, along sentiasa menyokong angah selagi ianya bertepatan dengan manhaj Islam yang sebenar..bagi along, nama atau gelaran tidak membawa apa-apa makna..it doesn't serve for anything, perhaps...i don't know..=)
Tentang pertanyaan angah tempoh hari, along perlukan sedikit masa..afwan, along sudah mulai sibuk dengan kerja sekolah (kerja uni sebenarnya..huhu~~)..inshaAllah, i'll explain it to you probably via email.that is much more secure...i suppose..yup, that's pretty much about it..love you always!!@>---
assalamualaikum..tadi angah ada discuss dgn akh hafez tp tak sempat habiskan.alhamdulillah ttg sejarah tu bolehla fhm sikit cuma bila masuk bab khalaf ni jadi pening skit..yelah mcm ada org pandang angah lain mcm.mereka igt angah pandang serong pada as-syahid imam hasan al banna sbb dia ada gak guna ijtihad dlm dakwah.pepun angah tak sempat nak discuss dgn akh hafez sbb dc tadi..sayang gak sbb susah nak dpt peluang chat dgn dia..angah harap angah dpt fhm ttg ni dan harap sgt dpt betulkan kefahaman angah jika angah salah dan mungkin betulkn kefahaman org yg tak suka pada salafi ni..boleh along tolong bg no handset ayah sir.insyaALLAH angah cuba tny ayah sir..harap ayh sir dpt bantu..lagipun kah hafez pun suruh discuss dgn dia gak..along gtaula ayah sir sikit ttg keadaan angah.mungkin along boleh terangkan ayah sir apa yg perlu ayah sir mulakan utk ajar angah sbb angah tak tahu nak suruh ayah sir start kat mana.
ReplyDeleteAssalamualaikum adikku,
ReplyDeleteAlhamdulillah, i'm glad to hear that..along ada send IM pada YM angah..nanti angah check kat sana..inshaAllah, i have given something that you might need for the time being...moga dipelihara oleh Allah selalu...=)