Katakanlah: “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.”
[QS6:162]
Ana yakin setiap daripada kita semua tidak akan lepas daripada membaca ayat ini setiap kali menunaikan solat. Namun begitu, janganlah ianya sekadar lafaz di bibir semata-mata, tapi sebaliknya dihayati dan dihadirkan dalam hati sanubari kita..inshaAllah.
Allah Taala berfirman dalam ayat lain yang mafhumnya:
“Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah di samping melakukan kebaikan baginya ganjaran dari sisi Tuhannya, tidak ada ketakutan ke atasnya dan dia tidak akan berdukacita.”
[QS2:112]
Berkenaan dengan ayat ini, Imam Ibn Katsir di dalam Tafsir al-Quran al-Azim berkata: “(Ayat ini) menjelaskan Allah akan hanya menerima amal yang mempunyai dua kriteria:
1. ikhlas
2. muhsin; iaitu melakukan sesuatu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Justeru, jika sesuatu amal dilakukan dengan tulus ikhlas tapi caranya tidak mengikut (syariat) ia tidak diterima (oleh Allah).
MashaAllah, betapa cantiknya ajaran Islam itu. Tak cukup dengan niat yang baik sahaja, pelaksanaan juga perlu diambil kira agar menepati syariat. Dengan syariatlah seseorang dapat menentukan sama ada perbuatannya itu hak atau batil, halal atau haram, sah atau batal, dan sunnah atau bida’ah.
Sesungguhnya Allah SWT telah banyak kali menegaskan yang perutusan kita semua di muka bumi ini adalah untuk memberikan ujian dan cubaan ke atas kita untuk mengetahui siapa di antara kita yang lebih baik amalnya.
Firman Allah:
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”
[QS67:2]
Merujuk kepada ayat di atas, Allah ingin melihat siapa yang LEBIH BAIK amalnya, bukan paling banyak amalnya. Imam Ibnu Qayyim al-Jauziah menyatakan bahawa beramal dengan amalan yang baik dan benar biarpun sedikit LEBIH UTAMA dan LEBIH DIREDHAI Allah daripada beramal dengan menyalahi sunnah Rasul, sekalipun ianya banyak.
Menurut beliau lagi, amal yang baik adalah amal yang lebih bersih, lebih ikhlas, lebih betul dan ianya muwafaqah (bersesuaian dengan Sunnah Rasul) sehingga membawa ke arah keredhaan Allah Taala; bukannya kuantiti amal yang banyak tetapi tidak disertai dengan perkara2 di atas bahkan menyalahi sunnah Rasul.
Walaupun begitu, umat Islam sekarang seperti telah menjadikan Sunnah Nabi kian terasing. Bagi mereka yang sepenuh hati cuba untuk menghidupkan Sunnah Baginda, mereka telah dilabelkan sebagai ‘orang asing’ kerana segala perbuatan mereka menyalahi norma2 masyarakat yang ada pada masa tersebut. Walhal, perkara ini tidak sewajarnya berlaku kerana suatu masa dahulu, Rasulullah SAW pernah mewasiatkan agar umatnya berpegang teguh dengan ajaran Sunnah baginda.
Pun begitu, tidak dinafikan ada di kalangan kaum muslimin yang menolak dengan terang-terangan Sunnah yang tidak mutawatir dan mengatakan hadis ahad bukan hujjah (dalil) dalam masalah aqidah.
• hadis mutawatir= hadis yang diriwayatkan oleh para rawi dalam jumlah yang banyak dan mustahil mereka sepakat untuk berdusta atau kebetulan sama2 berdusta.
• hadis ahad= selain dari hadis mutawatir. Ahlusunnah berpendapat bahawa hadis ahad yang sahih harus diterima dan diamalkan ( lihat An Nukat ‘Ala Nudzhatinnadhar>, 53-57).
Ada pula yang menolak dan mengingkari Sunnah Nabi secara total dengan hanya berpandukan Al-Quran sahaja. Padahal al-quran dan as-sunnah tidak boleh dipisahkan sama sekali. Al-quran memerintahkan untuk mengambil apa sahaja yang datang dari Nabi iaitu Sunnahnya. Ada pula yang ternyata menolak hadis Nabi kerana dinilai tidak sesuai dengan akal. Semoga Allah menjauhkan diri kita semua daripada termasuk ke dalam golongan2 ini. Na’uzubillahi min zalik.
Yang lebih menyedihkan lagi, ada juga golongan yang cuba mengolok-olokkan sunnah. Sayang sekali, sikap seperti ini kadang-kadang dimiliki oleh orang2 yang terjun ke kancah dakwah. Padahal, lisan mereka juga mengatakan bahawa kita wajib mengagungkan Sunnah. Rasulullah SAW telah mengisyaratkan akan wujudnya keadaan ini;
“Sungguh-sungguh aku akan dapati salah seorang dari kalian bertelekan (tiduran) di atas dipannya, (lalu) datang kepadanya sebuah perintah dari perintahku atau larangan dari laranganku lalu dia mengatakan: ‘Saya tidak tahu itu, apa yang kami dapatkan dalam Kitab Allah kami ikuti.’” (Sahih HR Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzi dari Abu Rafi’, disahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Sahihul Jami’, 7172)
yakni mereka menolak Sunnah Nabi dengan alasan hanya mengikuti Al-Quran.
Jika diperhatikan dalil2 al-quran dan hadis Rasulullah SAW sendiri, tidak sedikit yang menyuruh kaum muslimin supaya memuliakan Sunnah. Sebagai contoh, sebuah hadis Nabi yang berbunyi:
“Wajib atas kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulafa ar-rasyidin…” (Sahih, HR Ahmad, Abu Dawud dan At-Tirmidzi, disahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dlm Sahihul Jami’, 2549).
Allah berfirman:
“Dan apa yang diberikan Rasul kepada kalian maka ambillah sedang apa yang beliau larang darinya maka berhentilah.”
[QS59:7]
Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa’di mengatakan: “Perintah ini mencakup prinsip2 agama dan cabang2nya baik lahir mahupun batin dan bahawa yang dibawa oleh Rasul maka setiap hamba harus menerimanya dan tidak halal menyelisihinya. Apa saja yang disebut oleh Rasul seperti apa yang disebut oleh Allah, tidak ada alasan bagi seorangpun untuk meninggalkannya dan tidak boleh mendahulukan ucapan sesiapapun atas ucapan Rasul.” (Taisir Al-Karimirrahman, hal. 851).
Note: Ana cuba gabungkan isu penerimaan amal dengan senario sekarang yg menunjukkan ajaran Rasul kian terasing. Afwan katsiran sekiranya isi2 utk entry kali ini agak bercampur-aduk..tp sebetulnya ana fikir ada relevancy utk ana compile dua isu ini dlm satu tajuk...semoga mendapat manfaat..
Min,
Al-faqir ilallah.
No comments:
Post a Comment