Friday, March 31, 2006

Words of Wisdom

“Tiga antara tanda2 keimanan, iaitu berhati pilu atas musibah (keruntuhan aqidah dan syakhsiah) yg menimpa kaum Muslimin, tetap menyayangi serta sanggup menanggung derita dan prasangka buruk mereka dan berusaha membimbing mereka kpd kebaikan meskipun mereka tidak menghiraukannya dan membenci.”

(Dzun-nun Al-Misri Rahimahullah)
***********
“Lima tanda org celaka, keras hatinya (tdk mahu menerima nasihat org), beku matanya (tdk pernah menangis kerana dosanya), sdkt malunya, cinta dunia dan memanjangkan angan2 tanpa ingat akhirat.”

(Syeikh Al-Fudhail I’yad Rahimahullah)
***********
“Tanda org malu kpd Allah Taala ialah tdk terjatuh ke dlm dosa. Aku maksudkan dgn tdk terjatuh ke dlm dosa iaitu tdk berterusan membuat maksiat.”

(Syeikh Abdul Wahhab Asy-Sya’rani Rahimahullah)
***********
“Apabila ditanya beza ‘uzlah dan khalwat beliau menjawab, ‘Khalwat iaitu mengosongkan hati dr sgl hal selain Allah yg melalaikan drp menghadapNya. Sedangkan ‘uzlah ialah menyingkirkan hati drp nafsu dan apa yg menjadi ajakan nafsu.”

(Syeikh Ali Al-Khawwadh Rahimahullah)
************
“Org yg berbuat sesuatu tanpa dasar ilmu, laksana org berjalan bukan di jlnnya; Orang yg berbuat sesuatu tanpa memiliki ilmunya, maka kerosakan yg akan ditimbulkannya lbh bnyk drp kebaikannya. Carilah ilmu yg cukup utk bekalan ibadah, dan lakukanlah ibadah sesuai dgn petunjuk ilmu. Kerana sesungguhnya ada satu golongan yg menumpukan perhatian hanya utk ibadah, namun meninggalkan ilmu sehingga mereka tdk segan2 utk menghunuskan pedangnya kpd umat Muhammad S.A.W. Apabila mereka memiliki ilmu dan kefahaman (agama) yg cukup, pasti mereka tdk akan melakukan perkara itu.”

(Imam Al-Hasan Al-Basri r.a.)
**************
“Sesiapa yg berbuat sesuatu tanpa memiliki persiapan ilmu, maka ia akan lbh bnyk menyebabkan kerosakan drp menimbulkan kebaikan.”

(Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz)
*************
“Kebinasaan itu disebabkan 2 hal: putus asa dan bangga. Putus asa ertinya tdk mempunyai harapan sama sekali dan bangga ertinya merasa cukup dan puas dgn apa yg telah ada, sehingga semuanya dianggap beres dan selesai.”

(Ibnu Mas’ud)
***********
“Putus asa dan bangga ini, keduanya dijadikan sbb kebinasaan, ialah kerana mengingat kebahagiaan itu hanya dpt dicapai dgn bekerja dan mencarinya, dgn kesungguhan dan persiapan. Org yg putus asa tdk mahu berusaha dan tdk mahu mencari, kerana apa yg dicarinya itu dlm pandangannya mustahil akan tercapai. Org yg bangga meyakini, bhw dia telah berusaha cukup dan segala tujuannya tlh tercapai sama sekali. Sebab itu, dia tdk mahu lagi berusaha dan tdk ingin mencari apa2. Yg sudah ada, tentu tdk dicari. Dan yg mustahil, juga tdk dicari org. Kebahagiaannya sudah ada dan sudah cukup, dlm pandangan org yg bangga. Tetapi kebahagiaan itu mustahil akan tercapai dlm pandangan org yg putus asa. Kerana itu keduanya (putus asa dan bangga) menjadi pangkal kebinasaan.”

(Imam Al-Ghazali)
***********
“Ketenangan jiwa itu adlh hembusan dr langit, diturunkan ke dlm hati org yg beriman dr penduduk bumi, supaya mereka berhati teguh di kala org banyak mengalami kegoncangan, mereka yakin ketika org banyak penuh keragu-raguan, mereka sabar ketika org banyak telah berkeluh-kesah dan mereka berlapang dada ketika org banyak telah panik.”

(Dr. Yusuf Al-Qaradhawi)
***************

Saturday, March 18, 2006

Secebis tinta buat angah...



Bismillahirrahmaanirraheem…

Assalamualaikum wbt buat angah yang senantiasa hadir dalam ingatan dan doa along. Moga masih lagi berada di dalam nikmat Iman dan Islam, inshaAllah…

Kali pertama along membaca email angah, membuatkan along sangat gembira dan bersyukur kerana dengan Rahmat Allah S.W.T. angah telah menjadi lebih matang dalam melihat atau menilai sesuatu perkara, terutamanya yang berkisar tentang kehidupan angah sekarang ini. Subhanallah, I like this ‘new version’ of angah..moga perubahan yang sedikit ini akan terus berkekalan dan akhirnya membawa angah ke tahap yang lebih tinggi iaitu seorang muslimah yang solehah..Ameen!

Angah sayang,

Afwan katsiran seandainya along tidak sedikitpun membantu angah dalam mengurangkan bebanan fikiran yang seolah-olah telah mengganggu kehidupan angah. Sebenarnya angah, you are not the only one who encounters this problem. Along juga pernah mengalaminya suatu ketika dulu dan along hakikatnya masih lagi berhadapan dengan situasi yang agak menyulitkan ini. Walau apapun bentuk masalah yang melanda, yakinlah angah sayang bahawa ia adalah ujian dan mehnah daripada Allah. Allah sebetulnya amat menyayangi angah sehingga Dia menimpakan ujian ini ke atas diri angah. Cuba ingat kembali, betapa lamanya masa yang Allah gunakan untuk mengubah perwatakan angah sedikit demi sedikit sehingga angah sendiri menyedari perubahan tersebut…di mana angah sudah mengetahui hakikat sebenar penciptaan angah di muka bumi ini, iaitu sebagai seorang ‘abid (hamba) dan khalifahNya…mashaAllah, lihat betapa bijaknya dan cantiknya perancangan Allah..itu semua sesungguhnya amat mudah bagiNya. Bersyukurlah dengan sebenar-benar erti syukur kerana angah sangat beruntung. Dia memantau dan mengawal angah sepanjang masa sejak angah di alam roh sehingga angah meningkat dewasa dan mula mengenali realiti dunia yang penuh pancaroba. Oleh sebab rahmat dan kasih sayang Allah-lah angah sekarang telah menjadi seseorang yang inshaAllah akan mampu memberi manfaat serta sumbangan kepada org lain, terutamanya umat Islam.

Angah yang diingati selalu,

Angah sebenarnya boleh diibaratkan sebagai kupu-kupu kecil yang baru sahaja pandai terbang di langit biru. Kupu-kupu kecil itu seperti mahu menjelajah ke seluruh alam semesta sebaik sahaja ia boleh terbang…riang dan penuh semangat yang baru kerana merasakan kehidupannya telah bermula..setiap hari, kupu-kupu kecil itu akan terbang dengan sayapnya yang cukup menawan untuk hinggap di atas bunga-bungaan yang berwarna-warni, unik dan indah ciptaannya. Pun begitu, kupu-kupu kecil itu adakalanya tidak tahu ke mana arah tujunya supaya dapat menikmati kemanisan sang bunga yang lebih baik. Justeru, kupu-kupu kecil itu akan cenderung untuk mengekori rakan-rakan seperjuangannya untuk terbang ke tempat baru yang lebih elok. Sayangnya, kupu-kupu kecil itu tidak menyedari bahawa ada unsur-unsur yang tidak baik yang sedang mencari peluang untuk menjerat si kupu-kupu kecil itu…oleh itu, berhati-hatilah angah…along harap angah dapat memahami analogi yang along gunakan di sini…

Sememangnya fitrah hati nurani kita adalah menginginkan perkara kebaikan..tidak sedikitpun kita inginkan anasir-anasir jahat mengotorinya. Tapi, harus diingat, kebenaran yang angah ingin cari hanyalah satu. Kebenaran itu tidak berbilang-bilang dan Allah telah menegaskan yang kebenaran akan selalu menang serta mengalahkan kebatilan. Cuma, kadang-kadang manusia itu tersilap langkah…ingin keluar dari mulut singa, akhirnya terjun ke mulut buaya (maaf, along kurang arif pasal peribahasa…betulkan along jika along gunakannya tidak pada tempatnya). Niat asalnya ingin menemukan jalan kebenaran tapi malangnya jalan lain pula yang disusuri..moga Allah menyelamatkan kita semua..Ameen!

Angah mengatakan yang angah perlukan pembimbing sama seperti along yang juga sedang dibimbing. Namun ketahuilah angah…Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W. untuk menjadi rahmat kepada sekelian alam. Bagindalah pembimbing kita di dunia ini…teladanilah dan contohilah Baginda sedaya yang mampu. Baginda pernah bersabda dalam satu hadis, tapi asifi jiddan..along tidak hafal semua matan (text) hadis tu. Anyhow, hadis tu berbunyi: “Apa sahaja yang aku tegah kamu daripada melakukannya, tinggalkanlah perkara tersebut. Dan apa sahaja yang aku perintahkan kamu untuk melakukannya, maka lakukanlah ia sedaya yang kamu mampu.” Justeru, teruskan usaha angah untuk cuba mendalami dan mengetahui segala jenis ilmu yang masih belum angah kuasai setakat ini…Gunakanlah usia yang masih berbaki ini semata-mata untuk mencari keredhaanNya..inshaAllah, ianya akan menjadi saham untuk diri angah di akhirat kelak.

Angah adikku,

Janganlah angah bersedih atas kekurangan yang ada pada diri angah..setiap yang dilahirkan ke dunia ini tidak sempurna…baik dari sudut akhlaknya, peribadinya, etc. Yang Maha Sempurna hanya satu..Allah S.W.T. Memang Allah telah menetapkan yang sedemikian supaya kita senantiasa merasakan yang diri ini lemah dan perlu bergantung pada Sang Pencipta, Al-Khaliq. Walau apapun yang berlaku, pohonkanlah pertolongan dariNya sebab Dia adalah sebaik-baik Penolong dan sebaik-baik sandaran.

Sebagai pengubat kegusaran di hati angah, cuba teliti maksud hadis ini:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat pada tubuh badan kamu, dan tidak juga pada rupa paras kamu, tapi Allah lihat pada hati kamu.”
[HR Muslim]


Take home messages yang angah boleh ambil dari maksud hadis ni ialah:-
1. Sesuatu amalan itu akan diterima seandainya ia adalah amalan yang ikhlas.
2. Pandangan Allah adalah lebih utama daripada pandangan manusia.

Nasihat along buat angah, jangan bersedih dan putus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya rahmat Allah itu amat luas. Segala yang kita dapat di atas bumi ini cuma satu juzuk sahaja daripada 100 juzuk rahmat Allah…namun, yang satu itu sudah cukup untuk diri kita dan kita sebenarnya tidak akan mampu untuk menggantikannya dengan sesuatu yang lain. Betapa lemahnya kita sebagai hamba…tapi angah, hilangkanlah kedukaan itu dengan ingatan kepadaNya…Dia rindukan rintihan angah..InshaAllah mudah-mudahan akan lahir ketenangan di hati angah kelak..Ameen!

Akhir kalam, along memohon rimbunan keampunan seandainya ada kata-kata yang mengguriskan hati kecil angah. Along tidak mengharapkan apa-apa, cuma sekadar memberi peringatan dan tazkirah kepada diri sendiri. Ana al-faqir ilallah..Wallahu ta’ala a’laam.

Lotsa love,
Along

Thursday, March 09, 2006

Penerimaan Amal...

Katakanlah: “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.”
[QS6:162]


Ana yakin setiap daripada kita semua tidak akan lepas daripada membaca ayat ini setiap kali menunaikan solat. Namun begitu, janganlah ianya sekadar lafaz di bibir semata-mata, tapi sebaliknya dihayati dan dihadirkan dalam hati sanubari kita..inshaAllah.

Allah Taala berfirman dalam ayat lain yang mafhumnya:

“Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah di samping melakukan kebaikan baginya ganjaran dari sisi Tuhannya, tidak ada ketakutan ke atasnya dan dia tidak akan berdukacita.”
[QS2:112]


Berkenaan dengan ayat ini, Imam Ibn Katsir di dalam Tafsir al-Quran al-Azim berkata: “(Ayat ini) menjelaskan Allah akan hanya menerima amal yang mempunyai dua kriteria:
1. ikhlas
2. muhsin; iaitu melakukan sesuatu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Justeru, jika sesuatu amal dilakukan dengan tulus ikhlas tapi caranya tidak mengikut (syariat) ia tidak diterima (oleh Allah).

MashaAllah, betapa cantiknya ajaran Islam itu. Tak cukup dengan niat yang baik sahaja, pelaksanaan juga perlu diambil kira agar menepati syariat. Dengan syariatlah seseorang dapat menentukan sama ada perbuatannya itu hak atau batil, halal atau haram, sah atau batal, dan sunnah atau bida’ah.

Sesungguhnya Allah SWT telah banyak kali menegaskan yang perutusan kita semua di muka bumi ini adalah untuk memberikan ujian dan cubaan ke atas kita untuk mengetahui siapa di antara kita yang lebih baik amalnya.

Firman Allah:

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”
[QS67:2]


Merujuk kepada ayat di atas, Allah ingin melihat siapa yang LEBIH BAIK amalnya, bukan paling banyak amalnya. Imam Ibnu Qayyim al-Jauziah menyatakan bahawa beramal dengan amalan yang baik dan benar biarpun sedikit LEBIH UTAMA dan LEBIH DIREDHAI Allah daripada beramal dengan menyalahi sunnah Rasul, sekalipun ianya banyak.

Menurut beliau lagi, amal yang baik adalah amal yang lebih bersih, lebih ikhlas, lebih betul dan ianya muwafaqah (bersesuaian dengan Sunnah Rasul) sehingga membawa ke arah keredhaan Allah Taala; bukannya kuantiti amal yang banyak tetapi tidak disertai dengan perkara2 di atas bahkan menyalahi sunnah Rasul.

Walaupun begitu, umat Islam sekarang seperti telah menjadikan Sunnah Nabi kian terasing. Bagi mereka yang sepenuh hati cuba untuk menghidupkan Sunnah Baginda, mereka telah dilabelkan sebagai ‘orang asing’ kerana segala perbuatan mereka menyalahi norma2 masyarakat yang ada pada masa tersebut. Walhal, perkara ini tidak sewajarnya berlaku kerana suatu masa dahulu, Rasulullah SAW pernah mewasiatkan agar umatnya berpegang teguh dengan ajaran Sunnah baginda.

Pun begitu, tidak dinafikan ada di kalangan kaum muslimin yang menolak dengan terang-terangan Sunnah yang tidak mutawatir dan mengatakan hadis ahad bukan hujjah (dalil) dalam masalah aqidah.

• hadis mutawatir= hadis yang diriwayatkan oleh para rawi dalam jumlah yang banyak dan mustahil mereka sepakat untuk berdusta atau kebetulan sama2 berdusta.

• hadis ahad= selain dari hadis mutawatir. Ahlusunnah berpendapat bahawa hadis ahad yang sahih harus diterima dan diamalkan ( lihat An Nukat ‘Ala Nudzhatinnadhar>, 53-57).

Ada pula yang menolak dan mengingkari Sunnah Nabi secara total dengan hanya berpandukan Al-Quran sahaja. Padahal al-quran dan as-sunnah tidak boleh dipisahkan sama sekali. Al-quran memerintahkan untuk mengambil apa sahaja yang datang dari Nabi iaitu Sunnahnya. Ada pula yang ternyata menolak hadis Nabi kerana dinilai tidak sesuai dengan akal. Semoga Allah menjauhkan diri kita semua daripada termasuk ke dalam golongan2 ini. Na’uzubillahi min zalik.

Yang lebih menyedihkan lagi, ada juga golongan yang cuba mengolok-olokkan sunnah. Sayang sekali, sikap seperti ini kadang-kadang dimiliki oleh orang2 yang terjun ke kancah dakwah. Padahal, lisan mereka juga mengatakan bahawa kita wajib mengagungkan Sunnah. Rasulullah SAW telah mengisyaratkan akan wujudnya keadaan ini;

“Sungguh-sungguh aku akan dapati salah seorang dari kalian bertelekan (tiduran) di atas dipannya, (lalu) datang kepadanya sebuah perintah dari perintahku atau larangan dari laranganku lalu dia mengatakan: ‘Saya tidak tahu itu, apa yang kami dapatkan dalam Kitab Allah kami ikuti.’” (Sahih HR Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzi dari Abu Rafi’, disahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Sahihul Jami’, 7172)

yakni mereka menolak Sunnah Nabi dengan alasan hanya mengikuti Al-Quran.

Jika diperhatikan dalil2 al-quran dan hadis Rasulullah SAW sendiri, tidak sedikit yang menyuruh kaum muslimin supaya memuliakan Sunnah. Sebagai contoh, sebuah hadis Nabi yang berbunyi:

“Wajib atas kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulafa ar-rasyidin…” (Sahih, HR Ahmad, Abu Dawud dan At-Tirmidzi, disahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dlm Sahihul Jami’, 2549).

Allah berfirman:

“Dan apa yang diberikan Rasul kepada kalian maka ambillah sedang apa yang beliau larang darinya maka berhentilah.”
[QS59:7]

Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa’di mengatakan: “Perintah ini mencakup prinsip2 agama dan cabang2nya baik lahir mahupun batin dan bahawa yang dibawa oleh Rasul maka setiap hamba harus menerimanya dan tidak halal menyelisihinya. Apa saja yang disebut oleh Rasul seperti apa yang disebut oleh Allah, tidak ada alasan bagi seorangpun untuk meninggalkannya dan tidak boleh mendahulukan ucapan sesiapapun atas ucapan Rasul.” (Taisir Al-Karimirrahman, hal. 851).


Note: Ana cuba gabungkan isu penerimaan amal dengan senario sekarang yg menunjukkan ajaran Rasul kian terasing. Afwan katsiran sekiranya isi2 utk entry kali ini agak bercampur-aduk..tp sebetulnya ana fikir ada relevancy utk ana compile dua isu ini dlm satu tajuk...semoga mendapat manfaat..

Min,
Al-faqir ilallah.