Saturday, December 27, 2008

Masjid Gold Coast menjadi saksi penyatuan dua hati...

Di pertengahan jalan berhampiran Chancellor’s place, setelah usai Solat Zohor di Musolla UQ:

“Assalamualaikum Sister…How are you?”


Sudah menjadi kebiasaan ana (dan juga mungkin kerana terpengaruh dengan budaya Aussie), ucapan ini sentiasa menjadi permulaan setiap kali ana bersua dengan mana-mana Muslim sisters di jalanan.


“Waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah, good. Thank you,” jawab Sister yang belum ana ketahui namanya.

Perbualan diteruskan lagi.


“Dari Malaysia ke?” ana cuba meneka memandangkan cara dan gaya Sister tersebut memakai tudung saling tak tumpah seperti cara wanita Muslim Malaysia memakai tudung…Allahu a’laam, mungkin saja tebakan ana meleset kerana bukan ana tak pernah kenal mana-mana Muslim sisters dari Singapore mahupun Indonesia yang mengenakan gaya tudung yang hampir sama dengan orang Malaysia.


Sister tadi menjawab seraya tersenyum, “Bukan, saya bukan dari Malaysia.”


Kaget ana seketika saat mendengarkan bicaranya yang lembut tapi agak fasih walaupun nadanya kurang ‘pas’ dengan gaya orang Malaysia berbicara. InshaAllah, dari saat itu ana dah boleh agak dari mana asalnya Sister ini. Alhamdulillah, seorang lagi kenalan baru ana dari bumi Brisbane. Terima kasih Allah kerana menemukan dengan insan-insan istimewa di tempat baru ini meskipun masih belum genap setahun ana bermusafir di tanah ini.


“Owh, I see. So, where are you from Sister? Studying here?” ana bertanya lagi untuk mendapatkan kepastian….tak nak tersalah teka lagi…huhuh.


“I’m from Gold Coast, but my parents are both from Indonesia,” jawabnya ringkas.

“I’m just taking a Certificate at UQ,” balasnya lagi.


“MashaAllah, that’s quite far away. That means you have to travel far away from Gold Coast to St Lucia then? What a great effort!” ujar ana yang sedikit kagum dengan kegigihan Sister ini menuntut ilmu walaupun terpaksa travel agak jauh untuk sampai ke St Lucia campus.



Itulah pertemuan pertama kami dan ana sebetulnya tidak menyangka pertemuan pertama itu akhirnya menguntumkan pertemuan berikutnya (dengan izin Allah, pastinya), tapi dalam keadaan yang lebih baik.


Gold Coast Mosque:


“Assalamualaikum Sister….Congratulations on your wedding!” ana terus memeluk Sister itu seeratnya dengan penuh kegembiraan.


“Waalaikumussalam wbt….thank you so much for the wish. Have you listened to the story? It’s funny right?” balas Sister tersebut seraya bertanya kepada ana yang masih lagi merangkulnya erat.


“Hm, just a bit…not the whole story,” ana membalas seraya berbasa-basi dengannya.

“But above all, I’m so happy for you Sister….and you know what? You look very beautiful today….mashaAllah.”


Perbualan kami terhenti di situ kerana pihak pengantin lelaki sudah tiba dan Imam yang bertugas juga sudah bersiap-sedia untuk upacara Akad.


Sejujurnya, ana kurang pasti dari mana asalnya Imam tersebut…tapi yang pasti, ana sangat suka dan senang dengan alunan ayat-ayat suci al-quran yang dibacakan oleh beliau. Alhamdulillah, ayat-ayat itu cukup ‘dekat’ dengan ana….memang ayat yang biasa di-highlight-kan saat walimahan. Surah Ar-Rum: ayat 20-21 yang dibacakan dengan bertarannum serta bertajwid lancar itu cukup mengesan di hati….Subhanallah! Sungguh, kedamaian itu ada pada alunan ayat-ayat Allah serta alunan zikirullah.


Ada beberapa sebab khusus yang berlaku terkait dengan majlis walimah kali ini yang membuatkan ana terpanggil untuk mengabadikannya melalui tulisan di blog. Antaranya, inilah undangan walimah yang pertama ana terima sejak 4 tahun berkelana di bumi Australia. Sebab lainnya, kedua-dua pasangan pengantin ini bukanlah kenalan dari tanahair, tetapi mereka adalah saudara seaqidah dari bumi jiran – Indonesia. Subhanallah, ukhuwwah tanpa batasan dan sempadan. Semuanya atas izin dan kehendak Allah….bukankah manusia itu diciptakan berpasang-pasangan dan berpuak-puak untuk kamu saling mengenal antara satu sama lain? [Rujuk Al-Hujuraat: ayat 13]


Majlis akad mereka juga agak ringkas dan mudah (pendapat ana sendiri daripada pemerhatian ana sewaktu berada di dalam majlis). Imam yang diamanahkan untuk mengahwinkan mereka cukup professional dalam mengendalikan majlis penuh sejarah ini. Setelah didatangkan saksi berserta borang yang lengkap terisi, majlis akad dimulakan.


Kalau tak salah ingatan ana, Imam tersebut memberikan syarahan pendek (khutbah Nikah, I suppose) dan disusuli dengan ucapan, “Nakahtu wa qabiltu.” Setelah itu, Imam membacakan doa yang diaminkan oleh seluruh hadirin yang berada di ruangan dalam masjid Gold Coast.


MashaAllah, cukup ringkas dan cepat. Kalau di Malaysia, ana kira upacara majlis Akad Nikah agak lama dan panjang….penuh protocol…khutbah nikah-nya pun tidak kurang panjangnya. Tambahan pula, pengantin lelaki diajarkan terlebih dahulu untuk mengucapkan lafaz akad supaya dapat melafazkannya dengan “mantap” untuk sekali sahaja (if possible). Wallahu a’laam…yang menulis bukanlah yang arif benar tentang perihal majlis akad ini…hanya berdasarkan pemerhatian sewaktu mengunjungi majlis akad sahabat-sahabat di tanahair…Afwan katsiran andai ada kekurangan tentang part ini.


Yang paling terkesan di hati ana tentang pasangan pengantin baru ini adalah kisah yang berlaku di sebalik pertemuan mereka yang akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin. Semua prosesnya berlaku dalam jangka masa yang begitu pendek. Kata orang, “Itulah namanya jodoh. Sekiranya sudah tiba waktu yang tepat lagi sesuai, semuanya berjalan begitu lancar tanpa dapat dikawal.” Ini juga adalah bukti kehebatan Allah dalam mengatur urusan kehidupan setiap daripada hamba-hambaNYA (pandangan penulis semata-mata)….Allahu Akbar!

Daripada apa yang ana ketahui (inshaAllah, sumber yang boleh diyakini)…kisah mereka hampir persis dengan tulisan Kang Abik dalam karyanya berjudul “Ayat-Ayat Cinta.”


Entah kenapa, sebelum ana dimaklumkan tentang kisah mereka ini, ana sudah terlebih dahulu terlintas akan kisah-kisah yang terakam indah di dalam novel Best-seller ini. Subhanallah, kali ini instinct ana sedikit mengena…sungguh tak terjangkau oleh fikiran ana kalau kasus (baca: kes) mereka hampir sama dengan Mas Fahri dan Aishah.


(Rasanya, tidak perlu ana lanjutkan lagi kisah pengantin baru ini memandangkan ana telah menyediakan “clue-nya” di atas. Bagi yang pernah membaca novel AAC, pastinya dapat meneka siri-siri perjalanan pasangan mempelai ini sebelum mereka diikatkan dengan ikatan suci berupa Sebuah Pernikahan. Namun, bagi yang belum pernah membacanya, mungkin boleh dapatkan novelnya di mana-mana kedai buku atau ana boleh send-kan pdf version of the novel – whichever suits you best, inshaAllah).


Anyway, yang pasti…kisah mereka sedikit berbeza dengan AAC kerana pengantin perempuan bukan berasal dari Turki (merujuk kepada watak Aishah dalam novel AAC)..tetapi sebaliknya, beliau berketurunan Indonesia…Cuma sudah menetap lama di Gold Coast (permanent resident or maybe a citizen of Australia already….asifati jiddan, ana kurang periksa tentang ini). Bagi pihak pengantin lelaki, beliau memang dari Indonesia dan sedang melanjutkan kuliahnya (Master programme) di UQ. Didoakan semoga pasangan bahagia ini (Pasangan A & A – subhanallah, awal huruf bagi nama mereka pun sama...mudah-mudahan ini juga satu petanda akan berkekalan-nya jodoh mereka) akan diberkati Allah sehingga ke akhirnya…Amin.


“Barakallahu lakuma wa jam’a bainakuma fil khayr.”


Jazakumullahu khayran katsiran kerana sudi membaca nukilan comot ana kali ini. Entah kenapa, keupayaan menulis di blog semakin terbatas….wallahu a’laam….mohon maaf andai ada sisi-sisi yang kurang dalam perkongsian ringkas kali ini. Apa yang ana harapkan, biarlah ada mutiara hikmah yang bisa dikutip oleh mereka yang mampir ke blog usang ini….ana kembalikan segalanya kepada Yang Lebih Berhak, Allah SWT. Tanpa keizinanNya, mana mungkin jari-jemari ini akan mampu menyelesaikan satu entry ini…tanpa ilham dariNya, takkan bisa untuk diri ini mengarang walaupun hanya satu ayat. Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah!


Semoga Allah sentiasa memelihara kita semua di bawah naungan rahmatNya dan tidak sekali-kali membiarkan kita terumbang-ambing sendirian tanpa arah tujuan yang jelas…Amin, Ya Rabb!

No comments:

Post a Comment