"Seiring dengan perjalanan zaman (serta peralihan masa), pelbagai siri masalah akan mendatang dan terus-menerus bertandang dalam kehidupan kita. Namun sayangnya, setiap permasalahan ini selalunya ditanggapi dengan gagap. Miskin iman...miskin keyakinan...miskin penyelesaian...miskin keberanian dan tekad..miskin ilmu dan strategi....sehingga akhirnya masalah demi masalah membentuk satu himpunan besar yang akhirnya melebihi (baca: mengatasi) kemampuan kita untuk menemui jalan keluar darinya..."
Lanjutan daripada hal ini, ana teringat suatu kata-kata azimat yang masih berlegar-legar di ruang pemikiran ana sewaktu menonton Filem Sang Murobbi dalam beberapa minggu yang lalu....mashaAllah, tak tergambarkan betapa ana cukup mengagumi sosok pemimpin ini...(almarhum Ustaz Rahmat Abdullah)...daripada banyak-banyak pesanan beliau, ana cukup terkesan apabila beliau mengatakan...."Kemiskinan yang paling parah adalah kemiskinan azam dan tekad." Secara peribadi, ana bersetuju dengan pandangan beliau....kerana dengan kegigihan azam dan tekadlah sesuatu yang pada awalnya nampak mustahil untuk dicapai akan mampu direalisasikan dengan jayanya (disertai dengan keizinan Allah, pastinya)....Allahu ta'ala a'laam...

**********************************************************************
Wajar kiranya ana katakan...tiada hari tanpa masalah...tiada detik dan ketika tanpa sedikit cubaan dari Pencipta Makhluk (Al-Khaliq)....ini sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia....telah terpatri di dalam Kalam Suci akan peringatan Allah bahawa setiap daripada umat manusia tidak akan terbebas dari ujian kehidupan....justeru, bertahan dalam pelbagai permasalahan adalah suatu kemestian...tanpa memandang ringan akan langkah penyelesaian kepada sesuatu masalah...
Suka untuk ana kongsikan satu analogi yang ana temukan dari satu majalah ini. Analogi ini diberikan oleh salah seorang guru dari Timur Tengah bernama Abdul Wasi yang mengibaratkan seseorang yang memiliki kesediaan mental dan kualiti diri dalam menghadapi masalah adalah layaknya seperti seorang petani yang sedang menyiapkan ladangnya...
Ia mencangkul tanah, menanam benih, memberikan baja, dan menantikan tumbuhan yang lemah untuk mulai berkembang. Ia menyirami dan merawatnya. Ia ukur tingginya hari demi hari. Hatta sekalipun yang tumbuhnya cuma sejari, ia gantungkan dengan sejari itu harapannya, cita-citanya dan kasih sayangnya. Ia akan lindungi dengan kesabarannya. Ia tuangi dengan air harapannya. Sehingga kalau tumbuhan itu telah meninggi dengan cabang-cabangnya yang rendang, mengeluarkan bunga di sekitarnya dan buahnya telah masak ranum, maka ia jual, entah pagi entah petang, ia melihatnya di tangan orang lain. Tanyakan pada petani itu, betapa banyak kesulitan yang telah ia hadapi. Betapa pedih perjalanan. Namun, semua jerih payahnya bukan untuk dirinya semata. Ia memupuk kegigihan dan harapan, dan ia memberikannya kepada orang lain.

MashaAllah, analogi yang ana kira cukup jelas yang menyarankan kita untuk mempersiapkan mental serta memiliki kualiti diri dalam menempuh pelbagai ragam masalah kehidupan...yang terlintas di benak fikiran ana adalah SABAR...Sabar....sabar dan sabar....itulah kuncinya...Andai disemak dari Kitabullah, tidak sedikit ayat-ayat yang menceritakan tentang perihal sabar dalam segala macam hal....bukan Allah tidak pernah menyebut akan janji-janjiNYA bagi orang yang sabar dalam menerima segala ketentuanNYA, sama ada yang baik mahupun yang buruk...
Lihatlah pada peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Ayyub a.s. yang cukup teruji dengan beberapa bentuk ujian....keluarganya, hartanya dan seterusnya dirinya ditimpakan satu penyakit yang kronik sehingga menurut Tafsir Ibnu Katsir, hanya hatinya sahaja yang masih selamat....namun subhanallah, kesabaran serta ketabahan beliau menghadapi saat-saat sukar dengan rela dan ikhlas menerima ketetapan Tuhan tersebut akhirnya melayakkan beliau untuk mendapat pertolongan Allah SWT. Alangkah indahnya bersabar....dan lebih baik lagi andai kita mampu mencontohi peribadi Nabi Ayyub a.s. ini....izinkanlah, Ya Allah!
Sementara itu, Ibnu Qayyim pula membahagikan kesabaran kepada tiga bentuk.

- SABAR dalam ketaatan
- SABAR menjauhi kemaksiatan
- SABAR dalam menghadapi musibah [dinyatakan sebagai sabar yang paling mudah memandangkan ia tidak memerlukan sebarang modal kecuali kesedaran untuk menerima dan pasrah atas musibah]
*** SABAR untuk taat dan menjauhi maksiat memerlukan kerja keras dan usaha sungguh-sungguh (baca: mujahadah). Ia berjalan tanpa kehendak!
# Sebahagian besar isi entry kali ini diubahsuai daripada Tarbawi, April 2007. Semoga masih mengekalkan konteks asal isi kandungannya...inshaAllah.
Justeru, hadapilah segalanya dengan SABAR....ada seorang sahabat berkata: "Sabar sampai mati." Na'am, memang ada kebenarannya pada kata-kata sahabat ini itu..."Bersabarlah dengan kesabaran yang cantik." [QS12:18; QS70:5]
Moga Allah masih sudi mengirimkan kekuatan dalam utuh mahupun goyah agar langkahan kaki ini tidak akan pernah longlai dan surut....pertahankanlah "segenggam tabah" yang masih tersisa....mohon dengan sangat....perkenankanlah, Ya Qawiyy!
Note: Ada sahabat tercinta pernah berpesan..."ukhti habibati....Sabar....Syukur....Redha" [inshaAllah, nasihat penuh makna yang akan tersemat di hati...sampai akhir hayat, mudah-mudahan]
Jazakumullahu ahsanul jaza' untuk semuanya....
~Ana al-faqirah ilallah~

No comments:
Post a Comment