Saturday, March 29, 2008

Tanpa tajuk...

Arwah abah pernah berkata, "Sebuah perjalanan takkan lengkap tanpa berbekalkan secubit perjuangan."

"Tapi perlu ke berjuang? Perlu ke terus berjalan kalau lorong yang bakal kita tempuh tu belum pasti penghujungnya?" kata aku berbaur tanya.

"Kamu belum lalu...macam mana nak dikatakan belum pasti?" Aku masih menunggu buah jawapan dari arwah abah.

"Sesuatu yang BAKAL kamu TEMPUH kamu jadikan ia PERJUANGAN....dan sesuatu yang kamu TELAH TEMPUH kamu jadikan ia sebagai PEDOMAN sebuah perjalanan." Mata redup arwah memandang tepat pada muka aku yang terkaku-kelu.

"Dan di penghujung jalan perjuangan itu nanti...kamu akan sedar bahawa semua benda yang bersifat baru ada awal dan akhirnya. Jadi....kenapa kamu perlu takut untuk berjalan?"



28 Mac 2008:
~Kampung Chicha, Kelantan~

Notes: Petikan ini diambil dari sebuah majalah kepunyaan sepupu ana yang ana kira amat berguna buat mengubat diri yang sedang dilanda badai ujian kehidupan...pohon dikirimkan sedikit kekuatan dari Yang Maha Hebat dan Agung....Amin (T_T) Wallahu a'laam...

Tuesday, March 25, 2008

RASULULLAH S.A.W. : Panutan setiap insan...

Salamun'alaikum wbt sebagai pemula qalam...inshaAllah, kali ini ana kongsikan satu karya indah dari seseorang yang mempamerkan keelokan budi pekerti Junjungan Mulia, Baginda Rasulullah S.A.W....Subhanallah, untuk entri kali ini....ana harus berikan satu 'credit' kepada Ustazah Nurul Huda (guru di sekolah ana mengajar sementara) kerana beliau telah menyampaikan petikan ini untuk sesi tazkirah pagi di sekolah kami....ternyata tazkirah tersebut berjaya menambat hati ana...natijahnya, Ustazah hadiahkan nota beliau untuk kenang-kenangan ana...inshaAllah, publication di blog ana kali ini telah mendapat keizinan dari beliau....semoga bermanfaat buat sahabat-sahabat sekalian....

~Petikan daripada kitab "Risalatul Muhammadiyah" yang dinukilkan oleh Al-Allamah Sayyid Sulaiman Nadwy~

"Segala aspek yang ada dalam kehidupan Rasulullah S.A.W. merupakan contoh terbaik bagi setiap insan...Sebab kehidupan Baginda S.A.W. menghimpun budi pekerti yang luhur dan adat kebiasaan yang baik berdasarkan kehalusan perasaan yang mulia dan serasi dan dilengkapi dengan sendi-sendi yang agung dan permanent..."

Bila kamu seorang kaya-raya, maka teladanilah Baginda ketika menjadi saudagar yang berjalan dengan barang dagangannya antara Hijaz dan Syam...apalagi ketika Baginda berhasil menguasai seluruh harta kekayaan wilayah Bahrain...

Dan jika kamu seorang melarat yang tidak punya apa-apa, maka teladanilah Baginda yang selalu hidup kekurangan makanan di tengah keluarga Abu Thalib dan ketika Baginda berhijrah ke Madinah tanpa bekal apa-apa...

Dan jika kamu sebagai seorang raja, maka teladanilah jejak Baginda yang Baginda lakukan di saat Baginda telah berhasil menguasai seluruh Jazirah Arab, dan ketika Baginda ditaati oleh seluruh rakyat, termasuk para pembesar dan golongan atas mereka...

Sekiranya anda sebagai rakyat lemah, maka teladanilah sikap Baginda ketika dikuasai oleh hukum kaum Musyrikin selama tinggal di Mekah.

Bila kamu sebagai seorang penakluk yang menang dan berkuasa, maka teladanilah perlakuan Baginda terhadap kaum tawanan Perang Badar, Hunain dan di saat direbutnya kota Mekah...

Dan jika kamu sebagai seorang menderita kekalahan, maka teladanilah sikap Baginda ketika kalah dalam Perang Uhud dan ketika menghadapi teman-teman Baginda yang tewas menjadi syahid, dan yang mendapat luka-luka parah...

Dan bila kamu sebagai seorang guru, maka tirulah bagaimana cara Baginda mengajar para sahabat di Shuffah (dalam masjid Madinah)...

Dan bila kamu sebagai seorang murid yang belajar, bayangkanlah bagaimana cara Baginda ketika berada di depan Malaikat Jibril, duduk bersimpuh memperhatikan apa yang diajarkan Jibril...

Dan jika engkau sebagai seorang juru nasihat dan pemberi penerangan yang baik, maka semaklah bagaimana cara Baginda mengajar manusia di dalam Masjid Nabawi...

Dan jika kamu sebagai seorang yang ingin menegakkan kebenaran dan menyebarkan kebaikan, tetapi tidak punya pembela dan backing apa-apa, maka teladanilah bagaimana cara Baginda ketika dalam keadaan lemah di Mekah, tanpa seorang penolong pun. Di waktu itu Baginda tetap menyeru kepada kebenaran...

Dan bila kamu sebagai seorang yang berhasil menaklukkan musuh, sehingga kemenangan, kebenaran dan seluruh kekuasaan telah berada di tanganmu, maka tirulah jejak Nabi S.A.W. ketika Baginda dapat menaklukkan kota Mekah...

Bila kamu ingin memperbaiki keadaan dan mengejar ketinggalan engkau, maka lihatlah sikap Rasulullah S.A.W. terhadap apa yang Baginda miliki tentang peninggalan Bani Nadhir dan Khaibar; Baginda atur dan perbaiki semua persoalannya, Baginda serahkan mengurusnya kepada yang paling ahli untuk itu...

Bila kamu sebagai seorang yatim, maka perhatikanlah nasib buah hati Aminah dan suaminya Abdullah, keduanya telah wafat di kala anak masih bayi...

Dan jika kamu sebagai seorang anak di bawah umur, maka perhatikanlah anak yang agung ketika ia diasuh oleh pengasuhnya yang sangat santun iaitu Halimah As-Sa'diyyah...

Dan jika kamu sebagai seorang remaja, maka bacalah biografi seorang remaja yang pernah jadi pengembala di kota Mekah...

Dan bila kamu seorang saudagar yang berpergian membawa barang dagangan, maka ingatlah keadaan pemimpin kafilah perdagangan yang menuju Bushraa...

Jika kamu seorang qadhi atau hakim, maka ingatlah akan hukum (putusan) seorang yang menuju ke Ka'bah sebelum terbitnya sinar matahari, untuk menempatkan Hajar Aswad di tempatnya yang hampir saja menimbulkan peristiwa berdarah antara pemuka-pemuka Quraisy yang berebut mendapatkan penghormatan untuk meletakkan batu mulia itu atau ingatlah peristiwa lain yang selalu terjadi di halaman masjid Madinah bagaimana ketika Baginda menghukum antara manusia secara adil, di mana tidak diperbedakan antara yang melarat dengan si kaya-raya...

Jika kamu sebagai seorang suami, maka bacalah sirah yang suci dan kehidupan yang indah dari suami Khadijah dan Aisyah...

Jika kamu sebagai seorang bapa dari anak-anak, maka pelajarilah keadaan bapa dari Fatimah Az-Zahraa' atau (datuk) Hasan dan Husein...


Siapa saja kamu, apa juga kedudukanmu, maka di segala waktu, baik di waktu pagi atau petang, dan dalam keadaan yang bagaimana juga siang atau malam dari kehidupan Muhammad Rasulullah S.A.W., dapat kamu jadikan sebagai petunjuk yang baik yang dapat menyinari kegelapan hidup dengan sinarnya, sehingga akan selesailah dengannya segala yang kusut. Dengan petunjuknya segala beban akan menjadi ringan, dengan sunnahnya segala yang bengkok akan menjadi lurus.

Sungguh As-Sirah An-Nabawiyyah satu biografi yang amat indah yang mencakup segala aspek budi pekerti baik dalam kehidupan umat manusia di segala masa dan tempat.

Hanya dengan berpedoman pada Sirah Nabawiyyah saja seorang dapat mendapatkan cahaya terang, jalan petunjuk dan petuah yang amat berguna....

Jazakumullahu khayran katsiran....wallahu a'laam








Thursday, March 20, 2008

Rindu pada Satu Nama...

Salamun'alaikum wbt....semoga entry yang ringkas ini menemui antum dalam keadaan yang baik atau masih baik....imannya...kesihatannya...dan semuanya...inshaAllah...mudah-mudahan.

Subhanallah, sedar tak sedar...kita sudah tiba ke tanggal 12 Rabi'ul Awwal atau lebih sinonim lagi dengan nama bulan Maulid di kalangan masyarakat setempat. Rasanya baru sahaja kita melepasi Awal Muharam, 1429H kelmarin....mungkin kerana kesibukan dengan tugas, pelajaran, amanah atau seumpamanya menyebabkan kita 'lengah' daripada hal ini...pun begitu, ana doakan semoga kesibukan meneruskan kehidupan dan urusan masing-masing ini tidak akan membuatkan kita terlepas pandang pada tarikh azimat ini....(inshaAllah, ana yakin..ianya bukan satu gejala yang menimpa semua daripada kita...tapi cuma sebahagian, mungkin....Wallahu ta'ala a'laam)...

Sebenarnya ana secara peribadi ternanti-nantikan kedatangan 12 Rabi'ul Awwal...(for unknown reasons...huhuh)...tapi bila ana fikirkan kembali...ana sebetulnya terasa 'dekat' dengan bulan ini...barangkali sebab utamanya adalah kerana hari kelahiran ana jatuh pada 1 Rabi'ul Awwal (berdasarkan kalendar Hijri untuk tahun ana lahir)...mashaAllah, rasa bersyukur dan bertuah kerana bulan Islam ana sama dengan bulan kelahiran Baginda Rasulullah SAW...cuma yang berbeza adalah harinya dan juga tahunnya (of course)....meskipun begitu, ia bukanlah satu sebab yang sengaja ana cari supaya ana sentiasa ingat akan tarikh ini....tapi, ana berharap kesannya akan lebih mendalam...inshaAllah...

Sempena hari mulia ini, ana ingin menyeru diri ana dan sahabat-sehabat sekelian supaya menjadikan Rasulullah SAW sebagai satu 'figur' untuk kita teladani bersama...tiada ruginya andai kita mengambil Baginda sebagai role model dalam semua aspek kehidupan...bukanlah kita dikatakan 'kolot' sekiranya kita gemar menghidupkan sunnah-sunnah Baginda yang semakin dilupakan....inshaAllah, yang diutuskan Allah buat seluruh manusia adalah satu sosok yang elok...yang mulia lagi disanjung tinggi....inshaAllah, pasti akan ada kebaikannya jika kita termasuk dalam barisan orang-orang yang mengikut jejak langkah Baginda SAW...Izinkan kami, Ya Allah...meski mungkin takkan pernah sempurna...Amin.

Afwan katsiran...ana tidak berniat untuk menulis panjang (infact, it's getting a bit lengthy...huhuhuh)...ana titipkan satu video buat tatapan semua...semoga bisa mengambil istifadah daripadanya....khayr, inshaAllah....barakallahu fiikum....

~SALAM MAULIDUR RASUL~







Wednesday, March 05, 2008

Kerana Dia Manusia Biasa ...

Assalamualaikum... Semoga bermanfaat.. .... baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga......

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga.. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ....


Kerana Dia Manusia Biasa ...

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.

Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. . .!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.

Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. .......

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu.......

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

Kepada Yth ........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan
calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini
hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya
mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ...
untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa
Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi
yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan
isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya
akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar
isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa
kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi
kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia
biasa. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan
merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana
saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat
tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya
memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin
mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya
menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak
berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih
baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada
saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho
dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"

"Kerana dia manusia biasa....... . " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam



Note: Jazakumullahu khayran katsiran atas kiriman dari bumi Clayton, Monash, Australia... (",)

Monday, March 03, 2008

A note to remember...



~ something catchy while I was invigilating the students of 4 Sains Hayat for their exam this morning~