Kasus (Case): Dalam perjalanan ana ke pekan Brunswick menaiki bas, tiba-tiba terlihat seorang lelaki (an English man) yang kedua-dua matanya buta dengan dibantu oleh sebatang tongkat membawa anak lelakinya yang ana kira berusia 4 tahun. Alhamdulillah, anaknya normal…matanya sempurna dan dia boleh lagi tersipu-sipu malu apabila ana memerhatikan gelagatnya (sebab ana memang suka sangat dengan anak-anak kecil)…masa nak naik bas tu, anak lelakinya masuk dulu…kemudian barulah bapanya dengan perlahan-lahan menghampiri pemandu bas untuk membelikan tiket buat mereka berdua. MashaAllah, bersusah-payah si bapa meraba-raba wang syilingnya di dalam dompet…tapi sedihnya si pemandu bas dengan nada yang agak meninggi seolah-olah memarahi lelaki tadi kerana terlampau lama untuk membayar tiket. Ya Allah, saat itu, ana terasa sedikit kesal dengan ketidakwajaran sikap si pemandu (yang umurnya telah agak lanjut, tapi masih diizinkan untuk memandu bas)…kenapalah begitu susah untuk pemandu bas tersebut bersabar sedikit sahaja lagi?…(nada retoris)
Usai membayarkan tiket, si bapa dengan penuh berhati-hati mencari-cari tempat duduk di dalam bas tersebut. Ditakdirkan Allah, waktu itu ana dan seorang kakak senior duduk berhampiran dengan disable seating yang memang senantiasa tersedia untuk mereka yang kurang upaya…terus, si bapa tadi yang setia dengan tongkatnya menghampiri tempat duduk tersebut…tapi almost dia nak terduduk di seat ana (mungkin disangkakannya itulah tempat yang disediakan untuknya)…ana terkejut seketika dan seakan mengelak kerana ana khuatir dia terduduk di atas ana….huhuhu…tapi syukurlah ada seorang penumpang lagi yang membantu si bapa tadi..Allahu a’laam, ana tak tahu kenapa ana kelu tak terkata sewaktu kejadian itu…bukan tak mahu menolong..Cuma waktu itu memang ana termenung sejenak…merenung jauh nasib mereka dua beranak…
Saat dan ketika itu, ana terfikirkan nasib si anak kecil yang bakal meningkat dewasa di bawah jagaan seorang bapa yang hilang satu nikmat dunia, i.e. nikmat penglihatan…si bapa pula bakal menghampiri usia tua dan mungkin satu tahap akan bergantung pada si anak kecilnya itu untuk menguruskan dirinya…bermacam-macam persoalan timbul di benak ana pada waktu itu sampaikan ana hampir terlajak untuk ke destinasi kami…subhanallah…jauh ana mengelamun…tapi ana harap ianya bukan anganan kosong buat mengisi masa perjalanan….ampunan Allah ana pohonkan sekiranya ia sesuatu yang sia-sia..semoga dijauhkan oleh Allah…Ameen
Ana tak tahu kenapa kasus ini bermain-main di fikiran ana…seakan ianya memberi satu tazkirah cukup bermakna buat bekalan hidup ana…mungkin ada ‘ibroh (pengajaran) yang berguna untuk ana hayati…Wallahu a’laam…cumanya, ana mengagumi sikap si bapa yang tidak pernah kenal erti putus asa dan hilang harapan walaupun dia menyedari yang hidupnya tanpa sepasang mata bakal menyusahkan orang lain….termasuklah anaknya yang masih lagi tidak mengerti akan perihal dunia ini…ternyata, kalau diikutkan usia anak kecil itu…perjalanannya masih jauh dan panjang…banyak perkara yang harus ditempuhinya…everything can happen..but it’s totally unpredictable…pengetahuan itu tetap hak Allah yang abadi…kecualilah Allah mengizinkan hambaNya to look beyond that…kita hanya mampu mengharapkan yang terbaik dari Allah selama kita masih bernafas di atas bumiNya yang semakin tua ini…
Kasus pendek ini mengingatkan ana tentang satu kisah yang ana pernah baca…barangkali ianya hanya dapat difahami oleh diri ana sendiri..yang cuba untuk menghubungkaitkan kasus di atas dengan kisah ini…tapi buat sahabat-sahabat yang ana kasihi fillah sekelian, semoga antum bisa mendapatkan mesejnya walaupun sedikit, kerana memang tidak banyak orang yang tertarik untuk menyingkap sisi-sisi kecil dari kehidupan..tidak banyak yang mahu menyelami bahagian-bahagian yang tersembunyi dari perjalanan hidup kita. Selalunya kita lebih banyak melewati hal-hal yang sederhana dengan melupakan hikmah-hikmah yang terkandung di dalamnya…dan seringkali juga kita terlalu disibukkan dengan hal-hal yang besar lantas hal-hal yang kecil jadi terabai….(again, nada retoris)
Kisah ini bertajuk “Daun”…mashaAllah, menarik sungguh ceritera pendek ini….ringkas, padat, mantap…moga bermanfaat…
“Seorang pemuda duduk sendiri di sebuah taman. Di pangkuannya terhampar sebuah buku yang masih terbuka. Di sebelah kanannya, sisa makanan berhimpit dengan botol minuman. Hari itu adalah awal musim gugur di tahun ini. Tak hairanlah banyak sekali daun berjatuhan. Terserak. Begitu juga di bangku tempat pemuda itu duduk.
Sang pemuda masih menikmati petang itu dengan membaca. Tangannya membelek-belek halaman buku. Setiap kali selesai membaca beberapa paragraph, matanya tak lepas dari urutan kata dalam buku. Menelusuri setiap kalimat yang tersusun di sana. Tiada rasa terganggu dengan daun-daun yang sesekali jatuh menimpanya. Sementara di kejauhan, ada beberapa anak kecil berlari. Mereka bermain, menikmati matahari petang yang indah itu.
Srekkk…srekkk..terdengar langkah. Pemuda itu menoleh. Srekk..srekk…srekk. terdengar lagi langkah kaki bergesekan dengan daun-daun. Seorang ibu tua sedang memunguti daun-daun. Tangan kirinya menggenggam kantung kain. Isinya daun-daun kering.
Pemuda itu terpegun kehairanan.
“Apa yang ibu sedang lakukan?”
“Aku sedang mengumpulkan daun,” ujar si ibu tua.
Mata tuanya terus menjelajah, mengamati hamparan daun di taman itu.
“Aku sedang mencari daun-daun terbaik untuk kujalin menjadi mainan buat anak-anak di sana.”
Satu dua daun dimasukkan ke kantung kain. Pemuda itu beringsut. Buku di depannya diletakkan. Ia kembali bertanya, “Sejak bila ibu melakukannya?”
“Setiap musim gugur aku lakukan ini untuk anak-anak. Akan kubuatkan selempang dan mahkota daun buat mereka. Jika aku dapat banyak daun, akan kubuatkan pula selubung-selubung ikat pinggang. Ah, mereka pasti senang.” Mata tua itu berbinar. Selendang di lehernya berjuntai di bahu. Tangannya kembali memasukkan beberapa daun.
Tapi, Bu, sampai bila ibu akan berterusan begini? Anak-anak itu pasti akan membuat semuanya rosak setiap kali mereka selesai bermain. Lagipun, terlalu banyak daun yang ada di sini. Ini musim gugur, daun itu akan terus jatuh laksana hujan,” tanya si pemuda itu lagi. “Apakah ibu tidak pernah berfikir untuk berhenti?”
“Berhenti? Berfikir untuk berhenti? Memang, anak-anak itu akan selalu merosakkan setiap rangkaian daun yang kubuat. Mereka juga akan selalu membuat mahkota daunku kayak. Selempang daunku juga akan putus setiap kali mereka selesai bermain. Tapi, itu semua tidak akan membuatku berhenti.” Ibu tua itu menarik nafas. Selendang di lehernya makin dipererat.
“Masih ada ribuan daun yang harus kupungut di sini. Masih ada beberapa kelok jalan lagi yang harus kutempuh. Waktuku mungkin tak cukup untuk mengambil semua daun di sini. Tapi, aku takkan berhenti.”
“Akankah aku berhenti dari kebahagiaan yang telah kutemukan? Akankah aku berhenti memandang kegembiraan dan binar-binar mata anak-anak itu? Akankah aku menyerah dari kedamaian yang telah aku rasakan setiap musim gugur itu?” tanyanya retoris.
“Tidak, Nak! Aku tidak akan berhenti berusaha untuk kebahagiaan itu. Aku tidak akan berhenti hanya kerana koyaknya mahkota daun atau ribuan daun lain yang harus kupungut.”
Tangan tua itu kembali meraih sepotong daun. Lalu dengan suara perlahan, ia berbisik, “Ingat Nak, jangan berhenti. Jangan pernah berhenti untuk berusaha.” Larik-larik senja telah muncul, menerobos sela-sela pohon, membentuk sinar-sinar panjang, dan berpendar pada tubuh ibu tua itu.
Teman, adakah kita pernah merasa ingin berhenti dari hidup ini? Adakah kita pernah merasa gagal? Adakah kita berfikir untuk tidak melanjutkan impian-impian kita? Ana percaya, ada banyak daripada kita yang pernah mengalaminya. Ada banyak daripada kita yang mungkin berfikir untuk menyerah kerana begitu banyaknya tentangan yang kita hadapi.
Namun, apakah kita harus berhenti berusaha ketika melihat “mahkota-mahkota daun” impian kita koyak? Haruskah kita berhenti saat “selempang daun” harapan yang kita sandang putus? Akankah kita menyerah saat “rangkaian daun” kebahagiaan kita tak berbentuk? Ana percaya, ada banyak pilihan untuk itu. Beragam pilihan akan muncul di kepala kita saat kenyataan pahit ada di depan kita.
Lalu, akankah kita surut melangkah, saat kita melihat ada ribuan “daun tentangan” yang harus kita pungut? Akankah kaki kita menyerah ketika kita bertemu dengan hamparan “daun ujian” di depan kita? Barangkali kita harus ingat perkataan ibu tua tadi. “Jangan pernah berhenti untuk berusaha. Jangan pernah menyerah untuk kebahagiaan yang akan kita raih.”
Sahabat, ibu tua itu benar. Kita mungkin takkan bisa meraih semua daun-daun kebahagiaan itu. Mahkota, selempang dan selubung ikat pinggang daun itu akan kayak. Tapi, janganlah itu membuat kita berhenti melangkah. Masih ada berjuta daun-daun harapan lain yang masih dapat kita pungut. Di depan sana, masih terhampar berjuta daun impian lain yang memberikan kita beragam pilihan. Mungkin jalan di depan kita masih berkelok, masih panjang, namun daun-daun itu ada di sana. Berjuta daun kebahagiaan lain masih menunggu untuk kita rajut, jalin, anyam, dan susun. Jangan menyerah. Jangan pernah menyerah, kerana Allah selalu bersama hambaNya yang sabar…”
Wallahu ta’ala a’laam…

salamun alaiyk~~
ReplyDeletepertama kali membaca blog saudari..
teruskan menulis..
dan insyaALLAH..jika ada kelapangan imanina akn membaca tulisan2 yg memberi manfaat ini..
wallahualam...
salamun'alaikum kembali buat imanina...jazakumullahu khayran katsiran untuk masa dan kesudian membaca...inshaAllah, kalau tiada kekangan..ana cuba update blog ini...silakan ambil mana yang bermanfaat..dan tinggalkan yang tidak baik..Allahu ta'ala a'laam...
ReplyDeleteMenarik kisah ni. Teringat pesan seorang pakcik, dari kehidupan ni, banyak mutiara-mutiara kecil yang perlu kita cari untuk dijadikan pelajaran, malah itu lebih berharga. Wallahu'alam.
ReplyDeletesegala puji hanya layak bagi Allah...Dia yang mengurniakan sedikit ilham buat ana untuk mengetip setelah sekian lama menyepikan diri...tapi if akh nak tahu, ceritera ni ada dalam satu buku yang direkomen oleh kak nor pada ana...mungkin akh boleh recall buku "Kekuatan Cinta" yang dijual di bazar..heheh...cuma kasus yang ana nyatakan sebelum kisah ni adalah kasus yang benar...yang membuatkan ana terfikir untuk relate kan ia dengan kisah daripada buku tersebut...whatever it is, i really like that book...maybe akh pun patut ada satu...(promoter yang tak bertauliah ni..)
ReplyDeleteJazakumullahu khayran katsiran 'ala kulli hal..barakallahu fiikum abadan abada...Ameen
Erm.. patutlah cam pernah baca je kisah daun tu. Dah baca dah buku tu, ketika menghabiskan masa-masa di sana. Memang best buku tu. Ia mengajarkan kepada kita supaya memandang sisi lain kehidupan yang sebenarnya penuh dengan keindahan bukannya penuh dengan masalah.
ReplyDeleteSemuanya bergantung pada cara memandang dan bersangka kita.
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah bersabda: “Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman: Aku sentiasa menurut sangka hamba-Ku kepada-Ku….”
Sahih Muslim/2300.