Thursday, January 18, 2007

JOM HIJRAH....

Suatu malam…kira-kira dalam sela masa antara solat Maghrib dan Isyak…ana mencuri sedikit masa untuk mengajarkan adik bongsu kesayangan ana, adik Uzair beberapa helaian daripada buku Iqra’ 1 –nya (he used to pronounce it as “AQRA’” when he was small)…alhamdulillah, walaupun masih belum lancar sepenuhnya, tapi ana bersyukur sebab adik Uzair dah mengenal banyak huruf dan “pick-up rate” –nya sungguh memberangsangkan…Alhamdulillah atas kurniaan nikmat tersebut pada dirinya…

Usai belajar, ana bertanya pada dia…

“Dah buat kerja sekolah?”

Dia tersengih seketika…. “Hmm, maksudnya belum mula lagi la tu”….ish ish ish…adik ana ni memang agak manja dengan ana…can’t help with that…

Lantas ana pun terus minta adik Uzair siapkan kerja sekolahnya..katanya ada ‘homework’ dari English teacher…ana hanya tersenyum padanya sambil menunggu dia dengan buku dan penselnya..

PAGE 6:

Colour the correct words.

Begitulah yang tertulis pada halaman yang diminta oleh teacher adik Uzair untuk diselesaikan di rumah…bila ana tengok sepintas lalu, rupa-rupanya task tersebut ingin mengasah kefahaman murid-murid tentang konsep “Singular and Plural forms”…

Lepas tu, adik Uzair cakap pada ana…

“Kak Long, teacher kata kalau untuk seorang, perkataan selepasnya MESTI ada “-s”…tapi kalau untuk dua orang, MESTI tak ada “-s”….mashaAllah, petah betul adik ana ni berbicara…layaknya seperti seorang guru yang sedang mengajar di hadapan kelas….hehehe…

“Hmm, Kak Long rasa macam betul apa yang Jay cakap tu…kalau macam tu, Jay (nama manja di rumah) buat sendiri la ye…dah pandai tu…tak perlu Kak Long ajar kan?” ana cuba bergurau…

Terus, dia pun macam sedikit hampa…alahai, dah merajuk pulak…kang nanti susah nak pujuk…so, ana pun mulalah mengajarkan adik Uzair….(tiba-tiba kena turunkan level sedikit…bahasa yang diguna pun harusnya bahasa yang mudah difahami oleh anak-anak kecil)…huhuhu

“Ok, tengok soalan pertama dulu ye…” ujar ana dengan suara yang lembut…

I ……………. [cycle] [cycles] home.
Yen wi …………… [walk] [walks] to school.

Adik Uzair pun cuba meneka dengan berdasarkan apa yang teacher-nya dah ajar di sekolah pagi tadi…

“I tu sorang, jadinya MESTI ada “-s”…jadinya, kena color “cycles”…”macam tu lah adik Uzair beritahu ana based on what he understood so far…

“Hmm, Kak Long rasa tak betul tu…yang betulnya “cycle” sebab I tu memang sorang, tapi berbeza sedikit daripada yang lain…kiranya I tu kes istimewa..” ana cuba membetulkan konsep adik ana yang sedikit kurang tepat…He almost got it right, but still…there is room for improvement, I reckon….

Adik Uzair macam tak puas hati…in fact, dia memang tak puas hati dengan jawapan ana…adeh, am I wrong? Ana mungkin agak bertegas bila nak betulkan konsepnya yang sedikit sahaja kurang tepat…otherwise, he’s ok…a fast-learner…huhuhu, a sense of regret overwhelms me….(maafkan Kak Long, ana berkata di dalam hati).

Sebagai membuktikan ketidakpuasan hatinya, adik Uzair pun terus tanya pada Mak dan Ayah….again, dia ulang lagi jawapan yang sama…tapi of course, Mak dan Ayah membenarkan jawapan ana…then, dia tanya plak pada Nabilah (adik ana yang keempat)…Nabilah cakap, “memang betul kalau untuk sorang kena letak “-s” kat belakang perkataan yang hadir selepasnya dan kalau untuk ramai, tak boleh letak “-s”…tapi Nabilah tak beritahu jawapan untuk dua soalan di atas….

Aduhai….baru ana tersedar…anak-anak kecil selalunya memikirkan apa yang mereka cakapkan adalah betul…flawless….kalau kita tak ikut atau tak setuju…mereka akan cuba sedaya upaya untuk buat kita akhirnya mengalah…dan selalunya mereka sangat expressive…(this is what I have learned from my youngest brother, Uzair)..

Ingatkan dah settle..rupa-rupanya tak settle lagi…Uzair tiba-tiba menangis..mungkin sebab semua orang tak sokong dia…(terasa bersalah –lah plak pada adik Uzair…I shouldn’t have done that)…

Then, adik Uzair cakap… “Macam ni Abang sorang je yang cakap betul…nak call Abang la…” masih lagi tak mahu mengalah….dia nak call dan tanya sendiri pada adik lelaki sulung ana, Luqman yang sedang mengikuti kursus persediaan untuk India…inshaAllah, finishing in 2008 (if Allah wants)…

Ana sempat mencelah…. “ooo, kalau macam tu, nanti Abang dah ada di India, Jay nak call Abang la ek? Sebab nak tanya homework?”

Adik Uzair tak menjawab….mungkin sebab dia cuba nak mengambil masa memikirkan statement ana tadi…

Once again, have I done something not right? Susahnya nak convince-kan adik ana ni…he’s still small…baru masuk Grade 2…and I just can’t expect too high from him…sorry Jay….Kak Long salah…(nada penyesalan, tapi hanya mampu ucapkan di dalam hati)…

**************************************************************************
Panjang pula cerita kat atas tadi…tapi ana sebenarnya terdetik sesuatu selepas kejadian ni…macam natijah daripada apa yang berlaku antara kami semua…mungkin analogi yang ana cuba hasilkan ni kurang sesuai atau tidak relevan sama sekali…(and I do admit that I’m not really good at making analogies…)..Wallahu musta’an..

Namun begitu, inshaAllah ana cuba untuk kaitkannya dengan sesuatu…forsure berkenaan dengan Awal Muharram yang bakal disambut kurang lebih dalam masa dua hari lagi…inshaAllahu khayr..


Alhamdulillah atas keizinan yang Allah berikan pada ana untuk mengikuti program Minggu Penghayatan Islam (MPI) anjuran persatuan di Universiti Sains Malaysia, Kampus Kubang Kerian (USMKK)..angah yang bersungguh-sungguh mengajak ana untuk turut sama memandangkan ana masih lagi bercuti…justeru, malam Isnin yang lalu, ana berkesempatan untuk mendengar kuliah maghrib oleh Kapten Hafizfirdaus Abdullah…(subhanallah, this is my very first time to meet him in the real world….sebelum ini, ana hanya sekadar melayari laman web alfirdaus.com sahaja…unbelievable…)..anyway….BTD (back to discussion)

Oleh kerana Kapten bakal menjadi one of the panels in the Forum Bicara Ad-Diin right after Isyak prayer….therefore, he just delivered something ‘light’ (from his own viewpoint, I guess) for Kuliah Maghrib…tajuknya menarik….”JOM HIJRAH”…dan Bukannya JOM HEBOH….well, a bit sarcastic…but no worries then….cool, isn’t it?

Agaknya, kenapa ana cuba kaitkan topic ini dengan peristiwa yang berlaku di rumah ana seperti di atas? Any thoughts? Afwan katsiran kalau entry ana kali ni agak “comot”…mungkin sejak pulang, ana kurang menulis dan akhirnya bahasa pun bertukar…tapi inshaAllah, gaya penulisan ana masih lagi sama…Cuma ana mengharapkan apa yang ditulis ini bakal bermanfaat walaupun sedikit buat tatapan sahabat-sahabat ana yang amat dikasihi fillah….mudah-mudahan…i’ll try my very best then….

InshaAllah, suka ana kongsikan serba-sedikit ilmu yang disampaikan oleh Kapten Hafizfirdaus pada waktu tersebut….selalunya, Hari Kebesaran Awal Muharram menjanjikan kita untuk mengingati semula peristiwa bersejarah yang berlaku ke atas Rasulullah SAW dan umat Muslimin suatu masa dahulu….,i.e. penghijrahan dari Kota Mekah ke Kota Madinah…tapi, kali ini Kapten mengajak sidang hadirin untuk melakukan “hijrah pemikiran”…menurut beliau, ini adalah sesuatu yang amat penting dan “hijrah pemikiran” ini mempunyai tiga bentuk….

  • Hijrah dari pemikiran yang tertutup kepada yang lebih terbuka.

    Lanjut beliau, kita tidak sewajarnya cepat menolak seandainya kita dikhabarkan dengan sesuatu yang tidak pernah kita dengari sebelum ini…teringat ana pada pesanan hikmah dari seorang ukhti fillah untuk ana dan teman-teman seperjuangan….. ‘jangan cepat melatah’…inshaAllah, ana secara peribadi bersetuju dengan bentuk hijrah yang pertama ini….umat Islam seharusnya keluar dari “kepompong lama” dan melihat dunia baru yang menjanjikan pelbagai bentuk cabaran dan dugaan….tambah lagi, musuh-musuh Islam sekarang ini lebih senang untuk menewaskan kita dengan serangan pemikiran….jangan biarkan sejarah hitam lama berulang kembali…sebaliknya, biarlah kita mencipta sejarah kegemilangan kembali….(semoga Allah membantu kita untuk menegakkan kembali agamaNya di muka bumi ini). Amin

  • Hijrah dari pemikiran se-meter kepada beberapa kilometer, i.e. far-minded-person.

    Untuk hijrah bentuk kedua ini, Kapten menyeru sidang hadirin untuk berfikir jauh ke hadapan sebelum membuat sesuatu keputusan…kata beliau, kita kena lebih banyak menganalisa sebelum bertindak…sort of saying “Think before we act”…Beliau membawakan contoh isu Boicot Israel yang mendapat tempat di hati masyarakat Muslim di Malaysia suatu ketika dulu, gara-gara kasus Karikatur Nabi Muhammad SAW yang disiarkan di Denmark. Menurutnya, kalaupun kita marah atau membenci ketidakwajaran sikap yang mereka tunjukkan, namun janganlah sampai kita bersikap tidak adil pada mereka…bayangkan apa kesannya ke atas orang lain sekiranya kita memperluaskan isu boicot ini? Kerana hujah beliau, ternyata lebih ramai orang Melayu yang Islam yang menjadi staff di KFC, Mc Donald, etc etc…kalau isu boicot diteruskan, di mana lagi mata pencarian yang tersedia buat mereka ini? …again, he was saying this on the basis of this one verse in the Quran:

    “Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana (adil) itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan..” [QS5:8]

    Beliau meneruskan lagi dengan mengemukakan satu lagi ayat yang menjadi asas kepada pendapat beliau di atas:

    “Dan janganlah kamu memaki sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah, Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan…” [QS6:108]

At first, it was a bit convincing to me..sehinggalah ada seorang brother bertanya… “Tapikan Kapten, ianya (i.e. Boikot Israel) telah dikeluarkan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi…mufti terkemuka di abad ini…bukankah ianya sesuatu yang telah disepakati bersama?...mashaAllah, soalan yang cukup mantap, I would say..

Then, Kapten menjawab… “kita harus melihat tempat dan suasana yang dialami oleh mereka…mungkin tindakan ini dikira bertepatan dengan situasi yang melanda masyarakat Muslim di Europe…” katanya dengan nada yang biasa…

Ana tak fikir untuk meneruskan perbahasan ini…ana tinggalkan ia untuk antum berfikir sejenak…surely, I have my own firm stand pertaining this issue (inshaAllah) and again, this is just his (i.e. Kapten) own point of view…and he has his own arguments regarding this matter….inshaAllah, kita saling menghormati pendirian seseorang itu selagi mana tidak melanggar batas-batas syar’ie…khayr, inshaAllah…

Untuk bentuk yang ketiga, asifati jiddan…I think I have missed out that point…ni akibat daripada kami (ana, angah dan sahabat baik ana, Ukhti Kuin) yang membuka topic perbincangan sesama sendiri selepas Kapten membuka isu Boikot…kami bukannya tak mahu memberikan perhatian, Cuma ingin memperjelaskan kekeliruan yang mungkin timbul di hati kami…apapun, manusia itu bukannya maksum sepertimana Rasulullah….setiap kata-kata yang keluar daripada manusia bisa sahaja diterima atau ditolak…ambil yang baik dan buang yang buruk…inshaAllah, selamat….

To make it short, ana terfikir yang kejadian di rumah tadi boleh dikaitkan dengan bentuk hijrah pemikiran yang pertama…kan susah untuk adik bongsu kesayangan ana menerima kenyataan yang jawapannya salah dan jawapan ana betul…sebabnya, dia dah ada satu mind-set sebelum dia mendengarkan penerangan daripada ana…whatever it is, ana tidak menyalahkan dia ..mungkin ana yang cuba menjelaskan sesuatu yang ‘baru’ pada adik Uzair tidak begitu berhikmah sehinggakan dia betul-betul tidak dapat menerimanya dengan hati yang lapang…wallahu a’laam (something to ponder over)…inshaAllah, semoga ianya memberi ‘ibroh yang penuh makna buat semua…. – the end –
















3 comments:

  1. Anonymous11:57 pm

    salam~~
    entry kali ini sukar sedikit bg saya..asbabny..tulisan dlm laptop saya bercampur dgn karakter2 kanji(tulisan jepun)..^_^
    insyaALLAH saya akan cari puncny, knp jd begitu..hehe..

    teruskan menulis..:)

    ReplyDelete
  2. aslm wbt


    ayo, kepala ku naik pusing membaca posting ini.

    kenapa tulisannya mcm cacing.

    ReplyDelete
  3. salam imanina dan masri...maaf atas kesulitan yang timbul di pihak antum...tiada apa yang menarik, cuma ana sekadar sharing kuliah maghrib yang sempat ana ikuti sebelum Awal Muharram tiba...

    Dulunya ana guna template lain untuk blog ini..tapi lepas satu masalah yang agak "acute" berlaku..terus tertukar skin yang menyebabkan tulisannya jadi macam 'cakar ayam' sket (afwan masri, ana kurang gemar menggunakan perkataan bombastik...i would prefer it to be soft and gentle...Allahua'laam)...komen antum ana terima seadanya..in times of plenty, inshaAllah ana cuba adjust apa yang patut...

    Buat imanina...i have no idea who you are..tapi again, semoga dapat mengambil sedikit (kalaupun tidak begitu banyak) manfaat dari blog ana..Wallahu musta'an...

    May Allah bless you all...Ameen

    ReplyDelete