Thursday, January 18, 2007

JOM HIJRAH....

Suatu malam…kira-kira dalam sela masa antara solat Maghrib dan Isyak…ana mencuri sedikit masa untuk mengajarkan adik bongsu kesayangan ana, adik Uzair beberapa helaian daripada buku Iqra’ 1 –nya (he used to pronounce it as “AQRA’” when he was small)…alhamdulillah, walaupun masih belum lancar sepenuhnya, tapi ana bersyukur sebab adik Uzair dah mengenal banyak huruf dan “pick-up rate” –nya sungguh memberangsangkan…Alhamdulillah atas kurniaan nikmat tersebut pada dirinya…

Usai belajar, ana bertanya pada dia…

“Dah buat kerja sekolah?”

Dia tersengih seketika…. “Hmm, maksudnya belum mula lagi la tu”….ish ish ish…adik ana ni memang agak manja dengan ana…can’t help with that…

Lantas ana pun terus minta adik Uzair siapkan kerja sekolahnya..katanya ada ‘homework’ dari English teacher…ana hanya tersenyum padanya sambil menunggu dia dengan buku dan penselnya..

PAGE 6:

Colour the correct words.

Begitulah yang tertulis pada halaman yang diminta oleh teacher adik Uzair untuk diselesaikan di rumah…bila ana tengok sepintas lalu, rupa-rupanya task tersebut ingin mengasah kefahaman murid-murid tentang konsep “Singular and Plural forms”…

Lepas tu, adik Uzair cakap pada ana…

“Kak Long, teacher kata kalau untuk seorang, perkataan selepasnya MESTI ada “-s”…tapi kalau untuk dua orang, MESTI tak ada “-s”….mashaAllah, petah betul adik ana ni berbicara…layaknya seperti seorang guru yang sedang mengajar di hadapan kelas….hehehe…

“Hmm, Kak Long rasa macam betul apa yang Jay cakap tu…kalau macam tu, Jay (nama manja di rumah) buat sendiri la ye…dah pandai tu…tak perlu Kak Long ajar kan?” ana cuba bergurau…

Terus, dia pun macam sedikit hampa…alahai, dah merajuk pulak…kang nanti susah nak pujuk…so, ana pun mulalah mengajarkan adik Uzair….(tiba-tiba kena turunkan level sedikit…bahasa yang diguna pun harusnya bahasa yang mudah difahami oleh anak-anak kecil)…huhuhu

“Ok, tengok soalan pertama dulu ye…” ujar ana dengan suara yang lembut…

I ……………. [cycle] [cycles] home.
Yen wi …………… [walk] [walks] to school.

Adik Uzair pun cuba meneka dengan berdasarkan apa yang teacher-nya dah ajar di sekolah pagi tadi…

“I tu sorang, jadinya MESTI ada “-s”…jadinya, kena color “cycles”…”macam tu lah adik Uzair beritahu ana based on what he understood so far…

“Hmm, Kak Long rasa tak betul tu…yang betulnya “cycle” sebab I tu memang sorang, tapi berbeza sedikit daripada yang lain…kiranya I tu kes istimewa..” ana cuba membetulkan konsep adik ana yang sedikit kurang tepat…He almost got it right, but still…there is room for improvement, I reckon….

Adik Uzair macam tak puas hati…in fact, dia memang tak puas hati dengan jawapan ana…adeh, am I wrong? Ana mungkin agak bertegas bila nak betulkan konsepnya yang sedikit sahaja kurang tepat…otherwise, he’s ok…a fast-learner…huhuhu, a sense of regret overwhelms me….(maafkan Kak Long, ana berkata di dalam hati).

Sebagai membuktikan ketidakpuasan hatinya, adik Uzair pun terus tanya pada Mak dan Ayah….again, dia ulang lagi jawapan yang sama…tapi of course, Mak dan Ayah membenarkan jawapan ana…then, dia tanya plak pada Nabilah (adik ana yang keempat)…Nabilah cakap, “memang betul kalau untuk sorang kena letak “-s” kat belakang perkataan yang hadir selepasnya dan kalau untuk ramai, tak boleh letak “-s”…tapi Nabilah tak beritahu jawapan untuk dua soalan di atas….

Aduhai….baru ana tersedar…anak-anak kecil selalunya memikirkan apa yang mereka cakapkan adalah betul…flawless….kalau kita tak ikut atau tak setuju…mereka akan cuba sedaya upaya untuk buat kita akhirnya mengalah…dan selalunya mereka sangat expressive…(this is what I have learned from my youngest brother, Uzair)..

Ingatkan dah settle..rupa-rupanya tak settle lagi…Uzair tiba-tiba menangis..mungkin sebab semua orang tak sokong dia…(terasa bersalah –lah plak pada adik Uzair…I shouldn’t have done that)…

Then, adik Uzair cakap… “Macam ni Abang sorang je yang cakap betul…nak call Abang la…” masih lagi tak mahu mengalah….dia nak call dan tanya sendiri pada adik lelaki sulung ana, Luqman yang sedang mengikuti kursus persediaan untuk India…inshaAllah, finishing in 2008 (if Allah wants)…

Ana sempat mencelah…. “ooo, kalau macam tu, nanti Abang dah ada di India, Jay nak call Abang la ek? Sebab nak tanya homework?”

Adik Uzair tak menjawab….mungkin sebab dia cuba nak mengambil masa memikirkan statement ana tadi…

Once again, have I done something not right? Susahnya nak convince-kan adik ana ni…he’s still small…baru masuk Grade 2…and I just can’t expect too high from him…sorry Jay….Kak Long salah…(nada penyesalan, tapi hanya mampu ucapkan di dalam hati)…

**************************************************************************
Panjang pula cerita kat atas tadi…tapi ana sebenarnya terdetik sesuatu selepas kejadian ni…macam natijah daripada apa yang berlaku antara kami semua…mungkin analogi yang ana cuba hasilkan ni kurang sesuai atau tidak relevan sama sekali…(and I do admit that I’m not really good at making analogies…)..Wallahu musta’an..

Namun begitu, inshaAllah ana cuba untuk kaitkannya dengan sesuatu…forsure berkenaan dengan Awal Muharram yang bakal disambut kurang lebih dalam masa dua hari lagi…inshaAllahu khayr..


Alhamdulillah atas keizinan yang Allah berikan pada ana untuk mengikuti program Minggu Penghayatan Islam (MPI) anjuran persatuan di Universiti Sains Malaysia, Kampus Kubang Kerian (USMKK)..angah yang bersungguh-sungguh mengajak ana untuk turut sama memandangkan ana masih lagi bercuti…justeru, malam Isnin yang lalu, ana berkesempatan untuk mendengar kuliah maghrib oleh Kapten Hafizfirdaus Abdullah…(subhanallah, this is my very first time to meet him in the real world….sebelum ini, ana hanya sekadar melayari laman web alfirdaus.com sahaja…unbelievable…)..anyway….BTD (back to discussion)

Oleh kerana Kapten bakal menjadi one of the panels in the Forum Bicara Ad-Diin right after Isyak prayer….therefore, he just delivered something ‘light’ (from his own viewpoint, I guess) for Kuliah Maghrib…tajuknya menarik….”JOM HIJRAH”…dan Bukannya JOM HEBOH….well, a bit sarcastic…but no worries then….cool, isn’t it?

Agaknya, kenapa ana cuba kaitkan topic ini dengan peristiwa yang berlaku di rumah ana seperti di atas? Any thoughts? Afwan katsiran kalau entry ana kali ni agak “comot”…mungkin sejak pulang, ana kurang menulis dan akhirnya bahasa pun bertukar…tapi inshaAllah, gaya penulisan ana masih lagi sama…Cuma ana mengharapkan apa yang ditulis ini bakal bermanfaat walaupun sedikit buat tatapan sahabat-sahabat ana yang amat dikasihi fillah….mudah-mudahan…i’ll try my very best then….

InshaAllah, suka ana kongsikan serba-sedikit ilmu yang disampaikan oleh Kapten Hafizfirdaus pada waktu tersebut….selalunya, Hari Kebesaran Awal Muharram menjanjikan kita untuk mengingati semula peristiwa bersejarah yang berlaku ke atas Rasulullah SAW dan umat Muslimin suatu masa dahulu….,i.e. penghijrahan dari Kota Mekah ke Kota Madinah…tapi, kali ini Kapten mengajak sidang hadirin untuk melakukan “hijrah pemikiran”…menurut beliau, ini adalah sesuatu yang amat penting dan “hijrah pemikiran” ini mempunyai tiga bentuk….

  • Hijrah dari pemikiran yang tertutup kepada yang lebih terbuka.

    Lanjut beliau, kita tidak sewajarnya cepat menolak seandainya kita dikhabarkan dengan sesuatu yang tidak pernah kita dengari sebelum ini…teringat ana pada pesanan hikmah dari seorang ukhti fillah untuk ana dan teman-teman seperjuangan….. ‘jangan cepat melatah’…inshaAllah, ana secara peribadi bersetuju dengan bentuk hijrah yang pertama ini….umat Islam seharusnya keluar dari “kepompong lama” dan melihat dunia baru yang menjanjikan pelbagai bentuk cabaran dan dugaan….tambah lagi, musuh-musuh Islam sekarang ini lebih senang untuk menewaskan kita dengan serangan pemikiran….jangan biarkan sejarah hitam lama berulang kembali…sebaliknya, biarlah kita mencipta sejarah kegemilangan kembali….(semoga Allah membantu kita untuk menegakkan kembali agamaNya di muka bumi ini). Amin

  • Hijrah dari pemikiran se-meter kepada beberapa kilometer, i.e. far-minded-person.

    Untuk hijrah bentuk kedua ini, Kapten menyeru sidang hadirin untuk berfikir jauh ke hadapan sebelum membuat sesuatu keputusan…kata beliau, kita kena lebih banyak menganalisa sebelum bertindak…sort of saying “Think before we act”…Beliau membawakan contoh isu Boicot Israel yang mendapat tempat di hati masyarakat Muslim di Malaysia suatu ketika dulu, gara-gara kasus Karikatur Nabi Muhammad SAW yang disiarkan di Denmark. Menurutnya, kalaupun kita marah atau membenci ketidakwajaran sikap yang mereka tunjukkan, namun janganlah sampai kita bersikap tidak adil pada mereka…bayangkan apa kesannya ke atas orang lain sekiranya kita memperluaskan isu boicot ini? Kerana hujah beliau, ternyata lebih ramai orang Melayu yang Islam yang menjadi staff di KFC, Mc Donald, etc etc…kalau isu boicot diteruskan, di mana lagi mata pencarian yang tersedia buat mereka ini? …again, he was saying this on the basis of this one verse in the Quran:

    “Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana (adil) itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan..” [QS5:8]

    Beliau meneruskan lagi dengan mengemukakan satu lagi ayat yang menjadi asas kepada pendapat beliau di atas:

    “Dan janganlah kamu memaki sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah, Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan…” [QS6:108]

At first, it was a bit convincing to me..sehinggalah ada seorang brother bertanya… “Tapikan Kapten, ianya (i.e. Boikot Israel) telah dikeluarkan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi…mufti terkemuka di abad ini…bukankah ianya sesuatu yang telah disepakati bersama?...mashaAllah, soalan yang cukup mantap, I would say..

Then, Kapten menjawab… “kita harus melihat tempat dan suasana yang dialami oleh mereka…mungkin tindakan ini dikira bertepatan dengan situasi yang melanda masyarakat Muslim di Europe…” katanya dengan nada yang biasa…

Ana tak fikir untuk meneruskan perbahasan ini…ana tinggalkan ia untuk antum berfikir sejenak…surely, I have my own firm stand pertaining this issue (inshaAllah) and again, this is just his (i.e. Kapten) own point of view…and he has his own arguments regarding this matter….inshaAllah, kita saling menghormati pendirian seseorang itu selagi mana tidak melanggar batas-batas syar’ie…khayr, inshaAllah…

Untuk bentuk yang ketiga, asifati jiddan…I think I have missed out that point…ni akibat daripada kami (ana, angah dan sahabat baik ana, Ukhti Kuin) yang membuka topic perbincangan sesama sendiri selepas Kapten membuka isu Boikot…kami bukannya tak mahu memberikan perhatian, Cuma ingin memperjelaskan kekeliruan yang mungkin timbul di hati kami…apapun, manusia itu bukannya maksum sepertimana Rasulullah….setiap kata-kata yang keluar daripada manusia bisa sahaja diterima atau ditolak…ambil yang baik dan buang yang buruk…inshaAllah, selamat….

To make it short, ana terfikir yang kejadian di rumah tadi boleh dikaitkan dengan bentuk hijrah pemikiran yang pertama…kan susah untuk adik bongsu kesayangan ana menerima kenyataan yang jawapannya salah dan jawapan ana betul…sebabnya, dia dah ada satu mind-set sebelum dia mendengarkan penerangan daripada ana…whatever it is, ana tidak menyalahkan dia ..mungkin ana yang cuba menjelaskan sesuatu yang ‘baru’ pada adik Uzair tidak begitu berhikmah sehinggakan dia betul-betul tidak dapat menerimanya dengan hati yang lapang…wallahu a’laam (something to ponder over)…inshaAllah, semoga ianya memberi ‘ibroh yang penuh makna buat semua…. – the end –
















Thursday, January 04, 2007

Sisi-sisi kecil kehidupan…




Kasus (Case): Dalam perjalanan ana ke pekan Brunswick menaiki bas, tiba-tiba terlihat seorang lelaki (an English man) yang kedua-dua matanya buta dengan dibantu oleh sebatang tongkat membawa anak lelakinya yang ana kira berusia 4 tahun. Alhamdulillah, anaknya normal…matanya sempurna dan dia boleh lagi tersipu-sipu malu apabila ana memerhatikan gelagatnya (sebab ana memang suka sangat dengan anak-anak kecil)…masa nak naik bas tu, anak lelakinya masuk dulu…kemudian barulah bapanya dengan perlahan-lahan menghampiri pemandu bas untuk membelikan tiket buat mereka berdua. MashaAllah, bersusah-payah si bapa meraba-raba wang syilingnya di dalam dompet…tapi sedihnya si pemandu bas dengan nada yang agak meninggi seolah-olah memarahi lelaki tadi kerana terlampau lama untuk membayar tiket. Ya Allah, saat itu, ana terasa sedikit kesal dengan ketidakwajaran sikap si pemandu (yang umurnya telah agak lanjut, tapi masih diizinkan untuk memandu bas)…kenapalah begitu susah untuk pemandu bas tersebut bersabar sedikit sahaja lagi?…(nada retoris)

Usai membayarkan tiket, si bapa dengan penuh berhati-hati mencari-cari tempat duduk di dalam bas tersebut. Ditakdirkan Allah, waktu itu ana dan seorang kakak senior duduk berhampiran dengan disable seating yang memang senantiasa tersedia untuk mereka yang kurang upaya…terus, si bapa tadi yang setia dengan tongkatnya menghampiri tempat duduk tersebut…tapi almost dia nak terduduk di seat ana (mungkin disangkakannya itulah tempat yang disediakan untuknya)…ana terkejut seketika dan seakan mengelak kerana ana khuatir dia terduduk di atas ana….huhuhu…tapi syukurlah ada seorang penumpang lagi yang membantu si bapa tadi..Allahu a’laam, ana tak tahu kenapa ana kelu tak terkata sewaktu kejadian itu…bukan tak mahu menolong..Cuma waktu itu memang ana termenung sejenak…merenung jauh nasib mereka dua beranak…

Saat dan ketika itu, ana terfikirkan nasib si anak kecil yang bakal meningkat dewasa di bawah jagaan seorang bapa yang hilang satu nikmat dunia, i.e. nikmat penglihatan…si bapa pula bakal menghampiri usia tua dan mungkin satu tahap akan bergantung pada si anak kecilnya itu untuk menguruskan dirinya…bermacam-macam persoalan timbul di benak ana pada waktu itu sampaikan ana hampir terlajak untuk ke destinasi kami…subhanallah…jauh ana mengelamun…tapi ana harap ianya bukan anganan kosong buat mengisi masa perjalanan….ampunan Allah ana pohonkan sekiranya ia sesuatu yang sia-sia..semoga dijauhkan oleh Allah…Ameen

Ana tak tahu kenapa kasus ini bermain-main di fikiran ana…seakan ianya memberi satu tazkirah cukup bermakna buat bekalan hidup ana…mungkin ada ‘ibroh (pengajaran) yang berguna untuk ana hayati…Wallahu a’laam…cumanya, ana mengagumi sikap si bapa yang tidak pernah kenal erti putus asa dan hilang harapan walaupun dia menyedari yang hidupnya tanpa sepasang mata bakal menyusahkan orang lain….termasuklah anaknya yang masih lagi tidak mengerti akan perihal dunia ini…ternyata, kalau diikutkan usia anak kecil itu…perjalanannya masih jauh dan panjang…banyak perkara yang harus ditempuhinya…everything can happen..but it’s totally unpredictable…pengetahuan itu tetap hak Allah yang abadi…kecualilah Allah mengizinkan hambaNya to look beyond that…kita hanya mampu mengharapkan yang terbaik dari Allah selama kita masih bernafas di atas bumiNya yang semakin tua ini…

Kasus pendek ini mengingatkan ana tentang satu kisah yang ana pernah baca…barangkali ianya hanya dapat difahami oleh diri ana sendiri..yang cuba untuk menghubungkaitkan kasus di atas dengan kisah ini…tapi buat sahabat-sahabat yang ana kasihi fillah sekelian, semoga antum bisa mendapatkan mesejnya walaupun sedikit, kerana memang tidak banyak orang yang tertarik untuk menyingkap sisi-sisi kecil dari kehidupan..tidak banyak yang mahu menyelami bahagian-bahagian yang tersembunyi dari perjalanan hidup kita. Selalunya kita lebih banyak melewati hal-hal yang sederhana dengan melupakan hikmah-hikmah yang terkandung di dalamnya…dan seringkali juga kita terlalu disibukkan dengan hal-hal yang besar lantas hal-hal yang kecil jadi terabai….(again, nada retoris)

Kisah ini bertajuk “Daun”…mashaAllah, menarik sungguh ceritera pendek ini….ringkas, padat, mantap…moga bermanfaat…

“Seorang pemuda duduk sendiri di sebuah taman. Di pangkuannya terhampar sebuah buku yang masih terbuka. Di sebelah kanannya, sisa makanan berhimpit dengan botol minuman. Hari itu adalah awal musim gugur di tahun ini. Tak hairanlah banyak sekali daun berjatuhan. Terserak. Begitu juga di bangku tempat pemuda itu duduk.

Sang pemuda masih menikmati petang itu dengan membaca. Tangannya membelek-belek halaman buku. Setiap kali selesai membaca beberapa paragraph, matanya tak lepas dari urutan kata dalam buku. Menelusuri setiap kalimat yang tersusun di sana. Tiada rasa terganggu dengan daun-daun yang sesekali jatuh menimpanya. Sementara di kejauhan, ada beberapa anak kecil berlari. Mereka bermain, menikmati matahari petang yang indah itu.

Srekkk…srekkk..terdengar langkah. Pemuda itu menoleh. Srekk..srekk…srekk. terdengar lagi langkah kaki bergesekan dengan daun-daun. Seorang ibu tua sedang memunguti daun-daun. Tangan kirinya menggenggam kantung kain. Isinya daun-daun kering.

Pemuda itu terpegun kehairanan.
“Apa yang ibu sedang lakukan?”
“Aku sedang mengumpulkan daun,” ujar si ibu tua.

Mata tuanya terus menjelajah, mengamati hamparan daun di taman itu.

“Aku sedang mencari daun-daun terbaik untuk kujalin menjadi mainan buat anak-anak di sana.”

Satu dua daun dimasukkan ke kantung kain. Pemuda itu beringsut. Buku di depannya diletakkan. Ia kembali bertanya, “Sejak bila ibu melakukannya?”

“Setiap musim gugur aku lakukan ini untuk anak-anak. Akan kubuatkan selempang dan mahkota daun buat mereka. Jika aku dapat banyak daun, akan kubuatkan pula selubung-selubung ikat pinggang. Ah, mereka pasti senang.” Mata tua itu berbinar. Selendang di lehernya berjuntai di bahu. Tangannya kembali memasukkan beberapa daun.

Tapi, Bu, sampai bila ibu akan berterusan begini? Anak-anak itu pasti akan membuat semuanya rosak setiap kali mereka selesai bermain. Lagipun, terlalu banyak daun yang ada di sini. Ini musim gugur, daun itu akan terus jatuh laksana hujan,” tanya si pemuda itu lagi. “Apakah ibu tidak pernah berfikir untuk berhenti?”

“Berhenti? Berfikir untuk berhenti? Memang, anak-anak itu akan selalu merosakkan setiap rangkaian daun yang kubuat. Mereka juga akan selalu membuat mahkota daunku kayak. Selempang daunku juga akan putus setiap kali mereka selesai bermain. Tapi, itu semua tidak akan membuatku berhenti.” Ibu tua itu menarik nafas. Selendang di lehernya makin dipererat.

“Masih ada ribuan daun yang harus kupungut di sini. Masih ada beberapa kelok jalan lagi yang harus kutempuh. Waktuku mungkin tak cukup untuk mengambil semua daun di sini. Tapi, aku takkan berhenti.”

“Akankah aku berhenti dari kebahagiaan yang telah kutemukan? Akankah aku berhenti memandang kegembiraan dan binar-binar mata anak-anak itu? Akankah aku menyerah dari kedamaian yang telah aku rasakan setiap musim gugur itu?” tanyanya retoris.

“Tidak, Nak! Aku tidak akan berhenti berusaha untuk kebahagiaan itu. Aku tidak akan berhenti hanya kerana koyaknya mahkota daun atau ribuan daun lain yang harus kupungut.”

Tangan tua itu kembali meraih sepotong daun. Lalu dengan suara perlahan, ia berbisik, “Ingat Nak, jangan berhenti. Jangan pernah berhenti untuk berusaha.” Larik-larik senja telah muncul, menerobos sela-sela pohon, membentuk sinar-sinar panjang, dan berpendar pada tubuh ibu tua itu.

Teman, adakah kita pernah merasa ingin berhenti dari hidup ini? Adakah kita pernah merasa gagal? Adakah kita berfikir untuk tidak melanjutkan impian-impian kita? Ana percaya, ada banyak daripada kita yang pernah mengalaminya. Ada banyak daripada kita yang mungkin berfikir untuk menyerah kerana begitu banyaknya tentangan yang kita hadapi.

Namun, apakah kita harus berhenti berusaha ketika melihat “mahkota-mahkota daun” impian kita koyak? Haruskah kita berhenti saat “selempang daun” harapan yang kita sandang putus? Akankah kita menyerah saat “rangkaian daun” kebahagiaan kita tak berbentuk? Ana percaya, ada banyak pilihan untuk itu. Beragam pilihan akan muncul di kepala kita saat kenyataan pahit ada di depan kita.

Lalu, akankah kita surut melangkah, saat kita melihat ada ribuan “daun tentangan” yang harus kita pungut? Akankah kaki kita menyerah ketika kita bertemu dengan hamparan “daun ujian” di depan kita? Barangkali kita harus ingat perkataan ibu tua tadi. “Jangan pernah berhenti untuk berusaha. Jangan pernah menyerah untuk kebahagiaan yang akan kita raih.”

Sahabat, ibu tua itu benar. Kita mungkin takkan bisa meraih semua daun-daun kebahagiaan itu. Mahkota, selempang dan selubung ikat pinggang daun itu akan kayak. Tapi, janganlah itu membuat kita berhenti melangkah. Masih ada berjuta daun-daun harapan lain yang masih dapat kita pungut. Di depan sana, masih terhampar berjuta daun impian lain yang memberikan kita beragam pilihan. Mungkin jalan di depan kita masih berkelok, masih panjang, namun daun-daun itu ada di sana. Berjuta daun kebahagiaan lain masih menunggu untuk kita rajut, jalin, anyam, dan susun. Jangan menyerah. Jangan pernah menyerah, kerana Allah selalu bersama hambaNya yang sabar…”


Wallahu ta’ala a’laam…