Tuesday, November 14, 2006

Belajarlah pada pohon....


Sejak beberapa hari yang lalu, diri ini terpanggil untuk membaca kisah-kisah teladan buat menjadi bekalan bagi meneruskan perjuangan hidup sebagai musafir perantau di dunia menuju kehidupan abadi di akhirat…

MashaAllah, ternyata di waktu diri seolah lemas dek pancaroba dunia, rupa-rupanya Sang Kekasih tidak lupa untuk mengilhamkan diri ini membuka semula kotak-kotak email yang lama….tangan ini digerakkan untuk membaca kiriman dari seorang ukhti fillah dari negara jiran…Subhanallah, tepat…memang terkena tamparan maha hebat di rona wajah tatkala membaca kisah ini dari satu perenggan ke perenggan yang lain..justeru, diharapkan sahabat-sahabat sekelian mampu meluangkan sedikit masa untuk meneliti kisah ini dan cuba mengeluarkan ‘ibroh (pengajaran) daripadanya….Wallahu ta’ala a’laam…Allah yubarak fiikum…

***************************************************************************

Suatu hari saya mendapat cerita dari seorang sahabat dekat. Dia tinggal di kota lain di sebuah negeri empat musim. Jangan pernah tanya siapa, kerana dia tidak mahu namanya disebut-sebut. Cerita ini berkisarkan pergelutan batinnya dalam mengenal Tuhan. Mungkin ada pelajaran yang bisa kita ambil daripada kisah ini. InshaAllahu khayr…Dia mempunyai seorang guru spiritual yang juga masih muda, namun memiliki ilmu dan hikmah yang sangat dalam. Dia bertemu dengan gurunya, lebih kurang sekali dalam sebulan. Setiap pertemuan berikutnya, sang guru selalu bertanya :

“Bagaimana perkembangan dan pengalaman selama sebulan ini? Ada bahan apa yang bisa diambil hikmahnya sekarang?”



Keadaan ini berterusan. Terakhir sebelum berpisah lama dengan gurunya, dia juga sempat bertemu dan sang guru memberi tugas baru. Tugasnya adalah agar dia belajar menjadi manusia. Manusia dalam erti kata yang sebenarnya, iaitu manusia sebagai wakil Tuhan, sebagai khalifah di muka bumi. Dan untuk menjadi khalifah dia harus mengenal yang diwakilinya, mengenal Tuhannya.

"Kenali sifat-sifat Tuhan. Jagalah hatimu, ucapanmu, dan akhlakmu sehingga mencerminkan sifat-sifat Tuhan. Tuhan Maha Suci, Maha Pengasih, Maha Penyayang... Tidak usah pening-pening memikirkan caranya, cukup jalani saja hidupmu dengan seadanya. Tidak usah banyak meminta. Nanti kau akan menemukan sendiri."


Alkisah, sahabat saya ini harus pergi ke negara lain atas urusan pekerjaan. Sebelumnya dia memulai pelaburan, bisnes. Teman-temannya sudah ada yang berjaya, dan dia lihat sendiri buktinya. Dengan berbekalkan sedikit wang beberapa belas juta, dia memulakan pelaburannya. Kemudian dia berniat untuk menambah pelaburannya. Dalam hatinya, jika pelaburan ini sukses, dia bisa melepaskan diri dari masalah kewangan, sehingga bisa beramal dan membantu orang lain dengan lebih banyak.Dia memohon petunjuk dulu kepada Allah. Apakah diperbolehkan pelaburan ini. Jika boleh, mohon dimudahkan. Jika tidak, mohon dijauhkan. Ternyata proposalnya ke bank disetujui, dengan jaminan kenderaan hasil usahanya selama ini. Pelaburan pun bertambah. Lalu dia berangkat.


Namun tidak lama setelah dia bekerja di kota baru, datang khabar buruk kalau bisnes yang diikutinya hancur. Dia kaget, dan mulai khuatir. Dia ingat hal-hal yang diajarkan oleh gurunya. Lalu dia berzikir dan berdoa. Maklum hanya itu yang bisa dia lakukan dari jauh. Tidak mungkin dia pulang dan menyelesaikannya.


Dia mengadukan semua pada Tuhan, dan berharap semoga keadaan menjadi lebih baik. Rajin sungguh dia berdoa, sehingga dia rasakan kenikmatan dalam hatinya yang jarang dirasakan sebelumnya. Hati yang terasa sejuk, seperti disiram ais ketika berzikir. Kekhuatirannya hilang, berubah menjadi syukur. Syukur kerana diberi cubaan dan diberi kenikmatan iman dalam zikirnya.


Beberapa hari kemudian berita baru datang. Keadaan tidak menjadi lebih baik, tetapi lebih buruk. Modal yang dilaburkannya terancam tidak bisa kembali. Disangkakan untung, yang mungkin terjadi adalah kerugian. Dia yang tadinya sudah tenang, kembali menjadi khuatir. Kemudian dalam kesempatan zikir setelah solat, dia pun kembali memasrahkan diri kepada Tuhan. Dia yakin, pertolongan Tuhan sangat dekat. Di sebalik ujian, pasti ada kemudahan. Dia yakin, ujian ini tidak akan lama, dan pada akhirnya pasti Tuhan akan menyelamatkan pelaburannya.


Hari berikutnya, berita datang lagi, bahawa keadaan benar-benar semakin tidak bisa dipulihkan. Hilangnya modal sudah di depan mata. Dia pun tidak bisa membohongi diri, kalau hatinya benar-benar khuatir dan putus asa. Belum pernah dia rasakan keputusan yang sedemikian dalam. Terbayang dalam fikirannya, bahawa di bulan-bulan selanjutnya dia harus membayar hutang ke bank puluhan juta, atas sesuatu yang dia tidak pernah rasakan manfaat dan keuntungannya.

Dia mulai berprasangka buruk kepada Tuhan. Dia merasa malas mengerjakan solat dan zikir, kerana ternyata kenyataan yang terjadi lain dengan yang diyakininya.
(Yaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan(mu) dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka. Di situlah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat.[QS33:10-11]

Bukankah sebelumnya aku sudah mohon petunjuk kepada-Mu ya Tuhan? Bukankah kesejukan dan ketenangan dalam diriku berasal dari-Mu ya Tuhan? Tapi kenapa jadi seperti ini?


Dia menjadi ragu, apakah Tuhan masih akan menolongnya. Benar-benar kacau keadaan hati dan fikirannya saat itu. Namun tidak lama, hanya kurang dari setengah jam dia merasakan seperti itu. Dia pun ingat yang diajarkan gurunya,

"Segala rasa seksa, itu datangnya dari shaitan." Lalu ia pun sedar, bahawa shaitan dalam dirinya sedang mengelabui dan menutup hatinya. Mencuba agar dia berputus asa dan berpaling dari Tuhan. Melalui fikiran dan nafsu, setan menampilkan gambaran yang buruk-buruk tentang apa yang akan terjadi kemudian. Dan shaitan itu bukan siapa-siapa, tetapi bahagian negatif dari keduanya, dari dirinya sendiri. "



Dia pun berteriak kepada nafsu dan fikirannya,"Wahai nafsu dan fikiranku. Diam kau sekarang. Kalian mahu diselamatkan atau tidak. Kalau mahu, mari bersamaku berwudhu’ dan menghadap Tuhan."Keyakinannya kepada Tuhan tumbuh lagi. Dalam zikir dia bertanya kepada Tuhan tentang hikmah semua ini. Kesalahan apa yang telah dilakukannya. Apa yang dikehendaki Tuhan atas dirinya.

"Jika kau hanya mahu kenikmatan, dan menolak penderitaan, maka bukan sifat Tuhan yang kau pelihara dalam hatimu. Jika kau mahu menjadi khalifah, menjadi wakilKu, maka kau harus mahu menerima kedua-duanya dengan ikhlas."

Sahabatku pun menangis di hadapan Tuhan. Menyesali kebodohan yang baru saja dia lakukan. Menyesali dirinya yang hampir-hampir masuk dalam golongan orang fasiq, orang-orang yang berputus asa terhadap rahmat Allah.

"Belum disebut beriman kamu, jika belum pernah diuji dan belum lulus ujian penderitaan.”


Tangisnya pun semakin dalam. Bukan kesedihan, tetapi rasa syukur yang dalam kerana telah diuji oleh Tuhan. Diberi kesempatan untuk menjadi orang beriman. Ada harapan untuk masuk golongan orang beriman."Ya Tuhanku, dulu aku tiada, sekarang aku tumbuh dengan lengkap sempurna. Dulu aku tidak punya harta, lalu Engkau anugerahi aku, dan sekarang Kau ambil lagi milik-Mu. Kenapa aku sedih dan khuatir ya Tuhan, atas hilangnya sesuatu yang bukan milikku. Betapa bodohnya aku ini. Betapa aku lupa siapa aku ini. Sungguh jika Engkau tidak ingatkan aku dengan ujian ini, pasti aku termasuk orang yang lupa diri selamanya. Ampuni aku ya Tuhan, atas kebodohanku ini.."


Dalam tangis dan zikirnya, dia membuka surat Alam Nasyrah.


"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu. Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmu lah hendaknya kamu berharap."



Tiada terkira syukur nikmat yang dia rasakan. Nikmat iman dan kedekatan dengan Tuhan. Terasa seperti dalam pelukan kekasihnya. Teringat bagaimana kekhuatiran dalam hatinya dihilangkan, dan diganti dengan syukur. Terbayang saat-saat yang penuh beban kemudian menjadi seringan kapas.


Dan sahabatku pun menjadi tidak lagi peduli dengan kerugian, kehilangan, dan kegagalan. Semua dari Allah, dan sekarang kembali kepada-Nya lagi. Dia pun segera kembali bekerja, seolah tiada masalah yang terjadi. Dia teringat perintah Tuhan agar tidak banyak berangan-angan, khuatir, memikirkan kemungkinan- kemungkinan buruk yang bakal terjadi, dan besarnya nilai kerugian yang dialami. Tidak ada waktu lagi untuk itu, yang ada adalah "mengerjakan dengan sungguh-sungguh urusan yang lain," iaitu pekerjaannya.


Beberapa hari kemudian berlalu dengan normal. Apapun berita tentang pelaburannya sudah tidak lagi menarik hatinya. Namun sebenarnya masalah masih ada. Hutang tetap hutang, dan harus dibayar! Suatu hari, datang berita lagi, setidaknya untuk saat itu modal dia benar-benar tidak bisa diharapkan kembali. Bisnes yang diikutinya sudah gulung tikar. Mereka yang mengurus bisnes tersebut sedang dalam penyelidikan polisi dan hukum. Dia pun teringat kembali, dari mana harus membayar hutangnya. Minggu depan sudah harus membayar hutang. Kalau tidak bisa, akan dimasukkan daftar hitam oleh bank dan kenderaanya disita.
Dia memang sudah tidak peduli dengan modal yang hilang. Tetapi masalah masih akan timbul seandainya dia tidak mampu melunaskan segala hutangnya pada bank.
“Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu.” [QS3:186]


Seperti biasa, sahabat saya yang menjadi rajin mendekatkan diri kepada Allah sejak ujian ini, merenung dengan hatinya dan berzikir. Dia sudah ikhlas dan memasrahkan semua urusan kepada Tuhan. Dia sudah tidak pernah memohon agar diringankan atau dikembalikan modalnya. Dia yakin, semua memang sudah diatur oleh Allah untuknya.Kenapa harus meminta yang aneh-aneh yang mungkin di luar scenario Allah? Oleh kerana itu, doanya hanyalah "agar diberi penerang dalam ujian ini, dan diberi akhir yang terbaik."


Dalam zikirnya dia mendapat penjelasan. Ada beberapa kesalahan yang dia lakukan dalam bisnes itu. Pertama, adanya niat dalam hati untuk "bebas dari masalah kewangan yang membelenggu". Berharap memperoleh pendapatan pasif sehingga merasa cukup dari sudut material dan tidak perlu lagi khuatir soal wang. Ternyata, hal ini bisa menggelincirkan hatinya pada kemusyrikan yang lembut. Kemusyrikan yang ditimbulkan oleh harta. Bagi Tuhan, jika dia merasa tenang kerana kecukupan material, atau "bebas financial", maka itu sama saja dengan kemusyrikan. Sebab dia merasa tenang bukan kerana Allah. Dia tenang kerana sesuatu selain Allah. Belum saatnya bagi dia untuk mengalami "bebas financial" ini, kerana pasti akan terjerumus. Suatu saat jika sudah tiba waktunya, pasti akan dianugerahi oleh Allah kebebasan ini. Namun saat itu dia sudah siap, sehingga tidak tertipu oleh kesenangan material. Ujian ini untuk mempersiapkan dirinya.


Kedua, adanya keinginan untuk bisa membantu lebih banyak orang dengan banyaknya harta yang dia miliki nanti.Bukankah ini niat yang baik? Benar, tetapi ternyata keinginan ini bisa menipu dengan halusnya. Ada kesalahan dalam keinginan tersebut, iaitu sesungguhnya bukan dia yang membantu manusia lain, tetapi Tuhan. Jika benar terjadi dia bisa membantu banyak orang, pasti dia akan tertipu oleh rasa dirinya, oleh pengakuan dirinya. Pengakuan bahwa "aku telah beramal soleh dengan membantu banyak orang." Lalu muncul kepuasan dan kebanggaan spiritual yang tidak dia sedari. Tidak seharusnya dia memiliki rasa seperti itu, kerana semua harus dikembalikan kepada Tuhan. Dirinya dipakai oleh Tuhan untuk menolong orang lain, tetapi bukan dia yang menolong. Kesedaran ini harus tumbuh terlebih dahulu, sebelum dia benar-benar menolong orang lain nanti. Dan ujian ini yang mengajarinya. Mengajarkan makna "Bismillah", "Atas nama Allah", "dengan nama Allah". Ertinya ketika dia membantu orang lain, saat itu dalam hatinya harus disedari bahawa yang membantu adalah Tuhan, bukan dirinya. Tuhan sedang menggunakan wadahnya untuk membantu orang lain. Dan tidak sepatutnya dia mengakui itu sebagai amal perbuatannya.


"Ya Tuhan, betapa Mulianya Engkau. Aku membeli ujian ini dengan modal yang tidak seberapa, dan itupun dari-Mu, harta milik-Mu. Namun manfaat yang kudapatkan sungguh tiada ternilai dengan apapun. Betapa bodoh jika aku masih menyesali hilangnya harta itu ya Tuhan."

Demikian katanya lirih dalam hati.Happy ending? Belum...Hutang tetap hutang, dan harus dibayar. Dia pun harus kembali ke alam nyata. Harus tersedar lagi dari tafakkur dan zikirnya, dan menghadapi bulan-bulan berikutnya dengan tekanan dan mungkin penderitaan. Apa yang telah dia dapatkan, sekali lagi, harus dibuktikan dengan kenyataan. "Ya Tuhan, ini adalah minggu-minggu yang berat bagiku. Seperti ditiup angin dan badai kencang. Aku sudah hampir tumbang, tapi Engkau selamatkan aku. Dan sekarang pun belum usai ujian ini ya Tuhan. Aku yakin Kau pasti menolong. Aku tidak minta apapun bahkan untuk Kau ringankan beban ini.Engkau Maha Tahu akan kemampuanku dan keterbatasanku lebih dari pengetahuanku sendiri. Berilah aku petunjuk-Mu, agar aku tidak khuatir lagi menghadapi hari-hari di depanku dalan mengharungi ujian-Mu ini."


Lihatlah pohon di luar jendela itu. Bukankah kau beberapa minggu ini tertarik memperhatikannya? Kau sudah lihat pohon itu dulu berdaun lebat. Lalu datang musim gugur. Daunnya menjadi kuning, rapuh, kemudian berjatuhan ditiup angin kencang. Musim dingin sudah berlalu, dan sekarang musim bunga. Kau lihat daunnya mekar, dari hari ke hari semakin lebat, dan sekarang seluruh cabangnya telah hijau kembali.Dari tahun ke tahun seperti itu. Sejak pohon itu kecil, hingga sekarang menjadi besar. Kau lihat, meskipun daunnya berjatuhan dan kembali mekar, bukan bermakna pohon itu semakin kecil. Tetapi semakin besar, semakin tinggi, semakin rendang.


Seperti itulah manusia yang beriman. Mereka tidak akan pernah lepas dari ujian, dari tiupan angin badai penderitaan. Kerana itulah makanan bagi keimanannya agar tumbuh subur. Namun selalu "sesudah kesulitan itu ada kemudahan", selalu ada yang bersemi, selalu ada kebahagiaan baru. Seperti pohon yang makin tinggi, iman mereka pun semakin meningkat.Kadang-kadang ada pohon yang tumbang kerana badai dahsyat. Namun selama akar pohon itu masih masuk ke dalam tanah, sumber bahan kehidupan, pohon itu tidak akan mati. Daun dan dahannya akan selalu tumbuh. Oleh kerana itu, tancapkan hatimu, akarmu, kepada Sumber Kehidupan, kepada Dzatullah. Maka kau akan selamat.

“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” [QS7:205]


Pohon tidak pernah khuatir akan kehilangan daun untuk selamanya ketika daunnya berguguran. Apakah kamu tidak malu pada pohon itu? Belajarlah darinya.

2 comments:

  1. Anonymous3:49 am

    subhanallah..what a touching story..bnr2 buat ana berfikir n insaf..=)..

    ReplyDelete
  2. Salamun'alaikum ya ukhti...alhamdulillah kalau ianya memberi manfaat pd ukhti..tapi hakikatnya, ia akan lebih bermakna bagi mereka yang tahu menghargainya..Wallahu ta'ala a'laam...jazakumullahu khayran katsiran atas kesudian membaca entry yg sedikit panjang ini...

    ReplyDelete