Bercakap mengenai cinta, sudah pasti setiap org pernah merasai perasaan sedemikian..Namun apakah hakikat cinta yg sbnrnya? Cinta apakah yg plg tinggi nilaiannya? Pada siapakah cinta suci itu harus didambakan?? Pelbagai persoalan melanda diri ini..n mungkin juga shbt2 di luar sana..Justeru, diri ini terpanggil utk berkongsi sedikit ilmu yg diperoleh..dgn harapan dpt mengambil iktibar n teladan drpnya...inshaAllah biiznillah...
Umumnya, cinta bermula dgn hubungan hati yg kemudiannya muncul rasa simpati. Setelah itu berkembang menjadi curahan hati n rasa rindu yg akhirnya melahirkan kemesraan n bahkan cinta menghamba...Tiap2 urutan ni mempunyai tingkatan atau level tertentu...
- Al-'Alaqah(kecenderungan): cinta ini berada di thp yg plg rendah n plg bawah drp kesemua tingkatan2 cinta..cinta ni lebih kpd materials yg dimiliki oleh seseorg..cthnya seseorg itu amat mencintai n menyayangi basikalnya hingga selalu membersihkannya pd hujung minggu..ia dicintai krn blh memberikan manfaat kpd tuannya..Sama juga jika kita ambil teladan drp kalangan sahabat Rasululllah..mrk amat menyayangi kuda n senjata pedang mrk yg blh digunakan utk berperang di medan jihad..Pokok pangkalnya, cinta bentuk ini dibolehkan namun tdk boleh ditujukan kpd Allah, Rasul n Islam. Cinta kpd Islam memerlukan perjuangan n pengorbanan...
- Al-'Atfu(simpati): cinta ni ditujukan kpd semua org..regardless mrk itu muslim ataupun kuffar..ianya hadir atas dasar simpati, sptmana simpatinya Rasul pd Saidina Abu Bakar a.s dan Hamzah, lalu diserunya mrk kpd agama Islam yg benar..Hubungan simpati ini lbh berdasarkan kpd nilai2 kemanusiaan yg dimiliki oleh manusia...
- As-Sobabah(empati): cinta thp keempat ni diarahkan kpd kaum muslim yg dihubungkan atas nama persaudaraan Islam.Ianya lbh tinggi drp kedua-dua jenis cinta yg disebutkan sblm ini.. Dgn adanya empati ni, diharapkan akan muncullah kefahaman di klgn sesama muslim yg akhirnya menguntumkan ukhuwwah Islamiyyah fillah..
- As-Syauq(rindu): rentetan drp empati, akhirnya akan membuahkan kerinduan pd sesama muslim apbl dipisahkan oleh sesuatu utk suatu jangka masa yg lama..sesungguhnya kerinduan di hati stlh lahirnya rasa ukhuwwah yg mantap di dlm diri amat sukar utk dibendung..Perihal ini terjadi di klgn para shbt2 di zaman Rasul yg akan terasa teramat rindu jika sudah lama tdk bertemu krn tugas perang..MashaAllah..utuhnya ukhuwwah di antara mrk..subhanallah..alangkah indahnya jika diri ni mampu mencapai thp cinta ini..
- Al-'Isq(mesra): lepas sudah rindu, pasti wujudnya kemesraan antara satu sama lain..Namun begitu, kemesraan ini dirujuk kpd Rasul n Islam..bukan materialistik semata2..Mesra ni ditakrifkan sbg kesediaan individu utk berkorban n berjuang demi menegakkan Islam..(berjuang berkorban demi cinta, suka dan duka suratannya, mencari makna jln bahagia...). Muslim yg benar2 mencintai Islam n Rasul akan mengikut sgl perintah Allah n RasulNya..
- At-Tatayum(menghamba): Inilah tingkat cinta yg plg tinggi n plg utama, iaitu dgn menghambakan diri pd Allah SWT. Konsep penghambaan ini bukanlah 'seasonal' tp "continuous" dgn merealisasikan "sami'na wa ata'na" kpd Rabbul 'Izzati..Sesungguhnya, level ni adlh menjadi impian setiap muslim yg dgn ikhlas hati ingin mencari redha dan cinta Allah..mashaAllah...
Alhamdulillah, tingkat2 cinta dh diketahui..apa tindakan kita sekarang?? Kalau di'reflect' diri ini..mungkin ada cinta yg tdk diberikan atau diletakkan pd tpt yg sebetulnya..berhati2lah wahai shbt2 ku dlm perihal cinta ini..krn natijahnya amat memberi kesan yg mendalam dlm kehidupan..kukongsi ilmu ini sbg memperingtkan diri sendiri yg masih lemah n leka dlm keenakan hidup di dunia dan utk tatapan bersama...ketahuilah dan sedarilah, cinta Allah lah yg patut dikejar..bukannya cinta manusia..
Kuteringt satu rangkap dr sebuah lagu.."cintakan bunga layu hancur n musnah..cintakan Tuhan kekal buat selamanya.."Subhanallah..hebat n agungnya cinta Illahi(mahabbatullah)..inshaAllah ganjarannya di sisi Allah amatlah besar...tak terjangkau oleh akal fikiran kita sbg manusia..
Akhir kalam, renungkanlah firman Allah dlm 'surat cintaNya' kpd 'abidNya,,
"The believers are only those who, when Allah is mentioned, their hearts become fearful, and when His verses are recited to them, it increases them in faith; and upon their Lord they rely."
(QS 8:2)
Wallahu ta'ala a'lam...:D
No comments:
Post a Comment