Thursday, September 29, 2005

Ghurabaa( The Strangers )

Assalamualaikum wrt,

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Alhamdulillah dan setinggi kesyukuran dirafa'kan kpdNya atas anugerah iman yg masih lagi dpt dirasai hingga ke saat ini. Subhanallah, I just got this song from a sister in faith and it is something related to Our beloved Deen, Islam and to us as well.

If I'm not mistaken, there is a hadeeth saying something about Islam..and it is depicted by this meaningful song..Ghurabaa...an arabic verse which means The Strangers...pelik atau ganjil..Terpulanglah kpd anda semua utk interprete this word..Namun bagi diri ini, maksud di sebalik kata2 ini amat mendalam..it has its profound effects...particularly utk golongan yg tlh menceburkan diri mrk di atas JALAN INI..

Ana sertakan lyrics utk lagu ini dan link utk websitenya..just click on it and inshaAllah..you'll hear it immediately after...hayatilah lyrics nyer..dan reflect pd diri kita yg sememangnya Allah jdkan sbg "pembeda" atau istilahnya "tamayyuz" because we have our own identity and trademark...berbanggalah krn ditakdirkan oleh Allah utk menjadi seorang Muslim atau Muslimah..sesungguhnya kemuliaan diri kita adlh krn Islam..ttp Islam sebenarnya tdk memerlukan kita pun utk gemilang..as it is already a Deen in the sight of Allah...MashaAllah..syumulnya Islam..


Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah
Ghurabaa' war tadhainaa haa syi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life
Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah
Ghurabaa’ war tadhainaa haa syi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life
Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali biththughaa
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali biththughaa
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khuluud
We never care about the chains, rather we’ll continue forever
Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khuluud
We never care about the chains, rather we’ll continue forever
Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadiid
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start
Ghurabaa’ hakadzal ahraaru fii dunya-al ‘abiid
Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world
Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadiid
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start
Ghurabaa’ hakadzal ahraaru fii dunya-al ‘abiid
Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world
Kam tadzaakarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa
How many times when we remembered a time when we were happy
Bi kitaabillaahi nahfuzh-hu shabaahan wa masaa
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening
Kam tadzaakarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa
How many times when we remembered a time when we were happy
Bi kitaabillaahi nahfuzh-hu shabaahan wa masaa
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening
May Allah (swt) dishonour all those who stand in the way of Al-Ghurabaa' (The Strangers)

Wednesday, September 21, 2005

Tingkatan cinta..di manakah kedudukan kita??

Maratibul Mahabbah(Tingkatan Cinta)

Bercakap mengenai cinta, sudah pasti setiap org pernah merasai perasaan sedemikian..Namun apakah hakikat cinta yg sbnrnya? Cinta apakah yg plg tinggi nilaiannya? Pada siapakah cinta suci itu harus didambakan?? Pelbagai persoalan melanda diri ini..n mungkin juga shbt2 di luar sana..Justeru, diri ini terpanggil utk berkongsi sedikit ilmu yg diperoleh..dgn harapan dpt mengambil iktibar n teladan drpnya...inshaAllah biiznillah...

Umumnya, cinta bermula dgn hubungan hati yg kemudiannya muncul rasa simpati. Setelah itu berkembang menjadi curahan hati n rasa rindu yg akhirnya melahirkan kemesraan n bahkan cinta menghamba...Tiap2 urutan ni mempunyai tingkatan atau level tertentu...
  • Al-'Alaqah(kecenderungan): cinta ini berada di thp yg plg rendah n plg bawah drp kesemua tingkatan2 cinta..cinta ni lebih kpd materials yg dimiliki oleh seseorg..cthnya seseorg itu amat mencintai n menyayangi basikalnya hingga selalu membersihkannya pd hujung minggu..ia dicintai krn blh memberikan manfaat kpd tuannya..Sama juga jika kita ambil teladan drp kalangan sahabat Rasululllah..mrk amat menyayangi kuda n senjata pedang mrk yg blh digunakan utk berperang di medan jihad..Pokok pangkalnya, cinta bentuk ini dibolehkan namun tdk boleh ditujukan kpd Allah, Rasul n Islam. Cinta kpd Islam memerlukan perjuangan n pengorbanan...

  • Al-'Atfu(simpati): cinta ni ditujukan kpd semua org..regardless mrk itu muslim ataupun kuffar..ianya hadir atas dasar simpati, sptmana simpatinya Rasul pd Saidina Abu Bakar a.s dan Hamzah, lalu diserunya mrk kpd agama Islam yg benar..Hubungan simpati ini lbh berdasarkan kpd nilai2 kemanusiaan yg dimiliki oleh manusia...

  • As-Sobabah(empati): cinta thp keempat ni diarahkan kpd kaum muslim yg dihubungkan atas nama persaudaraan Islam.Ianya lbh tinggi drp kedua-dua jenis cinta yg disebutkan sblm ini.. Dgn adanya empati ni, diharapkan akan muncullah kefahaman di klgn sesama muslim yg akhirnya menguntumkan ukhuwwah Islamiyyah fillah..

  • As-Syauq(rindu): rentetan drp empati, akhirnya akan membuahkan kerinduan pd sesama muslim apbl dipisahkan oleh sesuatu utk suatu jangka masa yg lama..sesungguhnya kerinduan di hati stlh lahirnya rasa ukhuwwah yg mantap di dlm diri amat sukar utk dibendung..Perihal ini terjadi di klgn para shbt2 di zaman Rasul yg akan terasa teramat rindu jika sudah lama tdk bertemu krn tugas perang..MashaAllah..utuhnya ukhuwwah di antara mrk..subhanallah..alangkah indahnya jika diri ni mampu mencapai thp cinta ini..

  • Al-'Isq(mesra): lepas sudah rindu, pasti wujudnya kemesraan antara satu sama lain..Namun begitu, kemesraan ini dirujuk kpd Rasul n Islam..bukan materialistik semata2..Mesra ni ditakrifkan sbg kesediaan individu utk berkorban n berjuang demi menegakkan Islam..(berjuang berkorban demi cinta, suka dan duka suratannya, mencari makna jln bahagia...). Muslim yg benar2 mencintai Islam n Rasul akan mengikut sgl perintah Allah n RasulNya..

  • At-Tatayum(menghamba): Inilah tingkat cinta yg plg tinggi n plg utama, iaitu dgn menghambakan diri pd Allah SWT. Konsep penghambaan ini bukanlah 'seasonal' tp "continuous" dgn merealisasikan "sami'na wa ata'na" kpd Rabbul 'Izzati..Sesungguhnya, level ni adlh menjadi impian setiap muslim yg dgn ikhlas hati ingin mencari redha dan cinta Allah..mashaAllah...

Alhamdulillah, tingkat2 cinta dh diketahui..apa tindakan kita sekarang?? Kalau di'reflect' diri ini..mungkin ada cinta yg tdk diberikan atau diletakkan pd tpt yg sebetulnya..berhati2lah wahai shbt2 ku dlm perihal cinta ini..krn natijahnya amat memberi kesan yg mendalam dlm kehidupan..kukongsi ilmu ini sbg memperingtkan diri sendiri yg masih lemah n leka dlm keenakan hidup di dunia dan utk tatapan bersama...ketahuilah dan sedarilah, cinta Allah lah yg patut dikejar..bukannya cinta manusia..

Kuteringt satu rangkap dr sebuah lagu.."cintakan bunga layu hancur n musnah..cintakan Tuhan kekal buat selamanya.."Subhanallah..hebat n agungnya cinta Illahi(mahabbatullah)..inshaAllah ganjarannya di sisi Allah amatlah besar...tak terjangkau oleh akal fikiran kita sbg manusia..

Akhir kalam, renungkanlah firman Allah dlm 'surat cintaNya' kpd 'abidNya,,

"The believers are only those who, when Allah is mentioned, their hearts become fearful, and when His verses are recited to them, it increases them in faith; and upon their Lord they rely."

(QS 8:2)

Wallahu ta'ala a'lam...:D

Friday, September 16, 2005

Cukuplah kemuliaan anda dgn menjadi seorang Muslimah...


Apakah engkau berputus asa
krn tdk pernah menemukan jln keluar,
Jika mmg demikian,
maka di manakah Allah n takdirNya?

Segala sesuatu yg menimpa anda saat berjuang di jln Allah, merupakan penebusan dosa(kifarah dosa) atas izinNya. Bergembiralah dgn khabar yg terdpt dlm hadis ini. Rasulullah SAW bersabda:
"Bila seorang wanita taat kpd Tuhannya, mendirikan solat 5 waktunya, menjaga kehormatannya, dia pasti masuk ke syurgaNya."(Hadis Riwayat Ahmad)

Allah tlh mempermudah semua urusan ini atas hamba2Nya yg mendpt petunjuk. Maka dari itu, tunaikanlah perbuatan mulia itu utk menemui Tuhan Yang Maha Penyayang(Kekasih Hati), pasti Dia akan membahagiakanmu di dunia n akhirat kelak. Genggamlah syariatNya seerat mungkin. Ikutilah petunjuk kitabNya n sunnah RasulNya, dgn demikian anda akan menjadi seorg Muslimah Sejati.

Semua perkara ini merupakan kemuliaan yg agung n kebanggaan yg besar bg anda. Krn selain anda, ada wanita yg terlahir di negeri2 kafir, i.e. negeri Nasrani, Yahudi, komunis ataupun agama n ideologi lain yg bertentangan dgn Islam. Sdgkan anda dipilih oleh Allah utk menjadi muslimah sejati, dan Dia akan memasukkan anda ke dlm golongan umat Muhammad SAW. Anda juga termasuk org2 yg mengikuti jejak Aisyah, Khadijah n Fatimah-semoga Allah meredhai mrk semua.

Kami sampaikan ucapan slmt atas prestasi anda dlm mendirikan solat 5waktu, Baitullah, dan menutup aurat dgn hijab syariat. Dan berbahagialah krn anda meredhai Allah sbg Tuhan, Islam sbg agama, n Muhammad SAW sbg rasul...

Emasmu adlh agamamu,
perhiasanmu adlh akhlakmu,
dan harta bendamu adlh adabmu..

Wallahu ta'ala a'lam..

P/S: I found this article was so interesting..just have a feeling to share with u guys..ambillah pengajaran drnya..sama2lah berusaha utk mencapai thp Muslimah Sejati yg Solehah..InshaAllah..biiznillah..

Muhasabah diri utk peringatan bersama...

Kita adalah kejadian yg sempurna tetapi apa yg kita lakukan selalunya tidak sempurna.

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Dan pandangan hatilah yg hakiki,
kalau hati itu bersih..

Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta,Mati satu tarikh tidak dapat ditunda...

Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih.
Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang.
Tapi....bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah S.W.T

Menuntut ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang2 ilmu adalah zikir,
Mencari ilmu adalah jihad,(Al-Ghazali)

"Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi..."-Imam Malik-

Kalau kita berada di alam tabii yg indah, kita tdk terasa keindahannya, bukan ertinya alam ini tdk indah, tp jiwa kitalah yg tdk indah..Sesungguhnya mati jasad kerana roh,Mati roh kerana tiada ilmu,Mati ilmu kerana tiada amalDan mati amal kerana tiada istiqomah.Kesedihan itu lumrah. Mengingatinya kembali mungkin tidak akan mampu menyembunyikan luka hidup tetap menilainya semula dengan mata hati berbeza mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah.

Ilmu adalah teras kepada ajaran ISLAM, tanpa ilmu manusia akan terseleweng mengikut kehendak akal dan hawa nafsu sehingga akhirnya agama dijadikan mainan.Agama menjadi sendi.Pengaruh menjadi penjaganya.Kalau tidak bersendi runtuhlah hidupDan kalau tidak berpenjaganya,binasalah hayat.Krn org yang terhormat itu,..Kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat.

Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan........

"People will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel...

"Live needs sacrifice,
Sacrifice needs fight,
Fight needs courage,
Courage needs confidence,
Confidence determine success,
Success lead us to happiness...

Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan...

Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi
Ilmu penyuluh hati yg bersih,
Pengorbanan memerlukan usaha yg gigih,
Natijahnya kejayaan bakal diraih,
Kutuman senyuman akan tersurih,
Berkat doa kepada yang Maha Pengasih...

Diam merupakan sebuah keputusan hukum
Sebaik baik perkataan adalah yang sedikit
Namun dapat menjadi petunjuk

Keselamatan seseorang terletak pada penjagaan lisannya
Siapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya
Yang lahir dari hati adalah keikhlasan
Yang datang dari akal adalah kewarasan
Bersatulah hati dan akal
Melawan nafsu yang bakal memusnahkan

Harta yang paling indah adalah sabar
Teman yang paling akrab adalah amal
Pengawal yang paling waspada adalah diam
Bahasa yang paling manis adalah senyum
Dan ibadah yang paling indah adalah kyusuk

Malu daripada lelaki adalah baik
Tetapi daripada perempuan lebih baik
Adil bagi setiap orang adalah baik
Tetapi daripada pemerintah lebih baik
Taubat daripada orang tua adalah baik
Tetapi daripada pemuda lebih baik
Dermawan daripada orang kaya adalah baik
Tetapi daripada orang miskin lagi baik

"Tunjangkan resah mu di dada solat,
Himpunkan peritmu digenggaman doa,
Tutupi kekecewaan dgn taqwa,
Dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati".

Hidupkan Rasa Bertuhan... Suburkan Rasa Kehambaan... Bersyukur dgn apa yg ada, jujur dgn apa yg dirasa

Monday, September 05, 2005

A nice piece of information...

Peristiwa Israk dan Mikraj adalah lambang cinta yang sungguh agung. Baginda s.a.w. diundang bertemu Allah s.w.t. dengan penuh cinta dan kasih sayang, setelah Baginda melalui detik-detik ujian yang paling getir dalam hidupnya. Mikraj bagi umatnya adalah solat. Jika Nabi Muhammad s.a.w. mikraj ke langit bertemu Allah s.w.t., pasti dalam solat yang diwajibkan kepada umat Nabi Muhammad itu mengandungi rahsia yang membawa kepada cinta Allah s.w.t. Rahsia di sebalik peristiwa ini dan juga solat telah menggamit Black & Brown untuk menggali topik mengenai solat dan keagungan cinta Allah s.w.t.

Pasti ramai di antara kita yang melakukan ibadat solat, puasa, zakat, haji, membaca al-Quran dan ibadah yang lain. Namun, berapa ramai antara kita mendirikan ibadah ini dengan penuh rasa cinta dan rindu kepada Allah s.w.t.? Solat mengajar kita erti cinta. Lima kali setiap hari kita dilaungkan untuk menuju cinta Allah yang abadi. Orang yang solat itu beruntung, kerana sekiranya solatnya yang didirikan dengan penuh kecintaan, maka ia akan dibalas dengan cinta yang lebih kudus dan agung. Prinsip ini dinyatakan melalui sebuah Hadis Qudsi, iaitu setiap kali seorang hamba mengingati Allah, maka Allah akan mengingatinya dalam majlis dan khalayak yang lebih baik daripada yang ada pada manusia.

Dalam seumur hidup, seseorang yang menunaikan solat akan berdiri dalam solatnya itu sebanyak 372,300 kali dan sujud sebanyak 744,600 kali (dengan anggaran umur selepas baligh 60 tahun). Alangkah indahnya jika setiap kali berdiri, rukuk dan sujudnya itu dilakukan kerana mencari cinta Allah? Sebagaimana kesukaan anak menghadap ibu, atau kecintaan seorang kekasih berhadapan dengan kekasihnya, maka begitulah kita dengan Allah s.w.t. Kita akan rasa terseksa jika berjauhan. Begitulah, seseorang yang mencintai Tuhannya akan terseksa apabila berjauhan daripada mengingati-Nya. Solat itulah penawar rindu bagi kita yang merindui-Nya. Setiap kali kita berdiri, rukuk dan sujud umpama langkah-langkah ketika berjalan. Sehari selangkah, lama-kelamaan pasti akan sampai jua. Allah s.w.t. amat kasih kepada hamba-hamba-Nya, lebih-lebih lagi hamba yang mencari cinta-Nya. Justeru, adalah wajar kita menjadikan cinta Allah s.w.t. sebagai matlamat tertinggi yang ingin kita capai sepanjang hidup kita yang terlalu singkat ini. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Dan majulah kamu menuju Allah, wahai orang-orang yang beriman, mudah-mudahan kamu akan dirahmati.

Prinsip cinta diajar kepada kita, melalui kisah percintaan suci antara Adam dengan Hawa yang dirakamkan di dalam al-Quran dengan begitu indah. Cinta mereka akhirnya dipisahkan setelah satu insiden yang berlaku akibat bujukan Iblis. Mereka dihantar ke dunia yang rendah. Kedua-dua kekasih ini dipisahkan dengan jarak ribuan batu, masing-masing menderita bersendirian, kerinduan. Tahun demi tahun pun berlalu sepi, tanpa berita. Setelah puluhan tahun, akhirnya cinta agung mereka bertaut kembali, setelah melalui pengalaman yang menyeksakan dek bahana perpisahan. Namun, yang lebih menyeksakan ialah perpisahan mereka dengan Hadrat Allah Azza Wajalla di Syurga dan ditempatkan di sebuah kehidupan yang serba jauh dan rendah yang bernama dunia. Maka bermulalah satu episod baru cinta Adam dan Hawa. Susah senang anak Adam sepanjang zaman, dalam meniti arus kehidupan ini, hanya dengan tujuan untuk kembali mendapatkan cinta Allah s.w.t. yang abadi yang pernah dinikmati oleh Adam dan Hawa di Syurga. Secebis kisah cinta dalam al-Quran ini, adalah suatu pelajaran yang membuktikan bahawa cinta adalah suatu perkara penting di dalam hidup manusia.

Di dalam bacaan al-Fatihah semasa solat, kita akan bertemu dengan kalimah ``Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang''. Rangkap kata Pemurah dan Penyayang itu diulang dua kali, menjadi pengapit kepada ayat ``Segala puji bagi Allah, Tuhan Pemelihara alam ini''. Bukankah kalimah cinta di dalam al-Fatihah yang sering diulang-ulangkan ini sudah cukup membesarkan mata hati kita mengenai hakikat bahawa Allah itu amat menyayangi diri kita?
Bukti kasih sayang dan cinta Allah ada di mana-mana. Dia menjadikan haiwan ternakan untuk manusia makan dan tunggangan. Daripadanya juga dijadikan susu untuk minuman dan pelbagai gunaan. Daratan dihamparkan untuk kemudahan kita bergerak. Daripadanya tumbuh beraneka pohon, tumbuh-tumbuhan, sayuran dan bijirin. Daripadanya juga terbit sumber tenaga dan kewangan kepada kita. Lautan dibentangkan untuk manusia bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang jauh. Lautan juga menyumbangkan beraneka makanan laut yang menyegarkan dan perhiasan yang mahal harganya. Matahari memberi cahaya untuk kita hidup. Ia juga sumber tenaga dan kesihatan. Bulan menyeimbang sistem pasang surut lautan dan kestabilan bumi. Pergerakan matahari dan bulan menjadi tanda untuk kita mengukur masa. Allah s.w.t. menjadikan semuanya ini untuk manusia. Semua ini dijadikan-Nya untuk kita berbakti, membalas budi dan kasih sayang-Nya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah pasti kamu gagal menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nahl 16:18). (Sila baca ayat 3 hingga 17 surah an-Nahl dari perspektif cinta Allah kepada hamba-Nya dan jangan malu untuk menitiskan air mata kerinduan kepada-Nya). Justeru, seorang yang beriman wajar menghormati dan mengasihi apa yang ada di alam ini sebagai bukti cintanya kepada Dia Yang Maha Pencipta.

Hidup tanpa cinta, umpama empangan yang sedang kekeringan. Manusia yang kering hatinya daripada basahan cinta Allah adalah manusia yang kering, kasar, keras, sombong dan kosong hatinya. Kasar dan lunak hati kita tertakluk sebanyak mana peratus kegersangan dan jumlah cinta yang ada dalam hati. Kebanyakan manusia hari ini gersang daripada menyintai Allah. Kemelut dunia yang berlaku di dunia hari ini lahir daripada manusia yang tiada belas kasihan sesama manusia dan cinta kepada Tuhannya.

Cinta dan benci umpama cahaya dan gelap yang saling berlawanan. Cinta itu merubah segala kegelapan, seperti matahari dhuha yang menerangi bumi pada waktu pagi. Bacalah al-Quran, tetapi kali ini dengan beralas perasaan cinta, rindu dan kasih sayang. Sujudlah dengan perasaan mencari cinta yang murni. Senyumlah dengan hati yang pengasih. Pasti solat, bacaan al-Quran, senyuman dan segala amalan yang dialas cinta itu membawa perbezaan yang amat besar pada hidup kita. Tidak hairan, jika hati yang gersang bagai empangan yang tandus kontang itu, kini dibasahi semula dengan keindahan dan keagungan cinta kepada Allah s.w.t.

Salah satu sifat orang beriman ialah penyayang dan amat menyintai Allah s.w.t. Firman Allah bermaksud: Dan orang-orang yang beriman amat menyintai Allah. Prinsip kasih sayang ini diajar oleh Baginda dalam beberapa hadis sahih, seperti ``Orang yang pengasih dikasihi oleh ar-Rahman. Kasihlah apa sahaja yang ada di muka bumi, kamu akan dikasihi mereka yang di langit.'' Mengasihi Allah dan Rasul menjadi kriteria bagi kesempurnaan iman seseorang. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak sempurna iman seseorang, sehingga Allah dan Rasul lebih ia kasihi daripada ibu bapa dan anaknya. Tidak sempurna iman seseorang sehingga aku ia kasihi melebihi orang lain. Justeru, sifat seorang Muslim yang benar-benar beriman itu ialah pengasih, pembelas kasihan, pemaaf dan sangat cintakan Allah dan Rasul.
Cinta itu adalah kuasa yang mampu menarik manusia ke arah kebenaran. Aspek keindahan cinta yang ada dalam Islam sudah cukup untuk menarik jutaan manusia agar kembali menikmati keindahan cinta Allah s.w.t. yang agung itu. Islam tidak memerlukan keganasan, kerana keganasan membawa petaka dan menjauhkan manusia daripada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Hanya dengan rahmat Allah kamu akan bersikap lunak terhadap mereka. Jika kamu bengis dan keras hati, pasti mereka akan melarikan diri daripadamu. Maka hendaklah memaafkan mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka mudah-mudahan kamu akan dirahmati.

Di sebalik cinta yang kita dambakan kepada manusia sebenarnya ada rahsia cinta Allah. Kita menyayangi ma-nusia kerana ia adalah kekasih, pasangan suami atau isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara mara atau sahabat. Siapakah yang mencetuskan perasaan kasih dan cinta ini? Perasaan kasih dan cinta itu sebenarnya datang daripada Allah s.w.t. Perasaan belas kasihan kita terhadap anak yatim, ibu tunggal, orang tua yang sakit, orang fakir miskin, orang dalam kesusahan dan kemalangan tidak lain adalah terbit daripada percikan sifat kasih sayang Allah s.w.t. kepada makhluk-Nya. Maka, sekiranya kita ingin meraih pandangan rahmat-Nya, maka kita hendaklah membantu orang-orang yang lemah dan teraniaya, kerana di situ tersisip rahsia kasih sayang Allah s.w.t. kepada kita. Justeru, cinta Allah s.w.t. itulah yang paling layak untuk kita kejar, kerana ia adalah sumber segala kecintaan dan kasih sayang sebagaimana yang disebutkan oleh al-Ghazali dalam `Kimia as-Saadah'nya. Kisah kasih sayang Barqa' amat baik untuk diperhatikan. Ia meleburkan wang haji semata-mata untuk menampung perbelanjaan anak yatim yang kelaparan selama tiga hari. Dengan keikhlasannya, ratusan ribu haji umat Islam pada masa itu diterima oleh Allah s.w.t., sebagaimana yang diceritakan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w. Banyak lagi kisah cinta dan kasih sayang yang agung seperti ini. Mungkin suatu hari kita termasuk di kalangan mereka yang mempraktikkan cinta agung dan meraih cinta Allah s.w.t. itu. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Sekiranya kamu membelanjakan harta seluas bumi, kamu tidak akan dapat melunakkan hati mereka, tetapi Allah sahajalah yang melembutkan antara hati-hati mereka.

Perkataan cinta hari ini menjadi kotor kerana kita menggunakannya dengan cara salah. Cinta sudah dimurahkan dan dipermudah melalui budaya luar yang melanda masyarakat kita yang terbit daripada bisikan hawa nafsu. Cinta yang asalnya murni, kini kerap kali dikait dengan cara mendapatkan kepuasan jasad. Jangan kecundangkan cinta murni suci dengan hawa nafsu. Ramai anak muda hari ini memperalatkan nafsu atas nama cinta. Tujuannya hanya untuk mengambil kesempatan. Habis madu, sepah dibuang. Mangsanya ialah anak-anak gadis yang jujur dalam mencari `cinta sejati'. Berhati-hatilah, kerana takrif cinta bagi lelaki ada kalanya bersalut nafsu, sementara takrif cinta wanita bagi wanita pula ialah keinginan untuk dicintai dan mendapatkan perlindungan. Pasti kedua-dua takrif ini selamanya akan disalah ertikan. Justeru, tidak hairan hari ini ramai menjadi mangsa cinta plastik. Akibatnya, ialah penyesalan yang terpaksa ditanggung oleh diri sendiri, ibu bapa dan keluarga selama-lamanya.
Cinta yang dibina berasaskan panduan syariat boleh memelihara kemuliaan diri wanita dan menyelamatkan lelaki daripada menjelma menjadi haiwan pemangsa yang rakus. Cinta yang dibina atas kecantikan, akan hilang apabila kecantikan itu luntur. Cinta yang dibina atas asas ketampanan dan kekayaan akan melayang apabila ketampanan dan kekayaan itu lebur. Cinta yang berkekalan ialah yang dibina di atas asas-asas yang kekal. Yang kekal itu maknawi, bukan fizikal. Cinta yang berkekalan dibina di atas nilai agama dan akhlak yang mulia. Ciri-ciri agama dan akhlak perlu dijadikan keutamaan. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, Pilihlah yang mempunyai akhlak dan agama, kamu akan berbahagia. Lihatlah pada mereka yang sudah berumah tangga berpuluh tahun, bagaimana mereka saling mencintai antara satu dengan lain. Cinta yang murni itu indah. Ia membawa kepada cinta Allah yang hakiki. Cinta Allah itu adalah kemuncak segala keindahan rasa yang pernah dikecapi oleh manusia. Alangkah indahnya jika umat ini balik ke pangkal jalan, setelah sesat dalam cinta palsu yang tiada kesudahan.
Rata-rata manusia telah melupakan aspek cinta dalam hubungannya dengan Allah s.w.t. termasuk bagi mereka yang menunaikan solat. Hablum Minannas dan Hablum Minallah adalah konsep yang berakar umbi daripada perkara cinta. Perhubungan apakah yang paling rapat sesama manusia, jika tidak melalui perhubungan cinta? Daripada cinta lahirnya kasih sayang. Kasih sayang itu adalah hasil dalam menterjemahkan perasaan cinta. Kerana cinta Allah, maka Dia sayang dan sentiasa memberi kita rezeki walaupun tanpa diminta. Belas kasihan itu datangnya daripada perasaan cinta. Kenikmatan cinta tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Kita mudah sangat jatuh cinta pada dunia yang bergemerlapan ini. Kita tidak dilarang untuk menimba dan menikmati kebaikan dari dunia ini. Ia adalah suatu tanggungjawab kita di bumi Allah ini. Yang salah ialah apabila kita terlalu cinta pada dunia sehingga melupakan sumber kebahagiaan yang hakiki itu. Tanggungjawab kita adalah untuk menghidupkan agama-Nya supaya kehidupan kita itu makmur.

Memang tidak dinafikan, kadang-kadang ada kesulitan dalam memahami cinta Allah sebab ia tinggi. Pasti seseorang pernah rindukan Mekah, merindui Rasulullah, merindui ibu bapa, guru, ulama yang soleh dan lain-lain yang seumpama itu bukan? Maka, kategori cinta yang seperti inilah yang menjadi anak tangga pertama menuju cinta Allah. Tidak akan ada cinta Kaabah, melainkan sebenarnya kita menyintai Pemilik Kaabah. Tidak kita cintakan Rasulullah, melainkan sebenarnya kita cintakan Allah s.w.t. Begitulah analogi seterusnya dalam memahami cara menuju cinta Allah s.w.t. Justeru, jalan menuju peningkatan cinta antara yang terpenting ialah melalui solat hamba kepada Penciptanya.

Kerana kita cinta maka kita harus membina tamadun yang berjaya. Dan tamadun ini mestilah berasaskan aja-ran Islam yang diajarkan kepada kita oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada larangan untuk kita berjaya dan tidak ada sekatan untuk kita nikmati kejayaan kita itu. Hanya kita dilarang berhenti mencintai Yang Maha Esa, demi kebaikan kita juga. Justeru, ada baiknya kita memulakan langkah untuk mencari cinta Allah ini melalui solat. Semoga kita berjaya meraih cinta Allah s.w.t. suatu hari nanti, sebagaimana inti sari yang terkandung di dalam doa Rasulullah s.a.w.: Ya Allah, kurniakalah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan. Wallahu A'lam.

- Artikel di atas adalah hak intelektual Black & Brown Resources Sdn. Bhd. Ia sebuah syarikat bumiputera yang berpengalaman dalam seni Islam, penerbitan dan pengiklanan selama 16 tahun dan pembinaan manuskrip al-Quran beriluminasi penuh selama 11 tahun. Untuk makluman lanjut sila layari laman web berikut.
http://www.blackbrown.com.my

P/s: Subhanallah..coretan pena di atas amat menarik minat ana..sbb tu ana copy n paste without editing it..inshaAllah mudah2an kita mmp mengambil iktibar n pengajaran drnya...Wallahu ta'ala a'lam...

Friday, September 02, 2005

I asked for STRENGTH...

I asked for strength...
And God gave me Difficulties to make me strong.

I asked for Wisdom...
And God gave me Problems to solve.

I asked for Prosperity...
And God gave me Brain and Brawn to work.

I asked for Courage...
And God gave me Danger to overcome.

I asked for Love...
And God gave me Troubled people to help.

I asked for Favours...
And God gave me Opportunities.

I received nothing I wanted
I received everything I needed
My prayer has been answered...

Adapted from Voice of Islam
Main source: www.jannah.org (Islamic poems)

"Tak terasa bila ia pergi, tetapi sayu bila ia kembali...mencarinya dengan hati suci lebih indah daripada memiliki tetapi tidak menghargai...ia datang tanpa seruan, pergi tanpa alasan...Kejarlah ia sebelum hilang dari pandangan, kerna hadirnya satu anugerah yang tidak ada bandingan...Terima kasih Tuhan atas anugerah IMAN...." (direct quoting from a friend of mine)...Wassalam

Thursday, September 01, 2005

What are we doing???


We are living in a time where mortgage's and credit cards are everyday life for Muslims
Who think Riba is the OK way to get finance.

We are living in a time where we have many Muslim brothers and sisters but no true friends
Unless you have something to give.

We are living in a time where we have many who believe they are pious,
But are often just show off, towards others who know little of Deen.

We are living in a time where we are steadfast upon our 5 Pillars,
But have no idea how to act and speak with each other,
In a nice comforting way.

We are living in a time where childcare is the new way to raise Muslim children,
Because a dual income is more important for that Riba,
Or are just too tired and fed up to look after the kids.

We are living in a time where Assalamualaikum, Jazakallah, InshaAllah, etc.
Are all just a figure of speech, instead of a sign of the heart.

We are living in a time where instead of our faces glowing with Nuur,
They burn with jealousy and hate towards each other.

We are living in a time where Muslims are more regular in Centrelink Offices,
Than in honesty and trustworthyness.

We are living in a time where we get satisfaction from gossiping and interfering which we call "Giving Advice"
About people we know nothing about.

We are living in a time where we only associate in the same culture,
And only befriend those who look the same,
Or come from the same country,
We work hard towards making groups,
Where Islamic lectures are given in a foreign language,
Without any English translation,
Stopping others to join and unite.

We are living in a time where we spend a lot of time arguing over matters of fiqh,
Whilst our brothers and sisters are caught in the casino and northbridge clubs or haraam restaurants.

We are living in a time where children of the Kaafiriin,
Are often more well behaved and well mannered than ours.


May Allah SWT give us all hidayah.

Allah says in the Quran: "Whoever is guided is only guided for the benefit of his soul. And whoever errs only errs against it. And no bearer of burdens will bear the burden of another. And never would We sent punish until We sent a messenger." (QS17:15)

Wallahu ta'ala a'lam..

(Adapted from the Voice of Islam)

Berbaik sangka lah kita...

Ada prasangka baik
Ada prasangka buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yg relaks disangka malas
Orang yg pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yg pakai baju buruk disangka zuhud(hina)
Orang yg makan bnyk disangka pelahap
Orang yg makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang yg senyum disangka mengejek
Orang yg masam disangka merajuk
Orang yg bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yg diam disangka menyendiri
Orang yg menawan disangka pakai susuk
Orang yg nampak ceria disangka membela

Mana tahu yg diam itu krn berzikir kpd Allah
Mana tahu yg senyum itu krn sedekah
Mana tahu yg masam itu krn mengenang dosa
Mana tahu yg menawan itu krn bersih hati n mindanya
Mana tahu yg ceria itu krn cerdik n cergasnya
Jauhi sikap suka berprasangka
Memusnahkan ukhuwwah
Seperti musnahnya kayu dimakan api...

Firman Allah SWT QS49:12 maksudnya:

" Hai org2 yg beriman, jauhilah kebnykan dr prasangka, sesungguhnya sbhgn prasangka itu adlh dosa dan jgnlah kamu mencari2 kesalahan org lain n jgnlah sbhgn kamu menggunjing sbhgn yg lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yg sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kpdnya. Dan bertakwalah kpd Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lg Maha Penyayang."


Dipetik dr artikel sms OSSCAMP di Intec suatu masa dahulu...jadikanlah ia sbg madah pedoman utk bekalan diri kita n sbg rujukan utk muhasabah diri ini...inshaAllah...sama2lah kita berusaha memperbaiki diri ke arah yg lbh baik...AR-RUHUL JADID(semangat baru...)