Sunday, October 30, 2011

Pelajaran Sabar

“Berbicara tentang sabar itu memang mudah...menulis tentang kesabaran juga tidak begitu payah...namun, mengukir sebuah kesabaran itulah yang sukar dan perlukan kekuatan...”

Bismillah, dengan Asma’ Allah ana memulakan mengetik papan kekunci laptop untuk menukilkan sedikit tulisan di blog ana yang dah menyepi hampir setahun lamanya. Astaghfirullahal’azim! Terasa sepertinya ana sudah meng-“anak-tirikan” blog ini sejak ana mulakan kuliah di UQ setahun yang lepas. Barangkali ini juga adalah bahagian daripada kelemahan diri ana yang masih lagi belum mampu menguruskan waktu dengan baik. Semoga masih ada ruang dan kesempatan yang terbuka untuk ana perbaiki segala kelemahan diri...inshaAllah.

Untuk blog entry ana kali ini, ana sengaja mulakan dengan kata-kata yang ditulis dalam kata petik di atas yang sebenarnya adalah luahan dari lubuk hati ana sendiri yang paling dalam...entah kenapa, ana seperti mendapat ilham dan saat itu juga ana kira hati ana membicarakan sesuatu....dan itulah yang ana cuba nukilkan di sini agar ana bisa baca-ulang seandainya hal yang sama terulang lagi ke depannya, wallahu a’laam.

Dua minggu yang lepas adalah merupakan antara minggu-minggu yang berat bagi ana. Dan dua minggu kelmarin adalah minggu-minggu “tarbiyah” daripada Allah...langsung daripadaNya buat diri ana. Banyak hal yang berlaku yang cukup membuatkan ana terduduk dan bertafakur seketika...muhasabah diri, kata orang. Dua minggu yang sebenarnya cukup mengajarkan ana tentang “Pelajaran Sabar”. Bagi ana peribadi, pelajaran sabar itu takkan pernah berhenti selagi nyawa masih menyangkar badan. Namun, ironinya, ana masih lagi gagal untuk mendidik diri sendiri agar bisa bersabar dengan sebenar-benar sabar. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah!

Hari itu hari Isnin; permulaan hari bagi minggu yang baru. Seperti kebiasaannya, hari Isnin adalah hari ana akan ber-meeting dengan penyelia dan teman-teman se-makmal di bilik mesyuarat kami. Terus-terang, setiap kali tiba hari Isnin, ana cukup risau dan berdebar-debar kerana ana khuatir kalau-kalau ana tiada sebarang progress untuk dilaporkan pada penyelia...meskipun boleh dikatakan setakat ini alhamdulillah, ana masih lagi moving forward (semoga) despite beberapa halangan dan cabaran di alam research...wallahu ta’ala a’laam. Alhamdulillah, meeting hari itu berlangsung dengan baik dan ana mendapat beberapa masukan daripada penyelia dan teman-teman se-makmal yang lain. No drama! Seusai meeting, ana kembali ke meja untuk persiapan eksperimen-eksperimen yang sudah ana rancangkan untuk sepanjang minggu tersebut. Tanpa ana jangka, satu email masuk dan email tersebut dikirim oleh pihak penaja conference yang bakal ana hadiri (semoga) awal December nanti. Subhanallah, tanpa ana duga...abstract ana harus disemak kerana tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penaja. Ya Allah! Dugaan apakah ini? Seingat ana, sebelum ana hantar kepada penyelia untuk semakan terakhir, ana dah terlebih dahulu menyemak template yang diberikan melalui laman web penaja dan ana juga membuat semakan dengan contoh yang diberikan. Ana kira tiada sebab untuk abstract ana tidak seperti yang diminta pihak penganjur. Dan yang membuat ana bertambah cemas adalah dateline-nya adalah keesokan harinya, sebelum jam 12 tengah hari. Sedangkan esoknya ana bakal menghadiri workshop sepanjang hari dan mana mungkin ana akan bisa mencuri waktu hanya untuk re-upload abstract ana (edisi revisi). Ya Allah, waktu itu ana terasa kesabaran ana sedikit teruji...tapi alhamdulillah, syukur ana sedang berpuasa saat itu...jadi, ana terus mengingatkan dan memujuk hati ana agar bersabar....bukankah puasa itu mengajarkan kita untuk lebih bersabar? Fine, ana dah boleh terima email tersebut dengan lapang dada dan ana langsung emailkan pada penyelia utama ana. Ringkas sahaja statement beliau: “Can you please make the changes and re-submit?” Sejurus mendapatkan response daripada beliau, ana mulakan proses meng-edit abstract ana (dengan hati yang sedikit berat sebenarnya memandangkan ana kurang pasti dengan kehendak pihak penaja). Template yang diberi sebenarnya sedikit berbeza dengan contoh yang dimuatkan di laman web...kerana itu ana sendiri pening dibuatnya. Akhirnya ana memilih untuk membuat pembetulan berdasarkan recommendations daripada pihak editor dan template yang ada. Bismillah, ana pasrahkan sahaja kepada Allah seandainya edisi revisi ini masih belum memuaskan hati pihak penaja. Ana bertawakkal sahaja pada Allah...semoga sahaja ana siap untuk menerima keputusan sama ada abstract ana masih belum memenuhi syarat-syarat penaja dan berkemungkinan akan ditolak lagi. Berjaya atau tidak untuk ana menghadiri conference ini nanti, ana tak punya pengetahuan tentangnya. Ana serahkan semuanya pada Yang Berkuasa. Allah sahaja yang tahu perjuangan ana untuk siapkan abstract tersebut way before the dateline...dengan kondisi ana yang masih belum mampu untuk focus pada amanah belajar sebaik sahaja ana kembali ke Brisbane setelah berhari raya di tanahair baru-baru ini.

Baru sahaja selesai proses meng-edit abstract, ada lagi masalah baru yang timbul. Memandangkan sewaktu pertama kali abstract ana dihantar ke pihak penaja, kami (ana dan penyelia utama) terlupa langsung untuk memasukkan nama co-supervisor ana sebagai authors. Jujur, ana betul-betul terlupa untuk bertanyakan akan hal ini pada penyelia utama dan selepas menerima email tersebut, ana jadi teringat kalau ana patut memasukkan nama co-supervisor ana juga. Ana usulkan hal ini pada penyelia utama dan dia berterima kasih kerana ana mengingatkan dia akan hal ini. Barangkali, ini adalah hikmahnya kenapa abstract ana harus disemak lagi dan ana masih punya peluang untuk letakkan nama co-supervisor ana di dalam authors list. Tapi masalah datang lagi bila ana teringatkan maklumat yang ana dan penyelia utama isi sewaktu registration kelmarin. Kami memang berusaha untuk “early bird registration” dan saat itu kami langsung terlupa satu nama ini. Ana sendiri merasa kurang selesa kalau nama co-supervisor ana tak dimasukkan dalam abstract ini (edisi revisi) tapi terus-terang, ana tak tahu macam mana nak edit information memandangkan tarikh registration dah lama tamat. Astaghfirullahal’azim...masa semakin suntuk dan ana masih belum mendapatkan cara untuk itu. Penyelia ana cuma menyarankan: “if you can edit it, then put her name...but if you can’t then re-submit without her name.” Ya Allah, saat itu ana hanya mampu berdoa agar Allah datangkan “keajaiban”...bantulah dan ilhamkanlah sesuatu, Ya Allah....sejujurnya, ana memang berharap agar nama co-supervisor ana akan dapat dimasukkan sebagai bahagian daripada authors untuk abstract ini....ana hampir putus asa...bila ana bertanyakan kakak senior ana yang pernah menghadiri conference yang sama tahun lepas, dia sendiri buntu dan tidak tahu. Malam itu ana memang tak dapat lelapkan mata. Fikiran dan hati masih belum tenteram mengingatkan ana masih belum re-upload abstract (edisi revisi) dan dateline semakin menghampiri. Hari berikutnya, alhamdulillah...ana kira itu adalah keajaiban dan pertolongan daripada Allah...sebaik sahaja ana selesai re-upload abstract ana (tanpa nama co-supervisor), ana terlihatkan satu butang untuk “edit your information”. Sebelumnya ana memang tak perasan langsung tapi jari-jemari ini terasa ringan untuk click pada butang tersebut dan mashaAllah, ana dapat lihat semua maklumat yang pernah diisi sebelum ini sewaktu registration, termasuklah authors list...ana langsung edit dan memasukkan nama co-supervisor ana dan re-upload abstract ana untuk kali ke-tiga. Bismillah, semoga pihak editor takkan pening kepala dengan dua versi abstract ana. Seingat ana, waktu tersebut adalah jam 6 pagi dan ana selamat re-submit abstract ana dan untuk mengelakkan sebarang masalah, ana terus menulis email ringkas kepada pihak penaja tentang abstract ana. Ana maklumkan pada mereka bahawa abstract yang terakhir (the latest ones) adalah yang finalised dan ana minta mereka take note pada authors list. Syukur alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik meskipun sampai saat ini ana belum mendapat keputusan sama ada abstract ana diterima atau tidak. Tunggu dan lihat sahaja nanti...kalau ada rezeki, inshaAllah ana akan diizinkan untuk menghadiri conference ini...jika tidak, inshaAllah...optimis sahaja...pasti Allah akan gantikan dengan yang lebih baik (nada memujuk hati). Wallahu a’laam. Peristiwa tadi Cuma satu contoh daripada beberapa hal yang terjadi pada ana (dan orang-orang yang dekat dengan ana) yang menguji tahap kesabaran ana. Sejujurnya, ana sedikit kesal pada diri sendiri kerana ana gagal untuk bersabar di saat ana menerima ujian tersebut. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa “Sabar itu adalah pada benturan pertama”? Dan ana telah gagal untuk bersabar pada benturan pertama itu....semoga Allah masih sudi mengampuni ana yang dhaif dan faqir ini, Amin!

Kasus (baca: kes) kedua adalah sewaktu ana di dalam makmal. Waktu itu ana nak semak eksperimen ana yang dah di-run selama hampir satu jam dan lebih kurang 20 minit lagi run tersebut akan tamat. Entah kenapa, bila ana melihatkan “amplification plot” pada computer yang disambungkan kepada machine, ana merasakan ada sesuatu yang sangat aneh yang berlaku pada eksperimen ana kali ini. Jujur, ana tak pernah melihat amplification plot sebegitu sebelum ini. Seingat ana, dah banyak kali ana run eksperimen yang sama (tapi dengan samples yang berbeza), namun inilah kejadian pertama yang cukup membuatkan kesabaran ana teruji. Baru sahaja ana teruji dengan isu abstract ana, kali ini eksperimen ana sepertinya membawa masalah baru yang tidak kurang hebatnya! Ya Allah, kenapa ujian datang bertimpa-timpa? Baru sahaja hati ini pulih dengan ujian pertama, langsung datang ujian kedua....kuatkanlah hambaMu ini, Ya Qawwiy! Ana terpaku seketika di hadapan machine dan computer....jauh di sudut hati ana, ana berdoa agar Allah berikan ana kekuatan untuk ana terima apa sahaja hasil daripada eksperimen ini...baik atau buruk! Prepare for the worst! Itulah pesanan ana pada diri sendiri. Allah izin, waktu itu senior ana berada di dalam makmal...ana langsung bertanyakan dia kalau-kalau dia punya idea kenapa plot ana kelihatan begitu aneh. Dengan tenangnya, kakak senior ana berpesan...”Tunggu dulu...biarlah cycle-nya habis dulu...siapa tahu, inshaAllah plot-nya akan “normal” lagi selepas run selesai.” Fair enough, ana terima usulan kakak senior...tapi dalam hati ana, memang tak tenteram dibuatnya. Ana kira ana dah banyak kali run eksperimen yang sama...jadi, sewajarnya tiada masalah pada teknik ana...saat itu, bermacam-macam fikiran negatif yang bertamu dan ana hanya mampu berdoa dan terus berdoa sehingga eksperimen ana selesai. Dan to my surprise, amplification plot-nya dah bertukar menjadi “normal”...dan alhamdulillah, hasilnya lebih kurang sama dengan hasil eksperimen ana yang lepas. Subhanallah! Lega ana dibuatnya. What a huge surge of relief! Terima kasih Allah atas pertolonganMu...saat itu ana rasa sangat lega kerana eksperimen usai dengan baik meskipun untuk 20 minit terakhir kelihatannya ada masalah pada experimental set up ana. Cuma dari satu sudut, untuk kesekian kalinya ana sedikit kesal dengan diri sendiri....kenapa pada awalnya ana tidak mampu bersabar? Ana seolah-olah menyalahkan ketentuan Allah bahawa pada 20 minit terakhir run, plot ana sedikit aneh...tapi setelah run selesai (i.e. after 1 hour and 13 minutes), plot-nya make sense dan cukup memuaskan hati ana...Astaghfirullahal’azim...istighfar panjang lagi rasanya...hinanya diri ini...baru sahaja Allah uji sedikit, ana terus gelabah dan tewas....ighfirli, Ya Allah...jangan sampai diri ini menyalahkanMu saat musibah dan ujian bertamu...kuatkanlah hambaMu ini...Engkau yang lebih mengetahui akan kekuatan dan kelemahan diri ini...bantulah hambaMu ini untuk sentiasa berlapang dada menerima segala ketentuan dariMu...baik atau buruk...kerana hakikatnya Engkau hanya memberikan yang terbaik (pada pandanganMu) untuk setiap hambaMu yang menyerahkan segala urusan kepadaMu!

Rasanya cukup di sini sahaja nukilan “comot” ana untuk kali ini. Semoga akan ada manfaat daripadanya, inshaAllah. Benarlah, “Berbicara tentang sabar itu memang mudah...menulis tentang kesabaran juga tidak begitu payah...namun, mengukir sebuah kesabaran itulah yang sukar dan perlukan kekuatan...”

Semoga Allah masih sudi memberikan kita ganjaran pahala tanpa batas sepertimana firmanNya dalam Surah Az-Zumar, ayat 10:

“Katakanlah (Muhammad), “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada TuhanMu.” Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas.”

Wallahu a’laam. Al-haqqu min Rabbik. Fala taku nanna minal mumtarin.

Jazakumullahu khayran katsiran ‘ala kulli hal.


No comments:

Post a Comment