Saturday, November 13, 2010

Musibah yang mengandungi hikmah...

Bismillahirrahmaanirraheem,

Assalamualaikum wbt sebagai pembuka kalam...Alhamdulillah, puji-pujian yang tak terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala macam nikmat dan rahmat yang dikurniakanNya buat kita bergelar hamba. Nikmat yang takkan bisa dihitung bahkan bakal bertambah dengan syarat sang hamba terus-terusan mengungkapkan kalimah syukur padaNya....Subhanallah, inilah yang diajarkan Islam...sangat cantik dan indah...inilah juga yang kita harus pegang dengan kukuh agar saat badai taufan melanda, kita bakal langsung sedar bahawa Allah telah menetapkan semuanya di Lauh Mahfuz...sekalipun kita berusaha sekuat tenaga untuk menentangnya, kita pasti takkan berdaya....sebaliknya, andai seluruh umat berusaha untuk mendatangkan sesuatu kebaikan pada kita, itu takkan terjadi kecuali dengan izin Allah SWT. Wallahu a’laam.

Melihatkan entry di blog ini, terakhir blog ini di-update adalah February lepas...waktu itu ana masih lagi di tanahair bersama keluarga...tapi saat ini, ternyata sudah genap 5 bulan ana kembali semula ke bumi Queensland untuk kembara ilmu seterusnya...MashaAllah, tak terasa waktu begitu pantas berlalu...seolah-olah masa tidak pernah mahu bersahabat dengan ana, sehinggakan blog ini “sejuk” tanpa catatan baru...Dengan rendah hati, ana memohon rimbunan kemaafan buat sesiapa yang mengunjungi blog ana ini, namun kecewa kerana melihatkan entries lama...tanpa ada penambahan...Barangkali ini adalah kelemahan di pihak ana sendiri...sebaik sahaja memulakan kuliah kembali, keupayaan menulis dirasakan sedikit berkurang...walhal terasa banyak yang ingin diabadikan di blog ini agar bisa dibaca-ulang andai diperlukan...inshaAllah. Semoga Allah mengampuni kesilapan ana andai ada hak-hak yang tak tertunaikan...Amin!

Hari ini entah kenapa ana tergerak hati untuk menuliskan sesuatu di sini, meskipun sedikit Cuma...siapa tahu, ada sesuatu yang bisa dimanfaatkan untuk diri sendiri mahupun pembaca (jika ada)...dengan izin Allah, pastinya.

Dua minggu yang lalu adalah minggu yang cukup berat buat ana...La quwwata illa billah...entah kenapa, terasa agak susah untuk meneruskan menulis Confirmation report meskipun sudah mendapat constructive feedback dari supervisor untuk draft kedua ana...ada sedikit pembetulan, namun ana merasakan motivasi sedikit menurun kerana mengambil masa yang agak lama untuk membuat pembetulan yang sewajarnya...belum lagi dengan tiga subchapters baru yang diminta oleh supervisor...syukur beliau tak menetapkan dateline...namun secara peribadi, ana tetap khuatir andai progress ana sedikit perlahan...eksperimen pun sepertinya sedikit terhambat kerana ana tidak begitu yakin untuk mulakan satu eksperimen baru yang memerlukan kemahiran khusus...kali ini memang semuanya totally new...tidak pernah ana pelajari sewaktu Honours year dulu...justeru, wajar kalau ana mengambil senggang waktu yang agak lama untuk observe teman-teman se-makmal yang lain terlebih dahulu sebelum ana mencubanya sendiri...namun, kehidupan tetap harus diteruskan seperti biasa...berbekalkan doa dan tawakkal agar Allah datangkan kekuatan dan keyakinan untuk ana meneruskan perjuangan di medan ilmu ini....kerana pastinya Allah takkan pernah meninggalkan hamba-hambaNya, tetapi sebaliknya hamba-hambaNya yang seringkali meninggalkanNya...itu yang ana percaya sampai kini!

Tidak cukup dengan khabar musibah yang melanda saudara-saudara di Indonesia dengan tsunami dan letusan Gunung Merapi, ana dikejutkan pula dengan khabar dari adik kandung di tanahair. SMS yang diterima cukup membuat ana kaget seketika saat mengetahui keluarga kami baru sahaja ditimpa musibah...Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun...tiada ungkapan lain yang mampu dilafazkan saat mendapat khabar buruk tadi...tanpa berlengah, ana terus menghubungi mak ana untuk kepastian...dari nada suara mak, hati ana dapat merasakan mak sedikit “traumatised” dengan kejadian yang baru sahaja berlaku...tapi inshaAllah, ana yakin mak redha dengan apa yang telah ditakdirkan...kalau diikutkan hati, mahu sahaja ana terbang pulang ke tanahair, namun ana tak berdaya...nak harapkan angah untuk tenangkan hati mak, angah dah jauh di Kuching kerana amanah kerja...sedangkan Luqman baru sahaja pulang ke Melaka untuk menyambung kuliah...Nabilah pula sedang dalam minggu peperiksaan di Dungun...yang tinggal Cuma si kembar dan si bongsu di rumah...yang mungkin takkan mampu mengerti dan memahami...Ayah saja yang boleh diandalkan untuk menguatkan mak agar bersabar dengan musibah ini...Terus-terang, perasaan bersalah tetap wujud di hati ana memandangkan ana tidak berada di sisi mereka saat mereka memerlukan...hanya doa yang mampu dikirimkan agar Allah sentiasa menjaga hati-hati mereka dan melindungi mereka....semoga Allah mengampunkan kesalahan-kesalahan kami sekeluarga di atas musibah ini dan menggantikan ia dengan yang lebih baik...Amin, Allahumma amin! [Mohon dengan sangat]

Semenjak itu, ana kerap menghubungi keluarga untuk status terkini...ternyata keadaan masih belum membaik...tapi inshaAllah, ana tetap berdoa dan mengharapkan agar kehidupan akan semakin membaik, seizinNya...Alhamdulillah, terakhir ana mendapat khabar yang mak dah agak tenang sekarang dan usaha tetap diteruskan untuk keluar dari musibah ini...

Khusus buat Mak, Ayah, Angah, Luqman, Nabilah, Kakak, Adik dan Adik Uzair:
“Along mengingatkan diri sendiri dan semua agar bersabar dan redha dengan musibah ini...bisa jadi Allah sedang memperingatkan kita tentang sesuatu hal yang mungkin kita semua terlepas pandang sebelum ini...mungkin ini adalah sebahagian daripada ujian Allah agar kita lebih dekat kepadaNya...lebih tahu erti syukur di atas segala nikmat yang telah Dia berikan selama ini...kerana kenikmatan juga adalah ujian untuk menilai sejauh mana kita tetap mengingatiNya...mungkin ada hak-hak orang lain yang kita lupa untuk tunaikan...sampai Allah memberikan peringatan secara halus lewat musibah ini...dan bisa jadi Allah sedang mempersiapkan sesuatu yang istimewa buat keluarga kita dengan syarat kita yakin dan pasrah kepada segala ketentuanNya....selagi mana hikmah sesuatu musibah itu belum tercungkil, selagi itulah hati harus dipujuk agar sentiasa berbaik sangka dan berlapang dada menerimanya....lihatlah kejadian ini dengan mata hati....inshaAllah, Along yakin pasti besar dan banyak hikmahnya atas ujian kecil yang Allah hadirkan pada kita sekeluarga....terus-terang, sebaik sahaja Along mendapat khabar ini, di satu sisi...ada rasa syukur kerana Allah masih memilih keluarga kita untuk melalui detik ujian ini....setidak-tidaknya kita tahu bahawa Allah masih peduli tentang kita....teruskanlah memohon pertolongan Allah dengan sabar dan solat...BUKAN dengan selainnya....Pergantungan kita harus total kepada Allah...jangan wujudkan sebarang perantaraan antara kita dengan Allah....setelah diiringi dengan usaha sekadar kemampuan, kita serahkan semuanya kepada Allah....inshaAllah, kita pasti takkan dikecewakan...kerana Allah itu tidak pernah mengecewakan! Wallahu a’laam...Mohon maaf andai ada kepincangan kata-kata Along...semoga Allah sentiasa mengawasi dan menjaga kita....Amin.”

Teringat pesan seseorang:
“Lihatlah pada insan lain yang kurang bernasib baik...inshaAllah..pasti datang keazaman untuk teruskan kehidupan...walaupun dengan hanya merangkak...”

“...Siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” [QS65:2-3]

Masih ingatkah kita dengan ayat-ayat di atas? Lalu, kenapa harus ragu? [dengan nada retoris].
Wallahu ta’ala a’laam.

-Along- (seusai eksperimen di lab),
Pharmacy Australia Centre of Excellence (PACE),
Woolloongabba, QLD.


Saturday, February 20, 2010

Tentang dia...

Bismillah, dengan Asma Allah ana mulakan


(Percubaan menulis cerpen sendiri...inginkan kebebasan menulis)

***


Satu tabiat yang dulunya sangat gemar ana lakukan. Bila membaca buku atau majalah atau hanya sekadar artikel dan terjumpa mutiara-mutiara kata yang indah, ana akan terus tuliskan semula di dalam buku tulis ana. Seingat ana, tabiat ini bermula sejak ana memulakan tahun persediaan di INTEC, Shah Alam. Sayangnya buku tulis tersebut sudah hilang, dicari tak pernah ketemu. Silap ana juga barangkali.


Dalam banyak-banyak yang ana catatkan, teringat akan kata-kata menarik ini. Ianya dalam Bahasa Inggeris. Ana hampir saja hafal kerana ianya cukup terkesan di hati. Baris pertamanya berbunyi:


“We never know when a friendship is formed...”


Ana sangat setuju dengan kata-kata tadi. Tiada alasan kukuh, cuma secara peribadi ana turut merasakan kebenaran kata-kata itu.


Andai diimbas kembali, jujur ana katakan...ana tidak tahu bagaimana dan bila (persisnya) ana berkenalan dengan seseorang yang cukup bererti dalam sejarah kehidupan ana. Cuma yang pasti, ana mengenali empunya diri melalui seorang sahabat dekat.


Kata orang, untuk cukup mengenali diri seseorang (baca: taaruf) itu satu proses yang panjang. Takkan bisa selesai dalam masa sehari dua. Bahkan boleh jadi ia mengambil masa seumur hidup kita. Hal yang sama turut terjadi di antara kami. Wajar sahaja jika ana katakan masih banyak hal yang belum ana ketahui tentang dirinya. Manusia ialah ciptaan Allah yang sangat kompleks. Rumit sekali untuk memahami setiap sesuatu yang terjadi. Ah, mungkin ana cuma beralasan untuk tidak terus mencuba mendekati dirinya agar tautan hati ini akan lebih utuh! Wallahu a’laam.


Kami tidak sering bertemu. Faktor jarak (terutamanya) antara punca kami tidak dapat terlalu kerap berjumpa. Tambahan pula, sepanjang empat tahun ana berkelana di tanah Australia...boleh dihitung berapa kali pertemuan kami. Itupun sekadar mencuri masa sewaktu ana pulang cuti Summer. Masakan tidak, waktu pulang bercuti...sudah semestinya diluangkan bersama ahli keluarga dan sanak-saudara yang sudah lama tidak ketemu. Kerana ini, ana sering berperang sendiri. Banyak hak yang harus ditunaikan, dan terkadang sehingga terpaksa mengabaikan hak ke atas diri sendiri. Afwan katsiran atas kelemahan diri ini...


***


Saat dan ketika ini, di kala jari-jemari ringan menekan papan kekunci laptop, ana mengubat kerinduan yang teramat padanya. Waktu begini, muncullah segala ingatan tentang saat-saat manis, pahit kami bersama. Moga menjadi penyembuh rindu, dengan izin Allah.


***


Hari itu ana ada beberapa urusan penting yang harus dilaksanakan. Pada awalnya ana khuatir kalau-kalau kami tidak akan sempat berjumpa. Namun, syukurlah semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan (meskipun tetap saja ada satu hal yang masih ‘pending’). Semuanya atas keizinan dan kehendak Allah, pastinya!


Kami merancang bertemu di sebuah masjid. Syukur Alhamdulillah, perjalanan ke sana dimudahkan Allah dan ana berserta dua orang peneman setia (adik perempuan dan sepupu perempuan ana) sudah pun memasuki perkarangan masjid sebaik sahaja azan Zohor berkumandang.


Sepatu masing-masing dilepaskan. Kedua-dua orang peneman setia ana sudah terlebih dahulu masuk ke ruangan solat wanita. Barangkali mereka terlalu penat kerana kami sudah keluar rumah sejak 6.30 pagi tadi. Terima kasih kalian. Hanya Allah yang layak membalasnya.


Sementara itu, mata ana melilau ke persekitaran masjid mencari-cari raut wajah yang amat dikenali. Namun, ana gagal mencarinya lantas telefon bimbit dicapai dan nombor ditekan.


“Assalamualaikum akak. Alhamdulillah, Yus dah selamat sampai di masjid. Akak di mana ya?”


“Waalaikumussalam wbt. Akak pun dah di masjid. Cuba jalan ke arah depan sedikit. Akak dan anak-anak dah menunggu di sini.”


Panggilan kami terhenti di situ. Alhamdulillah, akhirnya wajah tenang itu dapat ditatapi dengan jarak yang lebih dekat. Saat itu, hati ana seperti berbunga-bunga. Kerinduan yang tak terbendung rasanya tatkala melihat kejernihan wajah seorang kakak yang sangat ana sayangi keranaNya. Di satu sudut, kelihatan dua orang anak kecil berlari-lari riang di perkarangan masjid. Mereka seolah-olah tenggelam dalam dunia mainan mereka sendiri, sementara kami larut dalam rasa rindu kami yang menggunung. Subhanallah, mungkin inilah yang dikatakan buah daripada kemanisan Ukhuwwah Fillah. Ikatan yang didasari kerana Allah SWT, bukan selainNya. Terima kasih Ya Allah atas nikmat ini!


Saat pertemuan itu, ana merasakan terlalu banyak yang ingin dikongsikan bersama. Cuma ana tidak pasti dari mana harus bermula. Pun begitu, kami tetap berbual mesra. Dalam pertemuan kami, ana memilih untuk mendengarkan cerita-cerita dari kakak kesayangan terlebih dahulu.


Tempoh perpisahan yang agak lama sudah cukup membuatkan ana merasai betapa ana sudah banyak “ketinggalan” dalam mengikuti perkembangannya. Senang sekali mendengarkan perkongsiannya di samping peringatan berupa nasihat berguna untuk pedoman ana dalam kehidupan sehari-hari. Sekali-sekala, perbualan kami terhenti seketika apabila kedua-dua orang anak kecil itu berkelahi kecil semasa bermain.


***


Keintiman hubungan kami sejak dulu membuatkan tiada lagi jurang untuk kami berkongsi segala suka-duka antara satu sama lain. Ana masih lagi setia mendengar kisah-kisah kehidupan kakak tersayang selama ketiadaan ana di tanah air. Sesekali air mata jernih jatuh berguguran di pipi menandakan simpati atas apa yang terjadi. Namun air mata bukan sahaja mengiringi kesedihan, tetapi juga kebahagiaan. Terpulanglah pada kita untuk menanggapinya.


“Yusrina, semenjak Yusrina tak ada di Malaysia...dah macam-macam hal berlaku. Yusrina pun mungkin boleh jadi tak percaya dengan apa yang akak ceritakan hari ini. Tapi itulah hakikatnya yang harus diterima.”


“Subhanallah akak. Tak sangka banyak perkara yang Yus tak tahu selama ini.”


“Kita sama akak. Tapi tetap saja tak serupa. Allah datangkan ujian sebegini buat akak, sementara untuk Yus, Dia datangkan ujian bentuk lain. Tetapi, semua itu kerana Dia sayangkan kita, kan akak? Dia tak nak kita lupakan Dia. Makanya Dia bagi kita ujian, cabaran, halangan...supaya dengan itu kita tak jauh dariNya.”


Waktu itu ana dah tak mampu menyeka air mata yang dari tadi menunggu masa untuk dititiskan. Kakak kesayangan ana juga turut menangis pilu mengenangkan semuanya. Detik yang cukup menusuk ke lubuk hati. Meresap jauh ke dalam jiwa. Dan tanpa disangka-sangka, hujan renyai-renyai mulai turun membasahi perkarangan masjid dan kawasan berhampirannya. MashaAllah, barangkali alam ingin bersahabat dengan kami dan turut sama bersedih sehingga hujan pun turun. Seolah-olah alam turut mengerti perasaan kami pada waktu itu. Maha Suci Allah yang mentadbir alam ini!


“Allahumma syaiban naafi’a.” [Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat buat kami]


(Bersambung, dengan izin Allah...inshaAllah...)