Bismillah, Dengan Nama Allah ana memulakan tulisan ini...
InshaAllah, meskipun terasa kurang yakin akan kemampuan menulis tentang seseorang yang ana tidak mengenalinya langsung...namun diri ini terpanggil untuk menukilkan barang sedikit buat peringatan buat diri dan semua yang membaca entri ini (semoga). Tiada yang ana harapkan, melainkan ucapan doa dari semua agar roh Allahyarham Ammar tenang di sisiNya...Amin!
*********************************
Seingat ana, ana lambat online YM pada malam itu....sebaik sahaja online, terbaca status YM sahabat tercinta, Sumayyah....dari statusnya, dengan jelas ana dapat membaca: "Al-Fatihah buat Ammar Zulkifli...."
Lantas, ana terus menyapa Sumayyah untuk bertanyakan tentang Ammar Zulkifli.
"Salamun'alaikum wbt Sumayyah....ini Ammar yang se-batch dengan kita waktu di INTEC dulu ke?" ana memulakan perbualan dengan Sumayyah.
Lama ana menunggu, tetapi tiada balasan...ana tebak, mungkin Sumayyah tiada di depan laptop...namun, kerana terlintas akan seorang teman seperjuangan semasa mengambil AUSMAT (Australian Matriculation) yang namanya juga Ammar (tetapi ana ingat-ingat lupa nama penuh teman sekuliah kami kerana ana memang kurang kenal dengan semua rakan se-batch terutama kaum lelaki), justeru ana terus "google" dengan keyword Ammar Zulkifli....
Search results keluar dan setelah ana klik di beberapa laman, tahulah ana bahawa Allahyarham adalah pelajar Medic Tahun 3 di Mesir....dan sememangnya bukan kenalan ana...nnalillahi wa inna ilaihi raaji'uun....Sesungguhnya kematian itu pasti!
Terus-terang, ana sendiri aneh dengan keinginan hati ana dan curiousity level yang amat tinggi untuk ana "follow-up" tentang arwah. Pencarian di internet selama beberapa hari sejak daripada berita kematian Allahyarham Ammar tersebar, sedikit sebanyak memberi maklumat kepada ana. Subhanallah, di usia yang masih muda (21 tahun), beliau telah "menyempurnakan tugas menapaki risalah Rasulullah SAW" di dunia ini...Kata-kata hikmah arwah di blognya cukup mengesankan hati ana...
"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat." [Allahyarham Ammar Zulkifli]
Ana yakin, beliau pergi sebagai seorang mujahid...pastinya arwah sedang bergembira di "atas" sana dengan merasai nikmat dan ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah SWT buat hamba-hambaNya yang mati syahid. Wajarlah kami "cemburu" dengan arwah. Dengan lebih 1000 orang memberi penghormatan terakhir sewaktu pengebumian arwah, itu juga satu petanda yang perginya adalah pemergian yang terhormat...pengakhiran yang baik, inshaAllah. Seluruh semesta seolah-olah menangisi dan turut sama berduka atas kehilangan "permata berharga" ini. Didoakan agar keluarga Allahyarham Ammar akan meneruskan kehidupan seperti biasa dengan penuh bersemangat dan redha atas ketentuan Ilahi ini. Buat sahabat-sahabat seperjuangan yang mengenali arwah, tetaplah bersemangat meneruskan misi Allahyarham Ammar dalam menyebarkan dakwah di mana pun kalian berada. Memang wajar kita bersedih atas pemergian beliau yang takkan pernah kembali lagi....namun, apakah kalian tegar untuk terus-menerus bersedih sehingga segala agenda tergendala? Yakinlah, Allahyarham Ammar pasti "tersenyum bahagia" saat mengetahui bahawa perjuangannya bakal diteruskan oleh sahabat-sahabat tercinta....InshaAllah, semoga Allah izinkan!
Nota: Gambar-gambar sewaktu proses pengebumian arwah boleh dilihat di sini: Blog Ihsan
********************************
Ditakdirkan Allah, beberapa hari yang lalu ana terbaca satu coretan yang menyentuh soal Kematian. Dengan rendah hati, ana sekadar menulis ulang artikel ini untuk bacaan kita bersama. Semoga bisa mengambil istifadah (baca: manfaat) daripadanya, inshaAllah.
MELIHAT HARI ESOK
Wahai sekelian insan yang masih bernafas...Lihatlah!
Manusia, siapa pun dia, cepat atau lambat pasti akan mati. Ia akan berpisah dari isteri, anak, ibu bapa, handai taulan, sahabat dan teman, perniagaan, kerjaya dan sebagainya. Rela atau tidak, ia akan melepaskan semua yang dicintainya. Melepaskan nikmat dunia, agungnya kekuasaan dan indahnya kehormatan diri. Tujuannya satu, kenbali kepada Pemilik yang Abadi. Allah SWT berfirman:
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu." [QS3:185]
Manusia tidak mungkin dapat lepas dari kejaran kematian. Penjagaan, pengawalan dan pengawasan seketat manapun tidak membawa apa-apa erti apabila ajal datang menjemput. Allah berfirman:
"Di mana saja kamu berada, kematian akan menemukan kamu, kendatipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh." [QS4:78]
Secanggih manapun teknologi yang diraih, sehebat manapun kekuasaan yang dimiliki, manusia tidak dapat menentukan cara, waktu dan tempat kematiannya. Allah berfirman:
"Dan seorang pun tidak mengetahui di bumi mana dia akan mati." [QS31:34]
Wahai makhluk yang berakal...Fikirkanlah!
Kematian adalah babak baru perjalanan manusia. Kematian mengakhiri seluruh sepak terajang manusia dan bergerak menuju kehidupan baru yang sama sekali berbeza. Sebuah kehidupan baru yang sedang menanti. Kehidupan sejati yang tidak ada adat istiadat, rasuah dan peluang tawar-menawar di dalamnya. Pasca kematian, manusia berada di alam Barzakh yang merupakan "kubang neraka atau taman syurga" sementara menanti tibanya Kiamat.
Ketika Kiamat terjadi, manusia dibangkitkan untuk dipertanggungjawabkan di atas semua tindakan semasa hidup di dunia. Rasulullah SAW bersabda: "Kaki seorang hamba tidak akan bergerak pada Hari Kiamat hingga ia ditanya tentang empat perkara: tentang keseluruhan UMURNYA untuk apa dihabiskan, tentang MASA MUDANYA untuk apa digunakan. Tentang HARTANYA, dari mana ia dapatkan dan untuk apa ia belanjakan. Dan tentang ILMUNYA, yang mana telah diamalkan?"
Tak ada sesuatu pun yang luput dari pertanyaan dan perhitungan Allah. Tiada perbuatan sekecil apapun yang tidak diminta pertanggungjawabkan oleh Allah. Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya akan diminta pertanggungjawabkan." [QS17:36]
Wahai insan yang kerdil lagi dhaif...Sedarlah!
Perhitungan terhadap tanggungjawab ini bukan lantaran Allah tidak memiliki pengetahuan tentang seluruh perbuatan kita. Namun, untuk melihat sejauhmana kejujuran kita dalam pengakuan. Jika semua yang kita ungkapkan adalah sebuah pengakuan yang jujur, dengan apa adanya. Mungkin semua kesalahan yang telah kita lakukan akan diampuni Allah. Berjaya atau tidaknya pengakuan tersebut amat bergantung pada pengakuan kita terhadap diri sendiri, manusia dan sejarah kita ketika di dunia.
Warna tingkah laku asli seorang manusia ketika di dunia akan terbawa dan terlihat dengan utuh di akhirat. Mukmin yang tunduk kepada Allah di dunia akan tetap tunduk malah lebih tunduk ketika di akhirat. Kerana ketika itu ia menyaksikan secara langsung keagungan Allah. Manakala manusia yang biasa berbohong di dunia, kebohongannya akan jelas terlihat di akhirat. Tidak hairanlah kalau orang yang tidak mahu mengakui kesalahannya di dunia, di akhirat sana juga tidak akan mengakui kesalahannya.
Wahai hati yang leka dan lalai...Bangunlah dari lena yang panjang!
Sewaktu di dunia manusia begitu mudah berbohong. Ia begitu berjaya menutup semua pekung di dada. Ia mendakwa hartanya bersih dari noda dan dosa...tak siapa mampu membuka celah kesalahannya. Namun, akan semudah itu pulakah kebohongannya di akhirat kelak? Saat itu, Allah SWT tidak membiarkan mulut manusia pembohong itu mendendangkan lagu palsu semerdunya seperti di dunia. Allah mengunci rapat mulut-mulut para pembohong. Dan Allah berikan peluang dan kesempatan pada anggota lain untuk berbicara. Mengungkap fakta dan rahsia yang selama ini tersembunyi di dada mereka. Allah berfirman:
"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian pula kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan." [QS36:65]
Wahai pendengaran, penglihatan dan hati...renungkanlah!
Dikisahkan, ketika Umar al-Khattab naik ke mimbar untuk menyampaikan nasihat kepada rakyatnya, Salman al-Farisi bangun meningkah. Salman berkata: "Demi Allah, kami tidak akan mendengar pidato anda sebelum anda menjelaskan dari mana anda mendapatkan baju yang anda pakai.. Sebab kami semua diberi sepotong kain, sementara anda kami lihat mengambil dua potong kain!"
Dengan penuh bijaksana Umar bertanya, "Apakah di sini ada Abdullah bin Umar?" Abdullah bin Umar pun menjawab, "Ya, saya ada di sini, wahai Amirul Mukminin!" Umar berkata, "Wahai Abdullah cuba kau jelaskan asal usul baju yang saya pakai ini!"
Abdullah bin Umar menjelaskan, "Baju tersebut berasal dari sepotong kain saya, wahai Amirul Mukminin!" Setelah mendengar jawapan itu, Umar pun berkata, "Sebagaimana yang kamu semua tahu, saya ini berbadan besar lagi tinggi, sedangkan kain yang diberi itu pendek sehingga tidak boleh saya jadikan baju. Kemudian Abdullah bin Umar menghadiahkan potongan kainnya, lalu saya sambungkan dengan potongan kain saya. Dan sekarang, jadilah ia seperti yang kamu sekelian lihat sekarang ini!"
Dengan linangan air mata Salman al-Farisi berkata: "Sekarang, silakanlah anda berucap wahai Amirul Mukminin. Kami pasti mendengar apa yang akan anda katakan."
Wahai jiwa yang berbolak-balik...Tetapkanlah pendirian!
Alangkah malangnya nasib para pembuat dosa ketika berada di hadapan pengadilan Ilahi Yang Maha Adil Lagi Bijaksana. Lidah yang telah terlatih selama puluhan tahun dalam dusta kini terkunci sudah. Ia bagaikan makhluk kotor dan hina yang tak layak tampil di hadapan Yang Maha Suci. Ketika itu, tangannya mula memberikan pengakuan dan kesaksian. "Saya telah digunakan oleh orang ini untuk melakukan perbuatan keji, mencuri, memukul, menyentuh perkara yang diharamkan serta segala perkara yang zalim."
Lalu kaki pula menambah "Berpuluh-puluh tahun saya dipaksa menopang tubuh ini untuk pergi ke tempat-tempat maksiat." Satu demi satu anggota yang lain berkata memberi penyaksian terhadap apa yang mereka lakukan di dunia. Tiada satu pun yang tertinggal kecuali semua mendapat penyaksian.
Ketika itu pelaku dosa tidak mampu melakukan apa-apa. "Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) seksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya dan orang kafir berkata, "Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah." [QS78:40]
"Wahai jiwa yang tenang,
Kembalilah kepada Tuhanmu, dengan redha dan diredhai (ALLAH),
Maka masuklah kau dalam golongan hamba-hambaKU,
Dan masuklah kamu ke dalam syurgaKU"
im so sori f0r late reply..
ReplyDeleteeven 1 week after ama past away..
i still feeling sad..
ama soul make ma heart live again after it dead long time ago.. ama make ma feeling come back after im heartless.. many people sad n cried when ama past away..BUT how long it takes to us ferfet bout ama?? 1 week ?? 1 month?? n then we r n0t sad anymore n still frget to what r we supp0st 2 do?? so i hope u all guys who is n0e ama or not.. come tgthr n pr0tect our deen n c0ntinue our buddy in islam w0rk.. may our w0rk in ALLAH's bless insyALLAH..
there's nothing to feel sorry about, inshaAllah...frankly speaking, that shocking news (ammar's death) did make us (who know him not) sad...what more for those who really know the deceased in person....so, it's understandable..
ReplyDeleteThanks for dropping by and leaving those wise advices...inshaAllah, i'll pray with all my heart that we'll bring our Deen's to the highest rank...we should make the "history" again...during the golden age....and KEEP THE SPIRIT ALIVE...solely for the sake of Allah....Ameen, Ya Rabb!
Allahuakbar, Allahuakbar....
ReplyDeleteAllahuakbar ya kareem...
The first time I know about his death was while searching in4 about Muhammad Al-Fatih, cuz I was listening to this one video made sempena memperingati 500 tahun lebih permbukaan kota konstantinopel oleh Al-Fatih. Knowing not where did I go from Google, tetiba jer smpai blog seorang akhawat, barangkali kebetulan belajar di Mesir juga. And I read the news from there, n from there, sampailah kat blog Allahyarham Ammar. Seriously felt sad. Then, sev days later, of course the news spread sgt cepat and all my friends blogs pun cerita about nahas kemalangan di Mesir.
And finally, it's in your blog that I felt sangat2 sedih n watching the video - pengebumian allahyarham Ammar - Allahuakbar. Kematian sangat dekatkan, kak? And believe it or not, somebody younger than us pun diambil pulang oleh Allah.
Anytime and yet we always forgot.
Thanx for sharing kak. The reminders...
Kak, lama x dgr citer, I'm fine here alhamdulillah. Now dlm musim imtihan. got one last paper to go this friday. Doakan ek! Then will go back to mesia this coming tuesday, InsyaAllah...
And congratz to u!!!!! Wuhu!! Alhamdulillah, dah habislah ni ya?
Teringin juga mahu jumpa akak!!!
keep in touch!
Wassalm
Allahu akbar! Jzkk balqis kerana mampir...memang akak pun antara yang turut terkesan dan tersentak jiwa saat mendapat khabar sedih ini...notice, akak ambil masa hampir seminggu lebih sejak kematian arwah untuk posting ke sini...huhu...
ReplyDeleteDeath is indeed inevitable! Semoga Allah sentiasa menjaga kita....semoga Allah tidak mematikan kita kecuali dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepadaNya...AMIN
Inshaallah, rindu nak jumpa Balqis di alam nyata...nanti kita saling tukar number hp di tanahair nanti...for the time being, please focus on your imtihan....please do your best, for Allah, Rasulullah SAW, your beloved parents and family, and of course for the benefit of the ummah!
Let's pray for the best for each other...inshaAllah.
Salam penuh rindu dari tanah Australia (",)
Salam kak,
ReplyDeleteAsking your permission to link this post to mine. (Actually dah link pun, tihihi, thanx kak!)
Waalaykumussalm wbt balqis dearie...no worries, alhamdulillah if you find it useful.
ReplyDeletesalam, kak yus. actually saya pun rasa benda yang sama. sebenarnya tak kenal pun but bila tengok video dan blog yang dutulis kawan-kaawannya buat saya terasa sangat-sangat sampai mengalir air mata. fuh, sungguh menyentuh sekali.
ReplyDeletepernah terbaca satu phrase dari seseorang
kulihat bintang dilangit
buat aku terfikir, hilangnya bulan di dunia ini betapa ia memberi kesan kepada orbit cakerawala
tapi sekiranya aku hilang di dunia ini..adakah memberi kesan kepada dunia..
somehow, kehilangan arwah sangat memberi kesan kepada teman rapat, keluarga mahupun orang yang tak mengenalinya sepanjang masih hidup
life is short
terasa diri kerdil
dan maut semakin hampir
Allahua'lam
p/s: kak yus dah habis semua urusan? tahniah! btw, KCB cd.. original belum keluar sebab sekarang masih ditayang di pawagam. but if ada i'll let u know sis. take care ;)
Salam kembali adikku Liyana...
ReplyDeleteMashaAllah, guess what? waktu Liyana submit comment di blog akak, i was still reading an entry in your own blog..cuma bezanya akak tak tinggalkan jejak...huhu...alhamdulillah, ramai yang terkesan dengan kehilangan mujahid muda ini...semoga ianya bukan "musiman"...On and Off...tapi biarlah kesan itu membekas di dalam hati hingga dibawa ke mati...InshaAllah, mudah-mudahan.
P/S: Akak alhamdulillah, boleh kira habis semua urusan, tapi school akak suka nak buat surprise, results akhir belum ada khabar/nampak bayang...tapi takpe, mungkin ini maknanya Allah nak bagi lebih banyak masa untuk teruskan panjatkan doa padaNya...macam main lawan sepak bola, bila dapat "masa tambahan"...semoga pengakhirannya juga baik sepertimana permulaannya, Amin.
Tentang KCB, take your time...akak pun masih di OZ, dan belum usai semua hal...apapun, say NO to bajakan (betul ke word ni? in indonesian language?)...correct me if i'm wrong...jzkk