Bismillah, semoga khabar ini barakah (meminjam kata-kata Ummi Difa)
Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah 'ala kulli hal. Dalam kedinginan cuaca di bumi St Lucia, alhamdulillah, diri ini masih diizinkan untuk mengecap nikmat Iman dan Islam - nikmat terbesar yang tidak mampu dibeli. Ia adalah anugerah dan hadiah dari langit! Bersyukurlah jika nikmat itu masih dirasai...dan berdoalah agar ia sentiasa terpelihara dalam diri sehingga hari pertemuan dengan Sang Pencipta.
Subhanallah, untuk kesekian kalinya Allah berikan tarbiyah imaniyah dan tarbiyah Ilahiyah secara terus kepada diri ini. Pengalaman perit seminggu sebelum Honours Final Thesis due cukup menguji keimanan dan kesabaran. Ujian kesakitan itu ternyata tarbiyah yang cukup terkesan di hati sebagai teguran saat diri sedikit leka dengan pesona dunia yang menipu (Astaghfirullah) atau mungkin kerana Allah ingin menghapuskan dosa-dosa silam...yang pasti, ada penjelasan bagi setiap yang berlaku. Hanya-sanya hikmah sesuatu kejadian itu bisa ditanggapi oleh kita (jika Allah mengizinkan) atau akan tetap menjadi rahsia alam. Cuma, kita dicontohkan untuk bersikap redha atas segala yang berlaku - baik atau buruk - dan memasrahkan diri kepada Allah. InshaAllah, ganjaran besar bagi mereka yang tetap bersandar pada Allah, dan kecelakaan bagi mereka yang menjauh atau putus asa daripada rahmat Allah (Na'uzubillah).
Ana mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan sekalung penghargaan dan jazakumullahu khayran katsiran kepada semua yang sangat membantu sewaktu ana dalam fasa-fasa sakit kelmarin...dan yang paling mengharukan, Allah hadirkan banyak insan mulia untuk menghulurkan bantuan semasa ana dalam proses menyiapkan Final Thesis sekalipun kondisi kesihatan masih lagi belum membaik. Saat itu ana hanya terfikirkan satu. Memang benar, pertolongan Allah itu dekat! Masakan tidak, saat ana perlahan-lahan memulakan tugas menyambung thesis writing, Allah melembutkan hati insan-insan tertentu (malah yang baru dikenali) untuk berikan apa sahaja sumbangan (be it photoshop untuk results section, proofreading thesis dengan komentar-komentar yang membina, dan paling utama...DOA kalian). Semoga para Malaikat juga turut mendoakan yang sama ke atas kalian dan Allah mengganjarkan yang terbaik buat kalian. Amin...Allahumma amin!
Cukup banyak ibroh (baca: pengajaran) yang dapat ana ambil daripada kejadian tempoh hari...tapi biarlah ia menjadi rahsia antara ana dan Allah. Semuanya menjadikan diri ini terasa semakin kerdil dan hina di sisiNya. Diri ini kembali kepadaMu, Ya Allah!
Terkadang, terlintas di benak fikiran tentang adanya sebahagian daripada manusia yang bersikap angkuh di hadapan Tuhan. Sukar untuk ana fahami, kenapa ada di kalangan manusia yang merasakan diri mereka terlalu tinggi dan membanggakan diri dengan apa yang dimiliki. Padahal yang dimiliki itu (baik ia merupakan harta, pangkat, kedudukan, status dan seumpamanya) adalah belas kasihan dari Allah. Sampai masanya, akan diambil semula oleh Pemiliknya tanpa notis! Itulah manusia. Yang ada sangat jarang disyukuri. Memang, manusia itu tidak pernah merasa cukup! Ampunkanlah kami Ya Allah atas kelemahan kami...Amin.
Setelah Aku Dipaling - Rast
****************************************************************
Kurang lebih seminggu lagi Final Seminar Presentation. Sekali lagi, ana pelajar pertama yang bakal present (rujuk Jadual di atas). Kemudian disusuli dengan Joanna, teman sekuliah yang rapat dengan ana. Seperti sebelum ini, Addy (Adelyn) bakal jadi last presenter untuk hari pertama. Addy adalah paling rapat dengan ana sejak perkenalan pertama kali sewaktu kami berada dalam Workshop for Effective Communication I. Kenalan rapat ana di UQ kedua-duanya adalah Kristian Katolik. Tapi mereka tetap beda. Yang satu cukup pious dan satu lagi biasa-biasa sahaja. Pernah beberapa kali kami berbincang soal Religion, tapi mungkin penerangan ana belum cukup baik untuk memahamkan mereka. Semoga Allah berikan hidayah buat mereka nanti, sekalipun kami bakal berpisah. Mudah-mudahan!
Hari yang sama (27 May) ayah bakal menduduki ujian PTK (Penilaian Tahap Kecekapan) untuk jabatan. Nampaknya, pasangan si ayah dan si anak bakal berjuang bersama-sama, cuma tidak sama medan. Semoga Allah membantu dan memudahkan urusan-urusan kita semua. InshaAllah.
Mohon doa kalian....
Jazakumullahu khayrul jaza' atas segala hal. Semoga sentiasa dalam jagaan Allah.

No comments:
Post a Comment