Seperti satu petunjuk, namun tetap tidak dapat dimengertikan. Tiba-tiba kepala terasa sakit tanpa sebab sehingga terpaksa beralah dengan merebahkan diri di pojok tempat solat wanita di musolla UQ setelah usai menunaikan solat Asar. Sebetulnya waktu tersebut tidak begitu sesuai untuk melelapkan mata, namun sakit kepala yang menyerang seperti tidak dapat ditahan. Untuk mengelakkan daripada terpejam terus, sebuah majalah kecil dicapai guna untuk dibaca agar tumpuan dapat dialihkan kepada apa yang dibaca, bukan kepada sakit yang sedang dialami.
Seorang adik junior yang berada di ruangan solat bertanya dengan nada yang sedikit risau.
"Akak ok ke? Nak makan atau minum apa-apa? Saya ada air sejuk kalau akak nak," pelawa-nya.
"InshaAllah, ok rasanya. Mungkin penat sebelum ini tak hilang lagi, sebab tu kepala tiba-tiba sakit. Takpe, akak allergic sikit dengan air sejuk ni. Lebih suka air suam atau panas. Rasa-rasanya cafe masih buka tak? Mungkin boleh beli teh susu panas."
"Dah hampir jam 5pm ni. Main refec dah tutup."
"Betul juga tu. Hm, mungkin akak boleh ke office sekejap dan buat teh susu dari tearoom di level akak. Kejap lagi dah nak maghrib. Sempat lagi rasanya sebab untungnya office akak agak dekat dengan musolla."
"Ok juga tu. Saya temankan akak ke office. Lepas tu kita solat Maghrib sebelum ke UQ Union."
*****************************
Alhamdulillah, sakit kepala beransur hilang. Kami sempat solat berjemaah Maghrib di musolla sebelum bergerak ke arah UQ Union untuk satu majlis.
Setibanya di tempat majlis, hati rasa sangat berdebar-debar. Rasanya palpitation tu tidak kurang hebatnya seperti saat giliran pertama untuk Final Seminar Presentation Rabu lepas.
Terus-terang, ana sangat terkejut kerana tidak terfikir akan suasana majlis tersebut bakal menjadi seperti itu. Maaf, ana tidak berniat untuk memberikan deskripsi tentang majlis yang telah dihadiri, namun semoga masih terpelihara, inshaAllah.
Dalam hati terdetik, adakah sakit kepala petang tadi satu petunjuk supaya ana batalkan niat untuk ke majlis ini? Astaghfirullah, apakah musibah yang melanda hambaMu ini, Ya Allah?!
Kerana janji telah terpatri, diturutkan jua meskipun hati ini tidak redha dan seakan meronta untuk cepat beredar daripada majlis.
Saat itu, terimbas perbualan ana dengan adik junior tadi sewaktu kami masih di musolla. Dari awal, kami sepertinya "tidak gembira" dan khuatir dengan suasana majlis yang bakal dihadiri. Tetapi, atas pelawaan orang, kami terpaksa penuhi. Paksa-rela (mungkin).
Seawal jam 7.15pm, kami meninggalkan majlis yang masih berlangsung dengan penuh sopan. Sekali lagi maaf, ana tidak berniat untuk memperpanjangkan tentang pengalaman berada di majlis tersebut. Semoga Allah masih berkenan untuk mengampuni. Amin!
**************************
Sebelum pulang, ana sempat bersalaman dan memeluk erat adik junior tadi. Rangkulan masih belum dilepaskan.
"Akak, "tak gembira" la malam ni. Tengok, pipi akak pun merah." kata adik junior tadi.
"Itulah, akak pun sama. Rasa "tak gembira". Tak sangka pula majlis tadi macam tu. Apapun, Rasul pernah bersabda bahawa selemah-lemah iman itu adalah tidak redha di dalam hati atas kemungkaran yang berlaku. Kita masih belum solat Isyak lagi kan? InshaAllah, mungkin perlu solat Taubat sama, biar hati lebih tenang dan lapang. Allahu a'laam."
***********************
Kejadian tadi masih segar dalam ingatan. Usai solat, ana mengambil majalah yang dibawa pulang dari musolla petang tadi. Mata terlalu berat dan mengantuk. Badan yang terlalu lemah cukup membuatkan diri ini harus siap-siap untuk lena. Tapi, entah kenapa masih 'degil' untuk membuka beberapa halaman awal majalah kecil itu.
Subhanallah, saat itu Allah takdirkan ana terbaca sesuatu yang cukup tepat dengan kasus yang terjadi sebentar tadi. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana mengubat hati ini.
*********************
Jalan ini jalan yang thowil (baca: panjang). Ia adalah satu proses yang tidak bisa dicapai dalam hanya sehari dua. Tambahan pula, ia memerlukan pengorbanan yang tidak kurang banyaknya dari segala segi. Dan soal hidayah itu tetap milik Allah yang mutlak.
Sudah menjadi lumrah manusia (mungkin). Inginkan perubahan dari yang buruk kepada yang baik atau lebih baik dalam masa yang amat singkat. Bisa jadi keinginan tadi masih realistik, tetapi jangan lupa akan campur-tangan Allah dalam soal Hidayah.
Jangan terlalu cepat melenting kalau seseorang itu tidak menunjukkan perubahan positif sekalipun sentiasa diingatkan dengan nasihat-nasihat yang baik. Siapa tahu, mungkin dia sedar akan kelemahan dirinya dan sedang bermujahadah untuk meninggalkan apa saja sisa-sisa jahiliyah yang masih melekat pada dirinya. Tugas kita hanyalah menyampaikan. Natijah akhirnya tetap di tangan Allah, bukan?
Tulisan di majalah kecil tadi adalah seperti berikut:-
"Kenapa perlu emosional atau bersikap keras. Dakwah inikan milik Allah dan hidayah juga milik Allah. Tugas pendakwah itu menyampaikan. Kalau ada yang memberikan respon terimalah dan didiklah dengan baik. Al-quran pun pernah merakamkan: "Jika engkau kasar dan keras hati nescaya mereka akan lari dari kamu."
Kasar hati menatijahkan kasar kalam dan kasar perbuatan (tindakan). Pastinya hati-hati yang digugat dengan kekasaran tanpa hikmah ini akan bertempiaran menjauh diri bagai merpati terkejut.
Yalah, kadangkala tersasul atau terlajak...itulah sifatnya manusia. Beristighfarlah dengan Allah SWT. Mudah-mudahan Allah mengampuni kita dan tidak menjadikan kita sebagai sebab orang lain melarikan diri dari dakwah." [endquote]
Kuncinya...berusahalah untuk saling memahami dan berlapang dada. Perubahan perlukan masa. Ada yang sangat cepat berubah 360 darjah (dari kurang baik kepada lebih baik) dalam masa yang sangat singkat. Ada juga yang mengambil masa hampir setahun atau mungkin lebih lama dari itu. Teruskanlah berpesan-pesan dengan kesabaran dan kebenaran. Juga berpesan-pesan dengan marhamah.
Nota kaki:

- Sila rujuk surah Ali-Imran: ayat 159 untuk maksud petikan ayat di atas.
- Buat adik Mar, akak harap persoalan Mar semalam lewat YM terjawab. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan diri akak. Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah, adikku yang disayangi fillah (",)
- Jazakumullahu khayrul jaza' untuk semua hal.