Tuesday, February 17, 2009

DOA banyak....semoga Allah permudahkan!

Bismillahirrahmaanirraheem....dengan Asma' Allah ana mulakan menulis setelah blog ini tersadai untuk sekian waktu...ana mohon kemaafan bagi yang tak jemu berkunjung hatta hanya melihat entries lama tanpa sebarang updates. Kehidupan sebagai pelajar Honours di UQ cukup membuatkan "part-time' job ana begitu terjejas. Wallahu musta'an.

Sejujurnya, sebelum ini hati begitu kepingin untuk menukilkan tinta di sini...tapi entah kenapa, ilham yang datang senang hilang...tak kembali lagi...saat ini, terasa diri cukup terbeban...hampir sahaja hilang keyakinan diri bahawa beban yang dipikul dirasakan tidak mampu dibendung lagi....la quwwata illa billah. Hanya Allah sahaja yang maha meringankan...pasti...yakin...tanpa ragu!

Justeru, walaupun sebetulnya saat ini ana harus tumpukan sepenuh usaha untuk lebih serius dan fokus dengan Thesis writing di samping mengusahakan segala experiments yang dirancang dengan sisa masa yang cukup terhad (plus harus mula merancang untuk persiapan Final Seminar presentation di hadapan para professor), namun hati terpanggil untuk menulis di sini....menulis kehidupan seperti biasa....kerana ana temui kekuatan daripada menulis, dengan izin Allah....mudah-mudahan Allah berkenan untuk kembalikan kekuatan yang pernah sirna kelmarin setelah ana tamat menulis entry kali ini...inshaAllah, Amin.

****************************************************

Bukan sekali-dua Allah datangkan ujian keyakinan pada diri yang faqir lagi hina ini....cukup kerap dan acapkali bentuk ujian adalah ujian Tawakkal.....tatkala tawakkal-ku teruji, saat itulah seolah-olah bermula peperangan antara jasad dan hati nurani....akal yang waras yang sememangnya terbatas ini seolah memberikan 'titik akhir' akan sesuatu usaha yang dikirakan tidak akan (atau mustahil) untuk membuahkan hasil. Namun, Alhamdulillah...saat diri terasa tidak berdaya...saat itulah pertolongan Allah datang...bantuan Allah yang akhirnya menyedarkan dan mengingatkan diri ana supaya tidak lekas putus harap dan tidak hilang ketsiqohan pada kebijaksanaan perancangan Allah.

Suatu hari di bilik Tissue Culture:
(Inilah tempat pertama yang perlu ana lawat setiap pagi setelah tiba di Postgraduate office). Di sinilah cultured cells ana disimpan dan dijaga supaya dapat hidup dengan baik sebelum bersedia untuk digunakan sebagai bahan eksperimen).

"This is rubbish, Yusrina! They were all gone! I seriously don't think that they are going to survive. Just toss them away."

"Yea, it's a shame! How could you make them die? If I was you, I won't use them for my downstream experiments. You definitely have to get the new stock from liquid nitrogen and grow them back to culture."

Astaghfirullah, saat mendengarkan statement daripada dua orang yang cukup berpengalaman di dalam research, saat itu juga terasa bagai nak luruh jantung ana dibuatnya. Waktu itu memang terasa mata seperti berkaca-kaca. Tapi cuba juga pujuk hati. Jangan nampakkan diri lemah di hadapan mereka. Mereka pun bukan sempurna...dan mungkin pernah buat kesilapan yang sama. Macam-macam sangkaan yang ana buat dengan harapan semuanya akan dapat menenangkan hati ana pada saat itu. Alhamdulillah, kekuatan dari Allah menyebabkan air mata yang hampir keluar dapat ditahan seketika. Alangkah baiknya jika air mata itu mengalir di hadapan Kuasa Yang Agung kerana menangisi kelemahan dan kealpaan diri? (Nada retoris)

Memandangkan ana cuma seorang pelajar Honours yang baru mencecah usia 8 bulan, ana akur dengan pernyataan mereka. Tapi entah kenapa, kali ini hati ini kuat mengatakan bahawa ana akan berusaha sedaya upaya untuk 'jaga' cells itu, siapa tahu kalau masih ada harapan untuk mereka sembuh. Alhamdulillah, mereka tidak membantah cadangan ana untuk 'keep the cells going'. Tapi sebetulnya mereka tidak menaruh sebarang harapan yang cells tadi akan mampu 'survive'.

No worries (kata ana dalam hati). InshaAllah, kali ini memang ana tawakkal kepada Allah. Ana memang bertekad untuk usahakan segala yang patut di samping berdoa supaya Allah bantu ana. Mungkin saat itu ana begitu 'degil' dan berkeras hati. Boleh saja ana lupakan terus cells tersebut dan ambil 'batch' (read: cells) baru. Tapi, mungkin kerana merasakan betapa berharganya cells tersebut (setahu ana cells tersebut hanya diperolehi dari Melbourne, tempat ana sebelum ini), ana tak sampai hati untuk buang mereka di chemical waste bin tanpa berusaha seoptimumnya.

Seingat ana, hampir seminggu lebih ana usahakan menjaga cells yang awalnya seperti "nyawa-nyawa ikan". Setiap pagi, ana memang takkan miss untuk menziarah mereka. Bila nak tengok mereka di bawah mikroskop, ana akan ucapkan "Salam" terlebih dahulu (sebagai tanda respect dan mudah-mudahan cells tersebut akan bisa bersahabat dengan ana). Hari pertama dan kedua, keadaan tidak banyak berubah. 'Cell density' masih lagi low. Tapi setidak-tidaknya selepas sekali 'trypsinisation', tak banyak cell debris dalam T25 flask ana (Infact, ada dua T25 flasks yang ana usahakan untuk recover the cells dan kedua-dua flasks mengandungi cells yang dah agak tua, i.e. higher passage number). Sempat juga ana tukarkan medium yang lengkap dengan segala nutrients yang diperlukan oleh cells ana tersebut. Takpe, inshaAllah....hati optimis mengatakan cells tersebut akan recover mungkin selepas dua hari lagi....dengan izin Allah. Setelah cukup seminggu (kurang lebih), ada rasa tenang dan puas dalam hati kerana cells yang pada awalnya berharapan tipis untuk survive, akhirnya recover. Subhanallah, saat itu ana cukup terasa betapa Allah tidak mensia-siakan keyakinan yang ana berikan terhadapNya. Sememangnya Allah itu tidak pernah mengecewakan. Terima kasih Allah kerana peduli!

Setelah melihatkan ada improvement, ana minta kedua-dua orang tadi (rujuk statement sebelumnya) untuk check keadaan cells ana. Waktu itu, mereka sedikit terkejut (mungkin belum sampai tahap "impressed') kerana cells tersebut recover dan masih hidup dengan baik. Jauh di sudut hati, ana betul-betul bersyukur atas bantuan Allah. Kerana ke'degil'an ana saat itu untuk tidak berhenti berusaha dan kerana keyakinan yang Allah datangkan dalam hati bahawa keadaan akan membaik....itulah hasilnya. Puas! Syukur sangat! Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah.

Kasus di atas hanyalah satu daripada banyak siri ujian Tawakkal dan Keyakinan yang Allah telah sediakan untuk ana yang dhaif ini. Mungkin kalian bisa menebak bahawa kehidupan semakin membaik setelah peristiwa di atas. Terus-terang, keadaan masih belum membaik dan malah ada saatnya keadaan semakin parah. As if like everything is falling apart. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ana alami selama menjadi pelajar Honours di SBMS, UQ.

************************************************************

Seorang kakak PhD di sini yang cukup rapat dengan ana selalu berpesan:

"Takpe Yus. Doa banyak....semoga Allah permudahkan."

"Akak tahu Yus mampu hadapi semuanya. Ingatkan firman Allah ...la yukallifullohu nafsan illa wus'aha?" nasihat kakak PhD tersebut (tak disebutkan nama, tapi inshaAllah akan sentiasa dikenang dalam doa).

"Sabar sikit je lagi....dah tak lama pun kan? InshaAllah, yang bermula itu pasti ada pengakhirannya. Bersabarlah dengan kesabaran yang cantik."

**************************************************************

Bercakap tentang Tawakkal, teringat ana pada satu hadis yang menyebut tentang Burung. Di awal pagi, burung-burung keluar dari sarang mereka dalam keadaan perut yang lapar untuk mencari secicip rezeki. Mereka berterbangan di udara dengan tawakkal dan keyakinan bahawa Allah telah menyediakan bahagian rezeki buat mereka. Tiba waktu petang, mereka akhirnya pulang ke sarang dengan perut yang kekenyangan.

MashaAllah....malulah pada makhluk Allah bernama burung. Mereka pun sedar dan tahu makna tawakkal...takkan kita tidak mahu belajar daripada mereka? Subhanallah, untuk kesekian kalinya...Allah berikan Tarbiyah Alamiyah buat diri yang sering kelupaan.

*************************************************************

Selesai menulis entri ini sebagai pembangkit semangat untuk meneruskan saki-baki waktu di bumi Queensland...berbekalkan segenggam tabah dengan izin Allah.....Pesan pada hati: "Teruskan berdoa. Jangan fikir untuk putus asa. InshaAllah, kesenangan itu setelah kesusahan."

"DOA banyak....semoga Allah permudahkan...."

Amin, Ya Rabbal 'Alamin.


Jazakumullahu khayran katsiran. Asifati jiddan jika ada di kalangan sahabat sekalian yang tidak faham terms yang digunakan untuk entri ini. Hanya boleh difahami oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan dunia Science, atau lebih specific, dunia Biomedical Science. Allahu ta'ala a'laam.

Ana al-faqirah ilallah...

The Esplanade,
St Lucia 0007




8 comments:

  1. assalamualaikum along...
    semoga along sentiasa tabah dgn setiap ujian yg menimpa..ujian adalah tarbiyah dr ALLAH..samada kita sabar atau sebaliknya..tp angah yakin n pasti along seorg yg tabah..dh byk ujian yg ALLAH timpakan pd along semuanya along mampu tanganinya kan..ini kecil je ujian tu..lgla along mampu kan..chaiyok2..jgn putus asa..angah yakin..yg penting pergantungan dgn ALLAH itu kena kuat...angah suka dgn satu ayah dlm al-quran yg menngatakan..dgn mengingati ALLAH,hati akn tenang...tp syg..hati angah tak setabah along...tawakkal angah sgt kurang dr along..pepun angah cuba baiki diri..maaf jika comment angah ni terlebih2..angah manusia yg lemah n byk dosa..sama2la kita berdoa dan terus berdoa pd ALLAH ye..sayang along

    ReplyDelete
  2. ukthi dearie...how are your babies?does cerita yg enti tulis tuh maksud kan babies enti hidup dan dah membesar?? semoga Allah beri kekuatan pd enti..Allah saaayang 'besaaar' pd enti sbb tuh ujiannya 'besaaar' juga..Allahumma yassir wala tu'assir :)

    ReplyDelete
  3. salam kak yus.

    ini lah bukti kehebatan doa apabila seseorang itu yakin.
    terharu bila bace entri ini.

    semoga tabah dan kuat sentiasa.

    salam sayang dari bandung indonesia..

    -liyana-

    ReplyDelete
  4. To Angah:

    Wassalam wbt angah sayang....shukran jazilan atas kata-kata semangat yang penuh ikhlas lahir dari hati sanubari angah...tiada kata yg mampu terungkap dari bibir...hanya doa yang diajarkan Rasulullah SAW..."Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan dan ampunkanlah aku daripada apa yang mereka tidak ketahui." Amin.
    Angah terlalu melihat tinggi pada Along yang biasa-biasa sahaja...manusia yang sedar akan kemanusiaannya...itu manusiawi, angah sayang. Ada saatnya kita kuat..namun, ada ketikanya kita lemah...itulah manusiawi...hanya yg sedar akan sifat manusiawi-nya shj yg berkeinginan utk menjadi lbh baik...Allahu a'laam....kita saling mendoakan ye, angah sayang? Miss you heaps (",)Fii amaanillah. Amin.

    To Nawwar dearie:
    Thanks dearie for dropping by...entry kali ini adalah cebisan-cebisan kisah yg ana pernah dan sedang lalui selama berkelana di bumi Qld...fyi, selepas "babies" (read: cells) ana recover dgn baik...akhirnya co-supervisor ana minta dgn ana utk dia gunakan cells tersebut utk experiment dia...no worries sbb ana mmg tak blh gunakan cells yg recover itu utk experiment sendiri...at least ada rasa lapang dan bersyukur krn cells tersebut masih boleh dimanfaatkan dgn izin dan kehendak Allah....jzkk utk nasihat penuh makna anti....InshaAllah, ana harus hadapi semuanya dengan senyuman....harus berusaha utk tenang bersama Si Pencipta....take care of yourself and Naasih Ihsaan too.... From Queensland to Perth...With love :)

    To Liyana:
    Shukran jazilan kerana mampir di teratak usang akak...kisah kehidupan biasa yang bukan diabadikan utk membuat sesiapa terharu...cukuplah sekadar peringatan buat yg menulis....benar, keyakinan yang utuh akan ada ganjarannya yang sepadan....tiap pengorbanan akan ada hasilnya nanti....tapi semuanya di akhir...kalaupun kita takkan bisa tebak pengakhirannya, bukan bererti kita harus takut utk memulakan langkah kan? Afwan katsiran andai kata-kata akak terlalu berbelit-belit...."Sometimes, something is better left untold."

    Wallahu a'laam....Salam penuh kemesraan dari Queensland buat adik sayang di Bandung :)

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar.

    WalillahilHamd.

    Hanya yang merasa perit akan tahu menghargai nikmat dan kebahagiaan..

    Semoga Tsabat!

    ReplyDelete
  6. do be patient along...adan here..

    sikit jer lagi k....hoho..lama x visit ur blog..do take cre ok...may u succeed with flying colours

    ReplyDelete
  7. To adik Zulyunus: Jzkk krn sudi mampir dan tinggalkan jejak azimat di sini...memang benar...berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...semoga Allah masih berkenan memberikan kekuatan dalam utuh mahupun goyah...Amin...bittaufiq wannajah untuk mid-term yang bakal menjelang....Man jadda, inshaALLAH wa jada.

    To Adan: thanks a bunch for dropping by...tak pe if adan dah lama tak visit blog along yang biasa-biasa ni...above all, terima kasih tak terhingga atas doa dan sokongan....inshaAllah, will try my very best, by Allah's will...take care there

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Yusrina sayang...

    How are you? Hope this comment find you in good state and most of all good health, InsyaAllah...

    Lama tidak menjengah ke sini. Huhu...

    Apa-apa pun semoga akak tabah hadapi liku-liku hidup di Queensland tu, yer... InsyaALlah...

    Semoga berjaya! Wassalam~

    ReplyDelete