Saturday, October 11, 2008

"Allah sedang berbicara denganmu tentang SABAR dan IKHLAS..."

Bismillahirrahmaanirraheem…

Sebagai muqaddimah entry kali ini, suka ana memetik satu petikan di antara semua babak yang dimuatkan dalam Filem Ayat-Ayat Cinta….Mohon maaf kepada Bapak Hanung Bramantyo kerana ana mengambil sebahagian daripada skrip nukilan Bapak untuk kali ini…Terima kasih kerana ilham yang cukup baik (yang hakikatnya kurniaan daripada Allah jua).







Babak ini adalah menjadi pilihan ana kerana ia membawa erti yang cukup mendalam buat diri ana sendiri…MashaAllah, ianya satu peringatan dan nasihat penuh makna…cukup terkesan di hati…meskipun secara peribadi ana lebih menggemari novel karangan Kang Abik berbanding tayangan ini, namun filem AAC tetap berhak mendapat “credit”…Allahu a’laam…

“Allah sedang berbicara denganmu Fahri….Allah sedang mengingatkanmu untuk tidak sombong.”

“Apa salah saya pada Allah?!”

“Istighfar Indonesia....istighfar...”

“Ingat lagi apa yang kamu lakukan selama ini? Tidakkah kau sombong, Fahri? Kau merasa paling benar....kau merasa paling suci...bahkan di hadapan isterimu sendiri...”

“Ingat...kisah Yusuf a.s. dan Zulaikha...Zulaikha menuduh Yusuf telah memperkosanya...padahal dia sendiri yang tidak tahan dengan ketampanan Yusuf...”

“Fitnah! Itu semua Fitnah, Fahri.”

“Zulaikha memfitnah Yusuf memperkosa dia hingga Yusuf dipenjara.”

“Yusuf tahu Allah sedang berbicara kepadanya.”

“Kau mahu tahu apa yang dikatakan Yusuf?”

“Kau mahu tahu apa yang dikatakan Yusuf?!”

Kata Yusuf: “Ya Allah! Jika memang kehidupan di penjara lebih bererti bagiku daripada dunia luar, maka aku lebih memilih tinggal di penjara tapi dekat denganMU...daripada aku hidup bersama manusia pendusta!”

“ALLAH SEDANG BERBICARA KEPADAMU TENTANG SABAR DAN IKHLAS...”

“SABAR DAN IKHLAS...”

Seringkali ana menggunakan “quotation” ini sebagai status di YM ana...bilamana status ini ditulis dan mungkin dibaca oleh sebahagian daripada sahabat-sahabat YM ana, ada yang dapat meneka dengan tepat...ianya dipetik daripada AAC...tidak kurang juga ada yang me-label-kan ana dengan “jiwang”....Wallahu ta’ala a’laam...ana biarkan sahaja mereka dengan pandangan masing-masing....yang pasti, pernyataan yang mengandungi lapan patah kata ini cukup membuat ana memuhasabah diri sendiri terutama di saat Allah menghujani diri ini dengan lambakan ujian serta dugaan....La quwwata illa biLLAH...

Bukan meletakkan diri ana sebagai orang yang setanding dengan Mas Fahri (watak utama AAC) mahupun mengakui bahawa siri-siri ujian hidup yang pernah atau sedang Allah berikan kepada ana sedahsyat dan sehebat ujian-ujian berupa fitnah yang dialami Mas Fahri...tidak layak dan tidak pantas untuk itu sama sekali...namun begitu, insan kerdil dan faqir ini sememangnya tidak sunyi daripada mehnah dan tribulasi yang cukup menguji kekentalan iman serta keyakinan tawakkal padaNYA...hampir saja diri ini rebah tersungkur di pertengahan jalan...namun Alhamdulillah, sekalung ucapan terima kasih kepada Yang Maha Berkuasa kerana masih lagi peduli akan hambaNYA yang dhoif ini.... yang takkan mampu mengharungi sebuah kehidupan kalau bukan dengan izinNYA...Terima kasih Allah kerana masih sudi memandang hambaMU ini dengan pandangan rahmat dan kasih sayangMU...sekalipun hambaMU ini acapkali terbuai oleh kelazatan dunia dan pesona isinya...Allah jua yang lebih tahu...

Benarlah kata-kata tadi...kadangkala di saat kehidupan kita berada di puncak kebahagiaan....di kala hidup mengalir seperti lagu...dihiasi dengan pelangi indah....kita lebih mudah untuk leka dan alpa...kita terlalu memandang ke langit tinggi tanpa menghiraukan kerikil-kerikil jalanan di bawah...bukankah fitrah manusia itu pelupa? Mudah hanyut dengan kesenangan yang hanya sementara...mudah bangga diri dengan kejayaan yang baru sedikit jika dibandingkan dengan insan lain....mudah angkuh dengan kemewahan hidup yang hakikatnya adalah pinjaman semata dari Allah...bila-bila masa sahaja Allah mampu menarik semua nikmat itu sekelip mata tanpa kita bersedia untuknya....boleh saja Allah mengambil semuanya daripada kita....hati-hati wahai insan yang sering lalai...kesenangan adalah juga satu bentuk ujian....jangan hanya menanti diri dilanda musibah baru ingin bersegera menghampar sejadah dan bermunajat kepadaNYA....budaya “musiman” ini tidak sewajarnya menjadi sebahagian daripada peribadi kita sebagai hamba-hamba Allah yang beriman....

Ujian berbentuk fitnah bukanlah berbentuk khusus...malah, semakin kita menghampiri pengakhiran zaman, semakin banyak fitnah yang akan timbul....ia bisa saja menimpa orang-orang yang beriman (apatah lagi orang-orang yang tidak mengimani Allah!)....mungkin sebagai teguran terus dari Allah seandainya ada sisi-sisi yang kurang pada diri mereka...seperti yang ditimpakan ke atas Mas Fahri....siri-siri ujian yang maha hebat ke atasnya bukanlah kerana dia melakukan dosa atau kezaliman...tapi barangkali Allah terlalu menyayanginya sehingga tidak merelakannya untuk beralih niat kepada tidak ikhlas...Dia mungkin telah begitu sabar dan tabah hati sehingga jatuh sakit dan hampir di-operate gara-gara heat stroke sewaktu mahu ke kuliah agama....dan banyak lagi contoh kebaikan daripada watak Mas Fahri ini...namun, Allah tidak membiarkan terus hamba kesayanganNYA ini...tiba saatnya, akan ada halangan yang mendatang sebagai bukti cinta dan kasih sayang Allah....atau juga sebagai penghapus dosa-dosa yang mungkin tidak disedari atau atas sebab ketidakpekaan diri sendiri....Allahu a’laam...ini hanyalah pandangan dhoif ana dan bagaimana ana cuba melihat babak ini dari sudut pandang yang mungkin berbeza daripada maksud asalnya...apapun, yang paling utama adalah keberkesanan babak kecil ini sebagai tazkirah buat diri ana...

Aku merasa puas dengan Tuhanku sebagai pengganti, dan penghibur dari segala sesuatu yang tidak aku inginkan selain Dia

Betapa rindu hati ini kepada Penguasa yang selalu melihatku dalam semua gerak-geriku sedang aku tidak dapat melihatNYA

Jika aku bertaubat, itu atas anugerahNYA kepadaku

Dan jika aku berbuat dosa, Dia adalah harapanku

Jika aku berpaling, Dia menyeruku

Dan jika aku menghadap, Dia mendekatkanku (kepadaNYA)

Jika aku mencintaiNYA, Dia memeliharaku

Dan jika aku ikhlas, Dia membisikiku

Jika aku berbuat lalai, Dia memaafkanku

Dan jika aku berbuat baik, Dia membalasku

Wahai kekasihku, Engkau Maha Pemurah kepadaku

Maka singkirkanlah semua kesedihanku

Hanya kepada Engkaulah kerinduanku

Dengan segenap hatiku, lahir dan batinku

Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah

Dan yang paling diharapkan (kemurahanNYA)

Wahai Yang Maha dahulu kebaikanNYA kepadaku

Kerananya tidaklah layak bagiMU melupakanku

Wahai Tuhan semua manusia baik di dunia mahupun di akhirat

Atas semua perbuatan yang kulakukan

Maha Suci Tuhan yang mempunyai keagungan

Dan yang mempunyai pembalasan

Maha Perkasa kedudukanNYA

Lagi Maha Terpuji semua perbuatanNYA

Kegembiraanku dengan pertanyaan (hisab)

Adalah kerana aku akan dapat melihatNYA

Maka bagaimanakah aku tidak gembira denganNYA

Bila Dia menganugerahiku

Wahai Yang Mempunyai kemuliaan

Wahai yang mempunyai kemurahan

Anugerahilah aku

Dan ubahlah apa yang Engkau lihat

Dari keburukan keadaanku

Aku mengadu kepadaMU

tentang dosa-dosa yang tidak dapat kuingkari

Sesungguhnya aku selalu berharap kepadaMU

Wahai Yang Maha Pemberi anugerah

Untuk mengampuninya

Sebelum hisabMU kepadaku di Padang Mahsyar

Wahai Tuhan tumpuan harapanku pada hari pembalasan

Hari yang penuh dengan ketakutan

Saat Engkau menyebutkannya

Aku memohon Engkau mengampuninya di Padang Mahsyar

Sebagaimana Engkau menutupinya ketika di dunia

Wahai Tuhan tumpuan harapanku

Kerana Engkaulah yang akan menghisabku....

[Petikan dari Cambuk Hati, karya Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni]

Jazakumullahu khayran katsiran kepada yang sudi membacakan entry “comot” kali ini...ana asifati jiddan andai ianya bukan karangan yang baik...tapi ianya adalah lebih kepada peringatan kepada diri sendiri....dan ana akan lebih bersyukur serta berterima kasih andai ada di antara kalian yang sudi mengambil benih daripadanya dan menumbuhkannya di dalam hati-hati kalian....Semoga Allah sentiasa memelihara kita semua...Amin, Ya Rabb!

Saturday, October 04, 2008

Makluman tentang penubuhan IMAM Australia...

Salamun'alaikum wbt buat semua...inshaAllah, ana mengambil kesempatan untuk mengucapkan Eid Mubarak buat seluruh ummat Islam di mana sahaja kalian berada...semoga Ramadhan yang telah berlalu bakal menjadi pemangkin untuk kita semua terus-menerus beramal kepada Allah...dan mudah-mudahan tarbiyah Ramadhan memberikan kekuatan untuk kita terus mujahadah berpanjangan dalam melewati perjalanan menuju Tuhan...Amin...(",)

InshaAllah...entry kali ini adalah sebagai menunaikan amanah yang tertunda (ana asifati jiddan atas kelemahan diri) daripada senior ana di Monash tempoh hari....berikut adalah sebahagian daripada maklumat yang dimuatkan di salah satu entry blog beliau...

IMAM Australia Student Chapter (terdahulu IHYAA)

Beberapa pelajar perubatan yang menuntut di Australia menyuarakan hasrat untuk aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Untuk tujuan itu, usaha menubuhkan IMAM Australia Student Chapter dianggap perlu. Memandangkan cuti musim panas Australia dan New Zealand hampir sama (sekitar November hingga Februari), program akan melibatkan pelajar-pelajar dua buah negara Australasia ini (masih dalam perbicangan). Walau pun IMAM merupakan singkatan kepada Islamic Medical Association Malaysia, program kemasyarakatan ini juga terbuka kepada pelajar-pelajar jurusan lain yang mempunyai masa luang sekitar bulan November-Februari sewaktu aktiviti dijalankan.

Prof Latiff dan beberapa orang doktor di bawah IMAM bersetuju untuk memberi latihan dan bimbingan dalam usaha mengerakkan program kemasyarakatan ini. Program perintis akan dimulakan seawal hujung tahun ini (Disember 2008/Januari 2009) jika cukup keahlian. Oleh itu, bantuan anda diperlukan! (Termasuk menyebarluaskan risalah ini).

Untuk memperluaskan peluang kepada sesiapa yang berminat, saya menjemput sesiapa sahaja yang menuntut di dalam atau luar negara tanpa mengira kursus pengajian untuk turut sama dalam usaha membantu mereka yang kurang bernasib baik ini. Berminat atau sebarang pertanyaan panjangkan ke: hafeziftiqar@gmail.com.

Baca lanjut di sini

Jazakumullahu khayran katsiran kepada yang sudi meluangkan masa untuk membaca entries di blog ini...tak berani nak janji andai akan ada entry terbaru...tapi inshaAllah...jika diizinkanNYA...mungkin blog ini akan di-update...Wallahu ta'ala a'laam...