Kebelakangan ini, seringkali ana disapa lewat YM tentang status-status yang ditulis…pelbagai komentar yang ana terima…baik yang berupa sebuah penghargaan (yang sememangnya tak pernah dipinta kerana siapalah diri untuk disanjung…baik lagi kalau pujian dan sanjungan itu dikembalikan kepada Yang Berhak)…tak kurang juga ada yang seakan cuba membaca atau membuat firasat sendiri tentang “state of mind” ana sewaktu menaipkan status tersebut…wallahu a’laam…ana terima semuanya dengan lapang hati…Subhanallah, tak sangka sebenarnya selama ini ada ramai yang cukup ‘alert’ dan ‘sensitif’ dengan status-status ana….terima kasih atas perhatian yang diberikan…moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran yang selayaknya dari sisiNYA…Amin
Alhamdulillah, andai kata-kata yang dinukilkan bisa mengubat hati yang sedang lelah…atau mungkin bisa menambahkan lagi rasa kerinduan di hati sahabat-sahabat tercinta kerana perkelanaan masing-masing di bumi Allah yang melata….syukur ana panjatkan andai kalimah-kalimah yang diluahkan dari sudut hati nurani itu mampu meresap masuk ke dalam hati pembaca dan seolah memberikan satu suntikan semangat guna meneruskan perjuangan yang tiada berpenghujung (mungkin akhirat jua yang menjadi garis penamat untuk semua perjuangan yang dihadapi….Allah Lebih Tahu).
Namun begitu….ana pohon rimbunan kemaafan…kerana tak selamanya status-status itu bakal menjadi penawar hati yang lara…atau jiwa yang kepenatan…kerana yang menulis itu juga manusia biasa…yang juga sentiasa diserang dengan ujian maha berat (once in a while) daripada Si Pemilik Diri…saat itu, selalunya status YM akan bertukar nadanya…dari nada yang biasa kepada nada hiba…tak lain dan tak bukan..sebagai mengubat dan memujuk hati sendiri…kerana tak wajar selamanya diri ini menyerahkan pergantungan pada manusia sebagai tempat luahan rasa….curahan hati…tapi sebaik-baik tempat bersandar adalah pada Allah SWT yang menciptakan kita semua…Dia tahu semua selok-belok diri kita….Dia Lebih Arif perihal titik kekuatan kita, bahkan apa jua yang bakal melemahkan diri kita….pokoknya, semua segi dalam pengetahuanNYA…justeru, kenapa manusia juga yang kita cari pertama-tamanya? Kenapa bukan bersegera kepada Yang Maha Berkuasa?!….yang mampu menukarkan malam dengan siang tanpa pernah terlewat….yang menggantikan matahari dengan bulan tanpa pernah tersilap…Allah jua tempat mengadu segala urusan…
Firman Allah:
“Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.” [QS3:160]
Ayat yang seringkali kita dengar….bilamana membuktikan yang Allah itu tidak jauh…
“Dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu (Muhammad) tentang AKU, maka sesungguhnya AKU dekat. AKU kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-KU dan beriman kepadaKU, agar mereka memperoleh kebenaran.” [QS2:186]
Ketahuilah sahabat-sahabat sekelian….Dia tidak akan pernah jemu sehinggalah kita sendiri yang jemu…Dan yang paling menyenangkan serta menghiburkan hati adalah natijah dari keyakinan bahawa Allah itu ternyata tidak pernah mengecewakan…masih ragukah kita jika apa yang kita minta (kalau perkara itu baik di sisiNYA), takkan pernah ditahanNYA?….pasti dikurniakanNYA…cuma, kadang-kadang permintaan kita itu terlambat…atau barangkali…Allah mahu menggantikan dengan yang lebih baik…dan menyelamatkan kita daripada keburukan perkara yang kita minta (kerana kita hanya tahu meminta…tanpa bisa menjangkau apakah ianya bermanfaat buat diri atau sebaliknya)…
Sabda Nabi SAW: “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepandan dengannya.” (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya‘la dengan sanad yang sahih).
Wallahu ta’ala a’laam….akhiru kalam…suka ana selitkan sedikit kata-kata bijak, nukilan dari seorang sahabat kepada sahabat…semoga bermanfaat, inshaAllah…
“Layarkan doamu ke langit tujuh…kerna Dia tidak pernah jemu melabuhkan layar buatmu.”
Jazakumullahu khayran katsiran atas segala hal…

Last but not least, ana sekadar memaklumkan rumah kedua ana...Alhamdulillah, sebenarnya dah lama sign up untuk account multiply....tapi sebelum ini ana cuma fikirkan mahu fokus pada satu hal...kerana kapasiti diri yang amat-amat terhad...tapi inshaAllah, andai ada keperluan..mungkin ada sesuatu yang kalian boleh dapat dengan mengunjungi laman kedua ana...cuma, mungkin lebih banyak mengambil hasil dari orang lain...ketimbang tulisan-tulisan sendiri....atas sebab ana lebih senang menulis di blog kalau berkenaan cetusan idea sendiri...Allahu a'laam...doakan moga ana dapat teruskan perjuangan pena...kalaupun mungkin kurang manfaatnya buat orang lain..tapi biarlah dapat menjadi kenang-kenangan buat diri sendiri...dan generasi pewaris nanti....inshaAllah, Amin....
Here's the link: Siti Yusrina Nadihah
No comments:
Post a Comment