Salamun'alaikum wbt pembuka bicara.....Subhanallah walhamdulillah dilimpahkan pada Yang Maha Pemberi Kurnia atas segala nikmat yang diberikanNYA....
Entry kali ini adalah khas buat dua orang sahabat sejati ana di bumi New Zealand.....untuk Sumayyah dan Syuhadah tercinta....
Tapi, asifati jiddan....tadi sebenarnya saya dah selesai menulis satu entry yang panjang buat awak berdua....dan ditakdirkan Allah....saya tersalah tekan 'delete'....la quwwata illa biLLAH....mungkin tiada rezeki untuk saya kali ini....atau mungkin, tulisan tadi sedikit 'personal' dan tidak sesuai untuk di-publish di sini....Apapun, saya hanya ingin muatkan warkah yang telah selamat dihantar pada awak berdua...dan alhamdulillah selamat diterima oleh Sumayyah tadi....untuk Syuhadah...saya berharap surat tersebut sampai ke tangannya nanti...inshaAllah, mudah-mudahan....
Hakikatnya...ini surat pertama saya buat awak, Sumayyah dearie....dan untuk Syuhadah...warkah kali ini saya kira adalah balasan untuk surat awak yang sudah genap tiga tahun saya simpan....Alhamdulillah, ianya masih elok...dan akan terus menjadi sumber inspirasi saya sehingga masa yang telah ditentukan....Sekalung penghargaan tak terhingga buat awak berdua....seronok dan cukup beruntung untuk saya mengenali insan-insan mulia seperti awak berdua...mungkin kerana saya tidak pernah berlatarbelakangkan sekolah agama seperti awak...tapi setidak-tidaknya...Allah izinkan saya belajar secara tidak langsung daripada awak....teruskan istiqamah, sahabatku tercinta....moga Allah kekalkan ikatan-ikatan hati antara kita...sehingga pertemuan di destinasi akhir...Amin...
Akhir kalam...saya muatkan satu lagu sebagai kenang-kenangan kita bersama....ingat lagikan, satu masa kita berprogram di Klang? Lagu ini saya kira amat sinonim dan 'dekat' dengan kita bertiga....Allahu a'laam....Saya sayang awak berdua kerana Allah....(",)
Wallahu a'laam
~~ Sahabatmu yang jauh di tanah kering OZ ~~