Saturday, May 26, 2007

Kesertaan Allah...

Pemandangan di Bondi Beach, Sydney....2007

Allah SWT berfirman dalam hadis Qudsi,

"Wahai Anak Adam, kenapa engkau tidak memperhatikan Aku?Tahukah engkau bahawa engkau berada dalam pengawasan mataKu dalam kesepian engkau, dan kala nafsu syahawatmu bergejolak. Ingatlah Aku, dan mintalah kepadaKu agar Aku cabut nafsu itu dari hatimu, dan Aku pelihara engkau dari berbuat maksiat kepadaKu dan Aku jadikan engkau benci kepada perbuatan itu,Aku mudahkan engkau mentaatiKu. Aku jadikan engkau cinta kepada ketaatan itu serta Aku jadikan ia indah dalam pandanganmu. Wahai Anak Adam, Aku hanya menyuruh dan mencegah agar engkau meminta pertolongan kepadaKu dan berpegang erat kepada tali agamaKu, bukan untuk derhaka kepadaKu dan berpaling dariKu, dan kalau begitu Aku akan menjauhkan diri dari engkau. Aku sbnrnya tidak memerlukan engkau, dan engkaulah yg memerlukan Aku. Aku telah ciptakan dunia ini dan Aku mudahkan ia untuk memenuhi kepentingan engkau, tidak lain supaya engkau bersiap-siap untuk menemuiKu dan engkau membawa perbekalan darinya, agar engkau jgn berpaling dariKu dan kekal di atas bumi. Ketahuilah olehmu, bahawa negeri akhirat itu adalah lebih baik bagimu daripada dunia ini. Dari itu janganlah engkau pilih yang lain dari apa yang telah Aku pilihkan buat engkau, dan janganlah engkau benci menemui Aku, kerana barangsiapa yang benci menemui Aku, Aku pun benci menemuinya, dan barangsiapa yang rindu bertemu dengan Aku, Aku pun rindu menemuinya.."





3 comments:

  1. Anonymous11:20 am

    heh, ana nk tulis ni, tp terperasan rupanya comment for each pot di atas posting heh..afwan2

    "bestnyaa nasyid ni..best :)"

    ReplyDelete
  2. hehe...ukhti habibati...no worries..ana faham je..(",)...ana pun tersangat suka lagu ni...kalau dihayati lirik2nya..mashaAllah..sgt menusuk hati...semoga dpt dimanfaatkan oleh anti...sbgmana ianya memanfaatkan diri org lain...(if any)..inshaAllah... :) uhibbuki fillah...

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:58 pm

    Salam.

    Ada ke perawi hadis ni?
    Tgh mencari2 juga...

    Ok.
    Wassalam.

    ReplyDelete