Suatu malam ketika ana berada di bulan penuh barakah, bulan Ramadhan yang lepas…alhamdulillah, Allah mengilhamkan ana dan beberapa orang sahabat seperjuangan untuk menunaikan solat Tarawih di Beddoe Mosque yang terletak berdekatan dengan Monash University…syukuriLLAH, walaupun Beddoe Mosque tak sehebat masjid-masjid lain di bumi Malaysia, hanya sebuah unit kecil berupa rumah…yang agak terasing dari bangunan-bangunan besar lagi gah…namun ana fikir ia berjaya memainkan peranannya dengan baik…setanding dengan masjid-masjid lain…Allahu a’laam…
Sebenarnya ana tak terfikir untuk solat di Beddoe pada malam itu memandangkan malam tu bukan malam minggu..kerana selalunya malam minggu, i.e. hari Jumaat, kami akan beramai-ramai berjalan ke Beddoe usai Majlis Ifthaar anjuran Monash University Islamic Society (MUIS)…tapi pasti ada hikmahnya Allah menetapkan perencanaan sedemikian rupa…kami berempat menaiki kereta ke sana, sebelum masuk waktu Isyak…
MashaAllah…imam pada malam tu mengalunkan bacaan-bacaan ayat al-quran yang dipetik dari tiga surah yang berturutan antara satu sama lain…Sewaktu solat dua rakaat Tarawih yang pertama…imam membaca surah An-Najm…alhamdulillah, ana dapat membuat tekaan yang tepat memandangkan ayatnya amat jelas..dimulai dengan perkataan “Wannajmi”.. I would say that it’s an educated guess…alhamdulillah…diteruskan pula untuk rakaat ketiga, keempat dan seterusnya…usai membacakan surah An-Najm, imam mula dengan surah baru…astaghfirullahal’azim..kali ni memang ana tak dapat nak teka, malah ana tiada clue…I was clueless at that moment…mungkin itu kelemahan diri ana sendiri…yang masih lagi sukar untuk menghafal nama-nama surah di dalam Al-quran..sedangkan ana diberi keupayaan untuk menghafal beberapa bahagian anggota badan manusia dalam bahasa Latin sewaktu mula belajar subjek Anatomy semester yang lalu….ya Allah, ampunkan hambaMu ini…atas kelemahan dan kekurangan diri…tapi tak mengapa, there is always room for improvement…
Setelah tamat surah yang ana memang lupa terus namanya tu…ana alhamdulillah, dapat mengingat nama surah selepasnya..i.e. Ar-Rahmaan…again, it’s an educated guess, probably because it’s so obvious from the very first aayah (verse) and also, this is one of my favorite surah (chapter)…among all the surahs (chapters) in the Quran…subhanallah, surah Ar-Rahmaan lah yang paling pertama ana akan buka setiap kali ana dilanda kesedihan, kesusahan, masalah dunia yang tidak pernah selesai, atau di saat ujian datang menjenguk khabar iman ana…alhamdulillah, ternyata ianya adalah As-syifaa’ (penawar) dan juga ubat hati yang paling mujarab buat diri ana…mungkin buat diri sahabat-sahabat yang lain juga..Allahu ta’ala a’laam…you know yourself better than others do.
Sambung lagi…kami hanya tunaikan solat Tarawih sebanyak 8 rakaat dan tunggu seketika untuk sesi tazkirah..mashaAllah, again..tazkirah tersebut amat sesuai dengan diri ana..yang inshaAllah, telah memilih satu jalan yang suatu masa dulu pernah disusuri oleh Rasulullah, para sahabat…dan ana berharap ana akan ‘jalan terus tanpa menyimpang lagi’…dan ana pohon semoga Allah menetapkan hati-hati kita di atas jalan ini..ana fikir, pentazkirah tu masih lagi muda..mungkin dalam lingkungan umur kami…dari gaya percakapan beliau…Allahu a’laam..mungkin sangkaan ana salah atau meleset..tapi itu bukanlah menjadi satu isu yang besar…beliau membicarakan perihal keluar berdakwah dan kepentingannya terhadap masyarakat masa kini…cuma, beliau banyak kali mengulang perkataan “Khuruj” (i.e. keluar)…secara tidak ana sedari, terlintas sesuatu di fikiran ana..sebab perkataan “Khuruj” ni sangat familiar, but anyway…I’ll leave it open..no comment…inshaAllahu khayr…
On the way back…kami berempat berbincang tentang surah-surah yang dibacakan oleh imam semasa solat Tarawih…senior ana, Kak Aina bagitau ana yang surah selepas An-Najm adalah surah Al-Qamar…mashaAllah, kenapalah ana tak terlintas langsung surah tersebut..walhal dalam ayat pertama sudah disebut kata “Al-Qamar”…innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun….justeru, ana muatkan video clip tentang surah Al-Qamar oleh Syeikh Mishary Al-Afasy…buat tatapan sahabat-sahabat sekelian…
Kenapa surah Al-Qamar? Kenapa bukan Surah Ar-Rahmaan yang menjadi surah kesukaan ana…hm, ana pun tak tahu kenapa..tapi subhanallah, tersentuh hati ana setelah mendengarkan bacaan Syeikh Mishary ni ditambah dengan video clip ni…antum lihatlah sendiri..semoga mendapat kebaikan darinya..
Tapi apa yang menarik dari surah Al-Qamar…kalau antum perasan, Allah ulang beberapa kali dua ayat penting ni..mungkin antum boleh rujuk al-quran masing-masing..
Maksud kedua-dua ayat tersebut adalah seperti berikut:
“Maka betapakah dahsyatnya azabKu dan ancaman-ancamanKu.”
“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan al-quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?”
Dalam surah yang tidak begitu panjang ni Allah sebutkan beberapa kisah kehancuran musuh-musuh agamaNya…yang menjadi sebab agar kita dapat mengambil pengajaran penting daripadanya…inilah salah satu keindahan Kalam Allah...satu kitab suci yang memuatkan kisah-kisah yang mengandungi banyak pengajaran dan pengiktibaran…adanya unsur At-targheeb (khabar gembira) dan At-tarheeb (ancaman) [1] di dalamnya..
- At-targheeb: arouse interest, awake desire, to mention matters that cause one to desire to do good, seek the reward of such actions and strive to attain Paradise, etc.
- At-tarheeb: frightening, to mention matters that cause one to abandon the perpetration of bad deeds and fear their consequences and the Fire, etc.
Bijaknya cara Allah mendidik hamba-hambaNya…walaupun diberitakan ancaman yang maha dahsyat, tapi Dia tahu akan sifat makhluk ciptaanNya yang perlukan sesuatu perkhabaran baik untuk memulihkan semangat…di sini nampak keseimbangan, kesempurnaan…mashaAllah, kalau tidak, nanti pincanglah konsep Ar-Rajaa’ (harap) dan Al-Khauf (takut) pada diri seseorang hamba…Allahu a’laam…Dia yang Lebih Mengetahui perihal makhluk-makhlukNya…Ana bagi satu contoh di sini…yang membuktikan adanya unsur At-targheeb wa At-tarheeb di dalam Al-quran…hope this helps..inshaAllah:
“Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu bahawa Akulah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang, dan sesungguhnya azabKu adalah azab yang sangat pedih.” [QS15:49-50]
MashaAllah, sesungguhnya peranan al-quran itu cukup besar dalam kehidupan seseorang muslim…al-quran itulah perlembagaan hidup kita, panduan dan pedoman, petunjuk jalan, penawar kepada segala jenis penyakit, terutamanya penyakit hati…(too many to be listed).
“Dan Kami turunkan dari al-quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (al-quran) itu hanya akan menambah kerugian.” [QS17:82]
Suka untuk ana quote dari satu kitab [1] yang ada di sisi ana sekarang:
The quotation goes like this:
“..The fact that Allah made it (Al-quran) blessed and guidance for the worlds. He placed within it a cure for illnesses, especially the illnesses and diseases of misconceptions and desires of the heart. He made it a source of glad tidings and mercy for the worlds and as a form of remembrance for those who remember. He made it a guide towards that which is most just and upright, and He mentioned aayat and threats by which they may fear or would cause them to remember and reflect…”
Justeru, ana menyeru kepada diri ana sendiri dan sahabat-sahabat sekelian untuk lebih banyakkan berinteraksi dengan al-quran…marilah kita belajar mengakrabi al-quran..kerana inshaAllah, ianya akan bernilai ibadah di sisi Allah..bahkan ia bakal menjadi pembela kita di akhirat kelak…
Akhir kalam…hayatilah pesanan dari Ibnu Al-Qayyim di bawah:
“If you want to attain benefit from the quran, bring your heart together upon reciting or listening to it, and divert your hearing to it, and be present in front of it, in the manner of one who is present and spoken to by the One who spoke it, How perfect He is..” [1]
Wallahu ta’ala a’laam…afwan katsiran andai nukilan ana kali ni sedikit ‘comot’..mungkin sebab dah lama tinggalkan penulisan…inshaAllah, semoga Allah memberkati antum semua…Ameen…
Rujukan:[1] “Causes Behind the Increase and Decrease of Eemaan”, by Shaykh ‘Abdur-Razzaaq al-‘Abbaad.
camna nak kosentret tulisan u klau al quran berbunyi... ayat quran "apabila dibaca akan kamu alquran maka dengarikanlah...."
ReplyDeleteSalam anonymous...jazakumullahu khayran katsiran atas teguran ikhlas buat ana...inshaAllah, i'm an open-minded person, and i do accept this positively...inshaAllah, ana akan removekan mp3 al-quran ni..sbb sblm ni mmg takde..cuma mungkin ana sendiri yang tahu niat ana letakkan mp3 di blog ni...Allahu a'laam...once again...thanks a bunch..may Allah reward you good..Ameen =)
ReplyDeletesalam. akak, ni hanan. hmm..mmg betul al-quran itu indah..tapi ramai yang tak menyedarinya..n i think its bcoz, they just simply baca, berlumba nk khatam but never bother to find out the meaning..like me i gues..oh..
ReplyDeletebut, thanks to my naqibah, kak nisaak (dengan izin Allah jua), telah menyedarkan saya, dan dari situlah titik tolak bermulanya saya membaca alquran skali dengan tafsir alquran. dan, memang time tulah, baru kita sedar yang betul2 sedar, bukan stakat di minda tapi turun ke hati yang memang Al-quran kita tu adalah satu mukjizat, satu kitab yang sangat lengkap. dan, membacanya, sentiasa membuat kita renung kembali diri sendiri..dan juga bila dah selesai untuk hari tu, rasa tak sabar menunggu hari esok untuk nak baca sambungan nyer.. terasa macam nak ajak je semua rakan2 utk baca tafsir al-quran, tapi sebahagiannya, buka jer criter pasal agama, dah rasa bosan..nak tukar topik..hmm..moga dibukakan pintu hati mereka satu hari nanti.. saya belum, dan masih jauh lagi untuk nak khatam alquran yang berserta maksudnya..tapi, akak doakanlah moga saya berjaya yer.. tak sabar menunggu pertemuan kita esok..insya-Allah..salam
Salam buat adik hanan...thanks a bunch for leaving some meaningful advices for me in here..i would really appreciate it...may Allah bless you..Ameen
ReplyDeleteNa'am..memang betul apa yang hanan mention tu..dulu akak pun kes yang sama dengan hanan..berlumba-lumba nak khatam..and i did it..but still..akak terasa something missing...suatu warisan pusaka pastinya berperanan penting dalam kehidupan kita..otherwise Allah takkan mengangkatnya sebagai satu mukjizat buat Rasulullah kan? this is just my humble opinion...boleh terima kalau benar, dan sila buang jauh-jauh if it is contradictory...Allahu a'laam
Alhamdulillah...benar kata2 Rasulullah dalam salah satu sabdanya..."{barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan bagi dirinya, nescaya Allah akan kurniakan kefahaman agama baginya)"...i did mention this in that forum(if you can recall it)...nice knowing you and your mum..kalau ditakdirkan hanan dpt monash...that would be great...=)
Apapun, akak doakan yang terbaik buat hanan..baru kenal beberapa hari tapi akak dapat rasa closeness between us..Allahu a'laam..manisnya berukhuwwah keranaNya..take care my little sista...lotsa love