Friday, January 27, 2006

Mr. and Mrs. Dexter???

Bismillahirrahmaanirraheem…

Assalamualaikum w.b.t.


Segala puji bagi Allah Taala yg telah menurunkan sebaik-baik hadis, dan Zat yg telah menyimpan mutiara2 penjelasanNya di dlm kitab undang2 hadis. Dialah Zat yg telah mengilhami para pemelihara hadis dgn sifat adil dan jujur serta Zat yg menganugerahkan kekuatan daya hafalan yg rasikh (mantap) ke atas para penghafalnya berserta penjelasan ilmu mustalah dan qawaid2nya dgn harapan boleh mengambil hasilnya, yg ianya mengandungi berbagai2 faedah. Ini kerana, sesungguhnya Sunnah itu laksana matahari terbit bagaikan gugusan bintang dan planet2 di angkasa lepas. Ianya juga sebagai inti hujah yg kuat bg org yg menghendaki petunjuk ke jln yg benar.

Ana memuji kpd Allah dgn pujian sebanyak org yg memuji zatNya dgn lisannya, dan sebanyak org yg sibuk bersyukur dgn seluruh anggota badan dan hatinya. Ana bersyukur kpd Allah Taala dgn erti syukur yg mengakui ke atas segala nikmatNya, yg diibaratkan bagaikan mengambil seteguk air dr lautan kebaikan dan keelokan. Selawat dan salam semoga tetap dicurahkan kpd org yg diberinya semua kalam (diturunkan ke atasnya Kalam Tuhan) dan teristimewa kpd org yg diturunkan kpdnya berupa keindahan hukum-hakam yakni junjungan besar baginda Nabi Muhammad S.A.W. yg merupakan org utama yg diberinya risalah (yg diibaratkan sebagaimana org yg diberinya celak pd pelupuk matanya) dan sebaik-baik org yg diberinya rangkaian intan berlian kenabian.

Selawat dan salam, semoga ianya tetap juga dicurahkan kpd keluarga baginda S.A.W. yg beruntung sebab dpt bertemu dan mengikuti semua sabda dan perbuatan baginda S.A.W. Salam sejahtera, mudah2an tetap juga dicurahkan kpd para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yg selalu bersungguh2 di dlm mengamalkan amalan soleh dan sentiasa berlumba-lumba di dlm memperolehi perniagaan yg menguntungkan (jihad fi sabilillah).

Selawat dan salam juga, semoga dianugerahkan kpd para tabiin yg mulia dan selalu mengikut jejak langkah sahabat (sirah shbt) dan menjauhi perkara2 bidaah. Dan juga semoga selawat dan salam ke atas org2 yg mengikut jejak tabiin dgn mengambil kebaikan (dan berpegang dgn kebenaran) di dlm memelihara petunjuk Nabawi yg sentiasa terpelihara dan terjaga (akan kesahihannya). Amma ba’du,

InshaAllah, kali ini, ana cuba utk mengetengahkan satu tajuk yg agak ‘berat’ bg diri ana yg masih lg dangkal ilmu dan kefahaman. Pertama2nya, ana ingin mengirimkan setinggi2 ucapan jazakillahu khayran katseeran kpd Kak Mas (Ukhti Melissa) atas sumbangan maklumat berkenaan dgn isu ini yg ana fikir amat perlu utk dibincangkan.

***********************************************************************************

Mereka mendakwa : “Cukuplah Al-Quran. Apa yang diharamkan di dalam Al-Quran kami haramkannya dan apa yang dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkannya.” Kemudian mereka mengatakan Al-Quran telah menerangkan semua tanpa terkecuali sesuatu pun. Mereka telah merujuk kepada firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan kami tidak alpakan sesuatu pun di dalam al-kitab.” (QS6:38) Dan Allah berfirman dalam surah al-nahl ayat 89 (QS16:89), “Dan telah kami turunkan kepada kamu al-kitab untuk menerangkan sesuatu.”

Pernyataan di atas telah dikeluarkan oleh satu golongan yg pernah suatu masa dahulu menjadi bualan hangat di negara kita. Golongan tersebut digelar “Golongan Anti-Hadis”.

Golongan Anti-Hadis ini ialah satu golongan yg hanya beramal dgn Al-Quran dan terdiri drp segelintir intelektual serta cendekiawan yg dipengaruhi oleh ajaran2 sekular dan rasionalisme yg mengingkari hadis. Untuk mengenali mereka, kita lihatlah cara hidup mereka dan dengarlah percakapan serta bacalah penulisan mereka yang hanya berpegang kepada al-quran. Dilihat dr sejarah bermulanya kewujudan golongan ini, ia berkembang di USA pada tahun 60-70'an oleh Dr Rashad Khalifa yang menemui teori kod 19 dan menggerakkan gerakan al-quran di Masjid Tuscon Arizona. Rashad Khalifa kelahiran Mesir (1930-1990) telah menterjemah dan mengeluarkan kitab tafsir al-quran yang memesongkan maksud sebenar al-quran dan merendahkan martabat kerasulan. Pada tahun 1989 dia telah mengisytiharkan dirinya sebagai Rasul dan dia telah dibunuh secara misteri pada tahun 1990.

************************************************************************************

GOLONGAN ANTI-HADIS DI MALAYSIA

Di Malaysia ia diasaskan oleh Kassim Ahmad, kelahiran Baling Kedah (1933) yg terpengaruh dengan ajaran Rashad Khalifa lalu mengembangkannya di Malaysia pada tahun 1985. Beliau telah menulis sebuah buku, 'Hadis satu Penilaian semula' yang telah diharamkan oleh Pusat Islam; kemudian Kassim telah menubuhkan Jama'ah al-quran Malaysia tetapi ditolak oleh pendaftar Pertubuhan. Jama'ah anti-hadis atau Jama'ah al-quran diwartakan sesat pada tahun 1995 oleh Majlis Agama Islam Selangor dan diikuti oleh negeri-negeri lain pada tahun berikutmya. Namun begitu, kumpulan ini masih aktif.

PERTUBUHAN JEMAAH AL-QURAN MALAYSIA dan PENGASASNYA

Jema`ah Al-Quran Malaysia, atau ringkasnya JAM, telah ditubuhkan oleh sekumpulan rakyat yang beragama Islam di Malaysia pada 11 Jun, 1995 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan tujuan untuk menyeru umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia kembali kepada ajaran Tuhan dalam kitab suci-Nya, Al-Quran.

Muqaddimah Perlembagaan JAM mengisytiharkan seperti berikut:

"Kami yakin bahawa sangatlah penting bagi umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia tampil ke hadapan untuk memikul tanggungjawab "umat pertengahan" untuk memimpin manusia keluar dari kegelapan zaman jahiliah kini ke suatu zaman kebangkitan yang terang. Pada saat keruntuhan kedua-dua ideologi dan sistem yang telah menguasai dunia selama tujuh dekad, Islam akan muncul semula untuk mengambil tempatnya yang sah dalam kehidupan manusia, seperti yang telah dijanjikan oleh Tuhan dalam Quran. Tetapi, sistem Islam yang bakal menggantikan sistem-sistem ini ialah Islam yang berdasarkan ajaran-ajaran Ilahi yang telah disempurna dan dilengkapkan dalam Quran.

"Untuk mencapai tujuan agung ini, maka kami rakyat Malaysia yang sedar akan tanggungjawab kami bergabung tenaga untuk menubuhkan pertubuhan yang kami namakan Jema`ah Al-Quran Malaysia.

"Walaupun kami menyeru umat Islam dan umat manusia kembali kepada ajaran Quran, kami pewaris yang sah bagi semua tamadun dan kami menerima warisan-warisan yang baik yang selaras dan tidak bertentangan dengan ajaran-ajaran Quran."
Oleh kerana halangan undang-undang, JAM tidak dapat bergerak seperti pertubuhan-pertubuhan lain. Dalam masa dua tahun lebih ini, aktivitinya terbatas kepada kumpulan-kumpulan diskusi mengkaji ajaran-ajaran Islam berdasarkan Quran dan kepada menghasilkan siaran-siaran berkala melalui artikel-artikel dalam akhbar-akhbar, majalah-majalah dan juga siaran-siarannya sendiri.


Daripada muqadimah perlembagaan pertubuhan ini, dapat kita lihat betapa bersungguhnya mereka dalam mempertahankan ideologi mereka yang tidak berpaksikan kepada ajaran Islam yang syumul.

Pengasas pertubuhan ini, Kassim Ahmad adalah seorang ilmuwan yang pernah mendapat pengiktirafan daripada beberapa institusi pendidikan di Malaysia serta merupakan seorang kolumnis akhbar Berita Harian.

Kassim Ahmad telah menulis sebuah buku yang bertajuk : Hadith Satu Penilaian Semula yang membawa kontroversi pada suatu waktu dahulu. Buku ini telah diharamkan oleh Pusat Islam ( sekarang JAKIM ). Daripada latar belakang kehidupannya kami dapati beliau adalah seorang yang berilmu serta mempunyai asas agama yang baik memandangkan bapanya adalah seorang guru agama.

Namun demikian, perkenalannya dengan Dr. Rashad Khalifa telah membuka ruang kepada penyebaran ideologi bahawa, “Islam adalah beramal dengan Al-Quran sahaja.”

Bermula dari detik itulah, wujudnya golongan anti hadis di Malaysia.

Golongan ini telah mula melakukan gerak kerja mereka dengan menggunakan internet sebagai medium dan wasilah mereka. Perbahasan-perbahasan mereka dengan golongan ahlus sunnah wal jamaah boleh diikuti di internet.

************************************************************************************

DOKTRIN-DOKTRIN GOLONGAN ANTI-HADIS

 Menolak hadis sebagai sumber aqeedah dan syari'at Islam.
 Menolak dua kalimah syahadah dgn menghapuskan sebahagian drp kalimah syahadah kerana syahadataini itu mengandungi unsur2 kesaksian thdp adanya Allah, tiada Tuhan selain Dia dan juga pengiktirafan bhw Muhammad S.A.W. ialah Rasul Allah.
 Menolak qadha dan qadar.
 Memesong pengertian sebenar maksud al-quran. Berkenaan dgn hal ini, mereka mentafsirkan Al-Quran mengikut kehendak akal dan logik mereka sendiri tanpa berpandukan kepada hadith Rasulullah. Mereka terpaksa lari daripada tafsiran Nabi SAW dan para sahabat demi mencipta “kebenaran” mengikut fahaman mereka. Kaedah terjemahan yang digunakan oleh golongan Anti-Hadith ini sebenarnya telah tersasar daripada kaedah terjemahan Bahasa Arab. Perkataan Al-Kitab yang dimaksudkan oleh mereka dalam ayat 38 surah al-An ‘am itu sebenarnya membawa maksud Loh Mahfudz dan bukannya Al-Quran. Malangnya ayat ini tidak dapat dijadikan hujah kukuh bagi mereka untuk menolak hadith sebagai sumber hukum.
 Hadith/Sunnah adalah ajaran palsu dan punca kelemahan serta perpecahan umat Islam. Dlm hal ini, mereka menggunakan ‘helah’ memurnikan ajaran al-quran yg tdk mahu dicampuri dgn faktor2 lain (merujuk kpd hadis). Mereka juga mendakwa bahawa sunnah merupakan undang-undang lain yang tersendiri dan bertentangan dengan khabar-khabar Allah. Mereka berpendapat apa lah gunanya As-Sunnah sekiranya Allah telah pun menerangkan setiap sesuatu tanpa meninggalkan apa-apa lagi untuk diterangkan kepada Nabi Muhammad SAW
 Menerima selain al-quran sebagai sumber hukum adalah sesat dan syirik.

Berhubung dgn gerakan Anti-Hadis ini, terdpt bnyk ayat al-quran yg menegaskan bahawa setiap drp manusia mesti mentaati Allah dan RasulNya. Antaranya, sepotong ayat al-quran yg cukup jelas dan terang menyatakan spt berikut:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Taatlah kamu kpd Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tdk suka kpd org2 yang kafir.”
[QS3:32]

Ayat ini sebenarnya berkait rapat dgn ayat sebelumnya yg berbunyi: “Kalau kamu benar2 cinta kpd Allah, hendaklah kalian turuti aku (Muhammad), nescaya Allah akan cinta kpdmu dan mengampuni segala dosamu.” Justeru, secara tdk langsung golongan Anti-Hadis ini termasuk dlm golongan org2 yg tdk disukai Allah yg pd ayat tersebut disifatkan sebagai org kafir. Semoga Allah menjauhkan kita semua drp terjerumus ke dlmnya tanpa kita sedari.

Menurut pandangan Imam Ibn Al-Qayyim Al-Jauziah dlm buku beliau Al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha’if (50 Masalah Penting dalam Agama dari Tinjauan Hadis Sahih dan Dha’if), “keingkaran thdp adanya hadis/sunnah adlh suatu pembohongan yg nyata dan secara samar2 sikap ini adlh suatu usaha pemansuhan ajaran Islam secara halus. Inilah suatu sikap yg blh disifatkan sebagai gunting dlm lipatan sekalipun tdk didapati kesannya dari luar, namun pd hakikatnya di dlmnya penuh dgn potongan2 sehingga tdk bererti sama sekali.”

Untuk artikel kali ini, ana muatkan juga satu perbahasan yg ditimbulkan oleh golongan Anti-Hadis. InshaAllah, ana berharap agar ianya dpt memberi sdkt guideline kpd shbt2 sekelian dan ana sendiri sekiranya ditakdirkan bertemu dgn golongan seperti ini. Sesungguhnya pd zaman ini, jihad yg utama utk kita adlh jihad hujah. Justeru, biarlah kita semua dpt mengetahui hujah2 dan dalil2 yg kukuh utk menjatuhkan mereka yg cuba utk merosakkan agama kita ini.

**********************************************************************************
ISU SALAM

Q: Kenapakah umat Islam mengucapkan Assalamulaikum sedangkan dalam Alquran Allah menyuruh kita mengucapkan Salamun alaikum?

Anti-Hadis menulis: (QS6:54) “Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami datang kepadamu maka katakanlah : Salaamun-alaikum, bahawa barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakan dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Ulasan: Tuhan mengajar kepada kita dari perkara kecil iaitu memberi salam dengan bentuk ucapannya sekali tetapi kita mencipta dan menambah ucapan salam yang lain - seolah-olah kita lebih mengetahui daripada Tuhan.

Pendukung Hadis menjawab: Saya hendak memperbetulkan sedikit ucapan salam yang dikemukakan oleh saudara. Saudara telah mengambil lafaz al-quran 'salaamun alaikum' yang mana ia bukanlah lafaz yang dipraktikkan dalam kehidupan sebenar RasuluLlah saw dan golongan salaf atau khalaf. Lafaz salam yang dipraktikkan oleh sunnah ialah: Assalamu'alaykum warahmatuLlah.

Ulasan: Lafaz salam yang paling afdhal ialah: Assala mu'alaikum warahmatuLlahi wabarokaatuh. Ini pandangan al Imam Abul Hassan al Maturidi (kitab: al Haawi fi Kitabi Sya'ir) dan Imam al-Mutawalli. Dalil hadisnya: HR adDarimi, Abu Daud, Tirmidhi, status: hasan), dari Imran bin Husain: Seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu memberi salam: 'Assalamu'alaikum', maka Nabi saw menjawabnya. Nabi bersabda : Sepuluh hasanah. Kemudian datang seorang lagi seraya mengucapkan, Assala mu'alaykum warah matuLlah. Maka nabi menjawabnya, kemudian Nabi saw bersabda, 20 hasanah. Kemudian datang pula seorang yang lain, seraya ia mengucapkan, Assala mu'alaikum warah matuLlahi wabarokatuh. Nabi menjawab dan bersabda, 30 hasanah.

Pandangan Imam Nawawi dan madzhab Syafi'iy (kitab: al Azkar bab Adab):
Lafaz salam ' Assalamu'alaikum' sudah cukup ataupun 'Assala mu'alaika' adalah memadai; manakala menjawab salam memadai dengan lafaz: 'Wa'alaikumussalam' atau Wa'alaikas salam'. Menurut Imam Nawawi lagi, ucapan salam yang digunakan oleh al-quran seperti Ibrahim melafazkan 'salam' dalam ayat 25 Ad Dzaariyat (QS51:25) itu adalah syariat yang terdahulu dalam bahasa Hebrew atau Ibrahimic. Juga ucapan yang disyari'atkan untuk Nabi Adam as.

Mengikut Imam Abu Hassan al Wahidi asySyafi'i: aku berpendapat salam yang dimulakan dengan lafaz Assalam adalah lebih afdhal daripada Salaamun.

Pandangan Imam-imam lain:
1. Abu Bakar Jabir al Jazairi (kitabnya Adabul Muslim) lafaz salam yang betul ialah: Assalamu'alaikum warahmatuLlah. lalu berjabat tangan, yang diberi salam menjawab: Wa'alaikumussalam.
2. Abdullah Nasih Ulwan dalam Tarbiatul Awlad juga menggunakan lafaz Assala, bukannya salamun.
3. Syaikh Yusof Qardhawi dalam Fatawa Mu'asirat juga menyebut lafaz salam yang betul ialah yang bermula dengan Assalamu'alaikum bukannya Salaamun alaikum.

Kesimpulan: Lafaz al-quran tidak semestinya boleh terus dilaksanakan, kita kena melihat sunnah bagaimana ia dilaksanakan. Kalimah Salamun 'alaikum itu hanyalah anjuran untuk bersalam; tetapi cara sebutan yang betul ialah melihat pula kepada sunnah nabi saw. Adapun lafaz salamun itu adalah syari'at yang terdahulu, di mana Orang Yahudi memberi salam dalam bahasa Hebrew. Sekian.

Selanjutnya, Anti-Hadis mengeluarkan sepotong ayat yg lain: (QS58:8) “Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) akan orang-orang (Yahudi) yang telah dilarang daripada perbuatan berbisik-bisik, kemudian mereka berbalik melakukan perbuatan yang telah dilarang itu serta mereka berbisik-bisik berkenaan dengan melakukan dosa dan pencerobohan serta kederhakaan kepada Rasulullah? Dan lagi apabila mereka datang kepadamu, mereka memberi salam hormat bukan dengan lafaz salam hormat yang diberikan Allah kepadamu; dan mereka berkata sesama sendiri: (Kalau benar Muhammad utusan Tuhan, maka) sepatutnya kami diseksa oleh Allah disebabkan (kata-kata buruk) yang kami ucapkan itu? Cukuplah untuk mereka neraka Jahannam, yang mereka akan dibakar didalamnya; maka itulah seburuk-buruk tempat kembali.”

Ulasan: Ayat ini dengan jelas menerangkan larangan Tuhan supaya tidak memberi lafaz salam hormat lain daripada apa yang tuhan wahyukan.

Komen dr pendukung hadis: Baiklah saya akan ulas tafsir ayat 58:8 daripada tafsir Qurthubi: Ayat ini ditujukan kepada sekumpulan orang Yahudi yang datang menemui Nabi saw: mengikut Qatadah: mereka melafazkan ucapan salam: Assaamulaykum (bererti: binasa atau matilah engkau)

Mengikut Aisyah RA: org yahudi datang kepada Nabi saw dan mengucap salam: Assaam alaik ya Abal Qaasim (binasa atas engkau ya bapa si Kasim)
Ia tidak ada kaitan dengan perbahasan ayat 6: 54: Ayat 6:54; Allah menyuruh kita supaya mengucap salam; maka lafaz salam yang popular diucapkan oleh Nabi saw ialah Assalamu'alaikum. Mengikut perbahasan mufassir, adalah tidak salah untuk mengucap lafaz yang saudara suka itu yaitu Salaamun alaikum. Ia adalah khilaf, namun lafaz assalamualaikum yang diketahui umum adalah lebih popular dan Jibrail tidak menegur RasuluLlah saw sehinggalah baginda wafat. Ini bermakna lafaz RasuluLlah saw itu adalah menepati ayat tersebut. Untuk menamatkan cerita..jika saudara suka dengan lafaz itu, silalah..maknanya tidak lari dari lafaz Assalamu'alaikum. jangan Good morning atau Hoi sudahlah. Sekian.

Rentetan drp itu, seorang hamba Allah bertanya ttg kemusykilannya:
Saya kurang faham tentang perbezaan lafaz al-quran dan lafaz al-Hadis. Kenapa kita tidak boleh ambil terus dari al-quran sedangkan maknanya sama dan kenapa pula Rasulullah tidak menggunakan lafaz al-quran?

Pendukung hadis memberi penerangan yg panjang lebar berhubung soalan ini: Utk memahami lafaz-lafaz al-quran (dan hadis), kita hendaklah difahami dengan kaedah-kaedah bahasa Arab. Firman Allah (maksud),Sesungguhnya Kami turunkan al-quran itu dalam bahasa Arab. (QS12: 2)
Firman Allah lagi (maksud): Dengan lisan Arab yang jelas. (QS26:195)

Lafaz-lafaz al-quran ini tidak boleh diambil secara terlalu memberat-beratkan (takalluf) atau membabibuta (ta'assuf); Takalluf ialah memahami lafaz-lafaz al-quran dengan makna-makna yang susah dan sukar (seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil yang terlalu memberat-beratkan lafaz kalimah 'baqarah' (sapi betina) hingga amat sukar bagi mereka untuk melaksanakan perintah Allah supaya menyembelih sapi itu).

Manakala Ta'assuf ialah mengambil lafaz-lafaz al-quran tanpa panduan dan petunjuk; hanya sanya mengikut akal fikiran. Misalnya ayat ini (maksud), maka berjalanlah kamu di muka bumi selama 40 hari. (QS9:2) Maka mereka mentafsirkan makna ayat ini ialah kewajipan keluar berdakwah selama 40 hari dalam setahun. Ini tidak benar!
Kemudian datang kaum zindik (golongan Atheis yg bnyk mereka hadis maudhu’ atau hadis palsu) membawa ayat: apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah, salaamun 'alaikum..(QS6:54)
Maka mereka terus menerima pakai lafaz al-quran itu secara ta'assuf (membabibuta, terus beramal dengannya tanpa ilmu dan petunjuk)

Bolehkah kita beramal terus dengan ayat-ayat al-quran? Boleh. Dengan syarat kita melihat tafsirannya yang ditafsir dengan lebih jelas oleh ayat-ayat lain, sebab sebaik-baik tafsir atau pengertian ayat ialah apa yang diperinci oleh ayat-ayat yang lain.
Bagaimana jika kita merasa was-was dan tidak pasti dengan makna-makna atau lafaz al-quran itu?Atau tidak ada ayat-ayat lain yang menjelaskan dengan lebih terperinci. Maka di sinilah peranan as-sunnah, kerana as-sunnahlah yang mensyarahkan al-quran, menjelaskan dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah.
Lihat Firman Allah yang menjelaskan peranan sunnah:
Maksud ayat: Dan tiadalah Kami turunkan kitab kepadamu, melainkan supaya kamu jelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan, juga untuk menjadi petunjuk hidayat dan rahmat bagi kaum yang beriman. (QS16: 64)
Lagi, (maksud),dan tiadalah dia (Muhammad) itu berkata-kata menurut hawa nafsunya, tiada lain yang disampaikan melainkan wahyu yang diwahyukan. (QS53:3-4)
HR Abu Daud dari al Miqdam bin Ma'adi RA katanya, RasuluLlah saw bersabda,
Ingatlah sungguh aku telah diberi al-quran dan yang serupa dengan al-quran (as-sunah) selain daripada al-quran.
HR Imam Malik (al Muwatta # 899) (maksud)
Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang kepada keduanya: Kitaballah dan sunnah Rasul-Nya.

********************************************************************************

Mari kita tengok bab salam yang diambil lafaznya dari al-quran:

Firman Allah (maksud), Maka apabila kamu memasuki rumah-rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya dengan salam yang ditetapkan di sisi Allah, yang penuh berkat lagi baik. (QS24: 61)
Firman-Nya lagi, Apabila kamu diberi salam kehormatan, maka balaslah salam kehormatan itu dengan salam yang lebih baik daripadanya atau salam yang serupa dengannya. (QS4:86)
Ayat lain, Sudahkah sampai kepadamu cerita tetamu Ibrahim yang mulia, Ingatlah ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan salam. Ibrahim menjawab,salam (QS51: 24-25)
Kemudian ayat al An'am: 54, katakanlah salaamun 'alaikum.

Maka dari sini kita dapati ada macam-macam kalimah yang digunakan oleh al-quran, arahan supaya mengucap salam, kemudian lafaz Ibrahim salam dan di ayat yang lain salamun alaikum

Maka untuk mendapat lafaz yang tepat, maka di sinilah peranan al-Hadis. Sebagaimana arahan al-quran, apa-apa yang dibawa atau diberi oleh Rasul, maka terimapakailah, dan apa-apa yang ditegahnya, maka jauhilah dia. (QS59: 7)

Bukan setakat Nabi saw mengajar lafaz salam yang betul, malah baginda telah mengajarkan pula bagaimana menjawab salam dengan lebih baik, bagaimana salam di sebalik tembok, salam kepada wanita, salam kepada kumpulan, orang berjalan kaki dan yang menunggang kenderaan dan kepada orang kafir.
Kemudian ulamak memperpanjangkan lagi sesuai dengan ruh sunnah, seni menyampaikan salam kepada orang buta, tuli dan bisu, bila sunat, makruh dan harus memberi salam, dan seterusnya. Sekian, semuga jelas.

*********************************************************************************

PENUTUP

Berdasarkan hadis Nabi S.A.W., sumber rujukan yg utama bg seluruh umat Islam ialah Al-Quran dan As-Sunnah. Sesungguhnya kita akan terselamat drp kesesatan andai kita berpegang teguh pd kedua2nya.

Namun demikian, berhati-hatilah agar kita tdk termakan dgn fatwa2 sesat serta hujah2 logik akal drp golongan Anti-Hadis ini. Golongan ini boleh disifatkan seperti penyakit barah yang membunuh secara diam dan halus. Kehadiran mereka tidak disedari oleh masyarakat. Malang bagi mereka yang ingin mendalami Islam tetapi terjebak dengan ajaran dari kumpulan ini lantaran kejahilan ilmu agama.

Pun begitu, “kita perlu berwaspada dlm menuduh mana2 golongan sbg Anti-Hadis. Adakah mereka betul2 mengingkari thdp adanya hadis sbg salah satu sumber hukum Islam secara keseluruhan, atau hanya sebahagian shj. Tetapi yg jelas, mengingkari thdp adanya hadis sbg salah satu drp sumber hukum Islam adlh sudah jelas dan terang mengingkari dan mendustakan al-quran itu sendiri.” [Ibn Qayyim Al-Jauziyah]


Note: Sebetulnya masih bnyk yg belum dikupas di bwh topik ini. Ana ingin memohon maaf andai ada kesilapan semasa ana meng ‘edit’ bahan ini. Ana al-faqir ilallah. Dan ana bukan seorang yg maksum spt Rasulullah. Justeru, ana dgn hati yg terbuka sedia utk menerima sebarang komen dan pendpt drp shbt2 sekelian utk kebaikan bersama. inshaAllah, moga usaha yg kecil ini menuju mardhotillah...ameen!

Monday, January 16, 2006

Monolog Sepi



Pernah suatu ketika dulu
kaki kecil ini melangkah melewati denai
merempuhi serpihan-serpihan batu kelikir
menahan percikan air
dek hujan yg turun bertimpa
bersama teman-teman seperjuangan
menuju gerbang pertemuan

Kala itu
ku membawa diri
tanpa hadirnya hati nurani
mendengar ajaran suci
bagaikan mencurah ke daun keladi
namun, ku tetap gagah
melewati denai itu
tanpa sungutan
tanpa rungutan
berharapkan akan ada sinar
menjengah di hati sanubariku
tuk mencerna segala ajaran
selagi nadi ku masih berdenyut

Masa terus berputar
tanpa ada titik hentinya
meninggalkanku dgn seribu satu memori
yg kutimba
di gerbang pertemuan

Pun begitu
kerana masa aku berubah
kerana masa aku dewasa
ajaran dulu rupanya kini kuperlukan
Ya Allah
terlewatkah aku untuk menyedarinya?

Kini
kucuba untuk menghargainya
baik untuk nafsi-nafsi
atau dikongsi
tapi, aku diduga
oleh perasaan hati sendiri
oleh batu-batu kelikir besar
yg kalau mahu dirempuh
bisa melukai kaki kecilku ini
pun begitu, hatiku terus meronta
seperti mahu saja aku berlari
meninggalkan segala kepentingan diri
untuk kukorbankan pd yg berhak

Pernah terdetik di mindaku
apalah guna kuatnya jasmaniku
andai ramai lagi insan yg derita
sekiranya mampu
kuingin menanggung segala perit mereka
jika itu sahaja
bisa menampung
ketidakupayaanku untuk menghulurkan sokongan

Sampai bilakah denai itu akan begitu?
dipenuhi lalang-lalang merumpun
dialasi dengan kelikir-kelikir kasar
kuperlukan kekuatan
untuk melintasi denai itu
yg akan membawaku
ke destinasi abadi
bilamana berlangsungnya pertemuan agung
seluruh indra menjadi saksi
apakah aku telah melaksanakannya...?

Saturday, January 14, 2006

Preskripsi...

Bismillahirrahmanirraheem...

Di dlm hidup ini, ana fikir setiap org drp makhluk ciptaan Allah pasti pernah merasai kesakitan baik sekali seumur hidup atau beberapa kali bergantung kpd immune system masing2..namun begitu, ana tdk nafikan yg ada segelintir manusia yg tdk diduga oleh Allah dgn kesakitan, contohnya Firaun. Beliau tdk mengalami apa2 penyakit mungkin disebabkan oleh 'istidraj' yg dikurniakan oleh Allah dgn tujuan utk menambahkan lagi kefasikannya. Allahu a'laam. Sesungguhnya,Allah Maha Mengetahui dr sekecil2 perkara hinggalah sebesar2 perkara.

Utk entry kali ni, ana cuba utk berkongsi sdkt ilmu yg ana perolehi..inshaAllah, ana berhrp agar ianya dpt dimanfaatkan oleh shbt2 ana di mana shj kalian berada. Selalunya, shbt2 yg mengambil jurusan perubatan atau yg sewaktu dgnnya akan lbh bnyk terdedah dgn ilmu ttg 'disease and treatment'..setiap kali ada pesakit yg dtg utk dptkan rawatan, perkara yg mesti diberikan adlh prescription slip. So, kali ni ana cuba utk list out bbrp jenis penyakit yg biasa dihidapi oleh org2 mukmin berserta dgn rawatannya. Ana sebetulnya tdk layak dlm hal ni krn ana bukan seorg thobibah (doctor), namun inshaAllah..semoga dgn ilmu yg sdkt ini dpt disebarkan utk maslahah bersama..

Pesakit 1;
Penyakit: tamak dan jahat sangka
Ubat : menaruh kepercayaan dan berpada dgn yg ada stlh berusaha dan berikhtiar
Ulasan :
"Hai org2 yg beriman, jauhilah kebanyakan dr prasangka, sesungguhnya sbhgn prasangka itu adlh dosa dan jgnlah kamu mencari2 kesalahan org lain dan jgnlah sbhgn kamu menggunjing sbhgn yg lain..."
[QS49:12]

Pesakit 2;
Penyakit: cintakan hidup dan panjang angan2
Ubat : rasa takut thdp kedatangan maut dgn tiba2
Ulasan :
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dr main2 dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lbh baik bg org2 yg bertaqwa. Maka tdkkah kamu memahaminya?"
[QS6:32]

Pesakit 3;
Penyakit: cintakan kerehatan dan nikmat
Ubat : meyakini bhw nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk

Pesakit 4;
Penyakit: kagum pd diri sendiri (ujub)
Ubat : mensyukuri nikmat2 pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan
Ulasan :
"Dan [ingtlah juga] , tatkala Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kpdmu, dan jika kamu mengingkari [nikmatKu], maka sesungguhnya azabku amat pedih."
[QS14:7]

Pesakit 5;
Penyakit: pndg rendah thdp org lain dan tdk menghormati mrk
Ubat : mengetahui hak2 dan kehormatan mrk

Pesakit 6;
Penyakit: hasad
Ubat : sifat qanaah (berpuas hati dgn apa yg ada stlh berusaha n berikhtiar) dan redha thdp pemberian Allah
Ulasan :
"Dan org2 yg menyakiti org2 mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yg mrk perbuat, maka sesungguhnya mrk tlh memikul kebohongan dan dosa yg nyata."
[QS33:58]

Pesakit 7;
Penyakit: riya' dan suka pujian manusia
Ubat : ikhlas

Pesakit 8;
Penyakit: bakhil
Ubat : meyakini bhw apa yg ada di tgn makhluk itu akan binasa sdg apa yg ada di sisi Allah itu akan kekal
Ulasan :
"Katakanlah:Jika bapa2, anak2, saudara2, isteri2, kaum keluargamu, harta kekayaan yg kamu usahakan, perniagaan yg kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah2 tpt tinggal yg kamu sukai, adlh lbh kamu cintai drp Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jlnNya, maka tunggulah sampai Allah mendtgkan keputusanNya. Dan Allah tdk memberi petunjuk kpd org2 fasik."
[QS9:24]

Pesakit 9;
Penyakit: takabbur
Ubat : tawaddhuk
Ulasan :
"Tdk akan dimasukkan ke dlm syurga org yg di dlm hatinya tdpt sebesar zarrah sifat takabbur."
[Hadis Riwayat Muslim]

Pesakit 10;
Penyakit: tamak
Ubat : yakin thdp balasan Allah dan tdk menghrpkan sesuatu yg ada pd manusia.

Wallahu ta'ala a'laam...