Tuesday, November 15, 2005

Alhamdulillah, Langkahku Bermula!!

Syukur alhamdulillah ana rafa’kan ke hadrat Allah SWT yg masih lg memberi nikmat nyawa sehingga ke hari ini utk ana secara officially nya melangkah ke alam baru..sedar tak sedar, ana dh memasuki era 20 thn…tp alhamdulillah, ana diberi peluang n kesempatan utk menyambut hari kelahiran kali ke-20 dlm keadaan nikmat Iman n Islam yg masih lg dlm peliharaanNya..inshaAllah..

Tdk pernah terlintas di minda ana yg suatu hari nanti, ana akan menyambut hari lahir di bumi asing..bumi kuffar…tp subhanallah, itu semua kuasa n takdir ketentuan Allah..Dia Lbh Mengetahui dan setiap apa yg berlaku dlm kehidupan ana n shbt2 sekelian hakikatnya BUKAN KEBETULAN…ianya tlh ditetapkan oleh Allah sejak azali lg..THERE IS NO SUCH COINCIDENCE!!

Allah pernah berfirman:

“Tiada suatu bencana pun yg menimpa di bumi dan tdk pula pd dirimu sendiri melainkan telah tertulis di dlm kitab[Lauh Mahfuz] sblm Kami menciptakannya. Sesungguhnya yg dmkn itu adlh mudah bg Allah…” [QS57:22]

Bila dh memasuki alam kedewasaan, pastinya akan bnyk dugaan n mehnah yg bakal menyerang..namun ana sbg seorang insan biasa tdk tahu sama ada ana mmp atau tdk utk menempuhinya dgn kudrat yg ada…tp sesungguhnya ana yakin yg ana mmp utk get through all those hurdles and obstacles dgn bantuan dr Allah n sokongan dr family n shbt2 sekelian..jazakumullahu khayran katsiran for the endless support and prayers…I really appreciate it…coz I know ‘prayer reminds us that we are not alone’….

Perjalanan hidup selama 19thn yg lampau bnyk mendidik n mentarbiyah diri ana dr semua segi..tdk dinafikan setiap dr kita semua pasti mempunyai “zaman kegelapan” masing2…begitu juga dgn diri ana…frankly speaking, sblm ana dpt betul2 mengenali Islam n memahami Islam sbgmana ianya diturunkan oleh Allah..ana tdk pernah menghargai kehadiran Islam dlm hidup ana..astaghfirullahal’azim..Ya Allah ampunilah hambaMu ini krn kelalaianku di atas nikmat kurniaanMu..aku hnylah insan lemah yg perlukan teduhan n naungan drMu..

Mmg benar, seseorg itu tdk akan mengenal Islam selagi dia tdk mengenal Jahiliyyah..mashaAllah, Islam itu sebenarnya indah, cantik n suci bersih..ada specialty yg tersendiri…tambahan pula, Islam itu adlh satu2nya agama yg bertepatan dgn fitrah manusiawi..justeru, ana rasa tdk wajar kalau kita mencari agama yg selain dr Islam..subhanallah..kan nampak keadilan n kebijaksanaan Al-Khaliq yg menyediakan satu cara hidup yg sesuai utk kita semua..x perlu ada perubahan n ianya kekal sehingga suatu masa yg tlh ditentukan, i.e. The Day of Resurrection…Allahu a’laam..

So, ana mengambil kesmptan ni utk memuhasabah diri ana sendiri di samping menyeru shbt2 utk menghargai n menghayati nikmat Islam yg ada dlm diri kita semua..jgn hanya leka mengejar kebahagiaan hidup di dunia dgn terpaksa menggadaikan akhirat yg hakikatnya lbh abadi…sbb Allah tlh bnyk kali mengingatkan kita di dlm Kitab Suci Al-Quran:

“Allah extends provision for whom He wills and restricts [it]. And they rejoice in the worldly life, while the worldly life is not, compared to the Hereafter, except [brief] enjoyment..” [QS13:26]

Jadi, jelas nyata yg dunia bukan yg kita cari..tp dunia adlh persinggahan kita utk membekali kehidupan di akhirat kelak..as if kita semua adalah musafir lalu…yg berkunjung ke suatu tpt dgn SATU matlamat utk dikerjakan sehingga berjaya..inshaAllah..sentiasalah “berpesan2 dgn kebenaran dan berpesan2 dgn kesabaran.”

Wassalam.

P/s: Jazakumullahu khayran kpd shbt2 ana yg menyampaikan ucapan slmt hari lahir pd diri ana..ana tdk mengharapkan apa2 dr antum semua..cuma ana menginginkan kiriman doa dr antum semua spy ana akan dpt terus tsabat di atas jln Allah dan istiqomah dlm semua perkara..ameen..Ukhuwwah fillah abadan abada…;)

1 comment:

  1. Syukur Alhamdulillah dan selamat hari jadi. Semoga kehidupan anda diberkati Allah dan dipermudahkan dalam segala urusan. Ameen.

    Terima kasih kerana buat catatan dalam blog saya. Cacatan yang sungguh bagus.

    ReplyDelete